La Tahzan 155-1: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
Page 1 of 1
29062012
La Tahzan 155-1: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
Tulis al-Qarni:
إنَّ منْ مشاهدِ التوحيدِ عند الأذيَّةِ ( استقبالِ الأذى من الناسِ ) أموراً :
terj: Bahawa antara bukti-bukti positif ketauhidan bila anda disakiti oleh manusia ialah, antaranya:
Nota: Dalam kehidupan kita akan ada ketika kita akan disakiti oleh manusia, dibenci oleh mereka, ditolak dan dipulau.
أولُها مشهدُ العَفْوِ : وهو مشهدُ سلامةِ القلبِ ، وصفائهِ ونقائِه لمنْ آذاك ، وحبُّ الخيرِ وهي درجةٌ زائدةٌ . وإيصالُ الخَيْرِ والنَّفعِ له ، وهي درجة أعلى وأعظمُ ، فهي تبدأ بكظْمِ الغَيْظِ ، وهو : أنْ لا تُؤذي منْ آذاك ، ثمَّ العفو ، وهو أنْ تسامحهُ ، وأنْ تغفرَ له زلَّتهُ . والإحسانِ ، وهو : أنْ تبادله مكان الإساءةِ منه إحساناً منك
terj: Bukti Positif Tauhid yang pertama bila anda disakiti ialah sikap Memaafkan mereka. Ia adalah manifestasi kedamaian jiwa anda terhadap orang yang menyakiti anda. Langkah lebih baik ialah mendoakan kebaikan untuk mereka. Manakala langkah lebih tinggi ialah menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada mereka.
Nota: Wow, setakat ni saya boleh memaafkan dan mendoakan orang yg menyakitiku, tapi tahap lebih tinggi ialah membantu orang yang menyakiti kita, itu memang suatu ujian yg hebat!!
Bagaimana sifat2 positif ini mampu diraih?
pertama: anda kena menahan amarah dan hentikan menyakiti balas orang yang menyakiti kita.
kedua: kemudian maafkan kesemua kesalahan mereka;
ketiga: menutup dengan sifat ihsan: balaslah kejahatan mereka dengan kebaikan.
Nota: Inilah bukti tawhid bila kita disakiti dan menyakiti orang lain, kita segera memaafkan, dan membalas kejahatan dengan kebaikan. Ia nampak senang di atas skrin komputer tapi ia memerlukan latihan kerohanian.
Dalil al-Qur'an:
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
AQS Ali Imraan 03:134 [dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan].
فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ
AQS asy-Syuura 42:40 [maka barang siapa mema'afkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah]
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا
AQS an-Nuur 24:22 [dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada].
Sebuah atsar:
إنَّ الله أمرني أنْ أصِلَ منْ قطعني ، وأنْ أعفو عمَّنْ ظلمنِي وأنْ أُعطي منْ حَرَمَنِي
terj: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadaku agar aku menyambung tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan denganku, memaafkan orang yang menzalimiku dan memberi kepada orang yang tidak akan memberi kepadaku."
Takhrij: terdapat dalam kitab Misykah al-Masyabih, no 5358 dari jalur Razin dari Abu Hurairah. Perawi bernama Razin tidak dapat dipastikan kerana ada dua tabi`-tabi`in bernama Razin, Razin bin Habib al-Juhani atau Razin bin Uqbah.
status atsar ini: syadz (diragui), perlu kajian lanjut, tapi maksud atsar ini adalah sahih, cuma ia hanyalah atsar bukan hadith.

myzyruz- Moderator
- Posts : 137
Points : 205
Join date : 25/11/2011
Age : 39
Location : Kelantan
Similar topics
» La Tahzan 155-9: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
» La Tahzan 155-10: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
» La Tahzan 155-11: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
» La Tahzan 155-2: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد
» La Tahzan 155-3: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum