BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua kelompak Anti Hadith

4 posters

Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Dua kelompak Anti Hadith

Post by saifulnd43 Mon Mar 17, 2014 10:33 am

Salam
Yg pertama kita maklum dah
tapi yg kedua amat perlu penjelasan


"Kelompok Anti Hadith ada DUA :

1) Anti semua hadith, tak kira hadith tu Sahih, Hasan, atau Dhaif.
2) Anti hadith Dhaif saja, hadith Sahih dan Hasan mereka terima"

utk artickle selanjut nyer baca di .
http://jomfaham.blogspot.com/2014/02/siapakah-golongan-anti-hadith-masakini.html

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Mon Mar 17, 2014 11:03 am

kelompok kedua tu adalah pendapat yg esktrim, ia dipegang oleh syaikh Albani rh, syaikh Muqbil, syaikhj Rabi' dan sebelumnya Imam Abu hatim, imam syaukani dan abu Zur'ah. manakala majoriti ahli hadith menetapkan spt berikut:
1. Beramal dengan hadits dhoif dalam masalah aqidah hukumnya tidak boleh berdasarkan ijma’ (kesepakatan ulama Islam).
2. Beramal dengan hadits dhoif dalam masalah hukum-hukum fiqh; jumhur ulama berpendapat tidak membolehkannya.
3. Beramal dengannya dalam masalah fadhail (keutamaan amal), tafsir, dan sirah Nabi; jumhur ulama berpendapat bolehnya berdalil dengan hadits dhoif pada masalah-masalah ini dengan beberapa syarat dan batasan :
- Sisi dhoif (cacat), haditsnya tidak terlalu lemah.
- Hadits dhoif tersebut memiliki dasar hukum dalam syariat.
- Ketika beramal dengannya, tidak boleh meyakini bahwa hadits itu berasal dari Nabi saw akan tetapi ia hendaknya mengamalkannya hanya sebagai sikap kehati-hatian.
(Fatwa Dr AbdKareem al-Khudhair, ahli lembaga Fatwa kerajaan Arab saudi, lajnah daimah wal ifta')
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by saifulnd43 Mon Mar 17, 2014 11:12 am

So
pendpat penulis tersebut mengenai kelompak kedua  masih boleh di pertikaikan lagi  laaa

tq

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Mon Mar 17, 2014 11:21 am

Yang memuatkan hadith dha'if dalam karya mereka ialah imam Bukhari (Adabul Mufrad), Imam Muslim Muslim dalam sahihnya (hadith2 dari Ibn ishak sebagai hadith mutaba'ah, sokongan), Ibn Taymiyah (Kalim Tayyib), Ibn Qayyim dalam ar-Ruh dan Ibn Hazm dalam syarah sunan Termidzi, 'Aridhah al-Ahwadzi
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Mon Mar 17, 2014 11:23 am

Boleh dipertikaikan lagi.
Cuma dr Yusof al-Qardhawi sokong tidak boleh menggunakan hadith dha'if sebab keujudan begitu banyak hadith bertaraf sahih dan hasan.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Mon Mar 17, 2014 11:38 am

Kelompok anti-hadith dha'if tu bukan gol anti-hadith, misleading..mereka dikenali dgn nama salafiyun atau pendokong manhaj salaf atau salafiyah
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by abu_firdaus Tue Mar 18, 2014 4:38 am

sgt tak setuju dgn article itu. sgt jauh beza anti-hadith dgn anti-hadith dhaif
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Tue Mar 18, 2014 8:46 am

satu tercela, satu lagi terpuji
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by Ad-Dien Tue Mar 18, 2014 6:01 pm

Siapakah Golongan Anti Hadith Masakini ?
2
INFO BERGUNA : PENCERAHAN TENTANG GOLONGAN ANTI HADITH

Oleh : Majlis Al-Banjari Litafaqquh Fiddin

Artikel ni admin adaptasi drpd temubual admin dgn tuan guru kita Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari hafizahullah. Pesanan admin, bacalah dengan tenang supaya dapat difahami dengan jelas terutama pada bahagian kalam guru kami.

___________________

Kelompok Anti Hadith ada DUA :

1) Anti semua hadith, tak kira hadith tu Sahih, Hasan, atau Dhaif.
2) Anti hadith Dhaif saja, hadith Sahih dan Hasan mereka terima.

Kedua2 kelompok ni berbahaya.

Kelompok Pertama: Ialah kelompok yg menentang dan tidak menerima kesemua hadith2 Nabi saw.

Kelompok Kedua: Ialah kelompok yg menentang, fobia, dan tidak menerima penggunaan hadith2 Dhaif sekalipun dalam perkara fadhail amal. Kelompok ini menyamakan taraf hadith2 dhaif seperti hadith2 maudhu'.

[] [PERHATIAN] Terkeluar dari maksud kelompok kedua itu adalah golongan yang menetapkan hadith Sahih dan Hasan sahaja sebagai dalil dan hujjah dalam hukum hakam, sementara hadith Dhaif masih dapat diamalkan dalam perkara fadhail amal, sirah, manaqib, dan tarikh. Namun sekiranya hadith dhaif itu memiliki pelbagai syuhud yg dpt menaikkannya ke darjat hasan lighairihi, maka dapatlah ia dijadikan sebagai hujjah dalam hukum ahkam. Dengan pendirian ini, maka kesemua bahagian hadith2 samada Sahih, Hasan dan Dhaif itu dapat dijaga dan diamalkan. Inilah pegangan ulama hadith Ahli Sunnah wal Jamaah. Ini juga pegangan kita. []

Kelompok Pertama diibaratkan sebagai abang. Manakala kelompok kedua diibaratkan sebagai adik.

Si abang terlalu “extreme” dalam penolakkannya terhadap As-Sunnah. Manakala Si Adik agak lunak dan berhemah dalam penolakannya terhadap As-Sunnah.

Si Abang terang-terangan dalam tindakannya, manakala Si Adik bijak “cover line” dalam aktivitinya.

Kedua2 kelompok ni sangat bijak berkata2 dan pusing2 kata. Sekalipun kedua2 kelompok ni diibaratkan sebagai adik beradik, namun kedua2 kelompok ini saling berlawan dan berlumba dlm menyebarkan fahaman dan melebarkan pengaruh. Biarpun terpaksa menjadikan pihak lain sebagai mangsa dalam persaingan mereka.

Orang awam yg tidak mengerti, akan menganggap siapa di antara mereka (kedua2 kelompok tersebut) yg paling hebat hujjahnya sbg Hero dan Juara pembela Agama. Walhal kedua2nya dalam senyap adalah Juara yg meruntuhkan Agama.

Apabila mereka bertembung, mereka akan saling menghujam dan menghujat. Ini kerana asas “trick” dan manhaj penyebaran fahaman kedua kelompok ini adalah : "Islam tertegak dengan Hujjah".

_____________

Menurut guru kami, yg memberi komentar terhadap cogan kata : "Islam tertegak dengan Hujjah". Beliau memberi pencerahan sebagai berikut :

[] “Yang sebenarnya Islam bukan hanya akan tertegak dengan semata-mata Hujjah, tetapi dengan Ilmu dan Amal yg muwafakat dgn petunjuk Ilahi, atau kata lain yg lebih ampuh : “Hidayah dan Taufiq Allah”.

Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tidak berpijak di atas Ilmu yg benar, akhirnya mereka tersesat. Lihat sajalah kaum Nashrani, dan yg senasib dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi jika tak pernah beramal dengan syariat-Nya, akan terjerumus ke dlm kelompok sesat juga. Lihat sajalah kaum Yahudi, dan yg seperangai dengannya. Berapa banyak ahli yg bijak pandai dalam berhujjah, tetapi selama jauh dairipada Hidayah dan Taufiq Allah, mereka berlegar-legar dalam relung kesesatan.
Sesiapa sahaja yg memiliki ilmu yg benar yg muwafaqat dengan petunjuk Ilahi dan pedoman Nabawi, serta mengamalkannya dalam setiap detik kehidupan, samada urusan dunyawi mahupun ukhrawi, maka ia akan selamat dan bahagia. Sesiapa sahaja yg dikurniakan Hidayah dan diberikan Taufiq, pasti mereka berjaya di dunia dan sentosa di akhirat.
Golongan yg berjalan di atas Ilmu dan Amal, golongan yg mendapat kurniaan Hidayah dan Taufiq, golongan inilah yg menjadi penegak Agama, golongan inilah yg menyebarkan keindahan dan kesyumulan Islam. Golongan inilah yg diberi kekuatan hujjah melalui lidah dan akhlak. Golongan inilah yg mendapat pertolongan daripada Allah Ta’ala. Golongan inilah yg dapat mengalahkan musuh2 Islam.” []

_________________

{ SOALAN } Mana yg lebih berbahaya antara dua kelompok tersebut?

Kedua2nya adalah berbahaya. Oleh itu, kedua2nya perlu dijauhi oleh orang awam. Kedua2nya perlu disedarkan oleh para ulama. Kedua2 kelompok ini juga perlu di ta’zir (dihukum) oleh pemerintah Negara Islam sekiranya mereka masih aktif menyebarkan fahamnya.

Menghukum kelompok pertama saja, dan membiarkan kelompok kedua adalah satu pekerjaan yg tak berkesudahan. Kerana kedua2nya sama saja nisbah penolakan mereka terhadap As-Sunnah secara syumul. Hanya saja kelompok pertama itu agak keterlaluan, manakala kelompok kedua agak lunak. Namun kedua2 sama dalam tujuan iaitu mengelirukan orang ramai terhadap asas dalil2 syariat.

Adakalanya yg lunak itu lebih berbahaya berbanding yg melampau. Di awal surah al-Baqarah Allah menceritakan sedikit tentang orang2 yg beriman, kemudian sedikit tentang orang yg kafir, kemudian banyak tentang orang2 munafik. Sekali pun kita tahu bahawa orang kafir itu berbahaya, namun para ulama menegaskan bahawa orang2 yg munafik itu lebih berbahaya berbanding orang kafir.

________________

{Soalan} Bukankah kelompok kedua juga menghidupkan As-Sunnah dan mengajak orang kepada Sunnah?

Jangan terpedaya dengan zahir. Para ulama telah pun sepakat menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai Hujjah Syariat.

Al-Quran dan As-Sunnah, merupakan dalil Mujma’ ‘Alaih (Ijmak atasnya), manakala Ijmak dan Qias merupakan dalil Muttafaqun ‘Alaih (Sepakat atasnya).

Ijmak dan Qias itu bukan lain melainkan drpd tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah sendiri. Bermakna, membuang Ijmak dan Qias secara tidak langsung menolak Al-Quran dan As-Sunnah. Dan ini berlaku bukan sahaja kepada Kelompok Pertama, bahkan kepada Kelompok Kedua itu sendiri.

Tentang As-Sunnah itu pun para ulama telah pun sepakat kepada pembahagian darjatnya secara umum iaitu, Sahih, Hasan, dan Dhaif. Inilah pembahagian darjat hadith secara umum yg disepakati dan yg kita semua pelajari. Para ulama juga sepakat ketiga2 darjah hadith ini dapat diamalkan. Hanya pengamalannya saja berbeza, iaitu hadith Dhaif dpt diamalkan pada perkara fadhail amal, manaqib, tarikh, sementara hadith Sahih dan Hasan dapat diamalkan dlm pendalilan hukum hakam.

Ini berbeza dgn Kelompok Kedua yg jelas menolak hadith2 Dhaif dlm urusan fadhail amal. Lebih malang mereka telah menyamakan taraf hadith Dha’if dengan hadith Maudhu’.

Perlu kita ketahui bahawa terjadinya hadith dha’if itu ialah bergantung dgn perawi. Sementara Matan hadith tetap drpd Nabi saw. Ini berbeza dgn hadith Maudhu’ yg sememangnya Matan hadith itu bukan drpd Nabi saw. Menolak hadith dhaif itu secara umum bererti telah membuang sebahagian besar hadith2 drpd Rasulullah saw.

Maka bagaimana dapat dikatakan Kelompok Kedua itu menghidupkan As-Sunnah?

_____________

Allah.. Sangat hebat fitnah yg menimpa kita. Jom perbanyakkan berdoa, moga Allah SWT sentiasa melindungi dan menyelamatkan kita semua drpd fitnah ini.

Tulisan ini tampak baik tapi ada jenayah ilmiah. Boleh dijawab balas dengan lebih tersusun dan bijaksana. Buat masa ini saya tak punya banyak masa nak jawab semula syubhat-syubhatnya. Kalau boleh bagi yang nak jawab, quotekan satu baris demi baris. Satu baris ayat yang ada syubhat dan jawab. Kemudian begitulah sampai habis.

Ahlan.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Tue Mar 18, 2014 7:40 pm

blogger ni nak jawab kat mana?
kalau hantar kat blog dia akan delete...rasanya anak buah abusyafiq ni...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by Ad-Dien Tue Mar 18, 2014 10:31 pm

thtl wrote:blogger ni nak jawab kat mana?
kalau hantar kat blog dia akan delete...rasanya anak buah abusyafiq ni...

Jawab disini dulu kalau ustaz mahu.

Ana akan post di fb juga untuk minta beberapa asatizah jawab juga. Kemudian boleh disebar luas di blog dan nota fb. InsyaAllah akan ramai dapat manfaatnya.

Ahlan ustaz.. ustaz banyak masa lapang dan rujukan insyaAllah. Ana dah nak exam next week..huhu Smile 
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 12:04 am

Dien,
1. depa ni aliran mainstream Nusantara. Kalau kita buka mainpage blog tu, 20 tahun nak jawab pun tak abis...manhaj dan aliran terbalik dari yg kita faham.
2. Kita boleh ulas ringkas ajela, siapa yg menyamakan GAH dgn golongan yg tolak hadith dha`if adalah itu adalah puak ghuluw (pelampau) dan pencetus permusuhan dan keganasan sesama sendiri. Itu adalah character assasination dan ada niat jahat kpd sesuatu golongan yg amat dimusuhinya, buktinya dia tidak ulas golongan GAH, tapi memusatkan serangan kpd golongan yg tolak hadith dha'if.
3. ana x minat nak berlawan dgn golongan yang mana mereka lebih kuat dari kita, yg menguasai mainstream dan massa termasuk politik/istana. Kata Robert Green (buku: 48 rules of Power)," bila kamu lemah, tidak salah dan hina utk berundur dari berdepan dgn mereka yg lebih kuat." Kita pulak bukanlah golongan tsb yakni yg tolak hadith dha'if 100%. Biarlah golongan yg tolak hadith dha'if 100% berlawan dgn depa. Rasanya dia serang murid2 al-Albani.
4. ana tak free utk radd artikel yg panjang. Lagipun ana akan offline mulai esok malam kerana akan pulang ke Malaysia sekejap..kemudian akan buat umrah pada awal April. nampaknya Dien dan yg lain kena aktif mulai 22 Mac sampai 10 April.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Dua kelompak Anti Hadith  Empty Re: Dua kelompak Anti Hadith

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum