BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Solat atas kapal terbang.

+2
Ahmad Shamil
Muhammad Faizal
6 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Solat atas kapal terbang.

Post by Muhammad Faizal Sun Dec 04, 2011 8:06 am

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca kenyataan sebegini di group FB [Diskusi Fiqh : Soalan dan Jawapan], dan rasanya pemilik status ini sedang menuntut di Cairo, Egypt :-

"jika ibadat mesti diambil dari dalil khusus dari nabi.

solat fardhu ketika musafir tidak boleh dilakukan dalam kenderaan bergerak. sepanjang pengajian saya dan dari bacaan, nabi akan berhentikan kenderaan dan solat di atas tanah menghadap kiblat, untuk solat fardhu. untuk solat sunat nabi berhentikan kenderaan tanpa turun darinya dan menghadap kiblat untuk takbiratul ihram kemudian seterusnya terus solat atas kenderaan menghadap arah kenderaan bergerak.

maka dari mana datangnya hadis atau ayat al-Quran membolehkan solat atas aircraft yang sedang meluncur di udara?"

1. bagaimana nak menjawab persoalan ini?

2. Maaf terburuk sangka sebab saya lihat, beliau seolah-olah ingin membolehkan bid'ah hasanah.

Mohon pencerahan.
Muhammad Faizal
Muhammad Faizal
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 29/11/2011
Age : 35
Location : Davangere, Karnataka, India

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ahmad Shamil Sun Dec 04, 2011 9:46 am

untuk jawapan awal, ana berkongsi artikel yg pernah ana baca mengenai solat dlm kapal terbang.

Dibolehkan solat dalam kenderaan samada kereta, teksi, bas ekspres, perahu, kapal selam, kapal terbang dan apa jua medium pengangkutan. Dalil yang membolehkan ialah hadith berikut daripada Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu di mana telah bertanya seorang sahabat kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Bagaimanakah cara saya bersolat dalam perahu ? Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
( Maksud hadith riwayat Imam al-Bazzar dan Daruquthni, disahihkan oleh Imam al-Hakim mengikut syarat-syarat Bukhari dan Muslim dan dipersetujui oleh Imam adz-Dzahabi akan kesahihannya, dihujahkan oleh Shaikh Nasiiruddin Albani sifat solat nabi tanpa komentar tambahan ; demikian juga oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/265-266)

Hadith di atas adalah sebagai dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan itu kerana pelajaran hadith (illat) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan perlaksanaan solat di atas kenderaan. (Prof. Dr. Hasbi ash-Shiddieqie - Koleksi Hadith-hadith Hukum, 4/425)

Jikalau solat secara berdiri di atas kenderaan adalah berbahaya atau menyukarkan maka boleh bersolat secara duduk, diteladani dari perbuatan

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas kenderaan tunggangan mereka. Kesukaran yang dihadapi itu tidaklah sampai ke tahap darurat tetapi adalah memadai dengan sesuatu yang memberatkan. Hadith berikut menerangkan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan sahabatnya pernah solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat

- Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya.
( Maksud hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 4/174 ; dan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya, no: 0407; disahihkan oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/268-270.)

Dua hadith di atas jelas membolehkan solat-solat fardhu dilaksanakan di atas kenderaan dan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kesukaran maka boleh dilaksanakan secara duduk. Demikianlah teladan yang diriwayatkan dari para sahabat seperti Anas bin Malik, Jabir, Tawus, Zaid dan lain-lain, radiallahu-anhum.
- Imam Ibnu Qudamah - al-Mughni, 2/323 ; Imam Ibnu Taimiyah - Ikhtiarat al-Ilmiyyah, ms 74.

sumber: http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg24.htm

ala kulli hal, kita tunggu juga jawapan ust thtl kita, insya Allah
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Sun Dec 04, 2011 9:58 am

1. Dibolehkan solat dalam pesawat udara adalah berdasarkan Ijtihad kerana ia adalah termasuk fiqh solat yang baru.

Ijtihad mengharuskannya, diambil dari nas-nas berikut:

AQ..


AQT 65:07 [Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.]
AQT 64:16 [Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu]

hadith:
وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

[dan apabila aku perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampu kalian."]
sahih Bukhori, no 6744, lidwa code

Juga dari ijttihad DYQ dan syaikh ahmed syurbasyi, azhar.

syarat:

minta ruang solat dari pramugari, selalunya ada kalau pesawat MAS
bertanyakan anak kapal
jika semuanya tidak tahu, maka ijtihaadlah menggunakan nas-nas di atas.
Ini benda baru sebab penciptaan pesawat udara adalah baru.

2. Ia bukan bid`ah hasanah tapi fiqh dharurat.
sekian
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Adli_Khalim Sun Dec 04, 2011 10:09 am

Muhammad Faizal wrote:Assalamualaikum,

Saya ada terbaca kenyataan sebegini di group FB [Diskusi Fiqh : Soalan dan Jawapan], dan rasanya pemilik status ini sedang menuntut di Cairo, Egypt :-

"jika ibadat mesti diambil dari dalil khusus dari nabi.

solat fardhu ketika musafir tidak boleh dilakukan dalam kenderaan bergerak. sepanjang pengajian saya dan dari bacaan, nabi akan berhentikan kenderaan dan solat di atas tanah menghadap kiblat, untuk solat fardhu. untuk solat sunat nabi berhentikan kenderaan tanpa turun darinya dan menghadap kiblat untuk takbiratul ihram kemudian seterusnya terus solat atas kenderaan menghadap arah kenderaan bergerak.

maka dari mana datangnya hadis atau ayat al-Quran membolehkan solat atas aircraft yang sedang meluncur di udara?"

1. bagaimana nak menjawab persoalan ini?

2. Maaf terburuk sangka sebab saya lihat, beliau seolah-olah ingin membolehkan bid'ah hasanah.

Mohon pencerahan.


Wa`alaikumussalam.


Saya pun pernah memikirkan perkara yang sama.


Perbuatan Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam seolah-olah menunjukkan wujudnya perbezaan antara solat fardhu dan solat sunat.


Sebab tu saya amalkan rukhshah jama` - sama ada taqdim atau ta'khir -, melainkan:


1 - Solat Subuh yang tidak boleh saya jama`.


2 - Saya yakin saya tidak sempat solat di daratan.


3 - Saya tidak yakin saya sempat solat di daratan [destinasi baru yang saya tidak tahu kondisinya].


Ini pegangan saya. Mungkin pendapat yang disebutkan oleh Kapten lebih mudah untuk dipraktikkan, tapi saya lebih suka untuk amalkan jama`.
Adli_Khalim
Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Sun Dec 04, 2011 10:12 am

Ilmuan Adli,
rasanya isu ni adalah bukan solat jama', tapi kiblat. ia merujuk kpd long haul flight misalnya KLIA-Jeddah (8.5 jam), KLIA -London (12 jam non-stop)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Muhammad Faizal Sun Dec 04, 2011 4:06 pm

So, kiranya tak ada dalil yang specific eh untuk membolehkan solat fardhu (solat sunat boleh)di atas/dalam kenderaan dan yang membolehkan hanyalah ijtihad?

Atau yang membolehkan tu menggunakan hadis tentang solat atas kapal?

ke guano?
Muhammad Faizal
Muhammad Faizal
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 29/11/2011
Age : 35
Location : Davangere, Karnataka, India

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ahmad Shamil Sun Dec 04, 2011 5:20 pm

Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya.
( Maksud hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 4/174 ; dan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya, no: 0407; disahihkan oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/268-270.)
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ahmad Shamil Sun Dec 04, 2011 5:23 pm

Abu_Zubair wrote: Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya.
( Maksud hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, 4/174 ; dan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya, no: 0407; disahihkan oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 2/268-270.)

- kapten guna hadis ini membuktikan solat fardhu boleh dibuat juga di atas kenderaan..
- "terus maju dengan kenderaannya"- solat atas kenderaan sambil kenderaan itu berjalan
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Muhammad Faizal Sun Dec 04, 2011 8:25 pm

Alhamdulillah. makin jelas. lepas baca banyak2 kali, baru dapat tangkap. otak makin slow sebab nak exam. hehe KohKohKoh terima kasih ust.
Muhammad Faizal
Muhammad Faizal
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 9
Join date : 29/11/2011
Age : 35
Location : Davangere, Karnataka, India

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Sun Dec 04, 2011 8:43 pm

saya rasa isu ini boleh dimasukkan dalam salah satu fiqh kontemporari dimana al-Qarafi pernah menukilkan dalam al-Furuq:

"Setiap apa yang ada dalam syariah akan mengikut kehendak adat, dimana hukum akan berubah apabila adat dan suasana lama berubah kepada yang baru"

berkaitan ini juga,kadang-kala ijtihad ulama' terdahulu tidak lagi relevan buat masa kini sebagaimana yang pernah dikatakan oleh al-Qardawi:

"Setiap zaman ada persoalan dan kejadian yang tersendiri.Pelbagai kejadian dan peristiwa baru yang tidak pernah diketahui,malah mungkin tidak pernah terfikir di fikiran ulama' terdahulu.Mungkin jika ditanya kepada mereka hal-hal seperti yang ada di zaman ini,mereka akan terus mengatakan yang ianya mustahil berlaku.Lalu bagaimana kita boleh gambarkan mereka telah menentukan hukum untuk hal-hal seerti itu yang tiada di zaman terdahulu?"

Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ahmad Shamil Mon Dec 05, 2011 8:07 am

Muhammad Faizal wrote:Alhamdulillah. makin jelas. lepas baca banyak2 kali, baru dapat tangkap. otak makin slow sebab nak exam. hehe KohKohKoh terima kasih ust.

ma'a at-taufiiq wa an-najaah utk exam nya!!
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by kalepensel Tue Mar 27, 2012 7:13 pm

macam mana nak tentukan waktu solat dan waktu semasa di atas flight?

adakah perlu kita tengok ke luar flight untuk menentukan waktu solat?
kalepensel
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 29
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Tue Mar 27, 2012 7:16 pm

cuba baca buku e-book kapten kat website dia dulu, kalau tak cukup, tanya sekali lagi...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Tue Mar 27, 2012 8:03 pm



hehe..dah tak sabar nak ke Uni Madinah ker..hehe Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Tue Mar 27, 2012 8:16 pm

jordanlaa, akak dia si nur tu ada kat sana...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by kalepensel Tue Mar 27, 2012 8:18 pm

thtl wrote:cuba baca buku e-book kapten kat website dia dulu, kalau tak cukup, tanya sekali lagi...

ok, dah jumpa.


Hambanya wrote:hehe..dah tak sabar nak ke Uni Madinah ker..hehe Smile

takla, ana pegi buat umrah bulan 6 ni, sambil2 ziarah ke Madinah sekali
kalepensel
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 29
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Tue Mar 27, 2012 8:21 pm

jadual penerbangan KLIA-Jeddah tu akan menentukan fiqh solat...penerbangan akan mengambil masa 8 jam 30 minit. perbedzaan masa kita dgn saudi ialah 6 jam.

kemungkinan masa tu saya dah berada di Jazan arab saudi (insyaAllah)..500 KM dari Mekah
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Tue Mar 27, 2012 8:30 pm



Alhamdulillah..enta muda-muda dah dapat ke sana ye..keluarga enta berkemampuan ..syukurlah..

Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Tue Mar 27, 2012 8:34 pm

dien kena kerjasama dgn alamghiri, jadi usahawan, hanya dgn usahawan, kita akan cepat mengumpul harta berbanding makan gaji. kalau nak makan gaji kena hijrah ke KL dan kemudian ke KSA ke...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Tue Mar 27, 2012 8:40 pm

thtl wrote:dien kena kerjasama dgn alamghiri, jadi usahawan, hanya dgn usahawan, kita akan cepat mengumpul harta berbanding makan gaji. kalau nak makan gaji kena hijrah ke KL dan kemudian ke KSA ke...

huhu..untung buat mereka yang diberi hidup dengan harta yang melimpah..alhamdulillah..

insyaAllah memang ada niat nak kerjasama..cuma..buat masa ni naluri nak belajar terlalu kuat..saya tak boleh nak bekerja...sebab hati ni memang nak belajar..asif..
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Tue Mar 27, 2012 8:43 pm

itu semua ujian Tuhan dien.

kalau nak belajar, belajar la dulu..
ada yg sambil belajar sambil bekerja...hehehe

ada yang bekerja dan belajar part-time
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Tue Mar 27, 2012 8:57 pm

thtl wrote:itu semua ujian Tuhan dien.

kalau nak belajar, belajar la dulu..
ada yg sambil belajar sambil bekerja...hehehe

ada yang bekerja dan belajar part-time

macam promote je..kalau saya boleh berguru ..dengan tetap..saya tak kisah nak bekerja part time..
kalau di jazan mungkin boleh..ramai syeikh-syeikh..hhehe..

tapi kalau kat sini..nampak macam stdy fulltime yang terbaik..allahua'lam
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Wed Mar 28, 2012 7:01 am

fulltime mmg terrrbaik..jika dapat loan atau dapat sponsor parents...


trend kerja dan belajar sekali gus ni gayahidup di USA. sebab sana kerja mudah..dan kerja secara online pun semakin banyak
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Ad-Dien Wed Mar 28, 2012 7:55 am

thtl wrote:fulltime mmg terrrbaik..jika dapat loan atau dapat sponsor parents...


trend kerja dan belajar sekali gus ni gayahidup di USA. sebab sana kerja mudah..dan kerja secara online pun semakin banyak

kat malizi susah macam tu..hehe
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by thtl Wed Mar 28, 2012 1:22 pm

sebab malizia masih ada biasiswa, ada PTPTN loan, ada pembiayaan parents, UiTM pulak yurannya paling murah di Malaysia..
k
namun di KL, trend kerja dan study dah semakin berkembang, perintis ialah prog PJJ UiTM, UMCEED, UM, Open University, Unitar, Wawasan open Univ..dan kebanyakan IPTA ada prog PJJ.
sapa yg sedia berkorban hujung minggi (sabtu-ahad) mmg boleh belajar part-time di KL
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Solat atas kapal terbang. Empty Re: Solat atas kapal terbang.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum