BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

minta komen: rahsia kaabah

5 posters

Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty minta komen: rahsia kaabah

Post by abu_aisyah Wed Oct 24, 2012 7:59 pm



Rahsia yang perlu kita semua tahu tentang kehebatan Kaabah...dan kita sentiasa mengharap untuk menjadi tetamuNya,

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by abu_aisyah Wed Oct 24, 2012 7:59 pm

hal2 begini bagaimana kita mahu hadapai?percaya bulat2?atau apa?
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by abu_firdaus Thu Oct 25, 2012 10:01 am

perkara ghaib perlu ada sokongan dari nas.
perkara fizikal, perlu ada sokongan saintifik.

baru boleh terima.. Smile
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by yat Fri Oct 26, 2012 5:49 am

Saya telecommunication engineering dan masih practice telecommunication (bab2 communication frequency etc)...

mengarut (bila masuk bab scientific)....
yat
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by Adli_Khalim Sun Oct 28, 2012 4:28 am

Kena serahkan kepada ahlinya (yakni orang yang pakar dalam bab ini).

Kalau pakar pun dah kata mengarut, maka "mengarutlah" yang kita kena pegang.

Kalau fikir secara logik, adakah Nabi shallallahu `alaihi wasallam menjelaskan perkara-perkara tersebut kepada para sahabat radhiyallahu `anhum dan para a`rabi (`arab badui)?

Wallahu a`lam.
Adli_Khalim
Adli_Khalim
AHLI
AHLI

Posts : 108
Points : 121
Join date : 24/11/2011
Location : Jakarta Barat

http://blueincisivus.wordpress.com/

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by thtl Thu Nov 01, 2012 2:05 pm

abu,

kena lihat dua perkara:

1. siapa yg buat kajian (nama tokoh dan agensi/badan)

2. apa hujah dan dalil disebalik penemuan2 tsb?

Kita juga boleh guna uloom hadith:

1. rantaian perawi

2. matannya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

minta komen: rahsia kaabah Empty Re: minta komen: rahsia kaabah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum