BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

La Tahdzan 146-2: Renungan Kekecewaan, وقفة الخِذْلان

Go down

12012012

Post 

La Tahdzan 146-2: Renungan Kekecewaan, وقفة الخِذْلان Empty La Tahdzan 146-2: Renungan Kekecewaan, وقفة الخِذْلان




La Tahdzan 146-2: Renungan Kekecewaan وقفة الخِذْلان

Kata al-Qarni:
فالعبيدُ متقلِّبون بين توفيقهِ وخذلانِهِ ، بلِ العبدُ في الساعةِ الواحدةِ ينالُ نصيبه منْ هذا وهذا ، فيطيعهِ ويُرضيهِ ، ويذكرُه ويشكرُه بتوفيقِه له ، ثم يعصيهِ ويخالفُه ، ويُسْخِطُه ويغفلُ عنه بخذلانِهِ له ، فهو دائرٌ بين توفيقِه وخِذْلانِهِ


terj: Maka, seseorang hamba (si muslim) akan sentiasa berada dua persimpangan: taufiq dan kekecewaan (dalam kata lain, dua persimpangan: kesesatan dan keimanan). Bahkan dalam satu jam, seorang hamba boleh berada dalam kedua-dua persimpangan tersebut (samada iman dan sesat; taufiq dan kekecewaan). Hamba Allah yang taat dan redha, maka Allah akan menyebutnya dan berterimakasih kepada hamba tsb dengan memberi taufiq kepadanya. Namun selepas itu jika hamba tsb derhaka dan melawan titah perintah-Nya, maka Allah pun murka, mengabaikan dan membiarkan dia terumbang ambing. Demikianlah keadaan manusia sentiasa dalam keadaan di antara dua persimpangan tersebut.

Rawatannya:
فمتى شهِد العبدُ هذا المشهد وأعطاهُ حقَّه ، علِم شِدَّة ضرورتِه وحاجتِه إلى التوفيق في كلِّ نَفَسٍ وكلِّ لحظةٍ وطرْفةِ عيْنٍ ، وأنَّ إيمانه وتوحيده بيدِهِ تعالى


terj: Maka si hamba mesti sedari fenomena ini (manusia sentiasa berada di dua persimpangan, iman dan sesat), maka kena terus metaati Allah sebagaimana yg sepatutnya, dia juga perlu tahu kepentingan bahawa dia amat perlukan pertolongan Allah (taufiq) dalam setiap hembusan nafasnya, setiap detik, bahkan setiap kerlipan matanya. seluruh keimanan dan ketuhidannya dalam genggaman Allah.

Firman-Nya: AQT 08:24 [ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya]

syarah: Jika dikatakan kpd anda, "every second counts" atau setiap saat adalah dikira, maka yang anda kena kira dahulu ialah iman dan ketaqwaan anda. Ini kerana setiap masa anda terdedah dengan dua persimpangan: iman dan kufur, sesat dan benar, kecewa dan bahagia, tawhid dan syirik...maka berusaha keraslah anda menjaga hati anda dan bolak baliknya atau sifat hati yg amat cepat berubah. hari ni kita berkawan, esok anda memusuhinya...hari ini cinta, esok anda benci dan bercerai, hari ini anda menyukai seseorang, esoknya anda mencemuhnya...amat menakutkan.
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum