BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

4 posters

Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by zikrulmaut_sm Fri Jul 06, 2012 7:58 am

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Berkenaan toilet jenis berdiri yang digunakan sebagai tempat kencing, adakah itu boleh digunakan bagi Muslim?

Mohon penjelasan. Jazaakallahu khairan.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 8:37 am

Jawab:

kencing boleh saja samada sambil berdiri atau duduk. Kenapa ada isu dalam kencing berdiri ialah kerana ada kaitan dengan azab kubur. Dalam sahih Bukhari-Muslim, Nabi saw pernah melalui kawasan perkuburan dan memberitahu baginda mendengar siksa kubur dari salah satu kubur di situ kerana penghuninya tidak menjaga kencing.

Maksudnya, bukan kerana dia kencing berdiri, tapi kerana kemungkinan dia semasa dia kencing, ada percikan kencing yg mengenakan pakaiannya. percikan ini selalunya terjadi kalau kita kencing berdiri. Sebab tu ada perbahasan kencing berdiri, bukan kerana ianya dilarang tapi ada ILLATnya, yakni ia dilarang jika akan terkena percikan kpd pakaian.

Maka jika anda yakin, ianya tidak memercik walaupun anda kencing berdiri, maka ia diharuskan.
Buktinya di padang Arafah di Mekah, tempat wukuf, oleh kerana toilet tak cukup, maka toilet jenis kencing berdiri turut disediakan untuk menampung jamaah yg amat ramai. Tapi pastikan,ia tidak terpercik kepada pakaian anda.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 9:50 am

larangan kencing berdiri tak sahih ya sheikh?
boleh tak sheikh tuliskan hadis lengkap tersebut kat sini?
nak share dgn kengkawan & sedara-mara yg selalu anggap kencing berdiri di larang Smile

p/s. saya tak perasan pulak masa wukuf ada tempat kencing berdiri
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 10:00 am

Larangan kencing berdiri mmg sahih:

من حدثكم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يبول قائما فلا تصدقوه . ما كان يبول إلا قاعدا .
الراوي: عائشة المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 12
خلاصة حكم المحدث: صحيح


terjemah:
Sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu membenarkannya. Tidaklah baginda kencing melainkan dalam keadaan duduk.

al-Albani kata sahih. tapi syarahnya: itu ketika Nabi di rumah Aisyah, ketika Nabi musafir, mmg ada sahabat kata Nabi pernah kencing berdiri...nak hadis juga ke? hehehe


tempat kencing berdiri di Arafah mmg disediakan ketika saya wuquf musim haji 2006/2007
saya berani cakap tu sebab saya pernah guna, sebab toilet kena queue panjang...kalau setakat nak kencing, maka itulah pilihan terbaik...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 10:06 am

alang2 tu letak la hadisnya sekali sheikh
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 10:10 am

Ini dia:

عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَ: «كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْتَهَى إِلَى سُبَاطَةِ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِمًا» فَتَنَحَّيْتُ فَقَالَ: «ادْنُهْ» فَدَنَوْتُ حَتَّى قُمْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ «فَتَوَضَّأَ فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ»

Terjemahan: Dari Huzaifah r.a.katanya; Aku bersama Nabi sallahu a’alaihi wassalam ketika beliau sampai tempat pembuangan sampah, baginda kecing berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri baginda hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya. HR Muslim

الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 273

Aisyah menafikan, Huzaifah mengiakan. Maka bila kita himpunkan, nabi lazimnya kencing duduk, kalau musafir dan keadaan menjadi sulit, baginda akan kencing berdiri.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by abu_firdaus Fri Jul 06, 2012 10:18 am

orait! tq sheikh.

jadi conclusionnya boleh kita kata harus kencing berdiri atas keperluan, tapi kencing duduk lebih baik?


p/s. sy tak ingat sgt masa wukuf mcmana, mungkin sebab masa yg singkat. kencing masa mandi je. tapi masa di mina saya beratur kat toilet juga untuk kencing. mmg tak jumpa tempat berdiri.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 10:19 am

Fiqh kencing:

Kalau di rumah, kita ada 3-4 toilet dan kita ada attached toilet..manakala kita pula berpakaian santai, selalunya pakai kain pelikat buruk dalam rumah. maka kalau nak kencing duduk mmg senang sebab anda pakai kain je. itupun majoriti lelaki kencing berdiri juga sebab toilet adalah jenis Bowl. betul tak?

bila musafir, anda pakai jeans atau seluar, maka menggunakan toilet moden spt PLUS, mmg tak praktikal nak kencing duduk sebab lantai toilet yg kotor dan berair sepanjang masa, jika anda tanggalkan seluar, maka kemungkinan kotoran akan kena seluar, maka lebih selamat anda guna tempat kencing berdiri yg disediakan di dinding. Lagipun pecat seluar akan makan masa kerana anda perlu segera beredar dari kawasan RnR


Last edited by thtl on Fri Jul 06, 2012 10:26 am; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Fri Jul 06, 2012 10:24 am

illatnya ialah terperciknya kencing. maka jika berdiri, permukaan keras, maka terpercik adalah pasti.
zaman dulu, kencing adalah pada open space ketika musafir, kencing kat batu2, maka jika berdiri, sudah tentu akan terpercik.

maka illat duduk tu adalah selamat dari percikan kencing yg mengenai kaki dan pakaian kita. itu je.


jika menggunakan toilet moden spt bowl dan tempat kencing berdiri di dinding dan ia selamat dari percikan, maka tak kisah kencing berdiri atau duduk sama saja. Jika keduanya selamat dari percikan, maka diharuskan. Namun, menjaga adab, kencing duduk lebih sopan kpd agamawan.

di Mina mmg tak ada tempat kencing berdiri. cuma di Arafah sahaja, itupun kemungkina sebahagian toilet sahaja dan ia disediakan tidak banyak, dalam 4-5 buah sahaja. di Mudzalifah pun tak ada. Ini kerana saudi amat conservatif. Kalau saya sediakan sebanyak mungkin tempat kencing berdiri ni...selesai banyak masalah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by zikrulmaut_sm Sat Jul 07, 2012 2:30 am

Syeikh thtl, kat tempat lain di Saudi ada tak toilet berdiri ni? Apa pulak pendapat ulama' Saudi dalam hal ni?

P/S: tergerak nak tanya sebab saya terpaksa guna toilet ni sebab nak kejar waktu solat Jumaat.
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Sat Jul 07, 2012 5:39 am

Jawab:

1. Tandas awam spt di airport di saudi spt di airport Jeddah disediakan tempat kencing berdiri. Ini standard utk semua jenis toilet awam.

2. Fatawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/88 menetapkan: kencing berdiri tidak haram. cuma sunnahnya ialah kencing sambil duduk.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by yat Sun Sep 23, 2012 4:09 pm

saya tak ingat mana saya baca fiqh imam ahmad di mana kalau kencing tu was2 kena pakaian ke tidak bolh percikkan air ke selaur something......ada ke macam tu?
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Sun Sep 23, 2012 5:20 pm

ya ada. khususnya utk org dedas atau kencing tidak tus/lawas (selalunya org tua (above 50)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by yat Mon Sep 24, 2012 4:37 am

thtl wrote:ya ada. khususnya utk org dedas atau kencing tidak tus/lawas (selalunya org tua (above 50)

boleh detailakn tak kaedahnya?
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Mon Sep 24, 2012 5:54 am

percikkan air ke tempat yg kita syakki terkena percikan kencing...underwear ke, kain ke...seluar ke..cuma kalau terlebih, seluar dan underwear jadi basah...elakkan basah tu...kata org tu renjis syarat je
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by yat Mon Sep 24, 2012 6:02 am

thtl wrote:percikkan air ke tempat yg kita syakki terkena percikan kencing...underwear ke, kain ke...seluar ke..cuma kalau terlebih, seluar dan underwear jadi basah...elakkan basah tu...kata org tu renjis syarat je

rujukan, hehe....
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by thtl Mon Sep 24, 2012 6:06 am

kitab2 dok kat Malaysia daa..
kalau jumpa nanti saya update...rasanya dalam fiqh sunnah syed sabiq atau fiqh Islami wa adillatuh...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri) Empty Re: Penggunaan toilet berdiri (tempat kencing berdiri)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum