Antara bunuh diri dan murtad
+3
ZulQ
thtl
alDayyan
7 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Antara bunuh diri dan murtad
antara keduanya ini..yg manakah lebih parah dan rugi serta muflis di akhirat kelak?
adakh hadis dibawah ini boleh digunapakai terhadap mereka yg mati dalam murtad dan mereka yg mati kerana membunuh diri..
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Re: Antara bunuh diri dan murtad
apa maksud sil sebenarnya?
nak compare mana lebih teruk siksa di akhirat..
org bunuh diri vs murtad vs kaki fitnah?
nak compare mana lebih teruk siksa di akhirat..
org bunuh diri vs murtad vs kaki fitnah?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
thtl wrote:apa maksud sil sebenarnya?
nak compare mana lebih teruk siksa di akhirat..
org bunuh diri vs murtad vs kaki fitnah?
jaman sekolah dulu ustaz ada pesan siapa yg bunuh diri maka habisla segala amalan2nya selama ni hilang begitu sahaja, dan dia akan mati dalam keadaan kafir.. so adakah dia boleh dikategorikan sebagai org2 yg muflis juga di akhirat kelak?
boleh juga nak dicomparekan mana yg lebih teruk azabnya..
Re: Antara bunuh diri dan murtad
bunuh diri dan murtad ni kekal dalam neraka.
manakala org muflis, dia masuk neraka tapi tidak kekal
itu je bedzanya.
maka lebih baik muflis dari murtad dan bunuh diri
manakala org muflis, dia masuk neraka tapi tidak kekal
itu je bedzanya.
maka lebih baik muflis dari murtad dan bunuh diri
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
thtl wrote:bunuh diri dan murtad ni kekal dalam neraka.
manakala org muflis, dia masuk neraka tapi tidak kekal
itu je bedzanya.
maka lebih baik muflis dari murtad dan bunuh diri
boleh ke bersangka baik dgn arwah yg Allah akan memberi rahmatNYA kepadanya? sebab semasa hidup arwah ni boleh dikatakan rajin solat dan mengaji alQuran.. saya terfikir juga adakah tekanan emosi boleh membawa kepada hilang kewarasan sehingga memilih utk membunuh diri..dan sekiranya dia dah x waras pada masa tu maka..hukumnya tetap sama mcm org yg masih waras juga ke pak syeikh?
Re: Antara bunuh diri dan murtad
tak, Allah dan Rasul dah kasi amaran yg keras kpd dosa dan akibat bunuh diri dan murtad...maka ttg rahmat dan syafa`at tu, kita tak tahu..itu dalam ilmu Allah.
tapi dr segi hukuman atas kertas, murtad dan bunuh diri adalah kufur, manakala muflis adalah fasik, maka ada beza antara keduanya.
tapi dr segi hukuman atas kertas, murtad dan bunuh diri adalah kufur, manakala muflis adalah fasik, maka ada beza antara keduanya.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
jadi mayat org bunuh diri ni mmg xleh disolatkan ye pak syeikh sekiranya merujuk kepada surah ini..
juga hadis ini..
“…dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka,. (QS At Taubah: 84)
juga hadis ini..
“Bahawa Rasulullahi shallallaahu ‘alaihi wasallam enggan mensolatkan orang yang mati membunuh dirinya”. (HR Muslim (978), Tirmidziy (1068), Nasaai (4/66), Al Baihaqiy:4/19) [8]
Re: Antara bunuh diri dan murtad
1. AQ 9:84
Fiqh ayat:
Ini pasal org munafik
2. Fiqh hadis
Kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, tujuan Nabi saw tak solat kerana nak kasi amaran besarnya kesalahan suicide tapi tak larang sahabat baginda menyolatinya.
Maka ia masih disolati dan ditanam di perkuburan Muslim.
Fiqh ayat:
Ini pasal org munafik
2. Fiqh hadis
Kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, tujuan Nabi saw tak solat kerana nak kasi amaran besarnya kesalahan suicide tapi tak larang sahabat baginda menyolatinya.
Maka ia masih disolati dan ditanam di perkuburan Muslim.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Bagaimana pula dengan hadis orang bunuh diri yang masuk syurga? Sahih ke? (Cuba cari tapi susah nak jumpa).
ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
mana tau, saya pun x pernah jumpa.
tanda hadis palsu ialah ia bercanggah dgn AQ dan hadis mutawatir..
tanda hadis palsu ialah ia bercanggah dgn AQ dan hadis mutawatir..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Seingat saya riwayat seorang yang membunuh diri kerana panas yang teramat sangat dengan mengelar tangannya.
Edit: Sudah jumpa
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-16-0002-mati-bunuh-diri
Minta maaf jika tersalah fakta sebelum ini. Memori saya tak kuat dalam hal ini.
Edit: Sudah jumpa
http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-16-0002-mati-bunuh-diri
-Antara dalil org yg bunuh diri di bawah kehendak ALlah, dan Dia boleh mengampunkannya, satu hadis sahih yg diriwayatkan oleh al-Tufail bin Amru al-Dausi bahawa beliau berhijrah ke Madinah bersama seorang sahabatnya. apabila sampai di madinah, sahabatnya itu tidak dapat menyesuaikan dengan cuaca di sana lalu sakit teruk. akhirnya dia membunuh dirinya dengan cara memotong tangannya shingga darah mengalir keluar. Selepas itu, al-Tufail bermimpi melihat sahabatnya itu dalam keadaan yg sangat cantik tetapi bahagian tangannya tertutup.
Tufail bertanya: "Apakah yg ALlah lakukan kepada kamu?".
sahabatnya jawab: Tuhanku berkata: "Aku ampunkan bagimu disebabkan hijrah kamu kepada NabiKu".
Tufail bertanya lagi: Kenapa tanganmu tertutup?
katanya: Dikatakan kepadaku: "Kami tidak membaiki apa yg kamu sendiri rosakkan".
Tufail kemudian menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW. lalu baginda berdoa supaya diampunkan untuk tangannya.
(HR Muslim).
Minta maaf jika tersalah fakta sebelum ini. Memori saya tak kuat dalam hal ini.
ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Ya, saya baru ingat hadis ni (sykran), tapi ia adalah ketika permulaan negara Islam, tahap awal Hijrah, syariat belum settle lagi...maka kita kena lihat hadis2 pasal bunuh diri ketika Nabi sudah hampir wafat, ketika syariat Islam sudah lengkap sempurna..
Bunuh diri yg anda bawakan itu dimaafkan kerana syafaat dari Hijrah. Hijrah itu suatu jihad yg amat besar.., sehingga Allah ampunkan dia.
Bunuh diri yg anda bawakan itu dimaafkan kerana syafaat dari Hijrah. Hijrah itu suatu jihad yg amat besar.., sehingga Allah ampunkan dia.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
terima kasih bro ZulQ kongsikan hadis tu..
ibnuwafiy- AHLI
- Posts : 49
Points : 69
Join date : 16/07/2012
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Dalam kuliyyah Maqasid al-Syariah ada dibincangkan panjang lebar isu ini. Antara maqasid daruriyyah ialah memelihara Agama dan Nyawa. Jadi timbul satu persoalan dikalangan usuliyyin yang manakah yang lebih perlu diutamakan jika dalam keadaan darurat .
Contoh situasi seperti diancam bunuh oleh jika tidak murtad. Yang mana perlu diutamakan, Agama ataupun nyawa?. Hal ini isu yang hangat dibahaskan dan diperdebatkan dikalangan usuliyyn.
Antum punya jawapan?
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Saya biasa dengar " diangkat Hukum ke atas orang yang dipaksa/diancam ". Bagaimana pula bunuh diri utk menyelamatkan maruah dalam kes mengelak dari diperkosa?
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Ad-Dien wrote:
Dalam kuliyyah Maqasid al-Syariah ada dibincangkan panjang lebar isu ini. Antara maqasid daruriyyah ialah memelihara Agama dan Nyawa. Jadi timbul satu persoalan dikalangan usuliyyin yang manakah yang lebih perlu diutamakan jika dalam keadaan darurat .
Contoh situasi seperti diancam bunuh oleh jika tidak murtad. Yang mana perlu diutamakan, Agama ataupun nyawa?. Hal ini isu yang hangat dibahaskan dan diperdebatkan dikalangan usuliyyn.
Antum punya jawapan?
saya pilih melawan hingga terbunuh..asalkan x bunuh diri sendiri..
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Sya pilih Agama daripada Nyawa.. sakit di dunia tak setanding sakit di akhirat..
Re: Antara bunuh diri dan murtad
situasinya ialah: anda ditawan dan diberi pilihan samaada murtad atau ditembak/ disembelih/ dibunuh.
Kedua-dua ini (Agama dan Nyawa)adalah Maqasid Dharuriyyah
Apa pandangan antum?
Kedua-dua ini (Agama dan Nyawa)adalah Maqasid Dharuriyyah
Apa pandangan antum?
Re: Antara bunuh diri dan murtad
Azimah (hukum asal), ditembak
rukhshah (keringanan kerana ada uzur): murtad
kedua-duanya boleh diambil mengikut keadaan seseorang...
rukhshah (keringanan kerana ada uzur): murtad
kedua-duanya boleh diambil mengikut keadaan seseorang...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
DDD (Dodo Don)
itu suicide.
azimah, melawan hingga di bunuh
rukhshah, membiarkan diri di rogol kerana perogol bersenjata
Jawab:Bagaimana pula bunuh diri utk menyelamatkan maruah dalam kes mengelak dari diperkosa?
itu suicide.
azimah, melawan hingga di bunuh
rukhshah, membiarkan diri di rogol kerana perogol bersenjata
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
entah mengapa, dalam tahun ni saya dikelilingi dgn manusia2 yg cenderung utk membunuh diri.. dah 2 kes termasuk yg terbaru ni bini member stress sgt sampai makan mcm2 pil dalam jumlah yg banyak hingga ke overdose.. ish3..
saya rasa, rata2 yg cenderung nak bunuh diri ni org perempuan kerana jiwa mereka kosong, rohani mereka kosong..sudahla iman x kuat, tambahan dgn akal pun di tahap loser..
pastu baru2 ni kenalan kawan saya dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti leptospirosis (kuman kencing tikus).
dia jadi berubah 100%, cenderung utk agresif, x kenal org2 disekeliling.. saya x pasti samada itu tindak balas badan terhadap serangan kuman di otak dan lain2 organ atau itu tindakbalas dari setan yg menyerusup ke dalam badan sewaktu badan tgh lemah sgt2..
lihat keadaan sesetengah kanak2 yg tgh lemah badan dan lemah semangat bila demam.. meracau2 nampak bende2 yg pelik2.. saya rasa doc seiji tentu biasa melihat keadaan begini kat pesakit2 di wad..
saya percaya kuman juga menyumbangkan faktor kepada emosi seseorang..

Ya betol, statistik bunuh diri di kalangan melayu nampak ada peningkatan..banyak faktornya...terlalu kompleks nak dihuraikan di sini...secara ringkasnya, keadaan Malaysia yg mana ada hakisan beragama dan tekanan hidup yang semakin meningkat...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Antara bunuh diri dan murtad
sil wrote:
saya rasa, rata2 yg cenderung nak bunuh diri ni org perempuan kerana jiwa mereka kosong, rohani mereka kosong..sudahla iman x kuat, tambahan dgn akal pun di tahap loser..
Generalisasi ni nampak seperti pendapat yang sexist kepada saya. Jika anda bermaksud perempuan yang jiwanya kosong, iman tak kuat, akal kurang maka itu boleh dikaji lagi (jika statistik diperoleh). Tapi seadanya pendapat ini tak "ngam" dengan saya.
ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Adakah cicak bunuh diri ?
» Buku: "Murtad Karena Hukum": Penguasa yg tidak berhukum dengan hukum Allah adalah murtad
» Amalan orang Murtad ketika dia islam
» cinta diri sendiri
» hukum bunuh
» Buku: "Murtad Karena Hukum": Penguasa yg tidak berhukum dengan hukum Allah adalah murtad
» Amalan orang Murtad ketika dia islam
» cinta diri sendiri
» hukum bunuh
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum