Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
3 posters
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Assalamualaikum, mohon perkongsian semua untuk berikan dalil-dalil dari al-Quran (beserta tafsir jika ada) dan hadith (beserta takhrij) berkaitan tanda-tanda qiamat, peristiwa akhir zaman dan apa jua yang berkait dengannya...
mohon bantuan untuk dapatkan sebanyak yang mungkin, tread ini sampai 100 page pun tak mengapa..hehe
ana dahulukan dengan جزاك الله خيرا كثيرا
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Saat berlakunya kiamat kubra ialah setelah malaikat Israfil meniup sangkakala.
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Menurut firman Allah:
وَنُفِخَ فِى الصُّوْرِ فَصَعِقَ مَنْ فِى السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِى اْلاَرْضِ اِلاَّ مَنْ شَآءَ اللهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيْهِ اُخْرَى فَاِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُوْنَ.
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri bangkit menunggu keputusannya masing-masing".
(Az-Zumar, 39:68)
يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِيْنَ اِلَى الرَّحْمَنِ وَفْدًا . وَنَسُوْقُ الْمُجْرِمِيْنَ اِلَى جَهَنَّمَ وِرْدًا.
"(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat, dan Kami akan menghalau orang-orang yang durhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga".
(Maryam, 19:85-86)
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Last edited by zikrulmaut_sm on Fri Feb 10, 2012 5:55 pm; edited 1 time in total
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Mereka terutama yang meragui berlakunya kiamat sering bertanya tentang bilakah akan berlaku kiamat? Persoalan ini dan jawapannya telah digambarkan oleh Allah Azza wa-Jalla di dalam firmanNya:
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
يَسْاَلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّى لاَ يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِى السَّمَاوَاتِ وَاْلأرْضِ لاَتَاْتِيْكُمْ اِلاَّ بَغْتَةً يَسْاَلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِىٌّ عَنْهَا قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللهِ وَلَكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُوْنَ.
"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat: Bilakah terjadinya? Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (hura-haranya bagi makhluk) yang di langit dan yang di bumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah! Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raf, 7:187)
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
شكرا جزيلا ya akhi...
kitab URD tu tak ada pada ana, Alhamdulillah amat membantu... share lah lagi, jemput semua..
p/s- tread ini bukan mahukannya segera... jadi ambil lah masa ye
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Hari Kiamat pasti berlaku walaupun orang-orang kafir mengingkarinya. Sesiapa yang tidak beriman dengan kejadian Hari Kiamat atau hari akhirat yang telah digambarkan di dalam al-Quran, dia dihukum kafir oleh para ulama yang bermanhaj al-Quran, hadith-hadith yang sahih sebagaimana yang disepakati oleh para sahabat. Kepastian akan berlakunya kiamat telah ditegaskan berulang kali oleh Allah di dalam al-Quran, antaranya ialah:
Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang menjelaskan tentang akan berakhirnya kehidupan. Segala-galanya yang terdapat di dunia dan isi-isinya akan terhapus secara menyeluruh. Setelah semuanya berlaku, maka dibangkitkan kehidupan yang kedua. Selain dalil dari ayat di surah az-Zumar 39:68, terdapat juga beberapa dalil yang lain sebagaimana firman Allah:
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
اِنَّ السَّاعَةَ لاَتِيَةٌ لاَّرَيْبَ فِيْهَا وَلَكِنَّ اَكْثَرَالنَّاسِ لاَيُؤْمِنُوْنَ.
"Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (terhadap hari akhirat)".
Al-Mu'min, 40:59
ثُمَّ اِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُوْنَ . ثُمَّ اِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُوْنَ.
"Kemudian sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan dimatikan. Kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat".
Al-Mu'minun, 23:15-16.
يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَىْءٌ عَظِيْمٌ . يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّآ اَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللهِ شَدِيِدٌ.
"Hai manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (menakutkan). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, (peniklah hingga) terlupa semua wanita yang menyusukan anaknya pada anaknya yang sedang disusukan, dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan mereka kelihatan dalam keadaan mabuk sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi (mereka merasakan) azab Allah itu sangat keras".
Al-Haj, 22:1-2.
اِذَا زُلْزِلَتِ اْلاَرْضُ زِلْزَالَهَا . وَاَخْرَجَتِ اْلاَرْضُ اَثْقَالَهَا . وَقَالَ اْلاِنْسَانُ مَالَهَا . يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ اَخْبَارَهَا . بِاَنَّ رَبَّكَ اَوْحَى لَهَا . يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ اَشْتَاتًا لِيُرَوْا اَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًايَرَهُ . وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّايَرَهُ.
"Apabila bumi digoncang dengan goncangannya (yang dahsyat). Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikeluarkannya). Dan manusia bertanya: Mengapa bumi (jadi begini?). Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kubur-kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaannya. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrahpun, nescaya akan melihat (balasan)nya".
Az-Zilzalah, 99:1-8.
Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang menjelaskan tentang akan berakhirnya kehidupan. Segala-galanya yang terdapat di dunia dan isi-isinya akan terhapus secara menyeluruh. Setelah semuanya berlaku, maka dibangkitkan kehidupan yang kedua. Selain dalil dari ayat di surah az-Zumar 39:68, terdapat juga beberapa dalil yang lain sebagaimana firman Allah:
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ .
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa".
Ar-Rahman, 55:27.
وَمَاقَدَرُوْا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَاْلاَرْضُ جَمِيْعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِيْنِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُوْنَ.
"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada Hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan".
Az-Zumar, 39:67.
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
HambaNya wrote:
شكرا جزيلا ya akhi...
kitab URD tu tak ada pada ana, Alhamdulillah amat membantu... share lah lagi, jemput semua..
p/s- tread ini bukan mahukannya segera... jadi ambil lah masa ye
kitab dia mudah untuk pembacaan awam. saya copy paste saja kat sini. heheh
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
zikrulmaut_sm wrote:HambaNya wrote:
شكرا جزيلا ya akhi...
kitab URD tu tak ada pada ana, Alhamdulillah amat membantu... share lah lagi, jemput semua..
p/s- tread ini bukan mahukannya segera... jadi ambil lah masa ye
kitab dia mudah untuk pembacaan awam. saya copy paste saja kat sini. heheh
na'am, kalau akhi tak letak matan arabic untuk ayat al-Quran pun tak mengapa...kalau ada tafsir mohon kongsikan ye..
yang hadith kena ada matan ye..hehe
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Mengimani hari akhirat meliputi juga keimanan kepada tiga kejadian besar yang akan berlaku pada hari kebangkitan tersebut, iaitu:
Pertama:
Mengimani Kebangkitan
Setiap mukmin wajib mengetahui dan mengimani adanya hari kebangkitan (يَوْمُ الْبَعْثِ). Pengertian al-ba'ath (البعث) ialah: "Kebangkitan". Menurut pengertian syara al-ba'ath bermaksud:
"Dipulihkan kembali tubuh badan (jasad) dan dimasukkan semula nyawa ke dalam jasad sehingga manusia keluar dari kuburnya seperti belalang-belalang yang bertaburan dalam keadaan hidup dan bersegera mendatangi penyeru". (Lihat: الكواشف الجلية hlm. 66.)
Ini bermakna bahawa al-ba'ath (البعث) merupakan "kehidupan kedua", iaitu hari apabila dihidupkan kembali segala makhluk setelah tiupan sangkakala yang kedua kali. Pada hari tersebut manusia dibangkitkan dengan tidak berpakaian, tidak berkasut dan dalam keadaan tidak berkhatan:
Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan keadaan di Hari Kiamat yang sangat menakutkan sebagaimana firmanNya:
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Pertama:
Mengimani Kebangkitan
Setiap mukmin wajib mengetahui dan mengimani adanya hari kebangkitan (يَوْمُ الْبَعْثِ). Pengertian al-ba'ath (البعث) ialah: "Kebangkitan". Menurut pengertian syara al-ba'ath bermaksud:
"Dipulihkan kembali tubuh badan (jasad) dan dimasukkan semula nyawa ke dalam jasad sehingga manusia keluar dari kuburnya seperti belalang-belalang yang bertaburan dalam keadaan hidup dan bersegera mendatangi penyeru". (Lihat: الكواشف الجلية hlm. 66.)
Ini bermakna bahawa al-ba'ath (البعث) merupakan "kehidupan kedua", iaitu hari apabila dihidupkan kembali segala makhluk setelah tiupan sangkakala yang kedua kali. Pada hari tersebut manusia dibangkitkan dengan tidak berpakaian, tidak berkasut dan dalam keadaan tidak berkhatan:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةٌ عُرَاةٌ غُرْلاً قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اَلنِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيْعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ اِلَى بَعْضٍ ؟ (قَالَتْ) : قَالَ : يَا عَائِشَةُ اَلاَمْرُ اَشَدُّ منْ اَنْ يَنْظُرَ بَعْضَهُمْ اِلَى بَعْضٍ.
"Dari 'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Manusia akan dikumpulkan pada Hari Kiamat dalam keadaan tanpa berkasut (berkaki ayam), telanjang bogel dan tanpa berkhatan kemaluannya. Saya bertanya: Wahai Rasulullah! Perempuan dan lelaki saling melihat sebahagiannya kepada sebahagiannya yang lain? 'Aisyah berkata: Rasulullah menjawab: Hai 'Aisyah! Perkaranya lebih dahsyat daripada untuk saling melihat sebahagiannya kepada sebahagiannya yang lain".
(H/R Muslim. 8/156)
Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan keadaan di Hari Kiamat yang sangat menakutkan sebagaimana firmanNya:
يَوْمَ نَطْوِى السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَاْنَا اَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيْدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا اِنَّا كُنَّا فَاعِلِيْنَ.
"Pada hari (kiamat) Kami gulung langit sebagai menggulung lambaran-lambaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati, sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya".
Al-Ambiya, 21:104.
ثُمَّ اِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُوْنَ.
"Sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kubur) di Hari Kiamat".
Al-Mu'minun, 23:16
اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَاَنَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ.
"Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami mencipta kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan (dibangkitkan) kepada Kami?".
Al-Mu'minun, 23:115.
وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِنْ كُلِّ اُمَّةٍ شَهِيْدًا ثُمَّ لاَيُؤْذَنُ لِلَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَلاَهُمْ يُسْتَعْتَبُوْنَ.
"Dan ingatlah akan hari ketika Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (rasul) kemudian tidak diizinkan kepada orang-orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak pula mereka dibolehkan meminta maaf".
An-Nahl, 16:84.
قَالُوْا يَاوَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَاوَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ.
"Mereka berkata: Aduh celaka kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)? Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)".
Yasin, 36:52.
وَقَالَ الَّذِيْنَ اُوْتُوْا الْعِلْمَ وَاْلاِيْمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَابِ اللهِ اِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لاَتَعْلَمُوْنَ.
"Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit, maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini(nya)".
Ar-Ruum, 30:56.
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Kedua:
Mengimani Hisab (Hari Perhitungan)
Setiap muslim wajib mengimani hari pertimbangan, perhitungan atau hari yang dikenali juga sebagai hari pembalasan. Tiada sesiapa yang boleh terlepas dari menghadapi hari tersebut di mana setiap amal perbuatan manusia akan diperlihatkan, sama ada kecil atau besar, semuanya akan dihitung, diperinci dan diadili dengan seadil-adilnya sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam al-Quran:

وَنَضَعُ الْمَوَازِيْنَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلاَ تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَاِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ اَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِيْنَ.
"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan".
Al-Anbia, 21:47.
اِنَّ اِلَيْنَا اِيَابَهُمْ . ثُمَّ اِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ.
"Sesungguhnya kepada Kamilah kembali mereka. Kemudian sesungguhnya kewajiban Kamilah menghisab mereka".
Al-Ghasyiyah, 88:25-26.
مَنْ جَآءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ اَمْثَالِهَا وَمَنْ جَآءَ بِالسَيِّئَةِ فَلاَ يُجْزَى اِلاَّ مِثْلَهَا وَهُمْ لاَ يُظْلَمُوْنَ.
"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatanya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)".
Al-An'am, 6:160.
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Last edited by zikrulmaut_sm on Fri Feb 10, 2012 6:19 pm; edited 1 time in total
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Ketiga :
Mengimani Wujudnya Syurga Dan Neraka
Adalah wajib beriman pada perkara-perkara yang ghaib yang telah dinyatakan oleh nas dan dalil-dalil yang sahih, seperti menyakini bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyediakan syurga sebagai penempatan kekal yang dipenuhi dengan segala kenikmatan bagi mereka yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Sebaliknya, Allah telah menyediakan neraka sebagai penempatan yang penuh dengan azab dan penyiksaan yang pedih. Neraka adalah untuk mereka yang ingkar, tidak beriman dan mengkufuri terhadap apa yang telah ditetapan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah NabiNya.
Mengingkari akan wujudnya syurga dan neraka adalah kekafiran yang nyata kerana mengkufuri berita yang telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala di dalam al-Quran dan as-Sunnah:
وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لاَرَيْبَ فِيْهِ فَرِيْقٌ فِى الْجَنَّةِ وَفَرِيْقٌ فِى السَّعِيْرِ.
"Dan supaya kamu memberi peringatan tentang hari berkumpul (kiamat) yang tiada keraguan padanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka".
As-Syura, 42:7.
وَاتَّقُوْا النَّارَ الَّتِىْ اُعِدَّتْ لِلْكَافِرِيْنَ.
"(Bertakwalah kamu agar) terpelihara dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir".
Ali Imran, 3:131.
اِنَّ الَّذِيْنَ آمَنُوا وَعَمِلُ الصَّالِحَاتِ اُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا اْلاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَااَبَدًارَضِىَاللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُ.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya".
Al-Anbiya, 98:7-8.
[petikan: Akidah Ahli as-Sunnah wal-Jamaah Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, Rasul bin Dahri]
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
Akhi ana nak tanda-tanda qiamat dan akhir zaman ...hehe...
nanti letih akhi salin...
الف مبروك
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
itukan jilid terakhir al-bidayah wal nihayah karya Ibn kathir, udah ada terjemahan melayu. tebal 600 ms...semua pasal tanda2 akhir zaman
e-book pun ada, cuba google
e-book pun ada, cuba google
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
HambaNya wrote:
Akhi ana nak tanda-tanda qiamat dan akhir zaman ...hehe...
nanti letih akhi salin...
الف مبروك
alamak, URD punya kitab tak mention pulak tanda-tanda. terus skip masuk bab lain. huhuh
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
thtl wrote:itukan jilid terakhir al-bidayah wal nihayah karya Ibn kathir, udah ada terjemahan melayu. tebal 600 ms...semua pasal tanda2 akhir zaman
e-book pun ada, cuba google
adakah??
waduh ana nak mendownload gak bisa...internet perlahan yang amat...
nanti ana tengok...
@ akhi Z- gak apa-apa sih, teruskan ya... la baksa
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
kat sini ada artikel "Beberapa Tanda Kiamat" oleh Ustadz Abu Nida’ Chomsaha Shofwan di website almanhaj.or.id
http://almanhaj.or.id/content/3098/slash/0
Rata-rata pakai hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
http://almanhaj.or.id/content/3098/slash/0
Rata-rata pakai hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
zikrulmaut_sm wrote:kat sini ada artikel "Beberapa Tanda Kiamat" oleh Ustadz Abu Nida’ Chomsaha Shofwan di website almanhaj.or.id
http://almanhaj.or.id/content/3098/slash/0
Rata-rata pakai hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
شكرا جزيلا
ana selalu juga ke situ tapi tak perasan pula bab qiamat..
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
kalau dien kasi full address, ana kasi kitab khas dalam tajuk ni..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
thtl wrote:kalau dien kasi full address, ana kasi kitab khas dalam tajuk ni..
full adress apa tu syeikh?? tak jelas...
(dengar nak kasi kitab laju je...hehe )
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
nak kasi kitab syaikh yusof al-Wabil tanda2 Kiamat, terjemahan al-Hidayah. ana ada extra copies...
full address utk nak poskan ler, nama penuh, dan alamat rumah
full address utk nak poskan ler, nama penuh, dan alamat rumah
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
thtl wrote:nak kasi kitab syaikh yusof al-Wabil tanda2 Kiamat, terjemahan al-Hidayah. ana ada extra copies...
full address utk nak poskan ler, nama penuh, dan alamat rumah
ohh ana ingatkan ape tadi..nanti ana kasi kan...
kalau kasi kat sini..nanti bukan kitab je sampai...
surat-surat yang tak diundang pun sampai ...ehehe
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
mana ada, kat sini senyap sunyi je..*tut* tu pun dah ada pakwe...
Last edited by thtl on Fri Feb 10, 2012 7:52 pm; edited 1 time in total
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
thtl wrote:mana ada, kat sini senyap sunyi je...*tut* tu pun dah ada pakwe...
aik?????
ana tak cakap apa pun....
maksud ana surat layang ke..surat radd ke...
syeikh pula fikir lain...(siap quote nama lagi...waduhh..haha...berat syeikh ni)
:lol!: :lol!:
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
hambaNya adalah insan yg baik..mana ada org yg akan dengki...masalah utama awek ajelaa, tapi Blog ni mmg tak ada banyak awek, so, tak yah risau kalau paparkan address pun..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
thtl wrote:hambaNya adalah insan yg baik..mana ada org yg akan dengki...masalah utama awek ajelaa, tapi Blog ni mmg tak ada banyak awek, so, tak yah risau kalau paparkan address pun..
erkk? masalah utama adalah kekasih?siapa bilang?
kekasih dah ada banyak lah...Dia yang pertama...kekasih lain ni haa kitab-kitab ni...
sat ana PM ustaz through forum ni...
Re: Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
nama awek tu tlg padamlah, nanti jadi isu pulak...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Dalil dari Al-Quran/Hadith berkaitan bunuh lebah & burung belatuk
» adakah tanda kiamat kecil sudah lengkap?
» status hadis kiamat berkaitan hujan...
» [Syarah hadith] Ibadah akhir zaman
» Kalimah Arab Berkaitan Al-Quran dan Hadith
» adakah tanda kiamat kecil sudah lengkap?
» status hadis kiamat berkaitan hujan...
» [Syarah hadith] Ibadah akhir zaman
» Kalimah Arab Berkaitan Al-Quran dan Hadith
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum