20 Hadith Maqlubah (16) - Poligami 20:16 Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra
Page 1 of 1
17012012
20 Hadith Maqlubah (16) - Poligami 20:16 Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra
20 Hadith Maqlubah (16) - Poligami
20:16 Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra
Takhrij hadith:
إِنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ خَطَبَ ابْنَةَ أَبِي جَهْلٍ عَلَى فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام فَسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ فِي ذَلِكَ عَلَى مِنْبَرِهِ هَذَا وَأَنَا يَوْمَئِذٍ مُحْتَلِمٌ فَقَالَ إِنَّ فَاطِمَةَ مِنِّي وَأَنَا أَتَخَوَّفُ أَنْ تُفْتَنَ فِي دِينِهَا ثُمَّ ذَكَرَ صِهْرًا لَهُ مِنْ بَنِي عَبْدِ شَمْسٍ فَأَثْنَى عَلَيْهِ فِي مُصَاهَرَتِهِ إِيَّاهُ قَالَ حَدَّثَنِي فَصَدَقَنِي وَوَعَدَنِي فَوَفَى لِي وَإِنِّي لَسْتُ أُحَرِّمُ حَلَالًا وَلَا أُحِلُّ حَرَامًا وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَا تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ اللَّهِ أَبَدًا
Terj:
"Sesungguhnya 'Ali bin Abu Thalib pernah meminang anak perempuan Abu Jahal (untuk dijadikan istri) disamping Fathimah 'alaihi salam, lalu kudengar Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam memberikan khuthbah kepada manusia tentang masalah itu di atas mimbar ini sedang aku saat itu sudah baligh, Beliau bersabda: "Sesungguhnya Fathimah adalah bagian dariku dan aku sangat khawatir dia terfitnah dalam agamanya". Kemudian Beliau menyebutkan kerabat Beliau dari Bani 'Abdu Syamsi seraya menyanjungnya dalam hubungan kekerabatannya yang baik kepada Beliau. Beliau melanjutkan: "Dia berbicara kepadaku lalu membenarkan aku serta berjanji kepadaku dan dia menunaikan janjinya kepadaku. Sungguh aku bukanlah orang yang mengharamkan suatu yang halal dan bukan pula menghalalkan apa yang haram akan tetapi, demi Allah, tidak akan bersatu putri Rasulullah Shallallahu'alaiwasallam dengan putri musuh Allah selamanya" (HR Bukhari, kitab al-Khumus,no. 2879, kod lidwa)
Kefahaman Maqlubah (terpesong) dari hadith ini:
1. Kita sebagai mertua boleh menghalang menantu kita dari memadukan anak perempuan kita berdasarkan hadith ini.
2. hadith ni menjadi dalil, poligami semakin diperketat oleh RasuluLlah saw, bermula dengan poligami tanpa batas, kemudian dihadkan kepada 4, kemudian dengan hadith melarang Ali berpoligami, maka hukum penyudah bagi poligami ialah tidak lagi dibolehkan
3. Poligami kini bergantung kepada kesediaan dan kerelaan isteri pertama sahaja.
4. Kumpulan JIL (liberal) dan pendokong syaikh Muhammad Abduh menjadikan hadith ini sebagai hujah Nabi saw tidak sukakan poligami.
Cerita sebenar hadith ini:
1. Ia berlaku selepas Fathul Makkah, ketika Nabi saw sudah membuka semula kota Makkah. maka oleh kerana Abu Jahal telah mati ketika perang Badar, maka Ali merasa terpanggil utk menjadikan putri Abu Jahal sebagai isteri keduanya. ini kerana Abu Jahal adalah dari bangsa Quraish juga.
2. Pilihan Ali menunjukkan Ali sebenarnya bebas untuk berpoligami, cuma pilihannya tidak menepati apa yang Nabi saw kehendaki, yaitu Ali telah memilih calon musuh ketat Nabi saw, yakni Abu Jahal.
3. Larangan menantu dari berpoligami cuma khusus bagi Nabi saw sahaja, ini kerana Ali adalah dari ahlil bait., bukan sekadar menantu.
4. Dr Basri Ibrahim ketika mengulas hadith ini, larangan Ali memadukan Fatimah kerana tiga sebab:
a. Kerana pilihan Ali adalah putri kepada Abu Jahal, musuh utama Nabi saw
b. Fatimah adalah tempat Nabi bermanja kerana baginda kematian isteri kesayangannya Khadijah, dan beberapa anak perempuan baginda juga turut wafat. Maka status Fatimah adalah amat penting dalam kehidupan baginda.
c. baginda tidak mahu Fatimah dimadukan adalah special case. (Dr Basri Ibrahim, Hidup Bahagia dengan Poligami, PTS, 2008)
Rumusan:
1. Hadith larangan poligami ke atas Ali mempunyai rahsia tersendiri kerana kedudukan Fatimah dalam kehidupan baginda dan kedudukan Ali sebagai menantu dan ahlil baitnya
2. Pemilihan Ali tidak tepat, menyebabkan kemarahan RasuluLlah saw
3. Larangan ke atas pilihan Ali bukanlah dalil untuk menyatakan poligami cuba disekat oleh baginda. Ini cuma kes khusus dan terpencil khusus buat Nabi dan ahlil bayt
4. hukum poligami tidak terjejas dengan kes Ali dan Fatimah, bahkan kaum salaf mengamalkan poligami dan menyimpan hamba abdi perempuan dengan bebas.
5. Nabi saw sendiri memiliki 9 isteri menunjukkan sunnah amalan baginda lebih kuat dari sebuah hadith terpencil seperti ini. Abu Bakar memiliki jumlah 6 isteri, Umar al-Khattab memiliki 9 orang isteri, Uthman al-Affan, 7 isteri, manakala selepas kewafatan Fatimah, Ali menikahi 9 perempuan. (Tarikh Tabari, 1:3472)
WA

20 Hadith Maqlubah (16) - Poligami 20:16 Seputar Larangan Poligami kepada Ali bin Abu Thalib ra :: Comments
No Comment.
Similar topics
» 20 Hadith Maqlubah-20-1: Amal Bergantung Kepada Niat
» 20 Hadith Maqlubah (15) - Perjalanan ke Tiga mesjid agung
» 20 Hadith Maqlubah-20-4: Bid`ah Hasanah
» 20 Hadith Maqlubah (7): Islam Dagang
» 20 Hadith Maqlubah (8) - Perpecahan 73 puak

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum