Kongsikan Penulisan Anda
4 posters
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya
Page 1 of 1
Kongsikan Penulisan Anda
Assalamualaikum, mari kongsikan penulisan artikel, blog, dan sebagainya disini. Boleh postkan link dan muqaddimah penulisan anda. Moga dapat tukar2 idea insyaAllah
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kongsikan Penulisan Anda
Insya Allah, ada rezeki (seperti yang admin meeting, shhhhhh rahsia) kita akan wujudkan bahagian artikel khas untuk forumers nak kongsi penulisan.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Kongsikan Penulisan Anda
thtl wrote:Radd atas Hizbut_tahrir
Radd yang baik, posting yang penuh fakta
Re: Kongsikan Penulisan Anda
Nizam wrote:thtl wrote:Radd atas Hizbut_tahrir
Radd yang baik, posting yang penuh fakta
Re: Kongsikan Penulisan Anda
- Code:
Akhlak
Mata terpaku pada skrin yang menayangkan paparan antara muka laman sesawang sosial Facebook, yang menjadi fenomena pada masa kini. Dan mata ini terpaku pada susunan huruf dan aksara yang ditaip oleh para pengguna Facebook yang lain.
Minda memproses input data yang diperoleh dari pandangan mata, hingga menimbulkan satu persoalan yang bermain di kotak fikiran. Antara yang membebankan mata dan otak adalah gaya bahasa sesetengah pengguna Facebook. Terutamanya mereka yang menyertai grup-grup diskusi politik, bukan kesemua mereka tetapi jumhur.
Rasanya ramai yang tahu bagaimana keadaan grup-grup seumpama ini, kelam kabut dengan diskusi yang nampak lebih kepada perbalahan antara penyokong Barisan Nasional dengan penyokong Pakatan Rakyat. Pelbagai cerita tak sahih, kata-kata lucah, kritikan yang langsung tak berilmiah menjadi hiasan di dada wall grup ini.
Antum yang beragama Islam dalam grup-grup ni mohon jagalah adab kalian. Ana bukan nak mengajar antum ke apa, cuma nak ingatkan. Moga kita dapat muhasabah diri kita masing-masing. Kadang antum perasan tak, kita tonton filem dari barat dan kita dapati kebanyakkan mereka menggunakan kata-kata lucah dalam dialog filem. Dan kita akui ia bukan bentuk pertuturan yang baik. Dan seboleh-bolehnya kita tidak mahu dedahkan anak-anak muda dengan budaya kelakuan macam ni.
Malangnya, secara ironik, Macam efek pantulan cermin, ada pula antara kita yang berkelakuan sedemikian. Lepas tu ada hati mengajar orang supaya jaga tatasusila. Ketam menyuruh anaknya jalan betul. Dan masalah kelakuan tak senonoh ni tidak terhad pada grup-grup ni sahaja, ada juga para artis yang bagaikan fotokopi gaya fesyen, pertuturan gaya asing ni. Boleh rasanya nak dinamakan budaya CTRL+C, CTRL+V. Kadang tak faham aku, ada ja yang selamba mencarut dengan perkataan seperti, eh, tak nak lah tulis di sini, tak senonoh.
Pesanan ana, kepada antum sekalian termasuk yang dalam grup-grup politik, audit diri masing-masing. Sebagai seorang Muslim, kita kena berakhlak sebagai seorang muslim. Berdiskusi dengan sihat dan konstruktif. Tak perlulah caci maki, tak perlulah mencarut. Istighfar banyak-banyak. semoga kita sentiasa di redhai Allah.
Hasil tulisan ana
Similar topics
» Gemar Berniaga? Kongsikan Ilmu Pemasaran Anda Disini
» [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
» Penulisan untuk 'membantah'
» Kongsikan buku2 berkenaan perkara ghaib
» Kongsikan Gambar2 menarik sambutan eid 2012 di sini
» [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
» Penulisan untuk 'membantah'
» Kongsikan buku2 berkenaan perkara ghaib
» Kongsikan Gambar2 menarik sambutan eid 2012 di sini
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum