[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
+9
Solah
Fathi al-Sakandary
najib76
Ad-Dien
Ibnu Sarkawi
thtl
abu_firdaus
saifulnd43
abubakar
13 posters
Page 2 of 3
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
First topic message reminder :
Assalamualaikum kpd Ustaz THTL dan forumer sekalian.
Baru-baru ini negara dihangatkan dgn kritikan Wardina Safiyyah kpd Ustaz Don dan rentetan drpd itu, ianya membawa polemik kpd masyarakat terutamanya para asatizah yg membawa kepada kepelbagaian pendapat dlm hal ini. Ustaz Don mengkhabarkan kisah berkenaan roh org kafir berada di telaga Baharut, manakala roh org mukmin berada di telaga zam-zam. Ustaz Don ambil kisah ini drpd Dr Zulkifli al-Bakri dan Dr Zulkifli menurut penjelasan di page FB dia, kata ianya drpd Kitab Al-Kabair karangan Imam Az-zahabi. Saya dah dgr bbrp penjelasan berkenaan hikayat berkenaan cumanya keraguan saya timbul apabila ramai org menisbahkan kisah ini kpd Ibnu Qayyim dlm kitab dia Al-Ruh utk menguatkan hujah mereka. Menurut penjelasan drpd page Dr Zulkifli itu, dia kata mcm ini
Masalahnya, sumber lain yg saya dpt, menyatakan Ibnu Qayyim menolak kisah tersebut. Dia kata, perkara tersebut tiada dalil sahih drpd Al-Quran dan Sunnah bahkan melarang ianya disebut apatah lg dijadikan peringatan kerana ia bercanggah dgn aqidah yg sahih. Kalau baca yg ini, mmg saya ckp ini lah yg Ibnu Qayyim yg saya kenali.
Di sini saya nak fokus pada kisah yg didatangkan oleh Ustaz Don itu dan ia boleh dibaca di bawah lah. Oleh kerana pengalaman Ustaz THTL berinteraksi dgn Kitab Al-Ruh, boleh tak Ustaz luangkan masa utk menjelaskan apa yg patut berkenaan pendirian Ibnu Qayyim dlm hal ini dan mungkin Ustaz boleh tambah apa yg Ustaz rasakan perlu. Terima kasih.
p/s: Saya menerima nas berkenaan Telaga Baharut ini, cuma yg meragukan saya adalah kisah yg Ustaz Don dtgkan itu. Pasal apa, implikasi drpd kisah ini menyatakan, org hidup boleh berkomunikasi dgn org mati. Ulama' pula itu yg suruh si hidup ini utk menyeru roh si mati itu td. Ini bisa bikin kacau bilau ini sdgkan ada hadis sahih yg menyatakan apa seseorang itu mati, putus semuanya kecuali 3 perkara. Kena pula puak-puak yg rajin buat majlis maulid jumpa benda ini, nanti akan jd hujah lah pasal mereka beriqtikad yg roh Rasulullah s.a.w hadir ke majlis mereka. Mungkin dia akan kata kalau roh org kafir pun boleh kembali ke dunia, inikan pula roh Rasulullah s.a.w.
Sumber:
1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=710262392370899set=a.654471384616667.1073741830.654227084641097&type=1
2. https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10202172073728701
3. http://drmaza.com/home/?p=2687

Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.
Masalahnya, sumber lain yg saya dpt, menyatakan Ibnu Qayyim menolak kisah tersebut. Dia kata, perkara tersebut tiada dalil sahih drpd Al-Quran dan Sunnah bahkan melarang ianya disebut apatah lg dijadikan peringatan kerana ia bercanggah dgn aqidah yg sahih. Kalau baca yg ini, mmg saya ckp ini lah yg Ibnu Qayyim yg saya kenali.
Di sini saya nak fokus pada kisah yg didatangkan oleh Ustaz Don itu dan ia boleh dibaca di bawah lah. Oleh kerana pengalaman Ustaz THTL berinteraksi dgn Kitab Al-Ruh, boleh tak Ustaz luangkan masa utk menjelaskan apa yg patut berkenaan pendirian Ibnu Qayyim dlm hal ini dan mungkin Ustaz boleh tambah apa yg Ustaz rasakan perlu. Terima kasih.
p/s: Saya menerima nas berkenaan Telaga Baharut ini, cuma yg meragukan saya adalah kisah yg Ustaz Don dtgkan itu. Pasal apa, implikasi drpd kisah ini menyatakan, org hidup boleh berkomunikasi dgn org mati. Ulama' pula itu yg suruh si hidup ini utk menyeru roh si mati itu td. Ini bisa bikin kacau bilau ini sdgkan ada hadis sahih yg menyatakan apa seseorang itu mati, putus semuanya kecuali 3 perkara. Kena pula puak-puak yg rajin buat majlis maulid jumpa benda ini, nanti akan jd hujah lah pasal mereka beriqtikad yg roh Rasulullah s.a.w hadir ke majlis mereka. Mungkin dia akan kata kalau roh org kafir pun boleh kembali ke dunia, inikan pula roh Rasulullah s.a.w.
KISAH TELAGA BARAHUT
Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.
Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.
Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.
Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?
Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.
Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.
Sumber:
1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=710262392370899set=a.654471384616667.1073741830.654227084641097&type=1
2. https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10202172073728701
3. http://drmaza.com/home/?p=2687
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Dalam AQ dah sebut, ruh org mukmin disimpan di Illiyin
إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّـيِّـيْن
“Sesungguhnya tempat kembali orang-orang berbakti itu ada di Illiyyin.” (AQ, surat Al-Muthaffifiin : 18)
Ruh org kafir di Sijjin.
وَإِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّـيْن
“Dan sesungguhnya tempat kembali orang-orang durhaka itu ada di Sijjin.” (AQ, surat Al-Muthaffifin : 7)
Maka kita pegang yg ini sudahlah.

Last edited by thtl on Wed Apr 23, 2014 11:58 am; edited 1 time in total
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
thtl wrote:Dalam AQ dah sebut, ruh org mukmin disimpan di Illiyin
إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّـيِّـيْن
“Sesungguhnya tempat kembali orang-orang berbakti itu ada di Illiyyin.” (AQ, surat Al-Muthaffifiin : 18)
Ruh org kafir di Sijjin.
وَإِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّـيْن
“Dan sesungguhnya tempat kembali orang-orang durhaka itu ada di Sijjin.” (AQ, surat Al-Muthaffifin : 7)
Maka kita pegang yg ini sudahlah.
Apakah maksud Illiyin dan Sijjin itu Ustaz THTL?
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Tafsir Ibn Katsier,
`Illiyyin=di langit ke 7 (seventh Heaven)
Sijjin=diperut bumi lapisan yg ketujuh.
`Illiyyin=di langit ke 7 (seventh Heaven)
Sijjin=diperut bumi lapisan yg ketujuh.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
siapa yg silap ? Ust Don atau Dr Zul ?
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
rasanya Dr Zul. dia ada buat buku pasal ni, dia silap guna al-Kaba'ir yg ada dalam pasaran Malaysia, yakni al-Kabair al-Zahabi yg palsu dan al-Kabair oleh al-Haithami al-Makki.
Kemudian Ust DD bertaklid dgn Dr Zul.
Kemudian Ust DD bertaklid dgn Dr Zul.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
itu yg sy timbulkan isu menyeru roh org mati tu. takkan ilmuan mcm dr zul pun membolehkan menyeru roh org mati.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Dr Zul berguru dengan siapa dalam isu Telaga ni ?
kesian dengan beliau dalam kes ini ....
kesian dengan beliau dalam kes ini ....
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Dengar kata Ustaz Salman Ali akan kluar kan statement jugak pasal telaga nie .. based on Ustaz Zul ( Fb ustaz zul megenai telaga sudah di delete )
saifulnd43- AHLI
- Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Imam As-Syatibi mengingatkan bahawa tidak semua ilmu yang kita ketahui perlu disampaikan dalam masa segera ...
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
masalahnya isu dah meletup. kena segera...he3
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
saya mungkin terlepas pandang maklum balas dari Dr Zul ....
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Sanad asal ada dalam kitab ni:
Tanbih al-Ghafilin (hlm. 137) daripada Yahya bin Sulaim, iaitu pencerita asal kisah berkenaan sepertimana berikut;
حَدَّثَنِي أَبِي, قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ بْنُ حَمْزَةَ أَبُو الْحُسَيْنِ الْفَرَّاءُ الْفَقِيهُ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الطُّوسِيُّ، حَدَّثَنَا حَامِدٌ بْنُ يَحْيَى الْبَلْخِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ, قَالَ: "كَانَ عِنْدَنَا بِمَكَّةَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ، وَكَانَ رَجُلًا صَالِحًا، وَكَانَ النَّاسُ يُودِعُونَهُ وَدَائِعَهُمْ، فَجَاءَ رَجُلٌ فَأَوْدَعَهُ عَشْرَةَ آلَافِ دِينَارٍ، وَخَرَجَ الرَّجُلُ فِي حَاجَتِهِ فَقَدِمَ الرَّجُلُ مَكَّةَ....إلخ
Ini sanad Imam Abū al-Layth al-Samarqandī, Naṣr b. Muḥammad b. Aḥmad b. Ibrahīm (w.373H) dari ayahnya, Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim as-Samarqandi dari Muhammad bin Hamza dari Abu Bakar at-Tusi dari Hamid bin yahya al-Balkhi dari Yahya bin Salim.
Hikayat ni datang dari sanad Imam Abu Laits al-Samarqandi dari ayahnya. Maka dari sini sudah sah, ia bukanlah sanad periwayatan hadith, cuma sanad periwayatan Hikayat sahaja. lagipun Kitab Tanbihul Ghaafilin banyak radd ke atasnya kerana mengandungi hikayat dan hadith palsu.

Dr Zul di program Fikrah TV1..
dimana boleh dptkan rakaman ??
dimana boleh dptkan rakaman ??
najib76- AHLI
- Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
cari sapa yg ada pakej harddisk Astro Beyond, depa boleh record any program...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Berkenaan dengan riwayat bahawa roh para kafir berada di telaga Barahut di Hadramaut tiada riwayat yang Sahih baik marfu' atau mauquf, riwayat marfu' adalah Munkar Khata' di'ilalkan oleh al-Imam Ibn Hibban, manakala riwayat yang mauquf dari 'Ali pula saya telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna Dr. Maher al-Fahl dan katanya riwayat mauquf itu juga Dha'if. Saya juga bertanya kepada Syaikhuna Dr. Maher al-Fahl adakah benar bahawa roh para kafir itu terhimpun di telaga Barahut? jawab Syaikhuna Maher "tidak benar". WA
Last edited by Fathi al-Sakandary on Sun Apr 27, 2014 3:09 pm; edited 1 time in total
Fathi al-Sakandary- AHLI
- Posts : 2
Points : 5
Join date : 27/04/2014
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Sekiranya ada manusia yang mensahihkan kisah menyeru roh di telaga zam-zam dan barahut dengan kajian sanad, maka dia telah tersilap dengan silap yang besar. Kerana sahihnya hadith bukanlah hanya dengan melihat isnad, tetapi juga matan, sekiranya matannya Munkar menyalahi aqidah sahihah, menyalahi kaedah usul, menyalahi al-qur'an, menyalahi hadith-hadith Sahih lain, maka ia adalah hadith yang Dhaif Munkar Batil Maudhu', walaupun zahir isnadnya Sahih terang bak mentari. WA
Fathi al-Sakandary- AHLI
- Posts : 2
Points : 5
Join date : 27/04/2014
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Tq as-Syeikh Fathi. Rindukan posting Ustaz sejak AFN.
Solah- AHLI
- Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
syukran dan ahlan kpd habibi doc Fathi al-sakandari...Iskandariah dan Jizan bukannya jauh...he3...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
welcome to the forum doc fathi
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Dulu gandingan mantop di afn 1.0...sebelum dirosakkan oleh manhaj habib pop nasyid ya hanananana
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Fathi al-Sakandary wrote:Sekiranya ada manusia yang mensahihkan kisah menyeru roh di telaga zam-zam dan barahut dengan kajian sanad, maka dia telah tersilap dengan silap yang besar. Kerana sahihnya hadith bukanlah hanya dengan melihat isnad, tetapi juga matan, sekiranya matannya Munkar menyalahi aqidah sahihah, menyalahi kaedah usul, menyalahi al-qur'an, menyalahi hadith-hadith Sahih lain, maka ia adalah hadith yang Dhaif Munkar Batil Maudhu', walaupun zahir isnadnya Sahih terang bak mentari. WA
Terima kasih di atas pencerahan Syeikh. Rakan-rakan forumer sekalian siapa yg dpt mengakses laman FB Syeikh Fathi? Pasal saya tak dpt, sebelum ini dpt, mungkin saya seorang shj yg bermasalah ataupun rakan-rakan forumer semua turut menghadapi masalah yg sama.
abubakar- AHLI
- Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
ha ah.. sy pun tak boleh access.. dia kata account deactivated
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Alhammdulillah. TQ atas penjelasan yg terang dr Doc Fathi & Ustaz THTL. Penjelasan yg seharusnya disebarkan bagi menjernihkan kekalutan ni. Tapi saya mohon sedikit pencerahan tambahan dr Ustaz THTL.
Saya dapati, ayat 7 & 18 Surah Al-Mutaffifeen juga diterjemah spt berikut;
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin”. (Surah Al-Mutaffifeen, ayat 7)
No! Indeed, the record of the wicked is in sijjeen. (Al-Quran 83:7)
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam "Illiyiin”. (Surah Al-Mutaffifeen, ayat 18)
No! Indeed, the record of the righteous is in 'illiyyun. (Al-Quran 83:18)
Soalan, adakah "kitab suratan amal" atau "the record of the.." dlm ayat2 tu merujuk kpd roh?
thtl wrote:Dalam AQ dah sebut, ruh org mukmin disimpan di Illiyin
إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّـيِّـيْن
“Sesungguhnya tempat kembali orang-orang berbakti itu ada di Illiyyin.” (AQ, surat Al-Muthaffifiin : 18)
Ruh org kafir di Sijjin.
وَإِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّـيْن
“Dan sesungguhnya tempat kembali orang-orang durhaka itu ada di Sijjin.” (AQ, surat Al-Muthaffifin : 7)
Maka kita pegang yg ini sudahlah.
Saya dapati, ayat 7 & 18 Surah Al-Mutaffifeen juga diterjemah spt berikut;
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin”. (Surah Al-Mutaffifeen, ayat 7)
No! Indeed, the record of the wicked is in sijjeen. (Al-Quran 83:7)
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam "Illiyiin”. (Surah Al-Mutaffifeen, ayat 18)
No! Indeed, the record of the righteous is in 'illiyyun. (Al-Quran 83:18)
Soalan, adakah "kitab suratan amal" atau "the record of the.." dlm ayat2 tu merujuk kpd roh?
aimahmad- AHLI
- Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
Ini khilaf di kalangan ahli usyul dan ahli tafsir.
apa yg saya sebut itu adalah pendapat Ibn Jarir Tobari dalam Tafsir Tobari dan Ibn Kathier mengutipnya dan masukkan dalam tafsirnya, Tafsir Ibn Kathir,
khilaf kerana isu ruh termasuk dalam urusan ketuhanan dan ghaibiyat dan maklumat yg AQ kasi adalah amat sedikit utk kita buat suatu ketetapan yg konkrit.
Dalil:
AQS 17:85 [Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.]
Yang paling kuat di kalangan salaf, sijin dan illiyin ada dua maksud:
1, tempat database atau pengkalan data manusia di simpan (ini menurut Imam Ahmad dan Imam Baghowi)
2. tempat simpanan ruh baik dan jahat (Tobari dan Ibn Kathier)
saya tak buat kajian pendapat mana yg lebih kuat, sebab ada beberapa pendapat lagi dalam kitab ar-Ruh Ibn Qayyim,
3. ruh berada di Barzakh
4. Ruh baik berada di telaga Zam2 di Mekah (Radd: ini tak logik sebab kenapa telaga zam2? Ianya tempat minum org yg yg datang ke mesjidil haram..tempat minum takan tempat simpan ruh)
5. Ruh jahat berada di gua bawah tanah di wadi Barahut di Yaman (Ini pun tak logik, kenapa Yaman pulak dipilih dan akan menjatuhkan imej negara Yaman dan penduduknya)
WA

thtl wrote:Dulu gandingan mantop di afn 1.0...sebelum dirosakkan oleh manhaj habib pop nasyid ya hanananana
Rasanya kat AFN V2, puak musang berbulu ayam ni pun dah x aktif, may be depa dah perasan org dah tau depa punya kelibat kot,,,,, saya dah start masuk sana balik since new CEO Syaikh Fikri (Ustaz Alamghiri) dilantik,
Salam
mdazam54- AHLI
- Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
JazakAllahu khayr atas penjelasan, ustaz.
aimahmad- AHLI
- Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam
Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.
mdazam,
geng tareqat dah tak masuk sebab geng salafi semua dah ber FB, lagipun dah tak rancak cam dulu dulu...
CEO tu macam tipu je...lantik sejak Dis, tapi CEO tak pernah masuk kasi salam...pun tak pernah...
Liqo' 2014 pun senyap dan SU Naz pun dah cabut lari...never heard since Jan 2014 dan kat sinin pun tak pernah masuk utk kita tanya what's going on..
bukan apa, AFN tu saya yg bina dia punya kredibiliti dan kefemesannya, tapi mereka akhirnya berjaya menjahanamkan ia...bukan senang saya nak bina brand name AFN tu, tapi mereka akan tanggung dosa kerana telah merobohkan sesuatu yg baik...hasil2 tangan mereka akan diminta pertanggungjawabkan nanti...
cuma
geng tareqat dah tak masuk sebab geng salafi semua dah ber FB, lagipun dah tak rancak cam dulu dulu...
CEO tu macam tipu je...lantik sejak Dis, tapi CEO tak pernah masuk kasi salam...pun tak pernah...
Liqo' 2014 pun senyap dan SU Naz pun dah cabut lari...never heard since Jan 2014 dan kat sinin pun tak pernah masuk utk kita tanya what's going on..
bukan apa, AFN tu saya yg bina dia punya kredibiliti dan kefemesannya, tapi mereka akhirnya berjaya menjahanamkan ia...bukan senang saya nak bina brand name AFN tu, tapi mereka akan tanggung dosa kerana telah merobohkan sesuatu yg baik...hasil2 tangan mereka akan diminta pertanggungjawabkan nanti...
cuma
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 2 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Si kafir yang disebut dlm hadith
» Orang Kafir beristighfar
» Kafir jenis apakah si lim guang eng ni?
» Alat Musik Orang Kafir
» Hadith Rasulullah mengiktiraf si kafir.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum