[Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
4 posters
Page 1 of 1
[Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
Tahukah anda, bagaimana reaksi masyarakat Arab Makkah ketika pertama kali mendengar seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. kepada agama Islam, yang ketika itu belum pernah didengar oleh mereka?
Bayangkan, mereka didatangi oleh Nabi s.a.w. ketika sedang sibuk dengan kegiatan seharian mereka, kemudian diberitahu oleh Nabi s.a.w. bahawa baginda baru sahaja mendapat wahyu dari Allah, Tuhan sekalian alam, sambil membacakan ayat-ayat yang kedengaran sangat asing bagi mereka. Apakah reaksi mereka?
Reaksi mereka terhadap dakwah Rasulullah dirakam di dalam al-Quran seperti berikut:
وَقَالُواْ يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ
Terjemahan: Mereka berkata: "Hai orang yang diturunkan Al Qur'an kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila. (Surah Al-Hijr (15) ayat 6)
Akibat mereka mengatakan demikian, mereka akhirnya menjadi seperti yang ini:
وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (Surah Al-Mulk (67) ayat 10)
Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula.
Jika anda benar-benar mengalami hal seperti itu, apakah reaksi anda? Adakah anda juga akan meluahkan kata-kata yang sama dengan mereka? Semoga tidak, na'uzubillah.
Pengajaran:
Janganlah menjadi seperti kaum musyrikin Makkah ketika zaman itu. Jika anda diberitakan tentang sesuatu perkara, dengarkan, kaji dan fikirkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
"Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat biji sawi". Seorang laki-laki bertanya: "Ada seseorang suka bajunya bagus dan sandalnya bagus (apakah termasuk bersikap sombong?)" Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan. Bersikap sombong, ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia." [Hadits riwayat Muslim, no. 2749, dari 'Abdullah bin Mas'ud].
Reference: Quote dari FB
(Di-edit semula)
Semoga bermanfaat.
Last edited by zikrulmaut_sm on Mon May 28, 2012 5:49 pm; edited 1 time in total
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
Assalamualaikum, jika saya menjadi penduduk Mekah di zaman tersebut, insyaAllah saya akan jadi orang pertama yang menerima kebenaran yang dibawa oleh pemuda bergelar Al Ameen tersebut.
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
Jika bukan kerana taufik dan hidayah Allah, boleh jadi kita juga akan jadi seperti umat Jahiliyyah... nauzubillah..
Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
Ad-Dien wrote:
Jika bukan kerana taufik dan hidayah Allah, boleh jadi kita juga akan jadi seperti umat Jahiliyyah... nauzubillah..
Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman
"mayyahdillahu fa la mudillalah, wa mayyudlil fa la hadiyalah"
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
post telah di-edit semula atas teguran seorang teman.
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
Adakah kita seorang yg bersegera melakukan ibadat? Adakah kita orang yg melewatkan taubat? Dari situ kita tahu kita yang paling awal mengikut Nabi saw atau sebaliknya.
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: [Post FB] Bayangkan jika dengan sikap anda yang sekarang, anda menjadi seorang penduduk Makkah ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w baru bermula...
artikel ni bertujuan untuk menggerudi kepala batu orang-orang yang taksub dengan tradisi nenek moyang, pendapat tokoh masing-masing, pendapat diri sendiri, dan sebagainya.
Similar topics
» Tidak boleh bercakap dengan orang mati, tetapi Nabi Muhammad (s.a.w) bercakap dengan nabi lain yg telah wafat
» Adakah Menjadi Syirik Jika Kita Menuruti Paksaan Manusia Lain?
» Benarkah Syariat Nabi Muhammad s.a.w. Lebih Ringan Berbanding Nabi-Nabi Terdahulu?
» 20 Hadith Maqlubah (13) - Tawassul OKU penglihatan dengan Nabi saw 20:13 Perihat Tawassul dengan Diri Nabi saw
» Disunnahkan Berpakaian dengan Pakaian Penduduk Negerinya

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum