BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

sejarah muslim brotherhood

+3
Ibnu Sarkawi
thtl
Nizam
7 posters

Go down

sejarah muslim brotherhood Empty sejarah muslim brotherhood

Post by Nizam Sun Sep 08, 2013 11:55 am

Assalammualaikum

Mohon thtl ceritakan dengan detail sejarah ikhwan. Rasanya di sini yang paling arif mengenai ikhwan ni thtl ler hehe. Juga apakah ada gerakan ikhwan di malizi?
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Sun Sep 08, 2013 1:14 pm

Bab 1: Mesir dan al-Banna
IM (Ikhwan Muslimoon=Persaudaraan Islam/Muslim Brotherhood) ditubuhkan di Pelabuhan Ismailiyah, Egypt (Mesir) tahun 1928 oleh Ustaz Hasan al-Banna, yakni 85 tahun dulu. Masa tu, Egypt baru merdeka dari British, 1922 dan Empayar Uthmaniah di mansuhkan oleh Kamal. Kemerdekaan Egypt dan pembubaran Uthmaniah tahun 1924 di Parlimen Turki) adalah dua major events yg menjadi latar belakang penubuhan IM. Egypt dalam kacau bilau, gitu juga dunia Islam, masih dijajah..tiada kerajaan yg kuat dan sah utk menerajui Egypt. masing2 menghantar delegasi ke UK utk mendapat mandat memerintah Egypt. Masa itu Hasan al-Banna dgn 5 yang lain menubuhkan IM dgn misi dan visi membina semula Egypt dan dunia arab dgn daulah dan khilafah yg baru berasaskan Islam. Maka bermulalan istilah istilah gerakan Islam atau kebangkitan Islam atau org puteh label, Islamist...Hasan al-Banna banyak dipngaruhi oleh dua tokoh Islamis masa itu, Syaikh Jamaludin al-Afghani dan syaikh Muhammad Abduh, mantan mufti Mesir yang membawa gagasan Islamis utk membangun semula dunia Islam dari penjajahan, gerakan reformasi berdasarkan Islam.
Hasan al-Banna
nama penuh, Hasan bin Ahmad, lahir di Mahmudia, cairo, tahun 1906. Graduan BA Darul Uloom, 1927, dan dia diposting ke Ismailiya sbg guru. Ayah beliau ialah Ahmad bin Abd Rahman al-Banna seorang ustaz yang masyhur dan pentahqiq Musnad Ahmad. Selepas penubuhan IM, ia berkembang spt api ke seluruh Egypt dan parti Wafd (parti kebangsaan Mesir spt amnu Malaysia) merasa bimbang dgn perkembangan IM. Oleh kerana kekuatan IM sudah sampai tahap yg membimbangkan, pada tahun 1948, IM diharamkan oleh Penguasa Mesir dan ditandatangani oleh Raja Farouq. tahun 1948 adalah ops cantas IM yg pertama dan tahun 1949, Hasan alBanna kemudian di bunuh di sebatang jalan di Cairo. pihak tentera mengawal ketat jenazahnya dan pengkebumian di lakukan dgn kawalan ketat militeri. Mulai tahun 1948, IM ujud secara bawah tanah. Dari situ beliau dipanggil al-Syahid Hasan al-Banna di kalangan IM dan menjadi idola pergerakan ini hingga kini.Pembubaran dan ops cantas yg dikenakan ke atas IM adalah rencana British dan parti Wafd. Ini kerana British mempunyai banyak kepentingan bisnes di Egypt terutama projek terusan Suez dan British mahukan parti Islamis dimusnahkan kerana ia menggugat kepentingan British. apa yg terjadi di Egypt berulang di Malaysia, di mana parti Islamis juga dipinggirkan oleh British ketika proses kemerdekaan Malaysia tahun 1957.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Ibnu Sarkawi Sun Sep 08, 2013 1:33 pm

subhanallah.. thread yg menarik Smile
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Mon Sep 09, 2013 9:25 pm

Bab 2: Manhaj/Methodologi IM
Metod IM ialah merubah minda kerana menurut Ustaz al-Banna, minda muslim telah rosak kerana penjajahan yg panjang, inferiority complex dgn kuasa Baru Barat (USA dan Eropah) dan sekularisma (pemisahan agama dari sosi0-politik). Maka gagasan al-Banna ialah pembinaan semula minda muslim yang baru. Maka kebanyakan himpunan risalah al-Banna semuanya berkisar pasal minda dan pembinaan semula keyakinan dan jatidiri umat Islam. Fokus utama ialah akal, kefahaman atau pembinaan semula wa'yul Islam atau fikrah Islam yg mantop.
Maka golongan intelegentsia, terutama di IPT, menyambut baik apa yg dikemukakan oleh Ust al-Banna.
Proses seterusnya ialah jentera perkaderaan IM (pembentukan pendokong2 IM) dan penyusunan mereka dalam suatu bentuk tanzim (organization) yang dinamakan rangkaian cell atau usrah di seluruh Egypt yang menyamai rangkaian MLM atau multi-level marketing. Ahli2 baru IM akan melalui satu siri proses perkaderan dan pembentukan semula insan dalam sistem Usar (sistem israh) yg akan menukar sorang muslim biasa menjadi ahli IM/muslim yang komited setelah melalui pelbagai sistem latihan termasuk kesufian dan spara militeri. Modul latihan dan kitab2 rujukan berjaya dihasilkan dengan begitu banyak sekali, begitu juga bku2 yg ditulis oleh Maulana Maudoodi (dari Pakistan) turut dijadikan rujukan oleh IM. Manakala karya-karya IM yang paling brpengaruh ialah kitab2 oleh ust Syed Qutb, al-Bahi al-Khuli, dan Muhammad al-Ghazali. Ust Hasan alBanna kemudian mengekspot pergerakan IM ke seluruh dunia arab, khususnya Iraq, Syria dan Jordan. Kemudian, ia turut berkembang di luar dunia arab, termasuk Indonesia, Malaysia, UK dan USA.
Gerakan Islam bukan saja bermula di Egypt, malah, ia juga tumbuh di India-Pakistan di bawah Maulana Maudoodi (w.1978) yg kemudian menubuhkan pergerakan Jamaat-e-Islami (JI), pergerakan syiah Imamiah di Iran/Perancis di bawah Khomeini serta pergerakan said Nursi di Turki dan al-Mahdi di Sudan.
. Hasan al-banna kemudian menjalin MOU antara semua gerakan Islam termasuk gerakan Khomeini kerana matlamat akhir mereka semua ialah menumbangkan regim boneka di dunia Islam dan membela golongan mustadh'afin (rakyat yg tertindas). MOU ini akan dibincangkan kemudian kerana ia masi ujud hingga ke hari ini. Pada masa itu Khomeini masih belum menampakkan muslihatnya.
Oleh kerana semua penguasa di negara-negara arab melihat IM sbg ancaman kepada mereka, maka IM telah melalui beberapa siri Ops tangkap dan penjara, pd tahun 1948/9, adalah Ops yg pertama, di mana bukan sahaja al-Banna di bunuh, ribuan IM di tangkap dan di penjara dgn kejam. Kemudian tahun 1965, lagi sekali Ops tangkap di kenakan dgn terbunuhnya Syed Qutb dan ribuan IM sekali disumbat dalam penjara dan di siksa dgn kejam. Selepas itu Ops tangkap oleh Pres Anwar Sadat tahun 70'an, kemudian 80'an oleh Pres Hosni Mubarak, dan yang terkini ialah rampasan kuasa tentera yg menggulingkan pres pertama IM, Dr Muhammad Morsi. IM Syria dan Iraq juga mengalami nasib yg sama, mereka juga di kenakan Ops tangkap dan penjara oleh regim Baath Assad dan Saddam Husin kerana dasar kuku besi dan diktator di dunia Arab. Begitulah nasib IM di dunia Arab, ia tidak mampu bergerak secara berdaftar kerana manhaj (ideologinya) atau doktrin mereka yg asal dari Hasan al-banna, ia adalah sebuah gerakan yang akan menukar semuanya, pemikiran, sosial, politik dan cara hidup sesebuah negara. Dunia Arab yang masih tertutup dunia politiknya, tidak sekali-kali akan memberi ruang utk pergerakan spt IM, kerana mereka tahu, IM jika dibiarkan akan menumbangkan regim2 dan diktator tsb...Boleh dikatakan, manhaj IM, matlamat akhir mereka ialah mengambil alih kerajaan sedia ada dan mendirikan sebuah kerajaan yang baru berasaskan Islam.
TBC..3. Bagaimana IM sampai ke Malaysia.

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Nizam Tue Sep 10, 2013 3:51 pm

Best! Like 

Tak sabar nak tahu bagaimana im sampai ke malaysia
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Tue Sep 10, 2013 10:58 pm

Bab 3: IM bertapak di Malaysia
IM sampai ke Malaysia dgn dua cara, yakni melalui kepulangan:
1. Pelajar2 Malaysia yang menuntut di Tanah Arab, khususnya Egypt, Iraq dan Syria
2. yang menuntut di UK dan kemudian USA
Ia berlaku pada tahun 1970'an. Oleh kerana IM ditindas dan ditangkap secara besar-besaran di Tanah Arab, ramai cendikiawan2 Arab yang disyaki IM telah melarikan diri ke EC (khususnya UK) dan USA utk mendapat suaka politik. Alhamdulilah mereka diberi perlindungan kerana mereka memiliki kelulusan tinggi terutamanya MA dan PhD. Di sana mereka mengembangkan manhaj IM khususnya di IPT di sana. Pada masa yg sama, Kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar2 Melayu menuntut di UK dan USA dan Timur Tengah, khususnya al-Azhar. Parti PAS juga ada menghantar 10 pelajar tajaannya di Iraq pada tahun 1964. Di UK, pelajar2 Melayu yang mendapat manhaj IM menubuhkan IRC (Islamic Representative Council). Pelajar2 Malaysia yg menuntut di Egypt dan Iraq/Syria juga ada yg terlibat dan mendapat tarbiyah IM secara rahsia. Pengalaman bersama IM di Eropah melahirkan corak pemikiran yg lain dari pelajar2 Melayu yg mendapat pendedahan IM di Egypt dan juga Iraq.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, pelajar2 Malaysia yg mendapat pendidikan manhaj IM dari UK, Egypt dan Iraq menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dgn perbedzaan yg mereka lalui. Ini melahirkan masalah untuk mereka bekerja bersama dalam satu organisasi di Malaysia baik sesama sendiri dan juga dgn gerakan Islam yang sudah established spt PAS dan ABIM. Akhirnya mereka diarahkan oleh IM di negara2 tsb utk menyertai mana-mana organisasi Islam yg sedia ada (ABIM/PAS) dan bergerak bersama-sama. Maka ada yang menyertai ABIM yang diterajui oleh DSAI, PAS dan ada yang menubuhkan maahad dan pondok sendiri.
Kebersamaan IM dalam ABIM dan PAS akhirnya tidak disenangi oleh majoriti ahli ABIM dan PAS yang merasai kehadiran ahli IM ke dalam organisasi mereka mempunyai motif tertentu, terutamanya, ABIM Kedah dan ABIM Perlis, yang majoritii telah dikuasai oleh IM. PAS juga tidak senang dgn kehadiran IM di dalam parti mereka.
Beikutan itu ahli2 IM akhirnya keluar beramai-ramai dari PAS dan ABIM kecuali ABIM Perlis, di mana ABIM terpaksa melepaskan ia kpd IM. Apabila keluar dari PAS dan ABIM, maka IM berpecah menjadi tiga entiti: IM Egypt (Alami), IM UK (UK), IM bukan Egypt (Syria dan Iraqi). YB Saari Sungib dari IM UK kemudian menubuhkan JIM pada tahun 1990 dan dia menghimpunkan seluruh anggota IM UK, USA dan Eropah, manakala IM Egypt menjadi IM Alami atau Global, dan satu lagi IM bukan Egypt yg berpaksi di Perlis.
IM Egypt tidak senang dgn perpecahan IM di Malaysia, lalu melalui sesi dialog dan syura, akhirnya bersetuju untuk menyatukan ketiga-tiga entiti IM menjadi satu. Indimaj atau penyatuan ini bermula tahun 1993 dan pada tahun 1995, ia gagal menjadi kenyataan. Akhirnya Ikhwan Alami menubuhkan diri menjadi NGO atas nama IKRAM dan masih berusaha menyatukan IM di Malaysia menjadi satu entiti.

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Nizam Wed Sep 11, 2013 8:57 am

Adakah isma salah satu dari im malizi?
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Ahmad Shamil Wed Sep 11, 2013 9:10 am

sebelum ust sambung, saya nak bertanya sesuatu:
ABIM  dan PAS kan turut menggunakan silibes usrah haraki aliran hasan al-banna juga. kenapa mereka tidak senang dengan IM pula?
saya juga pernah berjumpa beberapa org PAS yg mendakwa jemaah PAS adalah jemaah islam pertama di malaysia. bila dah ada jemaah islam x boleh tubuh yang lain dah.
kemudian saya juga ada baca sejarah yang beberapa pemimpin PAS sendiri pada awalnya org ABIM, mcm arwah ust fadhil nor. di tempat saya, orang-orang lama bercerita tanzim haraki mula2 dibawa oleh abim, kemudian selepas kes anwar masuk umno ramai2 org ABIM kt sini bertukar kepada PAS
minta ulasan syeikh thtl
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Wed Sep 11, 2013 10:21 am

1. ISMA adalah serpihan dari X-student IM dari Egypt. ISMA (ikatan siswazah Malaysia) keluar dari JIM dan IM Utara (Perlis) di bawah pimpinan Ust Abdullah Zaik. Sekarang ISMA mengambil alih Parti Berjasa dan memisahkan diri dari dunia IM dan berdiri sendiri sbg parti politik islamis alternatif kpd PAS dan PKR. Buat masa ni, 2013, IM Malaysia hanyalah IKRAM dan IM Utara.

2. ABIM dan PAS memiliki sejarah dan manhaj mereka sendiri. Mereka hanya ada MOU dgn IM sebagai ikatan gerakan Islam Sedunia. Depa tak mahu di kuasai oleh cara dan manhaj IM Egypt. Maka Pimpinan PAS dan ABIM tak mahu org IM dari UK, Egypt dan lraq, masuk dan cuba mengubah ABIM dan PAS jadi IM atau platform IM di Malaysia. Tapi ABIM dan PAS memang guna silabus dan kitab2 rujukan karya org IM, tapi mereka tak ikut semua.
3. PAS adalah parti Islam no 1 di Malaysia. Itu betul sebab sejarah mmg buktikan PAS adalah parti Islam paling tua di malaysia, tahun 1956. PAS tak kasi islamis tubuh parti islam lain kerana ia akan split undi melayu, itu maksudnya. ISMA mahu buktikan ia nak tubuh parti Islam no 2 pada PRU 2013, tapi kalah teruk. Maka apa yg PAS katakan itu ada benarnya. Maka kalau Islamis nak masuk PRU, kena masuk PAS atau PKR.
4. di tahap awal, PAS dan ABIM memang satu entiti. Sebab ABIM nak Islamiskan PAS yg mewarisi saki baki manhaj Dato' Asri Hj Muda, yakni manhaj nasionalis Islamis... ABIM Perlis, Kedah, PP, Terengganu adalah contoh ia dikuasai oleh orang PAS dan juga di waktu yg sama ahli ABIM. Bila PAS dah stabil dan menjadi parti Islamis tulen, maka peranan ABIM dan IM ditamatkan...PAS adalah tulin membawa manhaj Islam Politik dia sendiri tanpa bantuan dari IM atau NGO dakwah yg lain. PAS sekarang berdiri sendiri dgn sistem Mursyidul Am, majlis syura, diwan Ulama, Pemuda dan Wanita. ABIM kekal membawa haluan dirinya sbg NGO Dakwah


Last edited by thtl on Wed Sep 11, 2013 12:09 pm; edited 3 times in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Wed Sep 11, 2013 11:13 am

Bab 4: Kenapa Salafis tak sebulu dgn IM?
Salafis atau Salafiyah adalah pengikut manhaj pembaharu syaikh Muhammad Abdul Wahab yang bersyarikat dgn Dinasti Saud pada tahun 1932 mendirikan Daulah Saudiah atau Saudi Arabia pada tahun 1932. Dakwah Salafis bergabung dgn Penguasa sejak hari pertama, sedangkan IM sejak hari pertama tersisih dari Politik Egypt. Salafis menjadi sebahagian dari Politik Saudi, manakala IM menjadi buruan Penguasa Egypt. Itulah langkah mula kedua aliran IM dan Salafis...Salafis mengukuhkan kedudukan dalam pentadbiran Saudi, sedangkan IM semakin diburu oleh Militeri Egypt. Akhirnya Salafi menjadikan doktrin setia kepada Penguasa sebagai akidah salaf dan usyul sunnah, manakala IM pula menjadikan penguasa sebagai objektif utama utk ditumbangkan. Rumusan: Salafis menguatkan dan pemperkasa Penguasa, manakala IM melemahkan dan meruntuhkan Penguasa. IM membuka minda dan membersihkan pemikiran, manakala Salafis mencerah dan memperkasa usyul akidah dan usyul sunnah.
Itulah pokok pergeseran antara manhaj salafis vs IM. Egypt mendapat kemerdekaan dari British, Islamis disisihkan, sekular diutamakan; Saudi pula merdeka dari Othmaniah dan Islamis dijadikan partner atau pendokong kpd penguasa. Maka berlakulah serangan dan tuduhan antara salafis dan Ikhwanis, masing2 tidak mngkaji asal usyul manhaj mereka dan iklim politik Egypt dan Saudi yg amat jauh berbedza. Ini jawapan kepada polemik kenapa salafis atau mereka yg mendapat pendidikan di Saudi mengkritik IM dgn keras. Jawapannya adalah spt di atas...di saudi, salafis dan al-Saud adalah satu, manakala di Egypt, IM dan Pemerintah adalah musuh ketat.

Salafi Malaysia bila pulang dari KSA, mereka meneruskan akidah dan usyul sunnah mengukuhkan penguasa dgn bertindak mengukuhkan kerajaan yg berkuasa dan memberi bai'ah dan taat setia selagi penguasa masih menggalakkan umat Islam bersolat dan berhaji. IM pula bila balik Malaysia, bertekad untuk meruntuhkan Penguasa dan menggantikan dengan penguasa Islami. Maka pergeseran antara salafi melayu dan Ikhwani melayu pun berterusan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by abu_firdaus Wed Sep 11, 2013 12:26 pm

wow! sangat menarik!
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Ahmad Shamil Wed Sep 11, 2013 12:51 pm

tidak sabar menunggu sambungan seterusnya
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Nizam Wed Sep 11, 2013 12:59 pm

Ana harap sambungan seterusnya adalah bagaimana thtl leh join im dan pendapat thtl mengenai masa depan im di malizi dan global.
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Wed Sep 11, 2013 10:30 pm

Bab 5: camna thtl terlibat dgn IM? sensitif ni...secara ringkas
Ketika saya mendaftar di ITM (skarang UiTM) Perlis, tahun 80'an. Saya diperkenalkan kpd pendiri IM Utara, Dato' Kaya Bakti Ust Dahlan Mohd Zain (al-marhum, wafat Sept 2010, Perlis). Beliau mendapat fikrah IM dari Iraq dan Syria. Pemergian beliau ke Iraq di taja oleh PAS tahun 1964 dan kembali ke Malaysia awal 70'an, beliau menyertai PAS Perlis dan akhirnya memilih bersama ABIM Perlis. 4 tahun saya bersama beliau dan melalui semua pakej latihan tarbiyah IM sampailah ke tahap qiyadah pelajar tertinggi atau syabab. Di ITM Perlis, dua aliran lain juga kuat, iaitu ABIM Pusat dan aliran salafi sunnah Perlis di mana Datu' Alim setia Ustaz Ahmad Libya juga mengajar di ITM perlis sebagai pensyarah. Saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke USA pada tahun 80'an dan di USA, pelajar Melayu Islamis terbahagi kepada dua aliran, aliran MISG (sama dgn IRC di UK) dan aliran Ustaz Dahlan atau (ABIM Perlis). Saya tiba di US dan terus dilantik menjadi Ketua aliran ABIM Perlis di USA. Manakala IM pelajar dan komuniti Arab dipimpin oleh Dr Tareq Shweidan yg menuntut di Texas. Hubungan dengan MISG agak tegang keran isu mrebut pengaruh dan ahli. Kembali ke Malaysia, saya memohon utk posting mengajar di UiTM Perlis dan berjaya menjadi pensyarah di sana selama 4 tahun. semasa bekerja di Perlis, saya dapat bersama Datuk Ustaz Dahlan sekali lagi dan kali ini saya menyertai EXCO Kepimpinan ABIM Perlis atau majlis syura. Projek terbesar ialah menyiapkan markaz IM dan MATRI atau maahad tarbiyah Islamiah di Tunjung, Beseri (Perlis), saya juga mengajar dan mentadbir sekolah tersebut. MATRI akhirnya menjadi sekolah yang masyhur hingga ke hari ini.selepas 4 tahun setengah kerja di UiTM Perlis, saya ditukarkan ke kampus Dungun (UiTM Terengganu) dan saya dilantik pula berada dalam exco IM Terengganu...IM Malaysia melalui beberapa siri dialog dgn Exco JIM dan IM Egypt ke arah penyatuan IM Malaysia menjadi satu entiti, namun pada tahun 1995, ia gagal sama sekali dan balik kepada status quo, IM masih berpecah kpd empat grup..saya dapat simpulkan kenapa IM Malaysia gagal disatukan:
1. masing2 kumpulan mendapat latihan dari tempat yg berbedza dan penekana latihan dan ilmu yg diterima tidak sama
2. masing2 kumpulan mempunyai strategi politik dan manhaj operasi dakwah/tarbiyah yang berbeda
3. sikap kepada Pemerintah yang tidak sama di kalangan grup2 tsb
4. taksub kepada pemimpin kumpulan masing-masing
5. Tidak ada kepercayaan antara satu sama lain.
Kegagalan penyatuan ini menimbulkan impak yg mendalam kpd saya dan akhirnya saya bertindak tidak mahu lagi menyertai mana-mana grup dan saya mahu bebas dan ingin mencuba wadah dan pendekatan dakwah yg lain pula. Begitulah suka duka hampir 15 tahun bersama IM, akhirnya saya bertindak keluar atas pilihan sendiri, namun bersyukur kerana dapat menimba pengalaman, membina fikrah Islam, jatidiri dan kepimpinan bersama IM Utara. Saya banyak terhutang budi dgn Dato' Ust Dahlan di mana saya menganggap dia sbg bapa saya kerana beliau amat tekun memberi perhatian kpd saya secara khusus. Saya sempat mengunjungi beliau ketika dia dalam ICU di KL dan ketika dia menghembuskan nafas di ICU Hospital Kangar, saya tidak sempat, cuma hadir ketika kewafatan beliau di Matri pada Sept 2010. Hari ini genaplah 3 tahun kewafatan beliau. Semuga Allah melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau di kalangan mujahidin.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by abufaqeeh Thu Sep 12, 2013 5:20 am

Tq thtl, amat menarik sejarah politik IM & Salafi dan kesan kepada corak politik di Malaysia.

cuma pada hemat saya merasakan ada salafi di malaysia yg tidak pro kerajaan (tapi bukan IM) dan salafi yang pro kerajaan. apa pandangan thtl dlm perkara ni?


abufaqeeh
AHLI
AHLI

Posts : 48
Points : 55
Join date : 25/05/2012
Location : Shah Alam

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Thu Sep 12, 2013 7:27 am

Kumpulan salafi ni saya tak sempat kaji sebab interaksi saya dgn salafis Malaysia agak terhad. Tapi salafis pun ada banyak grup juga, ada sunnah Perlis, grup Dr Maza, grup ILMU, grup URD, grup Jordan (Ust Lan Aziz). Salafi pun saya rasa menghadapi masalah yg sama utk bersatu kerana mereka mendapat manhaj salafi dari banyak tempat, dari Egypt, KSA, Jordan dan Eropah. Guru2 dan tempat mereka belajar mempengaruhi sikap mereka kpd Penguasa. Yang ketara, salafis yg balik dari KSA mmg paling mudah utk pro-kerajaan kerana dah biasa dgn iklim politik saudi, yakni Salafi dan Raja adalah satu. jika mereka balik dari Jordan, atau Egypt, mereka akan neutral..gitulah pandangan saya...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Thu Sep 12, 2013 11:25 am

Bab 6: Masa depan IM di dunia Arab
IM (1928-2013) atau 85 tahun yg berdarah, 6 kali Ops Cantas oleh Militeri Egypt, IM tidak mempunyai masa depan yg cerah di dunia Arab. Begitu juga di Syria, IM juga sedang menghadapi musuh yg kuat, gabungan tentera elit Assad yang diperkuat oleh Iran, Hizbullah Lubnan dan Russia. Di jangka IM akan dilabel dgn tag "Pengganas atau Teroris" oleh pihak berkuasa Egypt, US, EC dan Israel. Mudah saja bagi mereka utk melabel IM pengganas iaitu siri letupan bom kereta di tempat-tempat awam di Cairo, dan semua letupan itu akan dicampakkan kpd IM.
IM menghadapi masalah public image. Ini kenana 85 tahun ia bergerak di bawah tanah dgn tanzim bayangan (shadow organization). Ini kerana manhaj siasah IM antaranya ialah menzahirkan amal dan menyembunyikan tanzim (networking dan organization). Faktur kedua ialah IM tidak diterima oleh Dinasti al-Saud, kuasa politik paling berpengaruh di dunia Arab, King Abdullah al-Saud. Kegagalan mendapat sokongan KSA akan menyulitkan IM untuk mendirikan kerajaan yg kuat di Egypt dan dunia Arab yg lain. Faktur ketiga, masalah manhaj politik IM tidak pernah berubah sejak tahun 1928...namun untuk mundur ke belakang tidak mungkin lagi....dunia Arab perlu kpd perubahan sistem politik dari sistem kuku besi, IM tiada pilihan, perjuangan 85 tahun terpaksa di teruskan utk 86 tahun lagi dan ia akan memakan lebih banyak korban sehinggalah daulah yg diimpikan oleh al-Banna akan terbina. Dunia arab akan terus bergolak kerana regim-regim arab yang ada diperkuat oleh kekuatan tentera yg kuat serta dibantu oleh Israel dan US. Kebanyakan kelengkapan senjata dunia arab bukan utk menghadapi musuh luar, tapi utk menghadapi IM. Jika IM memilih manhaj ini dan tak mahu merubahnya, maka perjuangan mereka masih berliku. Rumusan: IM di dunia Arab terpaksa meneruskan manhaj yg berusia 85 tahun itu, mereka terpaksa menuntut darah dan nyawa yg sudah banyak terkorban utk membuka dunia Arab kepada ketelusan dan keterbukaan. Ia terpaksa di bayar dgn harga yg mahal sekali....dunia Arab masih 40 tahun di belakang Malaysia dari sudut politik.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Thu Sep 12, 2013 12:00 pm

Bab 7: IM 40 tahun di Malaysia.
Selepas 40 tahun, selepas IM di bawa pulang ke Malaysia sejak awal 70'an, IM Malaysia masih gagal bersatu dalam satu bumbung kerana manhaj IM di bawa pulang dari tiga lokasi, Egypt, Iraq-Syria dan UK/USA. Masing-masing ingin menjadi numero uno atau hak untuk memimpin 1IM di Malaysia. IM dari Egypt mendakwa mereka lebih berhak menerajui kerana mereka pulang dari Egypt, tempat lahir IM, terus dari sumber asal pergerakan tsb, dari madrasah Ustaz al-Banna. Firqah Iraqi-Syria mendakwa depa sepatutnya menerajui kerana tarbiyah dan program mereka lebih teliti dan halus. Firqah UK/US mendakwa mereka lebih layak kerana memiliki ilmu2 pengurusan dan pentadbiran yg canggih dari Barat. Mereka lebih profesional.
Isu kedua: masalah wadah atau platform utk bergerak. Wadah sedia ada, ABIM dan PAS tidak digunakan sebaiknya, manakala sekarang ada PKR, dan DSAI adalah veteran dari ABIM. Maka IM Malaysia masih tercari-cari wadah/platform yg sesuai untuk muncul ketengah-tengah masyarakat, walhal, wadah2 itu sudah ada. Tapi apa yang terjadi IM dicurigai oleh ABIM dan PAS.
Ketiga: IM gagal memanfaatkan keadaan politik Malaysia yang aman dan stabil. Sepatutnya mereka sudah boleh menubuhkan parti yg sah berdaftar dgn Pendaftar Pertubuhan samada sbg NGO Dakwah atau parti Politik bukannya secara berasingan spt IKRAM, HALUAN dan ISMA.
keempat: IM Malaysia tidak dapat bergerak bebas  kerana amat terikat dgn kepimpinan Alami di Timur Tengah yg masih mengontrol isu2 dasar dalam politik.
NAMUN isu utama IM Malaysia ialah mereka gagal membentuk 1IM (yakni IM Malaysia yg bersatu) dan dgn sebab itu mereka gagal merangka suatu strategi siasah yg sesuai dgn keadaan politik Malaysia yg mengamalkan Politik PRU atau demokrasi. Dalam keadaan mereka berpecah, tiada wadah yg dikenali masyarakat dan keputusan mereka bergerak secara shadow organization (organisasi bayangan), maka masa depan mereka di Malaysia juga tidaklah cerah. Di Malaysia, jika ingin melihat kerajaan yg bersih dan Islamis, ia hanya melalui PAS dan PKR, manakala parti baru memerlukan 50 tahun lagi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Fri Sep 13, 2013 2:29 pm

Siri dah TAMAT
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by abuzaid65 Sat Sep 14, 2013 3:00 am

Pak Sheikh,
apa perbezaan antara IM dgn AKP di Turki? ada sesetengah org anggap PAS mcm IM di Mesir, dan PKR mcm AKP di Turki.. adakah perumpamaan ini betul? adakah pendekatan AKP di Turki betul dlm wake' skrg?
abuzaid65
abuzaid65
AHLI
AHLI

Posts : 134
Points : 162
Join date : 03/12/2011
Age : 58
Location : Shah Alam, Selangor

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by thtl Sat Sep 14, 2013 3:26 pm

IM=AKP? Tak, tak sama..sebab Turki tak benarkan harakah Islam macam IM sebab ia menyalahi akidah Kemalisme...AKP macam PKR.
Pendekatan AKP adalah betul dalam waqe' Turki yg sedemikian...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

sejarah muslim brotherhood Empty Re: sejarah muslim brotherhood

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum