Melawat/Melancong & Bergambar di Tempat Beribadat Non Muslim
3 posters
Page 1 of 1
Melawat/Melancong & Bergambar di Tempat Beribadat Non Muslim
Assalaam'ualaikum wbkth,
Apakah hukum melawat/melancong ke tempat beribadat non muslim seperti candi, kuil, gereja dan sebagainya, dengan tujuan suka-suka / ingin tahu sahaja, dan apakah hukum bergambar di hadapan patung sesembahan Buddha/Hindu (tak pasti apa niatnya) ?
Jika haram, apakah dalil/nas pengharamannya?
Terima kasih saya dahulukan.

Re: Melawat/Melancong & Bergambar di Tempat Beribadat Non Muslim
Salam,
Saya tiada dalil untuk dibawa buat masa sekarang, hanya logik akal. Persoalannya apabila seorang Islam pergi melawat mana-mana kuil atau tempat peribadatan agama lain (walaupun tiada niat syirik) adakah dia perlu membayar wang pintu masuk ataupun pada pakej pelancongan? Mengikut logik akal saya itu haram dan berdosa besar kerana mahu tidak mahu dia telah menyumbang kepada pendapatan/pemeliharaan/pemuliharaan kuil.
Bab tangkap gambar bersama patung kuil itu saya biar panel jawab. Saya dahulu seorang pelajar seni dan pernah melawat kuil, tetapi saya tidak membayar wang pintu masuk. Niat saya ke sana untuk tugasan seni yang tidak melibatkan upacara keagamaan (melukis bangunan tanpa patung). Pendapat saya sekarang seorang Islam boleh melawat kuil hanya jika tujuannya jelas bukan untuk upacara keagamaan (menutup ruang fitnah) dan tujuan itu sebaiknya untuk kebaikan umat (mengkaji senibina bangunan yang boleh diaplikasi di dunia sekarang contohnya). Saya berpendapat wang pintu masuk haram sama sekali dibayar kerana nyata pihak kuil akan mempergunakannya dan si pembayar dikira bersubahat dalam pembangunan kuil.
WA.

ZulQ- AHLI
- Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011
Re: Melawat/Melancong & Bergambar di Tempat Beribadat Non Muslim
Apa yg syara' diamkan atau silence, terpulang kpd kita dan kembali kpd hukum asal: harus dan pasang niat betul2..berhala dan kuil ni adalah musuh syirik no 1, itu bila kita ada kecenderungan utk menyanjungi dan mengkagumi berhala dan kuil tsb, kalau kita tak ada rasa kagum dan sanjung, tak ada masalah...kalau mereka boleh melawat mesjid kita, kenapa kita tak boleh melawat gereja dan kuil mereka?
Isu utama dalam fiqh ialah: apakah hukum solat dalam gereja dan kuil. Ini bila umat Islam dulu membuka negara2 baru atau ekspedisi militeri dan mereka tak ada tempat nak solat melainkan disekitarnya ialah greja atau kuil. itu yg fiiqh bincang, isu tourism, tak ada, bahkan ayat AQ cuma anjurkan tourism secara umum...

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» hukum mengenakan baju bergambar
» Beribadat kerana redhaNya bukan syurga dan neraka
» Tempat makan yg best di Shah Alam
» hadis tempat tinggal iblis
» [FB note] Mencari motivasi di tempat kerja

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum