Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
5 posters
Page 1 of 1
Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
Dengan Ilmu, Tiada Istilah Buang Masa
Oleh: Ustaz Adlan Abdul Aziz
"Jangan tolak ilmu dan perbincangan ilmiah dengan pelbagai alasan"
Sedar atau tidak, kita pernah terpengaruh dengan pandangan sebahagian (dengan niat yg pelbagai) yang nampaknya macam betul, tapi bila difikirkan, ia tidaklah benar 100%. Ini biasa kerana kita manusia yang lemah. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus terpengaruh, bukan?
Antara pandangan yang mempengaruhi kita ialah - kita tidak boleh berlebihan dalam berbicara tentang ilmu atau ilmuan, tentang kajian dan intelektual, tentang maklumat, fakta dan pro atau kontra sesuatu idea. Ini katanya 'membuang masa'. Tapi adakah benar kita membuang masa, atau sebenarnya kita 'mengisi masa' dengan perkara yang positif?
ADAKAH MASA KITA CUKUP UNTUK ILMU ATAU?
Saya pernah bergurau dengan seorang sahabat : 'tak apa kalau tak datang kuliah saya pun, tapi dengan syarat pergilah program ilmu yg lain, jangan pula tak datang kuliah (saya atau sesiapa) tapi tidur di rumah'. (mungkin beliau pun sedang membaca tulisan ini).
Dan saya pernah juga menulis di FB bahawa kalau kita - sebagai muslim masa kini yang mempunyai banyak cara dan teknik menuntut ilmu - tidak dapat menghadiri atau mengikuti perkembangan ilmu atas dasar 'sibuk' tidak mengapa. Tapi agak pelik kalau kita boleh berjam-jam bersukan, membeli-belah, tidur, makan, melepak di kedai makan tanpa makan, main game dan segala hobi lain, tapi kita sibuk dan tak sempat untuk menghadiri atau mengikuti program ilmu...hmm?
MAJLIS ILMU - BUANG MASA?
Bahkan ada sesetengah pihak yang lebih 'canggih' dan 'maju' ketika mana cuba menghalang orang lain berdiskusi ilmiah, atau mengikuti perbincangan berfakta, atau sekurang-kurangnya mengisi masa dengan berbicara tentang ilmu dan pengetahuan dengan alasan - membuang masa. Membuang masa? Apakah kita sebenarnya faham maksud 'membuang masa'?
Ia lebih luas dan besar jangkauannya dari yang kita sangka. Di mana-mana tempat sama ada dalam atau luar negara, kita dapati ramai ilmuan dalam pelbagai bidang menghabiskan masa bertahun malah puluhan tahun mengkaji sesuatu yang kita sendiri tidak faham! Adakah sanggup kita berkata kepada mereka 'anda semua membuang masa sahaja' hanya kerana kita tidak faham matlamat mereka? Sudah pasti tindakan kita adalah lambang kita sebenarnya tidak pandai menghargai ilmu dan hasil ilmu orang lain!
DENGAN ILMU, MASA DIKORBANKAN TAPI IA TIDAK TERBUANG!
Saya pernah menonton di kaca tv bagaimana seorang pemegang 'phd' dalam bidang kajian fosil dinosaur (pengkhususan t-rex!) yang telah beruban rambutnya, kusut masai pula kerana berada di tapak kajian mencari bukti fosil untuk kajian, adakah saya akan mentertawakannya dengan berkata 'buang masa'?
Saya juga bertemu secara berhadapan dengan pengkaji-pengkaji hadith yang bekerja tanpa populariti di sebuah pangsapuri, ada yang muda, ada yang tua dan terketar tangannya mencatat dengan 'pensel', kemudian menunggu giliran untuk dicetak kajian mereka yang mana telah bertahun dimulakan tapi belum dihabiskan. Adakah tergamak saya mengatakan kepadanya 'mengapa buang masa'?
Juga saya pernah duduk bersebelahan seorang pendakwah yang begitu sederhana, tapi telah menghabiskan masa hidupnya sebelum dan selepas pencen untuk pergi berdakwah mengislamkan sebahagian masyarakat di pedalaman. Adakah itu 'buang masa'?
Anda sendiri pernah melihat orang lain melakukan sesuatu untuk ilmu dan kajian, adakah anda akan menyatakan 'mengapa buang masa'?
Kalau kita semak kembali apakah aktiviti kita seharian atau bulanan, berapa peratuskah masa yang benar-benar diisi? Kalau ia diisi dengan sesuatu, adakah ia aktiviti paling menguntungkan bagi kita? Ya, kita perlu bahagikan masa untuk semua keperluan hidup, tapi apakah ilmu bukan keperluan?
Bagi para ilmuan yang cintakan ilmu, masa dirasakan 'tidak cukup' untuk menghilangkan dahaga ilmu. Setiap ilmu diraikan, setiap ilmuan dihormati dan dinasihati, setiap majlis ilmu dipromosikan dan cuba diikuti dan paling penting:
'ilmu mendidik kita untuk menyedari bahawa kita kurang berilmu dan perlu ditambah'
Bagi saya dan saya yakin bagi anda juga - ilmu dan perbincangan ilmiah adalah di antara keperluan harian yang penting (kalaupun tidak paling penting) yang perlu ada dalam hidup dan yakinlah jika anda berada dalam program ilmu (bukan hanya ilmu khusus agama, tapi ilmu apa sahaja yang positif) anda sebenarnya ....
TIDAK MEMBUANG MASA, MALAH MENGISI MASA DENGAN BIJAK, LEBIH BIJAK DARI YANG MENUDUH ANDA MEMBUANG MASA!

Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
salam,
apakah ilmu yang dimaksudkan di sini. Ilmu secara generalnya ataupun ilmu agama? Ada dua jenis manusia yang mana, hatinya cenderung sepenuhnya kepada ilmu agama, dan satu lagi cenderung kepada ilmu agama, dan ilmu dunia.. Namun ada sesetengah kes, seseorang yang jenis kedua ini sukar sekali untuk kerap menumpukan hatinya kepada ilmu agama tetapi, mampu mengambil masa yang lama untuk ilmu-ilmu dunia, seperti physic, math, astrologi, dan sebagainya, cuma basic sahaja bolehlah....

eimihar- AHLI
- Posts : 15
Points : 19
Join date : 12/02/2012
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
Pembahagian ilmu yg masyhur:
1. Ilmu fardhu ain (ilmu wajib untuk memahami agama dan menjadikan kita muslim), cth: ilmu akidah dan ibadah
2. ilmu fardhu kifayah, sebahagian umat islam mempelajari dan mendalaminya, maka sebahagian yg lain tidak berdosa, ia termasuk ilmun sains, perubatan, farmasi, engineering, astromoni, business, perbankan, pengurusan, dsbnya
DYQ membahagikan ilmu kepada dua:
1. Ilmu agama, ilmu yg dipelajari supaya anda dapat menjadi muslim yg baik, berasaskan wahyu.
2. Ilmu Umum, ilmu untuk menjadikan umat islam maju dan kuat (ilmu sains dan teknologi, ilmu berasaskan ujikaji (experimental)

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
kecenderungan kpd ilmu agama atau ilmu umum itu adalah suatu fakta, sebab ada aliran agama dan ada aliran bukan agama sejak dulu, aliran agama akan melanjutkan pelajaran ke azhar dan sekarang ke yemen, saudi, jordan, maghribi dan syria. manakala aliran umum akan melanjutkan pelajaran ke UK, USA dan Aussie.
ambil contoh ad-dien al-kardawi, dia belajar aliran ilmu Umum, engineering, tapi akhirnya dia dapati ilmu umum tidak cocok dengan dirinya, lalu dia ingin mempelajari ilmu agama dengan mendalam.
macam thtl, dia mempelajari ilmu Umum sampai peringkat Masters...tapi diwaktu yg sama dalam harakah islam, dia mempelajari ilmu2 agama. maka akhirnya dia memiliki dua ilmu sekali gus, ilmu agama dan ilmu Umum. maka jadilah pro-taz..
zaman dulu, zaman Ibn Sinna, alKhawarizmi, umat islam belajar ilmu agama dulu, selepas itu barulah mereka diberi pilihan samada nak meneruskan pengkhusussan dalam ilmu agama atau Ilmu sains..
sepatutnya gitulaa, atau cara thtl tadi..
ambil contoh ad-dien al-kardawi, dia belajar aliran ilmu Umum, engineering, tapi akhirnya dia dapati ilmu umum tidak cocok dengan dirinya, lalu dia ingin mempelajari ilmu agama dengan mendalam.
macam thtl, dia mempelajari ilmu Umum sampai peringkat Masters...tapi diwaktu yg sama dalam harakah islam, dia mempelajari ilmu2 agama. maka akhirnya dia memiliki dua ilmu sekali gus, ilmu agama dan ilmu Umum. maka jadilah pro-taz..
zaman dulu, zaman Ibn Sinna, alKhawarizmi, umat islam belajar ilmu agama dulu, selepas itu barulah mereka diberi pilihan samada nak meneruskan pengkhusussan dalam ilmu agama atau Ilmu sains..
sepatutnya gitulaa, atau cara thtl tadi..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
laduni, itu ilmu jenis ketiga. belajar ilmu hakikat dgn Tuhan secara langsung. selalu yg dapat ilmu ni ialah wali2 Qutub
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
thtl wrote:kecenderungan kpd ilmu agama atau ilmu umum itu adalah suatu fakta, sebab ada aliran agama dan ada aliran bukan agama sejak dulu, aliran agama akan melanjutkan pelajaran ke azhar dan sekarang ke yemen, saudi, jordan, maghribi dan syria. manakala aliran umum akan melanjutkan pelajaran ke UK, USA dan Aussie.
ambil contoh ad-dien al-kardawi, dia belajar aliran ilmu Umum, engineering, tapi akhirnya dia dapati ilmu umum tidak cocok dengan dirinya, lalu dia ingin mempelajari ilmu agama dengan mendalam.
macam thtl, dia mempelajari ilmu Umum sampai peringkat Masters...tapi diwaktu yg sama dalam harakah islam, dia mempelajari ilmu2 agama. maka akhirnya dia memiliki dua ilmu sekali gus, ilmu agama dan ilmu Umum. maka jadilah pro-taz..
zaman dulu, zaman Ibn Sinna, alKhawarizmi, umat islam belajar ilmu agama dulu, selepas itu barulah mereka diberi pilihan samada nak meneruskan pengkhusussan dalam ilmu agama atau Ilmu sains..
sepatutnya gitulaa, atau cara thtl tadi..
jadi pilihan ana ni tak tepat ke?
rasanya peringkat umur ana ni sudah dikira turning point kan?
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
pada usia 21, jika nak pilih ilmu agama atau ilmu Umum/sains adalah masih tidak lewat..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
thtl wrote:pada usia 21, jika nak pilih ilmu agama atau ilmu Umum/sains adalah masih tidak lewat..
adoi, janganlah sebut umur...
nampak sangat masih mentah dan dangkal ilmu ana ni
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
sebenarnya usia tu dah tua kalau ikut standard Imam syafi'iy dan Ibn taymiyah, mereka berdua dah berfatwa pada usia 20 tahun, maksudnya depa tu dah dapat phD pada usia 21 tahun...dien baru nak start...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
cuma zaman kita hambaMu, kita dapat menguasai dengan cepat, kerana bantuan ilmu alat terlalu banyak dan dibantu oleh internet
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
thtl wrote:cuma zaman kita hambaMu, kita dapat menguasai dengan cepat, kerana bantuan ilmu alat terlalu banyak dan dibantu oleh internet
yeke? bantuan teknologi tu memang betul syeikh...
tapi tiap kali bila ana baca kitab-kitab...buku-buku berkaitan salaful ummah ni....ana rasa rugi sangat,,..
rasa rugi selama ini tak kenal dan jumpa manhaj ni awal-awal... bertahun-tahun bertukar-tukar firqah dan hiraki...
rasa rugi sangat....banyak masa ana sudah sia-siakan...
sekarang baru nak kenal dan mendalami...sangat rugi
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
manhaj ikhwan tu salafi juga...
sanadnya, hasan albanna, rashid ridha, muhammad abduh dan imam muhammad abdul wahab...cuma ia salafi haraki.
salafi yg enta dok ikut sekarang, salafi manhaji tanpa haraki. sanad dia, albani, uthaimin, ben baz, as-saadi, imam muhammad abdul wahab, keduanya bertemu pada imam ben wahab
sanadnya, hasan albanna, rashid ridha, muhammad abduh dan imam muhammad abdul wahab...cuma ia salafi haraki.
salafi yg enta dok ikut sekarang, salafi manhaji tanpa haraki. sanad dia, albani, uthaimin, ben baz, as-saadi, imam muhammad abdul wahab, keduanya bertemu pada imam ben wahab
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
salam,
adakah ilmu laduni ni benar-benar wujud?
thtl wrote:laduni, itu ilmu jenis ketiga. belajar ilmu hakikat dgn Tuhan secara langsung. selalu yg dapat ilmu ni ialah wali2 Qutub
adakah ilmu laduni ni benar-benar wujud?
eimihar- AHLI
- Posts : 15
Points : 19
Join date : 12/02/2012
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
eimihar wrote:salam,thtl wrote:laduni, itu ilmu jenis ketiga. belajar ilmu hakikat dgn Tuhan secara langsung. selalu yg dapat ilmu ni ialah wali2 Qutub
adakah ilmu laduni ni benar-benar wujud?
wujud tapi untuk orang-orang tertentu sahaja..salah satunya Nbi khidir a.s..
itu yang orang sekarang ni taksub belajar tasawuf, nak daat ilmu laduni...
niat pun dah menyimpang...segelintir lah
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
thtl wrote:manhaj ikhwan tu salafi juga...
sanadnya, hasan albanna, rashid ridha, muhammad abduh dan imam muhammad abdul wahab...cuma ia salafi haraki.
salafi yg enta dok ikut sekarang, salafi manhaji tanpa haraki. sanad dia, albani, uthaimin, ben baz, as-saadi, imam muhammad abdul wahab, keduanya bertemu pada imam ben wahab
ikhwan tu salafi? tapi kenapa keras? kenapa berbeza dengan salafi salafussoleh?
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
aliran keras ada dalam setiap party,jamaah dan manhaj.
Ikhwan ada yg keras dan lembut..
pas pun ada yg keras dan lembut, umno pun ada aliran keras dan lembut..
salafi pun ada yg keras, macam salafi yamani, salafi rasul dahriyun...hehehe
ada yg lembut macam dr fadhlan..husin yee..
zaman salafusoleh pun ada yg keras dan lembut, Umar keras, abu Bakar lembut..khalid alwaleed keras, ibn abbas dan abu hurayrah lembut
Ikhwan ada yg keras dan lembut..
pas pun ada yg keras dan lembut, umno pun ada aliran keras dan lembut..
salafi pun ada yg keras, macam salafi yamani, salafi rasul dahriyun...hehehe
ada yg lembut macam dr fadhlan..husin yee..
zaman salafusoleh pun ada yg keras dan lembut, Umar keras, abu Bakar lembut..khalid alwaleed keras, ibn abbas dan abu hurayrah lembut
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
pilihan yg tepat ialah sederhana. ada ketika kena keras, ada ketika kena lembut, bukan lembut sepanjang masa, nanti AUW auw!
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
thtl wrote:pilihan yg tepat ialah sederhana. ada ketika kena keras, ada ketika kena lembut, bukan lembut sepanjang masa, nanti AUW auw!
kehkeh...lembut maksud ana sederhana lah...bukannya lembut lagu tu..
Re: Ilmu: Masa terkorban tetapi tidak terbuang!!
Ad-Dien wrote:thtl wrote:cuma zaman kita hambaMu, kita dapat menguasai dengan cepat, kerana bantuan ilmu alat terlalu banyak dan dibantu oleh internet
yeke? bantuan teknologi tu memang betul syeikh...
tapi tiap kali bila ana baca kitab-kitab...buku-buku berkaitan salaful ummah ni....ana rasa rugi sangat,,..
rasa rugi selama ini tak kenal dan jumpa manhaj ni awal-awal... bertahun-tahun bertukar-tukar firqah dan hiraki...
rasa rugi sangat....banyak masa ana sudah sia-siakan...
sekarang baru nak kenal dan mendalami...sangat rugi
Bertukar-tukar tu biasalah Dien sebab belum secocok. Dan dalam tempoh bertukar-tukar tu lah pengalaman, kematangan dan kefahaman terbina. Pengalaman yang diperolehi tu sangat mahal harganya dan tak semua orang memilikinya, lebih-lebih lagi kepada yang akademik dan kariernya bukan dalam bidang keagamaan.
Sekadar berkongsi sedikit pengalaman.
AwgSagi- AHLI
- Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013
Similar topics
» Mereka beramal sedikit tetapi istiqamah VS mereka beramal banyak tetapi tidak istiqamah
» Ilmu yg tidak disampai kan ??
» Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.
» Tidak boleh bercakap dengan orang mati, tetapi Nabi Muhammad (s.a.w) bercakap dengan nabi lain yg telah wafat
» Jualan amal mengutip dana untuk Kelab Ilmu Adelaide di PWTC (booth ILMU) esok (4 - 7 Disember 2013)

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum