BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

4 posters

Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by zikrulmaut_sm Sun Jun 17, 2012 6:37 pm

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan berkenaan taqlid.

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Ad-Dien Sun Jun 17, 2012 6:41 pm

zikrulmaut_sm wrote:Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan berkenaan taqlid.

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Ulama berselisih mengenainya..
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by zikrulmaut_sm Sun Jun 17, 2012 7:00 pm

Apa yang membolehkan taqlid dan apa pula yg tidak membolehkan?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Ad-Dien Sun Jun 17, 2012 7:12 pm



sebentar lagi saya ulas mengenainya... agak panjang juga...
kalau ada sahabat nak membantu silakan..moga bermanfaat insyaAllah..

ustaz syamil,ustaz thtl..silakan... saya dahulukan ustazna yang lebih arif
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by thtl Sun Jun 17, 2012 7:19 pm

serah kat dien ajelaa..
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Ad-Dien Mon Jun 18, 2012 12:52 am

zikrulmaut_sm wrote:Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan berkenaan taqlid.

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Pada dasarnya Islam melarang taklid kerana ia mengikut sesuatu perkara tanpa dalil dan bukti..


وَكَذَٰلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِم مُّقْتَدُونَ ٭ قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكُم بِأَهْدَىٰ مِمَّا وَجَدتُّمْ عَلَيْهِ آبَاءَكُمْ ۖ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُم بِهِ كَافِرُونَ


Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya". (Az-Zukhruf 43:23-24)


اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah. (At-Taubah 9:31)



وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? (Al-Maidah 5:104)


bersambung...
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Ad-Dien Mon Jun 18, 2012 1:22 am



Taklid bermula pada abad ke 4 hijrah. Ulama berselisih pendapat mengenai taklid. Maka, tiada ijmak dalam taklid. Antara pendapatnya ialah:

1. Pendapat mengharuskan taklid

Alasan dan hujjah:
- Tidak semua manusia mempunyai ilmu dan kemampuan yang tinggi terutama orang awam untuk mencari dalil dan mengeluarkan hukum.

- Ijtihad tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya orang tertentu dan berkelayakan sahaja.

- Orang awam perlu bertaklid kepada mazhab untuk beramal dalam sesuatu hukum syarak.

-orang awam akan mendapat kemudahan dan keyakinan dengan bersandar kepada orang yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam mengeluarkan hukum.

Dalil yang digunakan:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan Agama jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl 16:43)


2. Pendapat menegah taklid.

Mereka berhujah bahawa:

- Allah memerintahkan manusia untuk sentiasa berfikir dan mendalami ilmu dalam usaha mengenal dan beribadah kepadanya.

-Taklid menjadi penghalang kepada manusia untuk berfikir dan mencari kebenaran. Ia bercanggah dengan syarak.

- Tidak ada hadis, sahabat dan tabiin yang menegah orang awam berfikir dalam perkara akidah dan fiqh.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Ad-Dien Mon Jun 18, 2012 1:35 am



Pendapat jumhur:
Tidak boleh bertaklid secara mutlak (taklid buta). Orang Islam perlu belajar dan berusaha mengetahui hukum dan dalil-dalil serta beramal atas landasan ilmu dan bukan ikutan semata-mata.

Pendapat sebahagian ulama:
Wajib bertaklid secara mutlak dan mengharamkan berfikir sendiri. Ini kerana jika setiap orang berfikir sendiri dalam perkara syarak, maka agama akan huru-hara.

Pendapat Ulamak sederhana/ moderate:
Wajib bertaklid bagi orang awam dan mereka yang lemah ilmu agamanya. Haram bertaklid bagi mujtahid.Orang awam yang bertaklid wajib mengetahui hukum-hukum dan tidak wajib meneliti dasar istinbat hukum yang dilakukan oleh ulama. Pendapat ini lebih rajih.

Allahua'lam..


sila tambah mana yang perlu...~~

mukhtasar sahaja
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Dodo Don Mon Jun 18, 2012 4:52 am

Bukankah perkara ibadat itu sudah lengkap dan kita hanya perlu mempelajari ilmunya termasuk dalam mengetahui dalilnya. Saya mendapati ada orang awam yg mengatakan jangan bertaklik itu bermaksud jangan ikut apa yg diajar oleh ulama lalu mereka menafsirkan Al Quran mengikut akal mereka. Bagi mereka semua hadith adalah dari perantaraan manusia yg tidak boleh bertakliq kepada mereka. Ini amat merbahaya bagi orang awam.
Dodo Don
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by zikrulmaut_sm Tue Jun 19, 2012 12:18 pm

.


syukran atas jawapan akhi ad-DIen. Smile


Dodo Don wrote:Bukankah perkara ibadat itu sudah lengkap dan kita hanya perlu mempelajari ilmunya termasuk dalam mengetahui dalilnya. Saya mendapati ada orang awam yg mengatakan jangan bertaklik itu bermaksud jangan ikut apa yg diajar oleh ulama lalu mereka menafsirkan Al Quran mengikut akal mereka. Bagi mereka semua hadith adalah dari perantaraan manusia yg tidak boleh bertakliq kepada mereka. Ini amat merbahaya bagi orang awam.

ini pegangan liberal. mungkin mereka lupa, bahawa validity/diterima atau tidak sesuatu perkara/amalan dalam agama ni bukannya semata-mata ikut kehendak akal. tapi kena ikut kehendak Allah.

kalau Allah tak terima, bagi lah hujah panjang lebar macam mana pun tetap sia-sia.

sebab tu kita pakai generasi salafussoleh sebagai "standard" untuk agama. sebab mereka dah mendapat keredhaan Allah atas apa yang mereka kerjakan.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?  Empty Re: Bolehkah seseorang Muslim bertaqlid saja tanpa mengetahui maklumat tentang perkara yg diikutinya?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum