Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
+2
seijiseimura84
zikrulmaut_sm
6 posters
Page 1 of 1
Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu 'alaikum,
Berkenalan dengan "pemikiran literal"
Dulu ketika saya baru kenal dengan buku sifat solat Nabi yang ditulis oleh Syaikh Al-Albani, mendengar kuliah-kuliah asatizah tajdid dan juga masyaikh (terutamanya yang sealiran dengan ulama' Arab Saudi), ditambah lagi dengan mengenali orang-orang yang membudayakan pertanyaan seperti "mana dalilnya?" dan "status hadits itu sahih, dhaif, atau palsu?", saya mula kenal dengan apa yang orang sebut sebagai pemikiran "literal"/"tekstual".
Saya mendapati yang saya amat menyukai cara pemikiran sebegini. Ketika itu saya mula melihat agama ini dengan sudut pandang yang berbeza. Amat berbeza. Tidak sama dengan apa yang anggapan saya selama ini.
Bahkan saya amat bersemangat. Kenapa? Kerana saya "terkejut" apabila mendapati segala-gala dalam agama ini, bahkan dalam kehidupan ini, semuanya ada dalil (sumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah), cuma tinggal kita tahu dan faham atau tidak saja. Ketika itu saya terasa amat dekat dengan kitabullah dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Dan saya sangat bersemangat untuk mencari ilmu kerana saya merasakan ada satu pintu menuju paradigma baru telah terbuka. Dan saya mula kenal apa itu "sami'na wa atho'na".
Pemikiran "literal" sebagai motivasi untuk orang awam beramal
Sebahagian orang merasa pelik apabila orang awam diajarkan tentang kepentingan dalil dalam beramal dan sebagainya. Kata mereka, serahkan saja kepada ulama' kerana mereka lebih arif tentang itu. Bagi saya, kita tahu dalil bukan untuk mengeluarkan hukum, tapi untuk mendekatkan diri kepada kitabullah dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, dan juga sebagai motivasi untuk beramal. Bayangkan ketika kita melakukan sesuatu, kita teringatkan "qola rasulullah" yang menyebut hal tu, pasti kita akan lebih bersemangat.
Tuduhan bahawa pemikiran "literal" itu anti ulama'
Kita bukan anti ulama'. Sebaliknya, kita menjadikan ulama' sebagai medium untuk memahami Al-Qur'an dan As-Sunnah. Kita menerima pendapat ulama' tapi kita tidak beriktikad bahawa pendapat ulama' itu setaraf dengan wahyu.
Video: Dr. MAZA menjelaskan perbezaan wahyu dengan pendapat ulama' :
Golongan yang anti pemikiran literal
Kemudian saya mula mendapati ada sebahagian orang yang anti dengan pemikiran literal. Mereka ini saya lihat ada dua golongan:
1. Golongan taksub pendapat ulama'/taksub mazhab
Mereka cenderung untuk menjadikan ulama' tertentu (maksudnya ulama' pilihan mereka saja) sebagai rujukan dan menolak sama sekali pemikiran orang yang suka bertanyakan "mana dalilnya?". Mereka menganggap jika tidak mengikut apa yang ulama' rujukan mereka pegang, maka sesat. Padahal yang menuduh sesat itulah yang sesat sebenarnya. Kerana akibat ketaksuban mereka, ummat Islam gagal menyedari yang mana sebenarnya agama dan yang mana bukan dari agama. Ritual-ritual bid'ah yang memenuhi masyarakat hari ini adalah bukti akibat dari sikap mereka. Bahkan sebahagian orang tidak segan-segan melemparkan tohmahan dan label seperti "wahabi" dan sebagainya terhadap orang yang menentang hal itu.
2. Golongan extremist dari aliran "kontekstual"
Pemikiran "kontekstual" adalah cara fikir yang cenderung melihat nas menurut konteksnya. Saya mendapati ada sebilangan orang yang ghuluw/extreme terhadap pemikiran "kontekstual" ini amat menentang pemikiran "literal", kerana mereka merasakan adanya pertentangan pendapat.
Pemikiran "literal" adalah kunci kepada semua ilmu
Saya tertarik dengan kata-kata seorang kenalan saya. Dia mengatakan, sesiapa yang kenal pemikiran literal, lambat laun dia akan kenal juga pemikiran kontekstual. Saya fikir, memang begitulah kerana memang itu sifat Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dan agak pelik kalau orang yang "kontekstual" bersikap anti kepada pemikiran "literal", kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Hasil akhirnya, apabila seseorang bertambah ilmunya, maka lahirlah sifat wasathiyah (pertengahan) antara "literal" dan "kontekstual".
Pemikiran "literal" menyelamatkan agama dari pencemaran
Kita lihat apabila budaya bertanyakan "mana dalilnya?" dianggap asing, maka berleluasalah pelbagai perkara yang terang-terangan bukan bahagian dari agama tapi masyarakat menganggapnya sebagai agama. Maka, orang yang anti pemikiran "literal" itulah sebenarnya yang salah, kerana dari sikap sebegitu maka lahirlah ummat yang jahil dan taklid buta, bahkan orang yang lebih jahil akan menganggap agama itu hanyalah seperti falsafah, kata pujangga/seniman, atau cuma sekadar adat tradisi, bukan lagi sebagai wahyu dari Tuhan.
Pemikiran literal menarik Non-Muslim terhadap Islam
Saya juga tertarik dengan ulasan seorang aktivis dakwah kepada non-Muslim yang bernama Firdaus Wong Wai Hung (FB: https://www.facebook.com/firdaus.whwong ). Beliau mengatakan betapa bezanya agama Islam dengan agama lain, apabila segala ibadat itu ada dalilnya, berbeza dengan agama lain yang segala-galanya terserah kepada paderi/sami/orang alim agama itu untuk menentukan kaifiat ibadat.
Berikut pula adalah ulasan Syaikh Adnan Arour "10 minutes What Is Islam", dalam memperkenalkan Islam kepada non-Muslim, beliau menekankan konsep bahawa segala dalam Islam itu ada dalilnya, berbeza dengan agama lain.
Sekadar pandangan dari saya. Mungkin kalau ada yang salah, saya memohon ampun kepada Allah. Allah lebih mengetahui. Wallahu a'lam.

Last edited by zikrulmaut_sm on Sat May 18, 2013 1:09 am; edited 11 times in total
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
saya setuju.....bila kita sentiasa terimgat firman2 alllah serta hadis.....hatinkita lebih tergeraknutk mengikutinya
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Wow penulisan yang amat baik. I like!
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Balik semula kpd perang mazhab laa ni...
mazhab Ahmad dan Malik=literal
mazhab Zahiri-Ibn Hazm= extreme literal
mahab Hanafi=kontekstual
mazhab syafi'iy=literal+kontekstual
thtl=fiqh al-muqaran
mazhab Ahmad dan Malik=literal
mazhab Zahiri-Ibn Hazm= extreme literal
mahab Hanafi=kontekstual
mazhab syafi'iy=literal+kontekstual
thtl=fiqh al-muqaran
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
apa maksud al-muqaran? mengikut keadaan?
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Fiqh al-Muqaran ni ialah fiqh yg diamalkan oleh para Muhaqqiqin dgn menggabungkan 8-10 fiqh baru antaranya: Fiqh Taysir, Fiqh Waqi', Fiqh al-Maqosyid, Fiqh al-Muwazanah, Fiqh Awlawiyaat, Fiqh Ikhtilat, Fiqh Sunan, Fiqh Wasathiyah ...
antara syaikh yg masih hidup yg mengamalkan Fiqh Muqaran ialah Prof Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qaradhawi.
Nak tahu kena belajorlaa...hehehe
antara syaikh yg masih hidup yg mengamalkan Fiqh Muqaran ialah Prof Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qaradhawi.
Nak tahu kena belajorlaa...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
thtl wrote:Fiqh al-Muqaran ni ialah fiqh yg diamalkan oleh para Muhaqqiqin dgn menggabungkan 8-10 fiqh baru antaranya: Fiqh Taysir, Fiqh Waqi', Fiqh al-Maqosyid, Fiqh al-Muwazanah, Fiqh Awlawiyaat, Fiqh Ikhtilat, Fiqh Sunan, Fiqh Wasathiyah ...
antara syaikh yg masih hidup yg mengamalkan Fiqh Muqaran ialah Prof Dr al-Imam Yusof Abdullah al-Qaradhawi.
Nak tahu kena belajorlaa...hehehe
Syaikh, sama maksud dengan fiqh perbandingan mazhab ke? menghimpunkan pendapat-pendapat kemudian mencari yang paling kuat?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Ada satu fiqh Abu Hanifah tu ana lupa apa namanya. Ana pernah baca satu makalah tentang itu, subhanallah hebat.
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Bagaimana dengan pendapat ulama' di Arab Saudi berkaitan fiqh al-muqaran?
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Dien,
Fiqh Hanafi=kontekstual atau rasional atau ahl ra'yi
solah,
kat saudi, hanya fiqh spt yg dinyatakan oleh zsm...tekstual atau literal, atau madrasah ahli hadis..
Fiqh Hanafi=kontekstual atau rasional atau ahl ra'yi
solah,
kat saudi, hanya fiqh spt yg dinyatakan oleh zsm...tekstual atau literal, atau madrasah ahli hadis..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
thtl wrote:Dien,
Fiqh Hanafi=kontekstual atau rasional atau ahl ra'yi
solah,
kat saudi, hanya fiqh spt yg dinyatakan oleh zsm...tekstual atau literal, atau madrasah ahli hadis..
bukan, bukan fiqh ra'yi.. dia cabang dari fiqh ra'yi tapi nama lain dia ana lupa dah...
dia fikir hukum bg sesuatu kejadian yang tak pernah wujud di zaman tu.. out of imagination fuqaha' zaman tu.. fiqh masa depan.. apa nama fiqh tu ana lupa dah, dia ada nama khususnya.
contoh akad jual beli dengan selai manusia, tawaf dengan burung etc... mmg owesome, subhanallah
Re: Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
Fiqh Futuristik (Fiqh Mustaqbaliyaat)?
maksudnya meramalkan sesuatu hukum di masa depan.
maksudnya meramalkan sesuatu hukum di masa depan.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
» Apakah impian anda dlm menyumbang kepada masyarakat islam
» Pemikiran aktivis dakwah: Hendak bertaqarrub kepada Allah atau hendak menjadi "pemberi hidayah" ?
» Cinta kepada ilmuan Islam vs. Cinta kepada Allah dan rasul-Nya
» Doa nabi kepada cucunya

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum