BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

+9
Solah
Fathi al-Sakandary
najib76
Ad-Dien
Ibnu Sarkawi
thtl
abu_firdaus
saifulnd43
abubakar
13 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar Thu Apr 17, 2014 10:07 pm

Assalamualaikum kpd Ustaz THTL dan forumer sekalian.

Baru-baru ini negara dihangatkan dgn kritikan Wardina Safiyyah kpd Ustaz Don dan rentetan drpd itu, ianya membawa polemik kpd masyarakat terutamanya para asatizah yg membawa kepada kepelbagaian pendapat dlm hal ini. Ustaz Don mengkhabarkan kisah berkenaan roh org kafir berada di telaga Baharut, manakala roh org mukmin berada di telaga zam-zam. Ustaz Don ambil kisah ini drpd Dr Zulkifli al-Bakri dan Dr Zulkifli menurut penjelasan di page FB dia, kata ianya drpd Kitab Al-Kabair karangan Imam Az-zahabi. Saya dah dgr bbrp penjelasan berkenaan hikayat berkenaan cumanya keraguan saya timbul apabila ramai org menisbahkan kisah ini kpd Ibnu Qayyim dlm kitab dia Al-Ruh utk menguatkan hujah mereka. Menurut penjelasan drpd page Dr Zulkifli itu, dia kata mcm ini

Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

Masalahnya, sumber lain yg saya dpt, menyatakan Ibnu Qayyim menolak kisah tersebut. Dia kata, perkara tersebut tiada dalil sahih drpd Al-Quran dan Sunnah bahkan melarang ianya disebut apatah lg dijadikan peringatan kerana ia bercanggah dgn aqidah yg sahih. Kalau baca yg ini, mmg saya ckp ini lah yg Ibnu Qayyim yg saya kenali.

Di sini saya nak fokus pada kisah yg didatangkan oleh Ustaz Don itu dan ia boleh dibaca di bawah lah. Oleh kerana pengalaman Ustaz THTL berinteraksi dgn Kitab Al-Ruh, boleh tak Ustaz luangkan masa utk menjelaskan apa yg patut berkenaan pendirian Ibnu Qayyim dlm hal ini dan mungkin Ustaz boleh tambah apa yg Ustaz rasakan perlu. Terima kasih.

p/s: Saya menerima nas berkenaan Telaga Baharut ini, cuma yg meragukan saya adalah kisah yg Ustaz Don dtgkan itu. Pasal apa, implikasi drpd kisah ini menyatakan, org hidup boleh berkomunikasi dgn org mati. Ulama' pula itu yg suruh si hidup ini utk menyeru roh si mati itu td. Ini bisa bikin kacau bilau ini sdgkan ada hadis sahih yg menyatakan apa seseorang itu mati, putus semuanya kecuali 3 perkara. Kena pula puak-puak yg rajin buat majlis maulid jumpa benda ini, nanti akan jd hujah lah pasal mereka beriqtikad yg roh Rasulullah s.a.w hadir ke majlis mereka. Mungkin dia akan kata kalau roh org kafir pun boleh kembali ke dunia, inikan pula roh Rasulullah s.a.w.

KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Sumber:

1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=710262392370899set=a.654471384616667.1073741830.654227084641097&type=1

2. https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10202172073728701

3. http://drmaza.com/home/?p=2687

abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by saifulnd43 Fri Apr 18, 2014 1:58 am

( copy paste )-dari FB
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
[ADMIN]

PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*sebutan yang tepat adalah Barahut, bukan Barhut.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.

PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abu_firdaus Fri Apr 18, 2014 5:21 am

boleh baca juga komen dr maza :
http://drmaza.com/home/?p=2687
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by saifulnd43 Fri Apr 18, 2014 6:28 am

abu_firdaus wrote:boleh baca juga komen dr maza :
http://drmaza.com/home/?p=2687

Saya lebih suka pendapat Dr Maza .


saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Sat Apr 19, 2014 4:17 pm

Kalau drmaza dah comment, abisla..he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ibnu Sarkawi Sun Apr 20, 2014 7:31 am

Pencerahan dari Fathi ni sangat penting berkenaan rujukan kisah itu di ambil

|| Kisah khurafat menyeru roh di telaga Barahut dan kitab al-Kabair ||

Ramai yang mengetahui akan kitab al-Kabair karya al-Imam al-Zahabi, namun ramai yang tidak mengetahui bahawa kitab al-Kabair yang banyak dicetak dan dijual dipasaran hari ini banyaknya adalah versi palsu dan dusta kepada al-Zahabi, versi palsu inilah yang popular dan ia jugalah versi yang dibaca kebanyakan orang, termasuklah cetakan Dar al-Khulafa, Mansurah, Mesir dengan tahqiq Sayyid al-'Arabi, edisi palsu ini mengandungi banyak kisah-kisah dan hikayat-hikayat khurafat seperti kisah menyeru roh di telaga Barahut dan sebagainya.

Berkata al-Syaikh al-Muhaddith Masyhur Hasan Salman apabila ditanya berkenaan hal ini:

"كتاب الكبائر قطعاً للإمام الذهبي، وقد وقفت على أكثر من نسخة خطية، وواحدة منها في الظاهرية، نقلت من خطه، لكن الكتاب المطبوع والموجود في السوق، الذي فيه خرافات وقصص وحكايات فهذا كتاب مكذوب على الذهبي."

Terjemahan: "Kitab al-Kabair sememangnya ditulis oleh al-Zahabi, dan saya telah mendapati lebih dari satu manuskrip tulisan tangan, salah satu darinya terletak di perpustakaan al-Zahiriyah yang disalin dari tulisan tangan al-Zahabi sendiri, akan tetapi kitab - al-Kabair - yang dicetak dan ada di kedai-kedai, yang mana dalamnya mengandungi khurafat-khufarat, kisah-kisah dan hikayat-hikayat, kitab - edisi - ini adalah kitab dusta kepada al-Zahabi"

Bahkan kata Syaikh Masyhur lagi setelah beliau membandingkan manuskrip tulisan tangan dengan versi cetakan yang banyak wujud di pasaran:

"وقابلت عليها فوجدت أن الكتاب المطبوع هذا فيه أربع أخماس حشو وكذب وزيادة على كتاب الذهبي، ..وهو مليء بالموضوعات والأكاذيب والخرافات"

Terjemahan: "...daku membandingkan - manuskrip tulisan tangan itu - dengan versi cetakan, maka daku mendapati versi bercetak itu mengandungi 4/5 isi dalammnya penuh dengan dusta yang merupakan tambahan kepada kitab asal al-Zahabi, ia penuh dengan kisah-kisah palsu, dusta dan khurafat"

Kitab al-Kabair yang asli amat ringkas dan ia tidak mengandungi kisah-kisah dan hikayat-hikayat, dan dalamnya tidak wujud kisah telaga Barahut, segala puji bagi Allah akhirnya kitab asli ini telah ditahqiq oleh Syaikh Muhyiddin Mistu dan dicetak oleh Maktabah Dar al-Turath, Madinah.

Berkata al-Syaikh al-Muhaddith 'Abdurrahman al-Faqih:

" كتاب الكبائر للذهبي طبع طبعة قديمة لاتصح نسبتها إلى الإمام الذهبي، وفيها روايات منكرة وباطلة،.. وقد طبع كتاب الكبائر فيما بعد بتحقيق محي الدين مستو ومشهرو حسن سلمان ... ، وهي الطبعة الصحيحة لكتاب الكبائر للذهبي ..."

Terjemahan: "Kitab al-Kabair karya al-Zahabi dengan cetakan yang lama tidak benar nisbahnya kepada al-Imam al-Zahabi, dalamnya mengandungi riwayat-riwayat Munkar serta Batil..dan telah dicetak selepasnya akan cetakan kitab al-Kabair dengan tahqiq Muhyiddin Mistu dan Hasan Salman..dan itulah cetakan yang benar bagi kitab al-Kabair karya al-Zahabi"

Diharap kepada penuntut ilmu agar tidak tertipu dengan naskhah kitab al-Kabair yang palsu, inilah pentingnya bagi seseorang penuntut ilmu mengambil tahu sahih atau tidaknya nisbah sesebuah kitab kepada seseorang ulama, kerana tidak sedikit disana kitab-kitab yang dinisbahkan secara palsu kepada ulama-ulama.

~ Fathi al-Sakandary ~
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ibnu Sarkawi Sun Apr 20, 2014 7:32 am

Seterusnya berkenaan kitab tersebut :-

|| Hakikat kitab al-Kabair: Malaysia ketinggalan 14 tahun dalam perkembangan ilmu ||

Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam tulisan sebelum ini, kebanyakan kitab al-Kabair (iaitu 99%) di pasaran adalah edisi palsu, dalamnya mengandungi kisah-kisah serta hikayat-hikayat khurafat semisal kisah menyeru roh di telaga Barahut dan banyak lagi, semuanya adalah dusta kepada al-Imam al-Zahabi.

Perkara ini telah jelas bak mentari di negara-negara arab sejak tahun 2000, para ulama di tanah arab bertungkus-lumus menjelaskan hakikat ini, namun malangnya perkembangan ilmu di malaysia amat lembab hingga masih ramai penuntut ilmu hatta dikalangan pendakwah dan ustaz-ustaz tidak mengetahui hakikat ini, kita kini telah berada dalam tahun 2014, maka sudah 14 tahun perkara ini dijelaskan oleh para ulama di tanah arab, namun ia masih tertutup dikalangan penuntut ilmu di Malaysia hatta dikalangan para ustaz. Satu hakikat yang perlu kita musahabah bersama.

Antaranya ialah penjelasan al-Syaikh Muhammad Ahmad al-Syadidi, rakaman muqaddimah syarah kitab al-Kabair pada tahun 2001 yang lalu, beliau menjelaskan hakikat sebenar kitab al-Kabair, dan menjelaskan 99% apa yang ada di pasaran adalah versi dusta kepada al-Zahabi, kuliah 60 minit yang amat bermanfaat. Dianjurkan kepada penuntut ilmu agar mendengarnya dan menyebarkannya, nama al-Zahabi perlu dibersihkan.

Boleh mendengarnya disini (bahasa arab): http://ar.m.islamway.net/lesson/7049#

~ Fathi al-Sakandary ~
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Sun Apr 20, 2014 10:31 am

Dr Zul jadi punah sejak dia kerja dgn syaikh al-Banjari al-Indoni...he3
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ibnu Sarkawi Sun Apr 20, 2014 1:09 pm

Dr Zulkifli dia petik dari kita Al-Kabaair yg dikatakan bukan kitab asal tu. Jd dia anggap tidak mengapa menyampaikan hikayat itu sebagamana Imam Az-Dzahabi jugak. Ilmuan yg sekapal dgnnya team Mursyid, Dr.Abdul Basit sudah pun menjelaskan juga tentang kitab itu, dia kata kebanyakannya palsu (termasuk terjemahan yg Dr.Abdul Basit gunakan untuk mengajar) melainkan ada satu saja yang baru dicetak di Madinah yg ditahqiq dari menuskrip asal tulisan tangan.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Sun Apr 20, 2014 1:42 pm

Jadi punca masalahnya ialah Dr Zul al-bakri ambik dari kitab al-Kaba'ir yg palsu, kemudian ust Don Daniel mengambil dari Dr Zul.
patutnya dr Zul kenalah keluarkan statement tarik balik kesilapan ni...

Sapa tahu kisah ni duk dalam dosa besar no berapa? saya ada edisi palsu dan edisi Muhyidin Mishto tu...setakan saya dok scan. tak jumpa plok
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar Sun Apr 20, 2014 5:16 pm

thtl wrote:Jadi punca masalahnya ialah Dr Zul al-bakri ambik dari kitab al-Kaba'ir yg palsu, kemudian ust Don Daniel mengambil dari Dr Zul.
patutnya dr Zul kenalah keluarkan statement tarik balik kesilapan ni...

Sapa tahu kisah ni duk dalam dosa besar no berapa? saya ada edisi palsu dan edisi Muhyidin Mishto tu...setakan saya dok scan. tak jumpa plok

Kalau dlm pdf terjemahan Indonesia yg Ustaz THTL bg di AFN dulu, mukasurat 79-80. Bab memutuskan hubungan kerabat.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Sun Apr 20, 2014 10:30 pm

OK, sahih, Pustaka Arafah Solo Indo, edisi 2007 yg menyibarkan edisi palsu al-Kabair. Saya dah cek dalam edisi Madinah, daru Turath dan Darul Tibyan Damsyiq, terbukti berbeda sekali, kalau edisi terjemahan Indo, meletakkan Bab Memutuskan hubungan kerabat pada bab 9, namun edisi asli meletakkan pada bab 43. Edisi palsu memasukkan hikayat2 sbg bahan tambahan, manakala edisi ori tidak ada sebarang hikayat. Hikayat2 sufi ini adalah edisi palsu yg dimasukkan oleh tangan2 ghaib.
kepalsuan dari seberang ini dicetak dgn meluas di negara kita...naskhah palsu yg dinisbahkan kpd Imam az-Zahabi. Kena dapatkan penerbit Malaysia yg mengedarkan al-Kabair palsu ini dan hantar bantahan kpd mereka supaya menarik balik dr pasaran
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar Sun Apr 20, 2014 11:26 pm

thtl wrote:OK, sahih, Pustaka Arafah Solo Indo, edisi 2007 yg menyibarkan edisi palsu al-Kabair. Saya dah cek dalam edisi Madinah, daru Turath dan Darul Tibyan Damsyiq, terbukti berbeda sekali, kalau edisi terjemahan Indo, meletakkan Bab Memutuskan hubungan kerabat pada bab 9, namun edisi asli meletakkan pada bab 43. Edisi palsu memasukkan hikayat2 sbg bahan tambahan, manakala edisi ori tidak ada sebarang hikayat. Hikayat2 sufi ini adalah edisi palsu yg dimasukkan oleh tangan2 ghaib.
kepalsuan dari seberang ini dicetak dgn meluas di negara kita...naskhah palsu yg dinisbahkan kpd Imam az-Zahabi. Kena dapatkan penerbit Malaysia yg mengedarkan al-Kabair palsu ini dan hantar bantahan kpd mereka supaya menarik balik dr pasaran

Terima kasih Ustaz THTL dan forumer sekalian. Byk keraguan saya mengenai penjelasan drpd page Dr. Zulkifli itu sudah terjawab antaranya berkaitan status kitab, status hadis berkenaan telaga barahut, status hikayat berkenaan, dll cumanya saya masih dlm kegelapan tentang dakwaan admin page berkenaan mengenai apa yg dinukilkan oleh Ibnu Qayyim di dlm kitab ar-ruh. Dan itulah pandangan yg popular dlm kalangan masyarakat kita. Tp kalau berdasarkan yg ini lain pula ceritanya.

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. 10171064_722814701072298_8821176671474244094_n

Mohon Ustaz THTL utk berkongsi ilmu berkenaan soal ini.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abu_firdaus Mon Apr 21, 2014 4:18 am

yg sy musykil..walau pun ambil dari kitab ulama pun, takkan la depa tak tau tentang kurafatnya menyeru ruh org mati?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Mon Apr 21, 2014 8:59 am

Ibn Qayyim menafikan kesahihan kisah tsb..
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ad-Dien Mon Apr 21, 2014 12:48 pm

Al-Kabair Al-Haitami pun ada kisah ini.. Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Mon Apr 21, 2014 12:58 pm

samalah Dien, hikayat. org tak berhujah dgn Hikayat
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ad-Dien Mon Apr 21, 2014 1:08 pm

thtl wrote:samalah Dien, hikayat. org tak berhujah dgn Hikayat

Orang melayu memang suka dengan kisah-kisah ini.. Ramai Qassas dari Ulama' Rabbani..
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Mon Apr 21, 2014 1:10 pm

tapi al-haithami al-makki tu mmg ulama' besar dalam mazhab Syafi'iy, susah juga kita nak counter depa...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Ad-Dien Mon Apr 21, 2014 1:28 pm

thtl wrote:tapi al-haithami al-makki tu mmg ulama' besar dalam mazhab Syafi'iy, susah juga kita nak counter depa...

Defence of Maulid ritual.. Ya, orang yang tak taksub je boleh terima..
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar Mon Apr 21, 2014 10:48 pm

abu_firdaus wrote:yg sy musykil..walau pun ambil dari kitab ulama pun, takkan la depa tak tau tentang kurafatnya menyeru ruh org mati?

Byk lg kemusykilan yg boleh ditimbulkan sbnrnya. Tp utk memudahkan cerita, semuanya berbalik kpd sistem pengajian aqidah lah. Itu perbezaan terbesar antara kita dgn mereka ini.


thtl wrote:Ibn Qayyim menafikan kesahihan kisah tsb..

Terima kasih Ustaz THTL.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by saifulnd43 Tue Apr 22, 2014 4:09 am

abubakar wrote:
abu_firdaus wrote:yg sy musykil..walau pun ambil dari kitab ulama pun, takkan la depa tak tau tentang kurafatnya menyeru ruh org mati?

Byk lg kemusykilan yg boleh ditimbulkan sbnrnya. Tp utk memudahkan cerita, semuanya berbalik kpd sistem pengajian aqidah lah. Itu perbezaan terbesar antara kita dgn mereka ini.


thtl wrote:Ibn Qayyim menafikan kesahihan kisah tsb..

Terima kasih Ustaz THTL.

Tindakan setengah2 golongan banyak memening kan kepala orang2 awam.

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Tue Apr 22, 2014 12:37 pm

Dalam AQ dah sebut, ruh org mukmin disimpan di Illiyin

إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّـيِّـيْن
“Sesungguhnya tempat kembali orang-orang berbakti itu ada di Illiyyin.” (AQ, surat Al-Muthaffifiin : 18)
Ruh org kafir di Sijjin.
وَإِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّـيْن
“Dan sesungguhnya tempat kembali orang-orang durhaka itu ada di Sijjin.” (AQ, surat Al-Muthaffifin : 7)
Maka kita pegang yg ini sudahlah.


Last edited by thtl on Wed Apr 23, 2014 11:58 am; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar Tue Apr 22, 2014 10:41 pm

thtl wrote:Dalam AQ dah sebut, ruh org mukmin disimpan di Illiyin

إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّـيِّـيْن
“Sesungguhnya tempat kembali orang-orang berbakti itu ada di Illiyyin.” (AQ, surat Al-Muthaffifiin : 18)
Ruh org kafir di Sijjin.
وَإِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّـيْن
“Dan sesungguhnya tempat kembali orang-orang durhaka itu ada di Sijjin.” (AQ, surat Al-Muthaffifin : 7)
Maka kita pegang yg ini sudahlah.

Apakah maksud Illiyin dan Sijjin itu Ustaz THTL?
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl Wed Apr 23, 2014 7:50 am

Tafsir Ibn Katsier,
`Illiyyin=di langit ke 7 (seventh Heaven)
Sijjin=diperut bumi lapisan yg ketujuh.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut. Empty Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum