BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

3 posters

Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by zikrulmaut_sm Wed Dec 21, 2011 12:11 pm

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Saya nak tanya lagi beberapa soalan:

1. Yang mana lebih utama dalam Islam, undang-undang (hakimiyyat) atau kasih sayang (rahmat)?

2. Bagaimanakah penjelasan mengenai hadith yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. akan tetap mengenakan hukuman qisas ke atas anaknya Fatimah seandainya Fatimah mencuri? Adakah ini boleh menjadi dalil bahawa kehakiman itu mengatasi kasih sayang?

Mohon penjelasan. Jzkk.

zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by zikrulmaut_sm Wed Dec 21, 2011 1:02 pm

Tambahan satu lagi soalan:

3. Adakah benar jika dikatakan istilah "rahmat" dalam Islam itu disamakan dengan istilah "hukum/undang-undang". Maksudnya, betul tak kalau kita kata "Hukum/Undang-undang Islam itulah rahmat dalam agama Islam." Ataupun sebenarnya istilah kedua-duanya berbeza?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by Ahmad Shamil Wed Dec 21, 2011 1:11 pm

waalaukumussalam wbt...

perlaksanaan undang undang yg telah ditetapkan ke atas orang yg kita kasihi itu sendiri merupakan penafsiran terhadap kasih sayang kita terhadap Allah Ta'ala yg mensyariatkan undang undang tersebut.

oleh sebab itulah cinta dan kasih kepada Allah dan rasul mestilah melebihi cinta dan kasih syg kpd yg lain. supaya kita tidak melanggar perintah dan larangan Allah dan rasul kerna terlalu sayangkan insan yg tersayang.

zahirnya hukuman kelihatan tidak mengandungi kasih sayang, hakikatnya hukuman dilaksanakan kerana kita kasih dan sayang kepada org yg dihukum. kerana jika tidak dihukum di dunia dengan Hukum Tuhan, di akhirat akan dihukum dengan hukuman yg lagi dahsyat.

cth: perintah menyuruh anak berumur 7 tahun solat, dan menghukumnya dengan pukulan jika dia enggan ketika umurnya 10 tahun.
- zahirnya ia hukuman yg mungkin menyakitkan anak, tetapi hakikatnya ia tafsiran kasih sayang terhadap anak agar ia terbiasa solat, supaya di usia baligh dia tidak tinggal solat, yg jika dia tinggal dosanya ditanggung sendiri dan menyebabkan akan diazab di akhirat
- maknanya hukuman dunia kerna sayang dan kasihkan anak, tidak mahu dia dihukum dgn lebih dahsyat

kesimpulan, dlm hukuman dan undang undang itu sendiri terkandung rahmat dan kasih sayang

Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by thtl Wed Dec 21, 2011 1:27 pm

Tambahan:

1. Yang mana lebih utama, undang2 atau kasihsayang?

undang-undang.

dalil:

AQT45:18 [Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui]

dalil melayu:

Biar mati anak jangan mati adat (undang2)

kasih sayang ni berada di bawah undang-undang, dalil:

AQT3:31 [Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang]

2. Ya, itu maksud, biar mati anak jgn mati adat (undang-undang).

3. Yang sahih, Islam itu rahmat utk alam. yakni perutusan RasuluLlah saw itu adalah rahmat utk sekelian Allah. dalil:

AQT 21:107 [Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam]

Perutusan Muhammad saw itu adalah rahmat, kerana baginda bawa Islam dan dalam islam itu ada sistem akidah, sistem ibadah dan undang-undang, semuanya komponen itu adalah rahmat.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by Ahmad Shamil Wed Dec 21, 2011 1:34 pm

sedikit tentang hadis yg disebut:

hadis yg saudara sebut diriwayatkan oleh al-imam al-bukhari dan al-imam at-tirmizi, juga bbrp imam yg lain.

kisahnya bermula apabila seorang wanita dr bani al-makhzuum, fatimah bt al-aswad bin abd al-asad didapati bersalah kerana mencuri meminta syafaat dr salah seorg yg paling dikasihi rasulullah s.a.w, iaitu Usamah bin Zaid.apabila usamah mengusulkannya kpd rasulullah berubahlah warna wajah baginda kerana marah. usamah segera memohon rasul meminta ampun bg pihak dirinya. setelah itu rasulullah berkhutbah. memberitahu salah satu sebab dibinasakan umat terdahulu, bila org yg berkedudukan mencuri mereka x laksanakan had, tp jika org yg x ada kedudukan dilaksanakan had. kemudian rasul menyebut: sekiranya Fatimah bt muhammad telah mencuri, akan ku potong tangannya.

maknanya jgnkan fatimah bt al-aswad yg mencuri, kalau fatimah anak baginda sendirpun yg mencuri baginda akan laksanakan had ke atasnya!!

ibn hajar ketika mensyarahkan hadis ini di dalam fathul bari menyebut, hadis ini menjadi dalil bahawa sesuatu kes hudud apabila sudah diangkat kepada pihak atasan, tiada lagi syafaat boleh diberi. jika belum diangkat, sebahgian ulama kata harus diberi syafaat.

umdatul qari [23/491]
fathul bari [12/95]
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by zikrulmaut_sm Wed Dec 21, 2011 2:17 pm

okeyh. noted. barakallahu fiikum atas jawapannya pak thtl dan pak A_Z.

tambahan soalan lagi:


4. sepanjang sejarah pengalaman, ramai orang yang telah dikatakan sebagai "syadid" dan "tidak berhikmah" kerana bertegas dalam soal hukum. maka, adakah sesuatu yang tidak betul di situ? adakah si "syadid" itu bersalah?


5. saya pernah terbaca yang ada orang yang menceritakan tentang "tauhid hakimiyah" sebagai satu lagi cabang dari prinsip ketauhidan kepada Allah. tapi, mengapa pula ia dikatakan bid'ah?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by thtl Wed Dec 21, 2011 5:13 pm

4. Memang syadid sebab dia tidak mengerti akan tabiat Islam yang diturunkan bukan tertumpu kpd Hukum saja, tapi bermula dengan tawhid, ibadah dan barulah hukum. Tabiat Islam ialah tadarruj atau beransur-ansur dalam penerapan hukum. kalau tidak kita akan menyaksikan taliban demi taliban yang berakhir dengan kegagalan dan fitnah ke atas Islam itu sendiri. DYQ menjelaskan kenapa ianya syadid dalam kitabnya Malameh Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu (ciri2 Masyarakat islam yang kita idamkan)

5. dikatakan tawhid Hakimiah disandarkan kpd Syed Qutb (Biro Dakwah Brotherhood, w. 1965) dan mawlanan maudoodi (Jama'ate Islami, Pakistan, w.1979), namun ia masih lagi termasuk dalam ruang lingkup Tawhid Uluhiyah dan Rububiyah. Kita tidak tahu kenapa ia perlu dikeluarkan dan dijadikan tawhid yang berdiri sendiri. WA
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by Ahmad Shamil Wed Dec 21, 2011 5:45 pm

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا (36)

36. dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.
-surah al-ahzaab-

- bila Allah dan rasul dah putuskan sesuatu perkara,maka tak boleh ada pilihan lain pulak bg kita. x kiralah perkara itu hukum hakam atau selainnya
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by zikrulmaut_sm Thu Dec 22, 2011 9:18 am

kalau yang ni pulak:

6. Adakah benar pendapat yang mengatakan "tersalah memberi keampunan itu lebih baik daripada tersalah menjatuhkan hukum"? Apakah ada dalil tentang hal ini?
zikrulmaut_sm
zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

https://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by thtl Thu Dec 22, 2011 12:42 pm

ada, dari sunan Termidzi:

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله فإن الإمام إن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

الراوي:عائشةالمحدث:الترمذي - المصدر:سنن الترمذي- الصفحة أو الرقم:1424
خلاصة حكم المحدث:[فيه] يزيد بن زياد الدمشقي ضعيف في الحديث

"Hindari hukum hudud dari kaum muslimin, jika ada ruang. Jika ad ruang membebaskan seseorang dari hukuman, maka bebaskan dia. seorang Hakim lebih baik silap dalam memberi pelepasan drpd salah dalam menjatuhkan hukuman."
Imam Termidzi mendha3ifkan hadith ini.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama? Empty Re: Undang-undang vs. Kasih sayang: Mana lebih utama?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum