Video: Beza "sunat" dengan "As-Sunnah"
Page 1 of 1
Video: Beza "sunat" dengan "As-Sunnah"
Video: Beza "sunat" dengan "As-Sunnah"
- (Spoiler)Sinopsis Video:
- Apa beza "sunat" dengan "As-Sunnah" ?
Dengarkan ulasan dari guru-guru kita:
1) Ustaz Mohd Rizal Azizan
2) Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
3) Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Download video di sini: http://www.downvids.net/
“As-Sunnah” bermaksud: Segala yang bersumber dari Rasulullah s.a.w., sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan.
“As-Sunnah” di sini bukanlah perkataan “sunat” yang difahami oleh sebahagian orang Melayu yang bermaksud “mandub” (مَنْدُوب), iaitu diberi pahala kepada pelakunya dan tidak berdosa kepada orang yang tidak mengerjakannya. Bukan juga “sunat” yang bermaksud “khitan” pada alat kelamin.
As-Sunnah boleh diketahui dengan mempelajari ilmu-ilmu dari hadits-hadits Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Qur’an dan As-Sunnah menjadi sumber kepada segala perkara dalam Islam, yang kemudiannya ditafsir oleh ulama’-ulama’ Islam.
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ
"Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya."
[Hadits riwayat Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr]
Kata Imam Al-Barbahari rahimahullah:
اعْلَمُ أَنَّ الإسْلَامَ هو السُّنَّةُ، والسُّنَّةَ هي الإسْلَامُ، ولا يَقُومُ أَحَدُهُمَا إلا بالآخَرِ
“Ketahuilah sesungguhnya Islam adalah Sunnah dan Sunnah adalah Islam dan masing-masing tidak bisa dipisahkan.”
[Kitab Syarhussunnah, no. 1]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
انَّهُ سَيَلِي أَمْرَكُمْ مِنْ بَعْدِي رِجَالٌ يُطْفِئُونَ السُّنَّةَ ، وَيُحْدِثُونَ بِدْعَةً
"Sesungguhnya akan ada sepeninggalku seseorang yang akan memerintah kalian, mereka memadamkan sunnah, melakukan perbuatan bid'ah”
[Hadits riwayat Ahmad no.3659, Ibnu Majah no.2860. Dishahihkan Al Albani dalam Silsilah Ahadits Shahihah, 2864]
Similar topics
» Umrah Persendirian Part 2
» Cara menunjuk tangan dengan betul mengikut sunnah Rasulullah SAW
» Koleksi Pendapat Imam Mazhab Yang Bercanggah Dengan Hadith/Sunnah
» zakat fitrah dengan duit (selain makanan ruji adalah bidaah/tak sunnah)
» [FIQH] Sahkah solat dengan pakaian yang tidak dibilas dengan air mutlak??
» Cara menunjuk tangan dengan betul mengikut sunnah Rasulullah SAW
» Koleksi Pendapat Imam Mazhab Yang Bercanggah Dengan Hadith/Sunnah
» zakat fitrah dengan duit (selain makanan ruji adalah bidaah/tak sunnah)
» [FIQH] Sahkah solat dengan pakaian yang tidak dibilas dengan air mutlak??
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum