BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

20 Hadith Maqlubah-20-1: Amal Bergantung Kepada Niat

Go down

26112011

Post 

20 Hadith Maqlubah-20-1: Amal Bergantung Kepada Niat Empty 20 Hadith Maqlubah-20-1: Amal Bergantung Kepada Niat




20 Hadith Maqlubah
Hadith Maqlubah ialah hadith2 yang difahami secara terbalik oleh orang awam kerana kejahilan atau terkadang juga kepada ustaz-ustaz dan ulama'.

20-1: Amal Bergantung Kepada Niat

Matan:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ


"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya" HR Bukhari-Muslim, Lidwa:Bukhari no 1)


Hadith ni masyhur, sahih dan menjadi sepertiga dasar agama Islam. Apa contoh maqlubah atau difahami secara songsang?

Contoh orang yang memahami hadith ini secara maqlubah:
Apabila diajak mereka kepada mengerjakan kebaikan (ma'ruf) atau menyeru mereka meninggalkan kemungkaran, mereka akan jawab "amal itu memadai dengan hati bersih, hati kami baik aje"
Apabila dia ditanya kenapa tidak solat, jawabnya, hatinya bersih, putih kerana amal itu bergantung kepada hati.
apabila dia solat tapi dilaksanakan dengan cincai sahaja, enggan bersolat dengan fiqh solat Nabi, jawabnya, setiap amal itu tergantung kepada niatnya
apabila dia melanggar hukum Islam, seperti mencium kekasihnya, dia berkata, niatnya suci, dia tidak bermaksud apa-apa
ada wanita yang enggan berhijab dengan alasan penampilan diri bukan ukuran, Islam melihat kpd hati seseorang.
Pemahaman yg sahih:

"sesungguhnya setiap amal bergantung kpd Niat" maksudnya setiap amal itu mesti dikaitkan dengan Niat, Niatnya menyertai amal, amal perbuatan itu harus benar dan niat harus ikhlas.

Maka jika wanita enggan berhijab, maka amalnya sudah salah, maka mana mungkin niatnya menyertai amal?
Orang yang solat dengan cincai, lebihkurang tanpa belajar dgn betul, maka katakan dia melakukan kesalahan fatal dalam solat, tapi dia tidak tahu, maka solatnya rusak, walaupun dia menyatakan niatnya ikhlas ingin solat.
Gitu juga jika anda mengerjakan Haji tanpa kursus haji, maka katakan dia melakukan perkara2 yang dilarang ketika dalam Ihram, maka hajinya rusak, niat haji saja tidak memadai.
Kemudian, setiap amal dgn niat itu juga merujuk kpd Ikhlas.

Maka amal yg diterima ialah amal yg ikhlas. jika amal yg benar tapi tak ikhlas pun ditolak juga.
Maksud hadith ni: setiap amal itu mesti benar dan disertai dengan Niat yang ikhlas.
Hadith ni maqlubah juga amalannya salah tapi niatnya ikhlas. atau Niat tak ikhlas, tapi amalnya betul. itupun Maqlubah juga.

[Ref: Prof Umar al-Quraishi, ahaadith Maqlubah, Darul adib, KSA
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum