BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

syarat minima poligami?

4 posters

Go down

syarat minima poligami? Empty syarat minima poligami?

Post by thtl Fri Sep 21, 2012 5:12 pm

Tokoh poligami TM berkata:

Kesimpulannya di sini, kemampuan seseorang lelaki/suami untuk berpoligami TIDAK ditentukan oleh sesiapa, oleh apa-apa samada harta benda, kejantanan, atau apa-apa yang sekelas dengannya. Tiada siapa layak memberikan sebarang sijil atau certificate pada mana-mana lelaki untuk mengatakan lelaki itu layak atau tidak berpoligami. Kemampuan hanya diketahui oleh tuan badan dan Allah Taala.

Komen:
Ini ajaran ekstrim..hehehe
tak berpijak di alam realiti dan menentang peraturan dan akta keluarga Islam di Malaysia. Ia mendorong lelaki melayu bernikah secara rahsia samada berpoligami di sempadan atau bernikah dengan jurunikah tidak bertauliah yang mendatangkan masalah kpd wanita dan anak-anak kelak. Maka saya syorkan, jangan diamalkan petua di atas. Ia bercanggah dgn perundangan Malaysia sekarang.
Poligami di Malaysia adalah lesen yg dikawal ketat. sebabnya, kerana ramai suami yg abused the system.

Zaman klasik, mmg benar kenyataan di atas ketika wanita tidak memiliki hak apa-apa. Tapi zaman moden, alaf 21, Penguasa telah menggubal Akta Hukum Keluarga Islam yang mengawal selia poligami. apa yg dilaungkan oleh tokoh poligami di atas mmg di amalkan di saudi arabia sekarang, dan hasilnya, ramai janda di sini yg teraniaya dan terbiar.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

syarat minima poligami? Empty Re: syarat minima poligami?

Post by alDayyan Tue Oct 09, 2012 10:27 am

thtl wrote:Tokoh poligami TM berkata:

Kesimpulannya di sini, kemampuan seseorang lelaki/suami untuk berpoligami TIDAK ditentukan oleh sesiapa, oleh apa-apa samada harta benda, kejantanan, atau apa-apa yang sekelas dengannya. Tiada siapa layak memberikan sebarang sijil atau certificate pada mana-mana lelaki untuk mengatakan lelaki itu layak atau tidak berpoligami. Kemampuan hanya diketahui oleh tuan badan dan Allah Taala.

Komen:
Ini ajaran ekstrim..hehehe
tak berpijak di alam realiti dan menentang peraturan dan akta keluarga Islam di Malaysia. Ia mendorong lelaki melayu bernikah secara rahsia samada berpoligami di sempadan atau bernikah dengan jurunikah tidak bertauliah yang mendatangkan masalah kpd wanita dan anak-anak kelak. Maka saya syorkan, jangan diamalkan petua di atas. Ia bercanggah dgn perundangan Malaysia sekarang.
Poligami di Malaysia adalah lesen yg dikawal ketat. sebabnya, kerana ramai suami yg abused the system.

Zaman klasik, mmg benar kenyataan di atas ketika wanita tidak memiliki hak apa-apa. Tapi zaman moden, alaf 21, Penguasa telah menggubal Akta Hukum Keluarga Islam yang mengawal selia poligami. apa yg dilaungkan oleh tokoh poligami di atas mmg di amalkan di saudi arabia sekarang, dan hasilnya, ramai janda di sini yg teraniaya dan terbiar.


setuju 800% dgn pak syeikh!
saya lihat anak2 hasil poligami semuanya mcm x happy dgn life dorg x sama mcm life anak2 yg bapak mereka monogami.. setakat ni saya belum pernah lagi terjumpa anak2 hasil poligami yg x meluahkan rasa x puashati kat fb dan sosial media yg lain..
kesian dorg.. kalau ianya berlandaskan nafsu, mmg kompem la perkahwinan tu pasti bermasalah,,

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 55
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

syarat minima poligami? Empty Re: syarat minima poligami?

Post by yat Wed Oct 10, 2012 4:14 am

pergh...

tapi saya setuju pendpaat THTL....
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

syarat minima poligami? Empty Re: syarat minima poligami?

Post by nurhidayah Fri Oct 12, 2012 6:35 am

Ustaz,
saya pun nak beri pendapat dan berkongsi cerita. Zaman sekarang memang ramai lelaki poligami atas dasar nafsu semata. Jarang sangat lah poligami sebab nak membantu tu. Tapi ada juga kes, macam arwah pakcik saya, dia kahwin lagi sebab nenek yang suruh.

Arwah pakcik saya berpoligami secara rahsia. Dia kahwin isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi, peliknya seisi keluarga (sepupu, saudara mara, adik beradik), malah anak arwah sendiri tahu yang ayah mereka kahwin lagi, tapi tak seorangpun sampai hati nak bagitau ibu mereka. Perkara ni hanya terbongkar masa arwah meninggal dunia.

Saya dan adik lelaki yang pergi ambil isteri kedua pakcik ni, sebab mak suruh kan. Bayangkan lah betapa tabahnya hati isteri pertama pakcik tu, dahlah suami meninggal, tiba-tiba dikejutkan pula dengan kehadiran isteri kedua dengan anak yang dah berusia 2 tahun.

Saya memang ambil perkara tu jadi iktibar, saya cakap dekat suami, kalau nak kahwin lagi, jangan belakangkan saya. Bagitahu saya supaya kita boleh plan apa yang patut. Saya nampak macam mana perkahwinan rahsia ni memecah-belahkan keluarga Sad

Isteri pertama pacik tu, masih rapat dengan kami selepas arwah tiada. Dia memang bestfriend dengan mak saya. Sekarang, dia dah kahwin baru, saya pun tumpang happy. Tapi isteri kedua pakcik tu saya tak pernah jumpa dah.

Yang tak happy, nenek saya je. Dia taksuka isteri pertama ni sebab mualaf kan. Perkahwinan kedua yang rahsia tu pun nenek yang aturkan. Arwah pakcik masa tu ikutkan saja kehendak nenek. Ni bila makcik (pertama) tu kahwin lagi, dia marah lah sebab dia rasa anak dia dikhianati. Nenek pun marah sebab kami masa berbaik dengan makcik tu even kira dah putus hubungan keluarga (menurut dia). Bukan apa ustaz, isteri pertama tu kan muallaf, takut dia kembali ke agama asal pula selepas arwah meninggal, kalau kami putus hubungan.

Sebab tu lah ustaz, saya dengan mak kami pegang prinsip yang sama; kalau suami ada perempuan lain, baik kahwinkan kalau dah nak sangat. Yang penting jangan menipu. Saya rasa semua wanita pun taksuka ditipu begitu. Jadi, saya tak bantah poligami, asal mampu dan tak membelakangkan saya.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 39
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

syarat minima poligami? Empty Re: syarat minima poligami?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum