20 Hadith Maqlubah (15) - Perjalanan ke Tiga mesjid agung
Page 1 of 1
14012012
20 Hadith Maqlubah (15) - Perjalanan ke Tiga mesjid agung
20 Hadith Maqlubah (15) - Perjalanan ke Tiga mesjid agung
20:15 Seputar Ziarah Tiga mesjidil Suci
Mesjid al-Haram tahun 1880M
Takhrij hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى
Terj: "Tidaklah ditekankan untuk berziarah kecuali untuk mengunjungi tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasul shallallahu 'alaihi wasallam dan Masjidil Aqsha".(HR Bukhari, no. 1115 dari jalur Abu Hurairah, lidwa)
Terjemahan koreksi: "Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin)"
di bawah kubah hijau itulah maqam 3
Maksud Sebenar hadith ini:
Maksud sebenar hadith ini ialah tidak dianjurkan untuk kita mengadakan perjalanan jauh untuk tujuan IBADAH. Sebab ibadah boleh dibuat di mesjid berhampiran rumah kita sahaja atau di daerah kita. Akan tetapi kerana besarnya pahala tiga buah mesjid: mesjidil Haram, mesjid al-Nabawi dan mesjid al-Aqsa, maka kita dibolehkan mengadakan perjalanan jauh untuk beribadah di tiga mesjid tersebut. Kita nak keluar belanja utk perjalanan ke mesjid yg tiga ni dgn tujuan ibadah, mmg dianjurkan kerana besarnya pahala. Dalam kata lain, kita tidak boleh mengeluarkan belanja untuk beribadah selama dua minggu di mesjid Imam Syafi`iy di Cairo, kita terbang ke Samarqand untuk beribadah di mesjid Imam Bukhari, atau kita terbang ke Acheh untuk beribadah di mesjid ar-Rahman yang kalis tsunami. Ini adalah perjalanan ibadah yang bid`ah. Tapi pakej pelancungan melawat tempat2 bersejarah boleh, misalnya kita ambil pakej Muslim Tour ke Jordan, ke Syria, Yaman, asalkan ia bukan pakej buat ibadat apatah lagi program ziarah mesjid yang ada kubur wali.Ini kerana program ziarah kubur memadai dengan kubur di tepi qaryah kita sahaja. Fungsi kubur tu sama sahaja utk mengingati kita kpd kematian.
Kefahaman Maqlubah (menyeleweng/songsang) dari hadith perjalanan tiga mesjid):
1.Ahli bid`ah dan tareqat sesat mentakwil hadith di atas tentang kenapa dianjurkan perjalanan ke Mesjid Nabawi ialah kerana di dalamnya ada kubur Nabi saw. Mesjidil Haram kerana ia dibangunkan oleh Adam dan Ibrahim, manakala Mesjid al-Aqsa mendapat keutamaan kerana ia tempat Mikraj Nabi saw. Maka keistimewaan mesjid Nabawi ialah kerana ada tiga kubur di dalamnya (Nabi saw, Abu Bakar ra dan Umar ra).
2. Kemudian mereka mencipta sebuah ajaran baru bahawa mesjid-mesjid yang ada kubur keluarga Nabi, para sahabat, para wali-wali Allah atau orang-orang saleh, maka perjalanan ke mesjid-mesjid tersebut adalah juga dianjurkan.
Ini sama sekali suatu musibah yang menimpa agama kita, khurafat dan adalah bid`ah yang besar.
Penjelasan umum:
1. Sabda Nabi saw, "Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid" tidak boleh diqias kepada mesjid-mesjid yang lain.
2. Keutamaan mesjid tidak ada hubungan dengan keujudan kubur di dalamnya.
3. Keutamaan mesjid nabawi bukan terletak kepada ujudnya kubur baginda di dalamnya
4. Islam menegah pembinaan kubur di dalam mesjid dengan keras.
al-Hadith: "Ketahuilah bahwa sesungguhnya orang-orang sebelum kalian itu menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang shalih dari mereka sebagai masjid, maka janganlah kalian menjadikan kuburan-kuburan itu sebagai masjid, karena sungguh aku melarang kalian dari hal itu". (sahih Muslim, no 827, lidwa)
Penjelasan keujudan tiga kubur dalam mesjid Nabawi: Binaan asal Mesjid Nabawi tidak termasuk kubur baginda, Abu Bakar dan Umar. Kerana asal tempat ketiganya dikuburkan ialah kamar Aisyah ra. Ia termasuk dalam kompleks Mesjid ketika era pemerintahan Ummayah, khalifah al-Waleed bin Abd Malik. Beliau meluaskan kompleks mesjid dan kubur2 tersebut pun termasuklah ke dalam projek pembesarannya. Oleh kerana kubur baginda tidak boleh dipindahkan berdasarkan nas, maka penguasa Arab saudi sekarang telah menutup dan mengawalnya supaya bid`ah kuburan tidak berlaku di mesjid nabawi. selesai.

Similar topics
» 20 Hadith Maqlubah-20-4: Bid`ah Hasanah
» 20 Hadith Maqlubah (7): Islam Dagang
» 20 Hadith Maqlubah (8) - Perpecahan 73 puak
» 20 Hadith Maqlubah (9) - Sehasta lagi ke Neraka!
» 20 Hadith Maqlubah-20-1: Amal Bergantung Kepada Niat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum