[Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
3 posters
Page 1 of 1
[Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
Adakah ini hadis daif atau palsu?
I Am Proud To Be A MuslimPERINGATAN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI & KAWAN2..
KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS
JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
anda semua dijemput untuk meramaikan page dakwah kami yang terbaru,semoga mendapat ilmu berguna,like skrg -->>
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=507644575951956&set=a.141730759210008.25660.100501489999602&type=1
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
penulis keliru antara atsar (kata2 sahabat) dan hadith (kata2 Nabi saw)..keemungkinan ia atsar bukan hadis, maka pencariannya agak sukar..tapi pelan2 akan dicari
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
1. Hadis Ibn Umar itu rasanya palsu sebab bercanggah dgn hadis sahih:
مُروا الصَّبيَّ بالصَّلاةِ إذا بلغَ سبعَ سنينَ وإذا بلغَ عشرَ سنينَ فاضرِبوه علَيها
الراوي: سبرة بن معبد الجهني المحدث:الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 495
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
"suruhlah anak kecil bersolat ketika dah berusia 7 tahun dan pukullah (jika perlu) bila dah berusia 10 tahun." HR Abu Daud, kata al-Albani, sahih.
Nabi benarkan pukul bila usia 10 tahun, 7 tahun pun tak kasi, apatah lagi pada usia baby 1 tahun. Itu adalah penderaan bayi.
مُروا الصَّبيَّ بالصَّلاةِ إذا بلغَ سبعَ سنينَ وإذا بلغَ عشرَ سنينَ فاضرِبوه علَيها
الراوي: سبرة بن معبد الجهني المحدث:الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 495
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
"suruhlah anak kecil bersolat ketika dah berusia 7 tahun dan pukullah (jika perlu) bila dah berusia 10 tahun." HR Abu Daud, kata al-Albani, sahih.
Nabi benarkan pukul bila usia 10 tahun, 7 tahun pun tak kasi, apatah lagi pada usia baby 1 tahun. Itu adalah penderaan bayi.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
2. Kata2 Imam Malik itu tidak ditemui, tapi kata2 itu sahih.
hadis Muslim:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
رَفَعَتْ امْرَأَةٌ صَبِيًّا لَهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلِهَذَا حَجٌّ قَالَ نَعَمْ وَلَكِ أَجْرٌ
Dari Ibn Abbas," datang seorang perempuan membawa anak kecilnya (ketika musim haji), dia bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimana dgn haji dia (anak kecilnya)?" Nabi bersabda, hajinya sah, pahala utk kamu." HR Muslim, no.2378 Lidwa
hadis Muslim:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
رَفَعَتْ امْرَأَةٌ صَبِيًّا لَهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلِهَذَا حَجٌّ قَالَ نَعَمْ وَلَكِ أَجْرٌ
Dari Ibn Abbas," datang seorang perempuan membawa anak kecilnya (ketika musim haji), dia bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimana dgn haji dia (anak kecilnya)?" Nabi bersabda, hajinya sah, pahala utk kamu." HR Muslim, no.2378 Lidwa
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
thtl wrote:1. Hadis Ibn Umar itu rasanya palsu sebab bercanggah dgn hadis sahih:
مُروا الصَّبيَّ بالصَّلاةِ إذا بلغَ سبعَ سنينَ وإذا بلغَ عشرَ سنينَ فاضرِبوه علَيها
الراوي: سبرة بن معبد الجهني المحدث:الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 495
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
"suruhlah anak kecil bersolat ketika dah berusia 7 tahun dan pukullah (jika perlu) bila dah berusia 10 tahun." HR Abu Daud, kata al-Albani, sahih.
Nabi benarkan pukul bila usia 10 tahun, 7 tahun pun tak kasi, apatah lagi pada usia baby 1 tahun. Itu adalah penderaan bayi.
ish..kenapa masih wujud insan2 yg tergamak memfitnah atas nama nabi?
kalau begitu..semua bayi yahudi kafir nasrani dan lain sama2lah berzikir kepada orgtuanya yg fasik?
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
mentaliti depa, bohong utk fadhail amal tak apa. maksudnya boleh dusta supaya manusia jadi baik...ini depa maksudkan dgn Tipu atau bohong sunat
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Dari FB] JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS
thtl wrote:mentaliti depa, bohong utk fadhail amal tak apa. maksudnya boleh dusta supaya manusia jadi baik...ini depa maksudkan dgn Tipu atau bohong sunat
mentaliti masyarakat kita yang sukakan sesuatu yang 'bombastic'..
teringat perihal fadhilat-fadhilat membaca surah pada malam-malam tertentu pulak..hehe
Pidot- AHLI
- Posts : 28
Points : 37
Join date : 20/04/2013
Age : 34
Location : Jalan Kebun, Shah Alam
Similar topics
» Anak kecil yang diuji dengan ujian yang besar
» [Video] Anak kecil yang beraqidah salaf
» Syarah hadis anak kecil yang meninggal sebelum baligh dijaga oleh Nabi Ibrahim
» Apa dasar dalam Islam yang membenarkan kaedah "menggantikan mudarat yang lebih besar dengan mudarat yang lebih kecil'?
» POST DARI FB: Dosa yang lebih besar dari berzina

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum