BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tarikh hari wukuf

5 posters

Go down

tarikh hari wukuf Empty tarikh hari wukuf

Post by Ibnu Sarkawi Sat Oct 12, 2013 1:28 pm

Salam 
ada sapa2 boleh bgtau tarikh hari wukuf d arafah masa Malaysia?
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by thtl Wed Oct 23, 2013 11:28 am

hehehe dah luput.

sama dgn Saudi tahun ni...14 oct atau 9 zulhijjah, Raya Haji jatuh pada esoknya 15 Oct atau 10 zulhijjah. Ia ditetapkan dgn melihat anak bulan Zulhijjah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by abu_firdaus Thu Sep 25, 2014 10:49 am

tahun ni nampaknya tarikh saudi & malaysia tak sama.
saudi dpt haji akbar (9 zulhijah jumaat) manakala malaysia 9 zulhijah sabtu.

utk dpt puasa hari arafah, nak ikut tarikh mana? utk pastikan dpt kena puasa jumaat & sabtu le kot?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by thtl Fri Sep 26, 2014 1:16 am

Ikut saudilaa..kena sama dgn jamaah haji wuquf di Arafah yakni puasa pada hari Jumaat.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by abu_firdaus Fri Sep 26, 2014 3:44 am

setakat pembacaan sy, ada dua pendapat yakni ikut tarikh 9 zulhijah saudi atau ikut tarikh setempat. yg lebih kuat ikut tarikh setempat. anyway utk mengelak khilaf, dan juga utk dpt pahala puasa awal zulhijah (selain 9 zulhijah), mungkin puasa dua2 hari (jumaat & sabtu, di malaysia) lebih baik.

ok tak kalu sy ambil cara ini?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by najib76 Wed Oct 01, 2014 10:58 am

Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.

Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain."

Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud:

Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya."

Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya)."

Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama) tertentu yang bermaksud:

Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham. Kuraib berkata: "Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan. Katanya: Bilakah kamu melihat anak bulan? Aku menjawab, Kami melihat pada malam Jumaat! Ibn Abbas bertanya lagi katanya, Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu? Aku menjawab, Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa. Ibn Abbas berkata, Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal. Aku bertanya, Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya? Ibn Abbas menjawab, Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami."

Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu.

Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.

Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal.

Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014.

Komuniti Islam di negara yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama.

Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.

Matla negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam.

Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi:

"Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq."

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla yang sama. Bagi matla Malaysia adalah terletak di dalam matla Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.

Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahan matla hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka.

Kenyataan rasmi Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama matla dengannya seperti negara MABIMS.

Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai keputusan cerapan hilal di Malaysia.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:

"Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji."

Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang di Arab Saudi Jumaat ini, maka ketika orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.

Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat.

Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama Arab Saudi.

Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:

Menolak cadangan penentuan Aidiladha berdasarkan hari wukuf dan mengekalkan kaedah penetapan Aidiladha di Malaysia adalah berdasarkan kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah berasaskan sistem 'Imkanul Rukyah' kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini.

Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014.
________________________________________
DATUK OTHMAN MUSTAPHA ketua pengarah Jakim.
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by abu_firdaus Wed Oct 01, 2014 11:59 am

alhamdulillah..sgt jelas penerangan jakim.
dpt dari mana ni? website jakim?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by najib76 Wed Oct 01, 2014 12:08 pm

Kenyataan media Dato Ketua Pengarah Jakim di
MalaysiaKini..
dalam FB pun ada...
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by rd73 Thu Oct 02, 2014 5:43 am

asm,

kalau nak puasa ikut saudi, mesti ikut waktu sahur dan berbuka ikut waktu saudi juger baru betul.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by thtl Mon Oct 13, 2014 10:49 am

rd,

ini khusus utk Puasa Arafah je...kita buat advance 5 jam dari saudi arab. Puasa lain mmg ikut matla' sendiri...puasa Ramadhan dan 1 syawal wajib ikut Malaysia. cuma puasa hari Arafah sahaja.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by Ibnu Sarkawi Mon Oct 13, 2014 1:33 pm

Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya adalah antara ilmuan yg bpendapat bahawa puasa arafah d M'sia mengikut matla' di Malaysia, bukannya mengikut wukuf di Makkah. Alasannya sama mcm artikel Jakim kat atas.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by thtl Mon Oct 13, 2014 1:52 pm

utk puasa ramadhan dan 1 syawal mmg OK..tapi utk puasa hari Arafah memang kena ikut apa yg berlaku di Arafah. Jika depa wukuf hari Jumaat, takkan kita puasa hari sabtu...mmg tak logik langsung.
depa betul dari segi teknik tapi buta realiti. satu dunia tahu wukuf hari Jumaat, kerana internet, (zaman dulu mmg tak tau wukuf bila)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

tarikh hari wukuf Empty Re: tarikh hari wukuf

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum