intro ayat kursi
4 posters
Page 1 of 1
intro ayat kursi
bismillah
ada dalil kah sebelum membaca ayat kursi membaca ayat albaqarah yg satu lagi tu yg bermula dengan wa ila hukum..?
ada dalil kah sebelum membaca ayat kursi membaca ayat albaqarah yg satu lagi tu yg bermula dengan wa ila hukum..?
Re: intro ayat kursi
tak ada, itu kaifiyat tahlil dalam kitab2 jawi/kuning je...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: intro ayat kursi
Ayat Kursi dengan permulaan waila hukum adalah berasal dari Doa Manzil melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim & Imam Tarmizi. Sanadnya dhaif.
Sumber http://nahdatulsyifaperubatanislamic.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-rawatan-nahdatul-syifa.html
Sumber http://nahdatulsyifaperubatanislamic.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-rawatan-nahdatul-syifa.html
tokbatinasli- AHLI
- Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011
Re: intro ayat kursi
tokbatinasli wrote:Ayat Kursi dengan permulaan waila hukum adalah berasal dari Doa Manzil melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim & Imam Tarmizi. Sanadnya dhaif.
Sumber http://nahdatulsyifaperubatanislamic.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-rawatan-nahdatul-syifa.html
Sorry tak boleh buka link. Boleh baca cut paste artikel dari blog tu di bawah.
MANZIL : Amalan Untuk Melemahkan Jin & Sihir
Tag
Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang – HF) Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”
Lalu baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:
[1] al-Fatiha
[2] 4 ayat pertama surah al-Baqarah.
[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.
[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] ayat 54 surah al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[8] ayat 116-118 surah al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq…………..).
[9] ayat 3 surah al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu………..).
[10] 10 ayat pertama surah al-Saffat.
[11] 3 ayat terakhir surah al-Hasyr.
Sedikit Keterangan Berkenaan Hadis : Doa Manzil berasal dari sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi di dalam kitabnya: “Syarah Hayah al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir, Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat kepada Allah dengan berdoa).
Shaikh Muhammad Yusuf menukil daripada kitab al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmizi.
Berkata Syu`aib al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana dha’ifnya salah perawinya yang bernama Abi Janab, nama sebenarnya Yahya bin Abi Hayah al-Kalbi. Hadis ini dikeluarkan juga oleh al-Hakim, Abi Laila al-Anshari, al-Thabarani, Abu Ya’la dan Ibn al-Sunni, semuanya melalui jalan Abi Janab.
[12] 3 surah terakhir al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).
Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.
(Hadis Riwayat : Imam Ahmad, Al-Hakim & Imam Tarmizi - Sanadnya Dhaif)
tokbatinasli- AHLI
- Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011
Re: intro ayat kursi
satu ketika dahulu ana jadi makmum solat subuh
ketika baca surah, imam tu baca ayat kursi..tp sblm mula ayat kursi dia baca wa ilahukum ilahun wahid...
ketika baca surah, imam tu baca ayat kursi..tp sblm mula ayat kursi dia baca wa ilahukum ilahun wahid...
Similar topics
» Fadhilat Ayat Kursi
» Khasiat ayat Kursi. Adakah sahih?
» Cara menangani ayat-ayat Quran dalam surat khabar
» Website tentang grammar dalam ayat-ayat Al-Qur'an
» Ayat muhkamat & ayat mutasyabihat [Imported]
» Khasiat ayat Kursi. Adakah sahih?
» Cara menangani ayat-ayat Quran dalam surat khabar
» Website tentang grammar dalam ayat-ayat Al-Qur'an
» Ayat muhkamat & ayat mutasyabihat [Imported]
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum