Hari Ibu
3 posters
Page 1 of 1
Hari Ibu
Salam
Pendapat 1
"Hari Ibu adlah hari mother church / Ibu gereja kristian siapa nak sambut silakan siapa takut rosak akidah jangan sambut " Ustaz Azhar Idrus
Pendapat 2
"Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikannya sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya.
Yang dilarang oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i (dari sudut keagamaan). Begitu juga dilarang jika menghormati dan memuliakan ibu hanya dibataskan pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Melainkan bagi sebahagian golongan ada yang melarang menyambut hari ibu kerana ia dianggap sebagai perbuatan bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai (tasyabbuh) mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah."
maner pendapat lebih kuat ?

saifulnd43- AHLI
- Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013
Re: Hari Ibu
Pendapat lebih kuat tak payah sambut. Sebab kita jadi pak turut kpd org Barat dalam semua benda tanpa mengetahui falsafah kenapa mereka sambut. namun kerana ia hanya pasal adat kebiasaan manusia spt birthday, hari guru, hari setiausaha, hari pekerja, maka Islam tidaklah strict sepertimana dalam urusan ibadah dan akidah.
Ibu dan Bapa ni dalam Islam dah dijamin oleh syara', bahawa anak2 kena berbakti kpd keduanya dan mendoakan sentiasa saban hari minta Allah ampun dan selamatkan mereka di alam kubur dan akhirat. Maksudnya setiap hari adalah hari bapa dan ibu...

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hari Ibu
Saya nak komen sikit bab sambut birthday.. Sambut birthday adalah amalan kristian, iaitu syiar bagi agama kristian.hari krismas adalah sambutan birthday nabi isa.. Kita pula buat maulud nabi untuk sambut birthday nabi saw..nampak tak persamaan di sini?
Sebagaimana larangan nabi saw utk menyerupai syiar agama lain, maka sambut birthday adalah juga dilarang
Wallahualam

Irwanfitri- AHLI
- Posts : 4
Points : 4
Join date : 15/07/2014
Re: Hari Ibu
syukran...dalam fiqh, mmg ada yg lembut dan sederhana...he3...nak wat camna itu adalah keanjalan fiqh sejak turun temurun, ada jalur keras, jalur sederhana dan jalur tak apa..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Solat Jumaat Hari Ini
» Tabarruj di Hari Pernikahan
» tarikh hari wukuf
» kecewa dgn muslimah hari ini
» khutbah jumaat hari ini
» Tabarruj di Hari Pernikahan
» tarikh hari wukuf
» kecewa dgn muslimah hari ini
» khutbah jumaat hari ini
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum