[Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
4 posters
Page 1 of 1
[Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
Assalamualaikum kpd tuan-tuan/puan-puan warga forum.
Saya pernah terbaca dlm buku Tasauf Moden tulisan Prof. Dr. HAMKA yg menyebut akan sabda Rasulullah s.a.w "Sebaik-baik penolong di dlm menegakkan agama ialah isteri yg salih". Dia tidak menyertakan drpd mana hadis berkenaan diambil.
Sekiranya tidak keberatan hrp tuan-tuan/puan-puan dpt berkongsi ilmu berkaitan dgnnya terutamanya tentang status hadis berkenaan.

abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
setakat scan di internet dan maktabah syameela...tak ada. mungkin Hamka ambil dari kitab2 tasawwuf...hehehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
as-syaukani menyebutkan dalam kitab al-fawaid mengenai hadis ini dan katanya: Pengarang kitab al-mukhtasar berkata bahawa hadith ini tidak dijumpai asalnya.
Himpunan hadith2 maudhu' jilid 2Drs Abdul Ghani Azmi bun Haji idris
Himpunan hadith2 maudhu' jilid 2Drs Abdul Ghani Azmi bun Haji idris
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
boleh copy paste arabic text tak...sikit pun tak apa, kalau boleh kepala matan tsb...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
نعمَ العونُ على الدينِ المرأةُ الصالحةُ
الراوي: - المحدث:الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2041
خلاصة حكم المحدث: لا أصل له
al-Albani, silsilah al-Dha'ifah, no 2041, komen: Tiada ada asalnya, maksudnya tak ditemui dalam mana-mana kitab hadis.
الراوي: - المحدث:الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2041
خلاصة حكم المحدث: لا أصل له
al-Albani, silsilah al-Dha'ifah, no 2041, komen: Tiada ada asalnya, maksudnya tak ditemui dalam mana-mana kitab hadis.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
Sayang sekali hadis ini tiada ditemui asalnya oleh para ulama'. Terima kasih atas bantuan tuan-tuan semua.
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
tak perlu sedih sebab al-Qur'an menunjukkan sebaik-baik cara menegakkan agama ialah dgn amal jama'iy..dalilnya:
AQS 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar] maksud ayat
AQS 61:4 [Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.]
Berorganisasi adalah cara terbaik menegakkan agama. dalam konteks Malaysia ialah berpartai, berNGO...
AQS 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar] maksud ayat
AQS 61:4 [Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.]
Berorganisasi adalah cara terbaik menegakkan agama. dalam konteks Malaysia ialah berpartai, berNGO...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
sekadar perkongsian dari pengajian terjemahan bersama ustaz baharuddin ayudin.thtl wrote:
AQS 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar] maksud ayat
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
terjemhan:
Hendaklah kamu semua menjadi suatu ummah yg mengajak kpd kebaikan (al-Qur'an, menyuruh kpd mentawhidkan Allah) dan mencegah drpd kemungkaran (syirik), mrk itulah org2 yg beroleh kejayaan (di dunia ini limpahi barakah dan di akhirat kelak beroleh balasan syurga).
Kalimah (من) di sini maknanya bukan (للتبعيض) yg menunjukkan makna "sebahagian", ttp ia adalah (للتجنيس) yg maknanya ialah "semua jenis", lelaki dan perempuan, tua dan muda, berilmu atau tidak hdklah menjadi suatu ummah yg bekerja memainkan peranan masing2 dlm usaha dakwah ini. Utk memahami makna "min" jenis ini, sila rujuk 22:30
Bak kata teromba Minangkabau: "Kok alim nakkan doanya, kok kaya nakkan emasnya, kok gadang pemikul beban, kok buta penghembus lesong, kok capek penghalau ayam, kok pekak pencucuh meriam, kok lumpuh penunggu rumah, kok pandir disuruh arah." Demikianlah setiap org ada peranannya.
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
Ada beberapa versi riwayat yang seperti ini yang diriwayatkan dalam beberapa kitab hadith. Tapi versi dengan lafaz Mar'ah Solihah (isteri solehah) dinilai maudhu' termasuk oleh Ibn Jauzi dalam Tazkirah Al-Maudhu'at (1/124)thtl wrote:نعمَ العونُ على الدينِ المرأةُ الصالحةُ
الراوي: - المحدث:الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة - الصفحة أو الرقم: 2041
خلاصة حكم المحدث: لا أصل له
al-Albani, silsilah al-Dha'ifah, no 2041, komen: Tiada ada asalnya, maksudnya tak ditemui dalam mana-mana kitab hadis.
Berkemungkinan Hamka (saya husnu zan) mengambil riwayat ini dalam Ihya' Ulumuddin sebagaimana yang disebutlah oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya itu . Namun Al-Iraqi dalam takhrijnya menyatakan bahawa lafaz yang dinyatakan oleh Al-Ghazali rahimahullah itu tidak ada asalnya/ tak wujud. yang sahih ialah sebagaimana yang ada dalam Sahih Muslim.
حديث " نعم العون على الدين المرأة الصالحة "
** لم أجد له إسنادا ، ولمسلم من حديث عبد الله بن عمرو " الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة " .
Takhrij Ihya' Ulumuddin Al-Iraqi (8/208); Al-Syaukani dalam Al-Fawaid al-Majmu'ah (1/125)
Allahua'lam.
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
Terima kasih Ustaz THTL. Saya pernah tgk satu babak dlm filem Sang Pencerah antara Kiai Dahlan dan isterinya.thtl wrote:tak perlu sedih sebab al-Qur'an menunjukkan sebaik-baik cara menegakkan agama ialah dgn amal jama'iy..dalilnya:
AQS 3:104 [Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar] maksud ayat
AQS 61:4 [Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.]
Berorganisasi adalah cara terbaik menegakkan agama. dalam konteks Malaysia ialah berpartai, berNGO...
Itu yg saya nak guna hadis itu utk menunjukkan pentingnya seorang isteri dlm perjuangan si suami. Mcm apa yg pernah berlaku antara Rasulullah s.a.w dgn Siti Khadijah.
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Sebaik-baik penolong dlm agama.
Tidak dinafikan, bahkan ada kata2 popular dalam bahasa Inggeris..
" behind every successful man, there's a woman" =" disebalik setiap lelaki yg berjaya, sudah ada tentu ada wanita"
Kalau tengok dalam manhaj tarbiyah Hasan al-Banna pon, dia menggariskan kerja dakwah mesti membentuk individu dan kemudian pasangan yg kuat (keluarga)..ini merupakan batu asas kpd kebangkitan semula Islam.
" behind every successful man, there's a woman" =" disebalik setiap lelaki yg berjaya, sudah ada tentu ada wanita"
Kalau tengok dalam manhaj tarbiyah Hasan al-Banna pon, dia menggariskan kerja dakwah mesti membentuk individu dan kemudian pasangan yg kuat (keluarga)..ini merupakan batu asas kpd kebangkitan semula Islam.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Cari Hadith: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk jadi baik. Allah akan faqihkannya dalam agama
» Amalan sebaik salam solat2 fardhu berjamaah
» Dalil jangan mencemuh agama lain
» Menyatakan "Hati orang itu baik"
» Wanita dan lelaki berkawan baik

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum