BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

cari hadis: ibnu sayid/dajjal pada zaman rasulullah

2 posters

Go down

cari hadis: ibnu sayid/dajjal pada zaman rasulullah Empty cari hadis: ibnu sayid/dajjal pada zaman rasulullah

Post by abu_aisyah Wed Oct 17, 2012 2:47 pm

bismillah

petang tadi berbork dengan seorang sahabat.dia menceritakan satu kisah dimana rasulullah berjaga2 dengan seorang budak yang baru lahir yg rasullullah kuatir ia adalah dajal.umar pun pernah hendak membunuh dia tp rasulullah merlarang sbb klu dia dajal,tak mgkin umar mmpu membunuh dia.dan berberapa kisah lagi mengenai budak itu bersama sahabat yg lain sperti seorang sahabat takut susu yg diberi oleh budak itu,soalan sahabat mengenai dajal kepada dia dan dia menjawab dia tahu dajal itu siapa dan dimana dan akhir sekali budak itu hilang dimedan perang.

jazakallahu khairan
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

cari hadis: ibnu sayid/dajjal pada zaman rasulullah Empty Re: cari hadis: ibnu sayid/dajjal pada zaman rasulullah

Post by Adli_Khalim Thu Oct 18, 2012 3:57 am

abu_aisyah wrote:bismillah

petang tadi berbork dengan seorang sahabat.dia menceritakan satu kisah dimana rasulullah berjaga2 dengan seorang budak yang baru lahir yg rasullullah kuatir ia adalah dajal.umar pun pernah hendak membunuh dia tp rasulullah merlarang sbb klu dia dajal,tak mgkin umar mmpu membunuh dia.dan berberapa kisah lagi mengenai budak itu bersama sahabat yg lain sperti seorang sahabat takut susu yg diberi oleh budak itu,soalan sahabat mengenai dajal kepada dia dan dia menjawab dia tahu dajal itu siapa dan dimana dan akhir sekali budak itu hilang dimedan perang.

jazakallahu khairan

Hadits tentang Ibnu Shayyad ni banyak, saya hanya bawakan salah satu daripadanya.

أنَّ عُمَرَ بنَ الخطَّابِ انطلَق معَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في رَهطٍ من أصحابِه قِبَلَ ابنِ صَيَّادٍ ، حتى وجَده يَلعَبُ معَ َالغِلمانِ في أُطُمِ بني مَغالَةَ ، وقد قارَب ابنُ صَيَّادٍ يومئذٍ الحُلُمَ ، فلم يَشعُرْ حتى ضرَب رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ظهرَه بيدِه ، ثم قال : ( أتشهَدُ أني رسولُ اللهِ ) . فنظَر إليه فقال : أشهَدُ أنك رسولُ الأُمِّيِّينَ ، ثم قال ابنُ صَيَّادٍ : أتشهَدُ أني رسولُ اللهِ ، فرَضَّه النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ثم قال : ( آمَنتُ باللهِ ورُسُلِه ) . ثم قال لابنِ صَيَّادٍ : ( ماذا تَرى ) . قال : يأتيني صادقٌ وكاذِبٌ ، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( خُلِط عليك الأمرُ ) . قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( إني خبَّأتُ لك خَبيئًا ). قال : هو الدُّخُّ ، قال : ( اخسَأْ ، فلن تعدُوَ قَدْرَك ) . قال عُمَرُ : يا رسولَ اللهِ ، أتأذَنُ لي فيه أضرِبُ عُنُقَه ، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( إن يكُنْ هو لا تُسلَّطْ عليه ، وإن لم يكُنْ هو فلا خيرَ لك في قتلِه ) . قال سالمٌ : فسمِعتُ عبدَ اللهِ بنَ عُمَرَ يقولُ : انطَلَق بعدَ ذلك رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وأُبَيُّ بنُ كعبٍ الأنصاريُّ ، يَؤمَّانِ النخلَ التي فيها ابنُ صَيَّادٍ ، حتى إذا دخَل رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ، طفِق رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يتَّقي بجُذوعِ النخلِ ، وهو يَختَلُّ أن يَسمَعَ منَ ابنِ صَيَّادٍ شيئًا قبلَ أن يَراه ، وابنُ صَيَّادٍ مُضطَجِعٌ على فِراشِه في قَطيفَةٍ له فيها رَمرَمَةٌ ، أو زَمزَمَةٌ ، فرأَتْ أمُّ ابنِ صَيَّادٍ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وهو يتَّقي بجُذوعِ النخلِ ، فقالتْ لابنِ صَيَّادٍ : أي صافِ ، وهو اسمُه ، هذا محمدٌ ، فتَناهى ابنُ صَيَّادٍ ، قال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( لو تَرَكَتْه بيَّن ) . قال سالمٌ : قال عبدُ اللهِ : قام رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم في الناسِ ، فأثنى على اللهِ بما هو أهلُه ، ثم ذكَر الدَّجَّالَ فقال : ( إني أُنذِرُكُموه ، وما من نبيٍّ إلا وقد أنذَره قومَه ، لقد أنذَره نوحٌ قومَه ، ولكني سأقولُ لكم فيه قولًا لم يقُلْه نبيٌّ لقومِه ، تَعلمونَ أنه أعوَرُ ، وأن اللهَ ليس بأعوَرَ ) .
الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 6173
خلاصة حكم المحدث: صحيح


Terjemahan teks: `Umar bin Al-Khaththab berangkat bersama Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dan rombongannya untuk menemui Ibnu Shayyad, sehingga mereka mendapatinya sedang bermain bersama kanak-kanak di sebuah bangunan milik Bani Maghalah. Pada waktu tersebut, Ibnu Shayyad sudah hampir baligh. Dia tidak menyedari kehadiran baginda, sehinggalah baginda menepuk belakangnya dengan tangan baginda. Kemudian baginda bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa aku ialah utusan Allah?" Lalu Ibnu Shayyad memandang baginda, lalu berkata: "Aku bersaksi bahawa engkau ialah utusan kepada golongan ummiyyin (buta huruf)." Kemudian Ibnu Shayyad bertanya: "Adakah engkau bersaksi bahawa aku ialah utusan Allah?" Lalu baginda menolaknya, kemudian menjawab: "Aku beriman kepada Allah dan para RasulNya." Kemudian baginda bertanya kepada Ibnu Shayyad: "Apa pandanganmu?" Jawabnya: "Aku telah didatangi oleh orang yang jujur dan orang yang dusta." Kata Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam: "Urusanmu telah bercampur baur." Kemudian Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bertanya lagi: "Sesungguhnya aku menyembunyikan sesuatu daripadamu. Bolehkah engkau teka?" Jawab Ibnu Shayyad: "Engkau menyebunyikan asap." Kata baginda: "Hinalah engkau. Engkau tidak memiliki kemampuan." Kata `Umar: "Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk memenggal lehernya." Jawab Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam: "Sekiranya dia benar Ad-Dajjal, engkau tidak akan mampu membunuhnya. Sekiranya dia bukan Ad-Dajjal, tiada guna engkau membunuhnya." Kata Salim (salah seorang perawi, anak kepada `Abdullah bin `Umar): Aku mendengar `Abdullah bin `Umar berkata: Setelah itu, Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam dan 'Ubay bin Ka`b pergi ke kebun tamar tempat Ibnu Shayyad berada. Apabila memasuki kebun tersebut, baginda bersembunyi di sebalik pelepah tamar supaya dapat mendengar sesuatu daripada Ibnu Shayyad sebelum dia melihat baginda. Ibnu Shayyad ketika itu sedang berbaring di tempat tidurnya yang mengeluarkan bunyi halus ketika duduk di atasnya. Lalu ibu Ibnu Shayyad melihat Nabi shallallahu `alaihi wasallam ketika baginda berselindung di sebalik pelepah tamar, lalu dia berteriak kepada Ibnu Shayyad: "Ya Shaf - inilah nama sebenar Ibnu Shayyad -, di sini ada Muhammad." Lalu Ibnu Shayyad terjaga. Kata Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam: "Sekiranya ibunya membiarkannya (tidur), pasti akan jelas (adakah dia Ad-Dajjal ataupun tidak)." Kata Salim lagi: Kata `Abdullah (ibnu `Umar): Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam berdiri di tengah-tengah orang ramai, lalu baginda memuji Allah selayaknya. Kemudian baginda menyentuh tentang Ad-Dajjal. Kata baginda: "Sesungguhnya aku mengingatkan kalian tentang Ad-Dajjal. Tiada seorang pun Nabi melainkan baginda pasti akan mengingatkan kaumnya tentang Ad-Dajjal. Sesungguhnya Nuh telah mengingatkan kaumnya, namun aku akan menyebutkan sesuatu kepada kalian yang tidak pernah disampaikan oleh Nabi-Nabi lain kepada kaumnya. Ketahuilah bahawa Ad-Dajjal buta sebelah matanya, sedangkan Allah tidaklah buta sebelah mataNya.

* Terjemahan diubahsuai daripada lidwa.com
Adli_Khalim
Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum