Apa hikmah BERLAPAR??
+5
alDayyan
mauswah
abu_aisyah
thtl
seijiseimura84
9 posters
BicaraTHTL :: Umum :: Sembang-sembang
Page 1 of 1
Apa hikmah BERLAPAR??
Nak tanya....
org zaman2 sahabat....zaman salafiyah.....ramai yg suka berlapar
saya terbaca komen imam syafiee....katanya dia tidak pernah kenyang sejak kecil hingga umur 16 thn kerana katanya makan boleh melembabkan otak, memenatkan badan...dan sekian2.....
nak tahu apa pula komen....para sahabat, ulama atau imam lain tentang isu berlapar dan kenyang perut
kalau ada quote statement dari ulama tersebut lagi cantikk.............

seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
maksud lapar tu doc, depa ni banyak berpuasa.
kedua: kemiskinan
ketiga: produksi, teknologi pertanian yang mundur dan cuaca
kempat: terlalu asyik dgn ilmu
kelima: pengaruh ajaran sufi yg kemuncak di abad ketiga dan keempat yg menetapkan lapar sebagai satu doktrin kesufian
yg sahih ialah kita kena pakai fiqh nutrisi (balance diet, proper diet). Lapar tu maksudnya berpuasa.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
klu sheikh kata berlapar maknanya berpuasa..so tak lain tak bukan,sbb utama adalah ingin meningkatkan taqwa la kan?ayat quran kata gitu,dah tentu para ulama' ni ikut.
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
dulu impot makanan dan franchise tak ada..sekarang ni kat Mekah dan Madinah, semua franchise makanan ada, McD, Pizza Hut, Starbuck, Nasi Mandi, Beriyani gam, satay kat Hilton Tower..zaman dulu, korma ajelah makanan utama. skarang ni pak arab dah tak pandang korma.
majoriti pak arab saudi dan mak arab termasuk pak Imam semua semuanya gemuk gedempol kerana berlebihan makan. Obesiti, kencing manis dan kolestrol pak arab semakin meningkat.
majoriti pak arab saudi dan mak arab termasuk pak Imam semua semuanya gemuk gedempol kerana berlebihan makan. Obesiti, kencing manis dan kolestrol pak arab semakin meningkat.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
ah sudah.
so,klu merujuk post ana tu...seolah2,maknenye imam sekarang tidak meningkatkan taqwa dengan berlapar.
so,klu merujuk post ana tu...seolah2,maknenye imam sekarang tidak meningkatkan taqwa dengan berlapar.
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Itulah ana hairan tengok orang arab sekarang. Ramai yang berbadan gemuk. Seperti Imam al-Sudais. Jadi, ana terfikir orang arab iaitu zaman Nabi saw dan para sahabat ramai ke ada yang berbadan gemuk. Yang ana tahu ada salah seorang sahabat Nabi iaitu Abdullah bin Umar yang diriwayatkan berbadan gemuk dalam As-Siyar.
mauswah- AHLI
- Posts : 64
Points : 82
Join date : 22/05/2012
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
salaf tak ada yang gemuk. semua tough sebab mereka semua adalah anggota tetap militeri yg sentiasa siap sedia utk perang.
Ibn Umar adalah generasi kedua yang telah mengecap kejayaan selepas Islam menawan wilayah Rom dan Farsi
Ibn Umar adalah generasi kedua yang telah mengecap kejayaan selepas Islam menawan wilayah Rom dan Farsi
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
saya sokmo terbayang2/terangan nak try makan kurma, kismis dan minum susu je utk bulan pose ni..sekalipon ada hidangan lain yg lebih sedap...salah ke kalau saya terus dgn diet baru tersebut? nak try test apa yg akan terjadi pada sistem tubuh dan otak saya sekiranya saya berjaya melakukan diet sebegitu dalam sebulan.. kalau saya mampu besahur dan berbuka yg mewah, adakah itu boleh dikira sebagai kufur nikmat juga?
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
sil,
berbuka mmg sunnah dgn korma, air dan sedikit makanan
supaya fit utk tarawih dan qiyam
manakala, makan selepas berbuka dan solat maghrib dan ketika bersahur, bolehlah na experiment dgn diet yg anda sukai...hehehe
berbuka mmg sunnah dgn korma, air dan sedikit makanan
supaya fit utk tarawih dan qiyam
manakala, makan selepas berbuka dan solat maghrib dan ketika bersahur, bolehlah na experiment dgn diet yg anda sukai...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
sil wrote:saya sokmo terbayang2/terangan nak try makan kurma, kismis dan minum susu je utk bulan pose ni..sekalipon ada hidangan lain yg lebih sedap...salah ke kalau saya terus dgn diet baru tersebut? nak try test apa yg akan terjadi pada sistem tubuh dan otak saya sekiranya saya berjaya melakukan diet sebegitu dalam sebulan.. kalau saya mampu besahur dan berbuka yg mewah, adakah itu boleh dikira sebagai kufur nikmat juga?
klu dah ada makanan2 yg sedap tu,jangn la dibazirkan,makan jer ler.kita disuruh berpuasa tp bukan utk sampai sakit.tengok kekuatan badan la,klu diet enta camtu menyebabkan kualiti kerja merosot,itu dilarang la pulak.
para sahabat pun ada yg mandi dan berendam ketika puasa utk freshkan badan.hint tu.
klu mewah=membazir;tu mmg tak boleh la sheikh.mewah yg camner?kita mmg dianjurkan besederhana dari dulu lagi.bukan biler gula naik harga,minyak naik harga,rakyat disuruh berjimat.
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Berlapar ini byk mendatangkan kesan positif sebenarnya berbanding kenyang tp saya lebih suka 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.
Puasa ini setelah saya faham sungguh-sungguh bukannya sekadar berlapar sahaja, ramai org silap faham yg puasa ini hanyalah menahan lapar semata-mata. Saya berpegang yg puasa ini adalah menahan diri drpd melakukan perkara yg membatalkan puasa dan perkara yg mengurangkan pahala puasa.

abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
AB,
betul ke bidalan ni?
rasanya: makan bila lapar, brhenti sblm kenyang
betul ke bidalan ni?
'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.
rasanya: makan bila lapar, brhenti sblm kenyang
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
antara hikmah lain..
Jimat masa..
Banyak makan, banyak la ke tandas, banyak menguyah, nak buat makanan, nak beli makanan, jalan keluar,etc,etc...
Jimat masa..
Banyak makan, banyak la ke tandas, banyak menguyah, nak buat makanan, nak beli makanan, jalan keluar,etc,etc...
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
thtl wrote:AB,
betul ke bidalan ni?'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.
rasanya: makan bila lapar, brhenti sblm kenyang
Ini saya punya Tuan, pasal saya ada gastrik, kalau nak tunggu lapar baru makan sakit saya dibuatnya. Makan nak kena kerap tp dalam kuantiti yg sedikit. Alhamdulillah tahun lepas sudah dpt puasa penuh tp tahun-tahun sebelumnya ada juga tinggal sehari-dua, itupun berbuka bukan sbb nak makan nasi tp nak mkn ubat shj.
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Isu lapar ini sering kali kita kaitkan dengan zuhud dan amalan para salaf. Ibn jauzi ada menjelaskan salah faham berlapar ini dalam talbis iblisnya.. tak silap saya bab 8, talbis iblis terhadap ahli Zuhud.
yang makan sebelum kenyang berhenti sebelum lapar tu ..rasanya akhuna Fathi al-Sakandari dah ada buat tahqiq.. dhaif
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Imam syafie berkata
" aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 thn kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadat"
Ini lah contoh quote 2 yg saya mahu
bagaimana dgn ulama lain atau sahabat....
moga2han quote tersebut dapat dijadikan pegangan supaya dpt control makan
" aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 thn kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadat"
Ini lah contoh quote 2 yg saya mahu
bagaimana dgn ulama lain atau sahabat....
moga2han quote tersebut dapat dijadikan pegangan supaya dpt control makan
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
thtl wrote:maksud lapar tu doc, depa ni banyak berpuasa.
kedua: kemiskinan
ketiga: produksi, teknologi pertanian yang mundur dan cuaca
kempat: terlalu asyik dgn ilmu
kelima: pengaruh ajaran sufi yg kemuncak di abad ketiga dan keempat yg menetapkan lapar sebagai satu doktrin kesufian
yg sahih ialah kita kena pakai fiqh nutrisi (balance diet, proper diet). Lapar tu maksudnya berpuasa.
Ramai yang anggap lapar adalah sesuatu yang baik dalam agama.
Sedangkan ada hadits yang kata Nabi shallallahu `alaihi wasallam & para sahabat makan sampai kenyang.
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
abubakar wrote:'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.
Saya tak setuju dengan kata-kata tersebut.
Kalau kita nak kata lapar lebih baik, kenapa nak makan sebelum lapar? Tunggu la lapar, baru kita makan.
Kalau tak salah, Dr. Abdul Basit ada kritik kata-kata ni dalam salah satu ceramah beliau.
Wallahu a`lam.
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
adli doktor ke....check facebook..nak chat
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Yang benar mereka berlapar bukan kerana tak nak makana tapi kerana berpuasa, bersedekah, atau kekurangan makanan. Jika ada makanan mereka akan makan macam biasa. Berlapar atas dasar zuhud adalah tidak benar. Hadith yang akhi adli nyatakan tu salah satu contohnya..
kena rujuk talbis iblis semula...ingat gross point sahaja..
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
doc seiji kata:
Doc,
pertama doc kena tahu, Imam Syafi`iy ni juga sorang Doktor di zamannya.
kedua: apa yang Imam Syafi'iy katakan di atas ialah dari kaca mata sorang doktor.
bayangkan doktor seiji menasihatkan manusia supaya mereka menjaga diet mereka. Maka pesan Imam syafi'iy tu adalah cara makan yang sebnar supaya manusia tidak terkena pelbagai penyakit kerana tidak menjaga makan mereka...maksud beliau tidak pernah kenyang ialah dia tidak makan berlebihan dan makan segala benda.
Doc kena bayangkan kata2 Imam syafi'iy tu adalah kata2 seorang doktor.
Imam syafie berkata
" aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 thn kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,
Doc,
pertama doc kena tahu, Imam Syafi`iy ni juga sorang Doktor di zamannya.
kedua: apa yang Imam Syafi'iy katakan di atas ialah dari kaca mata sorang doktor.
bayangkan doktor seiji menasihatkan manusia supaya mereka menjaga diet mereka. Maka pesan Imam syafi'iy tu adalah cara makan yang sebnar supaya manusia tidak terkena pelbagai penyakit kerana tidak menjaga makan mereka...maksud beliau tidak pernah kenyang ialah dia tidak makan berlebihan dan makan segala benda.
Doc kena bayangkan kata2 Imam syafi'iy tu adalah kata2 seorang doktor.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
Adli_Khalim wrote:abubakar wrote:'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.
Saya tak setuju dengan kata-kata tersebut.
Kalau kita nak kata lapar lebih baik, kenapa nak makan sebelum lapar? Tunggu la lapar, baru kita makan.
Kalau tak salah, Dr. Abdul Basit ada kritik kata-kata ni dalam salah satu ceramah beliau.
Wallahu a`lam.
Kalau yg sabda Nabi itu lain Tuan, yg seperti di atas adalah qaul saya sendiri kerana saya ada masalah gastrik.
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: Apa hikmah BERLAPAR??
"Akal tidak tersimpan dengan baik dalam tubuh yang gemuk." (Imam al-Syafi'i)
Antara kisah Imam al-Syafie sebagai seorang doktor. Mengenai sarapan pagi.
Al-Rabi' bin Sulaiman berkata, "Aku mendengar Syafi'i berkata, 'Harun al-Rasyid berkata kepadaku, 'Wahai Muhammad, aku mendengar bahawa kau selalu sarapan pagi?
'Ya, wahai Amirul Mukminin,' jawabku.
'Mengapa kau lakukan itu?' tanyanya.
Aku menjawab, 'Wahai Amirul Mukminin, aku melakukannya kerana empat hal.'
'Apa itu?' tanya al-Rasyid penasaran.
'Kerana air masih dingin, udara masih segar, lalat masih sedikit dan sarapan pagi dapat menekan hasratku terhadap makanan orang lain."
Al-Rasyid berkomentar, 'Sungguh ini adalah syair yang indah.'
Dinukil dari Silsilat al-Aimmah al-Mushawwarah 2: al-Imam al-Syafi'i karya Dr Tariq Suwaidan

rasanya artikel berlapar baik utk otak yg berlegar2 kat fb sekarang ni maybe diambil dari artikel ni..
BicaraTHTL :: Umum :: Sembang-sembang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum