THTL, ape cerita di saudi?
+7
Mohd. Ikram
Nizam
yat
adros
Ad-Dien
thtl
abu_aisyah
11 posters
Page 2 of 3
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
THTL, ape cerita di saudi?
First topic message reminder :
as-salamu 'alaikum,
apa khbar Tuan Hasan disana?moga diberkati Allah.
sheikh,dikalangan ahli ilmu disini sedang hangat mengenai isu palestin;adakah ada jihad disana atau tidak, boikot israel dll.tp bukan itulah isu yg nak ditanya.
thtl,di saudi sekrang..apakah kenyataan dari pemerintah disaudi mengenai palestin?apa pulak kenyataan2 ulama' disana?ada dibincangkan apa2?
1 lagi,mengenai pengkalan laut ketenteraan US di saudi,betul ke kenyataan banyak pihak mengenai hal ini?prsepsi mereka,saudi adalah tali barut US?betul ke?
barakallahu fikum

Re: THTL, ape cerita di saudi?
thtl wrote:mmg free dari tadika sampai phD.
kita sbg expatriate pun free utk anak-anak.
rahsianya, budget utk education sector ialah SR204 bilion setahun.
Subhanallah... untungnya warga dan pelajar di sana.. patutlah uni Madinah boleh bg scholar kat orang luar belajar..
Re: THTL, ape cerita di saudi?
thtl wrote:Menjaga akidah dan solat, saudi mmg tiada tolok banding. semua kehidupan rakyat baik sektor kerja dan bisnes semua akan terhenti bila masuk waktu solat. mesjid disediakan dengan banyak sekali, setiap 500 meter ada surau...
berbeza 180 darjah kalau kat Sabah.. Selang beberapa km akan ada papan tanda besar, Gereja..
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Join date : 25/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Betul ler tu tak leh guna kalimah Allah dalam Bible kat Sabah ni, kalau tidak lagi parah
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.
Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.
Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.
Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.
Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.
Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?
Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.
Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta.
gambar beliau malas nak paste kat sini.huhuhu
Re: THTL, ape cerita di saudi?
abu_a,
kat saudi ada Polis amar makruf nahy mungkar, kalau depa buat dalam garis panduan dan susila Islam, tak ada masalah.
Ini dasar baru King Abdullah, gender equality
kat saudi ada Polis amar makruf nahy mungkar, kalau depa buat dalam garis panduan dan susila Islam, tak ada masalah.
Ini dasar baru King Abdullah, gender equality
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
dlm kuliah drmaza baru ni,beliau ceritakan seorang guru agama di saudi merogol kanak-kanak berusia 5 tahun dan membunuhnya.tetapi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara beberapa bulan penjara dan dikenakan bayran diyat dan dilepaskan.orang kritik dan berlaku demontrasi di saudi.
sebelum memberi kenyataan ini,beliau menyatakan kemungkinnan beliau terlepas padang jawapan kepada isu ini.
ade komen dari sheikh thtl?
sebelum memberi kenyataan ini,beliau menyatakan kemungkinnan beliau terlepas padang jawapan kepada isu ini.
ade komen dari sheikh thtl?
Re: THTL, ape cerita di saudi?
kena pinda kanun jenayah saudi dulu.
sebab ini hukuman jenayah rogol, bunuh anak sendiri di saudi sekarang yg digubal zaman Imam Muhammad abdul Wahab lagi.
kanak2 lima tahun itu adalah anak kandung dia sendiri, maka ikut kanun jenayah saudi, fiqh hanbali, kena jel dan bayar diat kpd emaknya (sudah bercerai)..
sebab ini hukuman jenayah rogol, bunuh anak sendiri di saudi sekarang yg digubal zaman Imam Muhammad abdul Wahab lagi.
kanak2 lima tahun itu adalah anak kandung dia sendiri, maka ikut kanun jenayah saudi, fiqh hanbali, kena jel dan bayar diat kpd emaknya (sudah bercerai)..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
abu_aisyah wrote:dlm kuliah drmaza baru ni,beliau ceritakan seorang guru agama di saudi merogol kanak-kanak berusia 5 tahun dan membunuhnya.tetapi mahkamah menjatuhkan hukuman penjara beberapa bulan penjara dan dikenakan bayran diyat dan dilepaskan.orang kritik dan berlaku demontrasi di saudi.
sebelum memberi kenyataan ini,beliau menyatakan kemungkinnan beliau terlepas padang jawapan kepada isu ini.
ade komen dari sheikh thtl?
uishhh... teruknya... masyaAllah.. guru agama pun boleh jadi setan mcm tu? :shock:
Re: THTL, ape cerita di saudi?
ringkasnya: guru agama itu adalah warga saudi. Isterinya, warga Egypt. depa cerai dan ada anak 5 tahun, perempuan. dia dera dan rogol anaknya hingga mati.
Ikut undang2 jenayah saudi, bunuh anak sendiri, penjara dan diat sahaja, bukan bunuh. sebab anak dia sendiri, bukan anak org lain. anak org lain, hukum jenayah saudi, kena pancung.
Ikut undang2 jenayah saudi, bunuh anak sendiri, penjara dan diat sahaja, bukan bunuh. sebab anak dia sendiri, bukan anak org lain. anak org lain, hukum jenayah saudi, kena pancung.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
thtl wrote:ringkasnya: guru agama itu adalah warga saudi. Isterinya, warga Egypt. depa cerai dan ada anak 5 tahun, perempuan. dia dera dan rogol anaknya hingga mati.
Ikut undang2 jenayah saudi, bunuh anak sendiri, penjara dan diat sahaja, bukan bunuh. sebab anak dia sendiri, bukan anak org lain. anak org lain, hukum jenayah saudi, kena pancung.
kiranya saudi pun x ikut undang2 Islam 100% juga ye pak syeikh? :shock:
Re: THTL, ape cerita di saudi?
undang2 Islam la tu:
ia dibawah clause, bapa yg membunuh dan merogol anak kandung sendiri.
dalam mazhab Hanbali, bapa kena penjara dan membayar diat.
cuma masyarakat mahu hukuman itu lebih berat memandangkan dunia sekarang jenayah rogol dan membunuh kanak-kanak semakin serius berbanding 1000 tahun dulu. 1000 tahun dulu jenayah begini amat jarang terjadi. masyarakat dunia mahukan hukuman lebih keras, misalnya penjara seumur hidup kalau di Malaysia, penjara 25 tahun dan 10 sebatan.
ia dibawah clause, bapa yg membunuh dan merogol anak kandung sendiri.
dalam mazhab Hanbali, bapa kena penjara dan membayar diat.
cuma masyarakat mahu hukuman itu lebih berat memandangkan dunia sekarang jenayah rogol dan membunuh kanak-kanak semakin serius berbanding 1000 tahun dulu. 1000 tahun dulu jenayah begini amat jarang terjadi. masyarakat dunia mahukan hukuman lebih keras, misalnya penjara seumur hidup kalau di Malaysia, penjara 25 tahun dan 10 sebatan.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Mengapa Empayar Besar Islam Menggunakan Mazhab Hanafi?
[youtube]https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bq_zdaf_C6E [/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bq_zdaf_C6E [/youtube]
Re: THTL, ape cerita di saudi?
betul ler spt kata Maulana..kalau nak lebih banyak perubahan dalam hukum yg sesuai dgn perubahan peradaban manusia, kena pakai mazhab Hanafi...kalau pakai mazhab Hanbali, mmg rigid.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
kenapa saudi tidak membernarkan perempuan memandu?bagaimana tahap wanita bekerjaya disana?
Re: THTL, ape cerita di saudi?
1. wanita dilarang memandu kerana kedudukan wanita pada tahun ia diwartakan yakni 1932. Wanita di larang keluar kerana menjaga fitnah, maka kalau diberi lesen memandu, ia akan membuka kpd pintu2 fitnah dan maksiat. kedua, faktur budaya memandu di saudi yg reckless dan faktur keselamatan, kerana budaya mencolek wanita masih ada di saudi.
Namun, wanita saudi di sempadan dgn Dubai, bila mereka berada di Dubai dan negara teluk yg lain, mereka memandu. Mungkin larangan ini akan dikaji semula dalam 4-5 tahun lagi.
2. pengangguran mmg tinggi di kalangan wanita saudi kerana faktur budaya sejak tradisi, hanya lelaki yg patutnya bekerja. Namun King Abdullah telah membuka jalan supaya wanita saudi lbih banyak memasuki pasarang kerja. langkah terbaru, 30 wanita dilantik mnjadi ahli majlis syura (sama dgn parlimen di Malaysia)
Namun, wanita saudi di sempadan dgn Dubai, bila mereka berada di Dubai dan negara teluk yg lain, mereka memandu. Mungkin larangan ini akan dikaji semula dalam 4-5 tahun lagi.
2. pengangguran mmg tinggi di kalangan wanita saudi kerana faktur budaya sejak tradisi, hanya lelaki yg patutnya bekerja. Namun King Abdullah telah membuka jalan supaya wanita saudi lbih banyak memasuki pasarang kerja. langkah terbaru, 30 wanita dilantik mnjadi ahli majlis syura (sama dgn parlimen di Malaysia)
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
thtl wrote:1. wanita dilarang memandu kerana kedudukan wanita pada tahun ia diwartakan yakni 1932. Wanita di larang keluar kerana menjaga fitnah, maka kalau diberi lesen memandu, ia akan membuka kpd pintu2 fitnah dan maksiat. kedua, faktur budaya memandu di saudi yg reckless dan faktur keselamatan, kerana budaya mencolek wanita masih ada di saudi.
Namun, wanita saudi di sempadan dgn Dubai, bila mereka berada di Dubai dan negara teluk yg lain, mereka memandu. Mungkin larangan ini akan dikaji semula dalam 4-5 tahun lagi.
2. pengangguran mmg tinggi di kalangan wanita saudi kerana faktur budaya sejak tradisi, hanya lelaki yg patutnya bekerja. Namun King Abdullah telah membuka jalan supaya wanita saudi lbih banyak memasuki pasarang kerja. langkah terbaru, 30 wanita dilantik mnjadi ahli majlis syura (sama dgn parlimen di Malaysia)
betul-betul sadd az-Zarai ni.. hebat
Re: THTL, ape cerita di saudi?
tadi terbaca satu poster pakej umrah.salah satu perkara yang dioffer adalah "tahlil di hadapan kaabah".betul ke?saya pernah dengar yang buku yasin tahlil tu polis disana rampas..lagilah nak buat bida'ah depan kaabah.
Re: THTL, ape cerita di saudi?
itu mmg tipu.
Tahlil depa akan buat di surau hotel. Ini mmg sentiasa diamalkan oleh org Malaysia. dalam surau itulah mutawif akan melepaskan geram kpd wahabi...dan saudi
kat dalam mesjidil Haram, petugas mesjid dan polis amar makruh nahy mungkar akan menyuraikan mereka...hehehe
Tahlil depa akan buat di surau hotel. Ini mmg sentiasa diamalkan oleh org Malaysia. dalam surau itulah mutawif akan melepaskan geram kpd wahabi...dan saudi
kat dalam mesjidil Haram, petugas mesjid dan polis amar makruh nahy mungkar akan menyuraikan mereka...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
iklan tu mungkin tak tipu jugak.. sebab dia cuma mention depan ka'abah.. bukan betul2 di depan ka'abah.. buat kat surau hotel dan hotel tu pulak depan ka'abah.. so kira depan ka'abah jugak la..
adusss.. org melayu kita ni.. sebut aje tahlil depan ka'abah agaknya terus terbayang beribu2 pahala yg bakal dikirimkan nanti.. hmmmm
adusss.. org melayu kita ni.. sebut aje tahlil depan ka'abah agaknya terus terbayang beribu2 pahala yg bakal dikirimkan nanti.. hmmmm
abuzaid65- AHLI
- Posts : 134
Points : 162
Join date : 03/12/2011
Age : 58
Location : Shah Alam, Selangor
Re: THTL, ape cerita di saudi?
satu lagi trend yg semakin popular..akad nikah di hadapan Kaabah.
artiis2 suka buat benda ni....
artiis2 suka buat benda ni....
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Dengarnya ada kawasan makam syuhada di Uhud, tapi tidak dibenarkan memasukinya lagi.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Ya, dipagar dgn dinding, ada ruang pagar yg ada cermin, boleh tengok dari luar ajelaa...
kerajaan arab saudi ni masih lemah dalam industri tourism, sepatutnya disenaraikan 70 orang syuhada' kat situ dgn tinta emas...
kerajaan arab saudi ni masih lemah dalam industri tourism, sepatutnya disenaraikan 70 orang syuhada' kat situ dgn tinta emas...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
thtl wrote:satu lagi trend yg semakin popular..akad nikah di hadapan Kaabah.
artiis2 suka buat benda ni....
akad nikah ni polis saudi tak kacau ker?? ada kelebihan ke akad nikah di masjid vs di rumah?
abuzaid65- AHLI
- Posts : 134
Points : 162
Join date : 03/12/2011
Age : 58
Location : Shah Alam, Selangor
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Kalau luar dari kawasan org tawaf, boleh rasanya. Polis jaga hajarul aswad dan hijir ismail aje.
fadilat nikah kat kaabah atau mesjid atau kat rumah, sumernya tak ada..itu hanya khayalan manusia sahaja.
perkahwinan ni adalah suatu perjalanan hidup..tak ada kaitan dgn kat mana kita akad..
antara kejahilan manusia ialah myth dlm perkahwinan: di mana nak akad...
fadilat nikah kat kaabah atau mesjid atau kat rumah, sumernya tak ada..itu hanya khayalan manusia sahaja.
perkahwinan ni adalah suatu perjalanan hidup..tak ada kaitan dgn kat mana kita akad..
antara kejahilan manusia ialah myth dlm perkahwinan: di mana nak akad...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
Asalamualaikum Sheikh THTL!
Bagaimana liputan media KSA tentang penangkapan Hatijah Aam isteri aruah Syeikhul Arqam di Makkah?
Laporan penangkapannnya di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LimaanakHatijahAamturutditahandiMakkah/Article

tokbatinasli- AHLI
- Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011
Re: THTL, ape cerita di saudi?
wsm tok,
tak ada lapuran dalam media saudi...ini mungkin urusan kepolisian antara KL-Riyadh...ana sokong je, sbb arqam-rufaqa' dan global ikhwan ni masih belum dapat dibenteras walaupun dah diharamkan sejak dua dekad lalu
tak ada lapuran dalam media saudi...ini mungkin urusan kepolisian antara KL-Riyadh...ana sokong je, sbb arqam-rufaqa' dan global ikhwan ni masih belum dapat dibenteras walaupun dah diharamkan sejak dua dekad lalu
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Thtl offline mulai 12:00 noon (saudi time) 08 June 2013-10 June 2013
» Kesahihan cerita dari artikelm ini
» Cerita di sebalik fahaman anti-hadits
» Peristiwa semasa Saidina Huseein radiallahuanhu dibunuh, keshahihan cerita ini
» Tawaran dari Arab Saudi
» Kesahihan cerita dari artikelm ini
» Cerita di sebalik fahaman anti-hadits
» Peristiwa semasa Saidina Huseein radiallahuanhu dibunuh, keshahihan cerita ini
» Tawaran dari Arab Saudi
Page 2 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum