BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

isis dan fitnah salafi

3 posters

Go down

isis dan fitnah salafi Empty isis dan fitnah salafi

Post by seijiseimura84 Wed Jul 30, 2014 5:28 pm

Sejak kebelakanan ini saya perhatikan, bila sahaja berita kekejaman isis dikisahkan oleh media barat, sering kali isis dinisbatkan kepada salafi. Saya pelik kenapa tiba2 isis dikaitkan dgn salafi?

Contoh
http://www.al-monitor.com/pulse/originals/2014/07/islamic-state-fighting-hamas-priority-before-israel.html#

adakah wujud propaganda untuk memburukkan golongan salafi, dan lantas menimbulkan konflik dgn salafi dan bukan salafi??
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

isis dan fitnah salafi Empty Re: isis dan fitnah salafi

Post by Ibnu Sarkawi Wed Jul 30, 2014 5:54 pm

sbb asasnya aqidah & fiqh mereka adalah mengikut salafi.. sptmana Al-Qaeda & Syeikh Usamah bin Laden, mereka adalah salafi pada asas manhajnya. Majoriti mujahideen berasal tanah arab adalah golongan salafi. Cuma yg ada di antara mereka yg tergelincir menjadi takfiri dan pelampau agama. Seperti juga dikalangan salafi yg kita kenali, ada sebahagian yg menjadi pentaqlid buta & bermacam lagi ketaksuban.

ISIS adalah contoh salafi jihadi yg telah dikritik ulama2 besar malah tidak sah mengikuti mereka menurut Ulama besar semisal Syeikh Abdul Aziz At-Tharifi, & ulama lainnya semisal Syeikh Nasib Ibn Sulaiman Al-Alwan(dikenali sbg ulama jihad). Saya beri contoh mudah, "semua mujahideen itu adalah Islam pada asalnya cuma tidak semua yg benar manhajnya."
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

isis dan fitnah salafi Empty Re: isis dan fitnah salafi

Post by Ibnu Sarkawi Wed Jul 30, 2014 6:04 pm

Segelintir salafi jihadi yg melampau ini dijadikan pula sebagai bahan utk pukul rata kesemua salafi jihadi, termasuk salafi secara umumnya. Sbb itulah ada dikalangan tokoh ahlul bid'ah mengecop salafi sebagai terrorist.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

isis dan fitnah salafi Empty Re: isis dan fitnah salafi

Post by aimahmad Fri Aug 01, 2014 6:57 pm

Setuju dgn ape yg diulas Ibnu Sarkawi. Generalisasi terhadap Salafiyyah dgn menganggap ia sbg satu aliran yg sepakat dlm segala hal, akan hasilkan kesimpulan sebegitu. Tapi lebih menjengkelkan bila ade yg berniat nakal, sengaja mengelirukan sebilangan yg kurang faham dlm usaha memperlekehkan gerakan islah menegakkan tauhid.

Spt yg disebut Ibnu Sarkawi, dr segi aqidah & fiqh, majoriti mrk yg menisbahkan diri kpd Salafiyyah berada dlm kumpulan yg sama. Majoritinya merujuk kpd pendapat tokoh2 ulama silam spt Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim & sbhgn besarnya dlm tradisi Hanabilah. Saya lihat perbezaan2 mula muncul bila berhadapan dgn soal siasah @ politik.

Kumpulan besar Salafiyyah yg ade skrg merujuk aliran yg berpusat di Arab Saudi, yg byk merujuk kpd tokoh2 spt Syeikh Ibn Baz, Syeikh Ibn Uthaymeen, Syeikh Al-Albani, Syeikh Saleh Fawzan, Syeikh Abdul Aziz Al Ash-Syeikh serta anak2 murid mereka. Aliran ni seringkali digelar sebagai Salafiyyah konservatif.

Di samping kumpulan majoriti tu, pemerhati politik melihat muncul bbrp variasi aliran Salifiyyah yg berbeza pendapat bila berhadapan dgn arus politik moden. Perlu diambil perhatian, gelaran2 yg diberi ni tak diguna secara rasmi oleh kumpulan tu, malah lebih kerap diguna oleh pihak lawan, sbgmana gelaran "wahabbi" diberi kpd Salafiyyah secara umum. Penggunaan di sini sekadar utk memudahkan tujuan perbandingan.

Pertama adalah Salafi Qutbist yg berakar dr pemikiran Sayyid Qutb, tokoh besar Ikhwanul Muslimin yg seringkali digambarkan sbg pencetus ideologi jihadism moden. Idea2 beliau sangat dominan dlm gerakan Ikhwan Muslimin serta gerakan pecahan darinya. Pemikiran Sayyid Qutb disebar melalui penulisannya, anak2 murid beliau & saudaranya, Muhammad Qutb yg berhijrah ke Arab Saudi selepas dibebaskan dr tahanan di Mesir. Osama bin Laden dilapor sering menghadiri kuliah mingguan Muhammad Qutb di Universiti King Abdul Aziz & sangat dipengaruhi penulisan Sayyid Qutb. Pemimpin Al-Qaeda, Aiman Al-Zawahiri juga adalah anak murid Muhammad Qutb. Gerakan ni mempromosi perjuang bersenjata bagi menegakkan negara & perundangan Islam, serta menentang pengaruh barat dlm dunia Islam yg didakwa telah kembali ke dlm keadaan Jahiliyyah.

Kedua adalah Salafi Jihadist yg muncul sekitar 1990an bila kekacauan politik melanda negara2 Timur Tengah dgn campur tangan kuasa2 barat. Berikutan suasana yg sebegitu, segelintir kelompok Salafiyyah merasakan keperluan mengangkat senjata bagi mengatasi keadaan itu. Terma ini digunakan utk kedua2 group yg mengangkat senjata samada yg pro-Qutbism & yg anti-Qutbism. Yg pro-Qutbism adalah sbgmana Al-Qaeda, Taliban dsb. Yg anti-Qutbism bukan saja menolak pendapat ulama yg digelar "ulama istana" serta ulama2 yg melarang perjuangan bersenjata, tetapi juga menolak gerakan Ikhwanul Muslimin yg pd mrk lebih bahaya krn didakwa bekerjasama dgn Syiah, terlalu liberal & tdk berpegang teguh kpd Sunnah. Kumpulan ni terserlah semasa gerakan Sahwah di bawah pimpinan Salman Al-Ouda & Safar Al-Hawali yg membantah kehadiran tentera US di Arab Saudi & skarang ni ISIL yg jelas tdk menyokong perjuangan Hamas yg didakwa bekerjasama dgn Syiah.

Ketiga adalah Salafi Madkhalist yg muncul hasil pemikiran Syeikh Rabee Al-Madkhali yg mengecam keras Ikhwanul Muslimin serta aliran Salafiyyah Qutbist & Jihadist. Aliran ni berkembang di Arab Saudi, tetapi kurang pengaruhnya selepas dikritik & ditolak oleh Syeikh Abdul Aziz Al Ash-Syeikh, Mufti Saudi. Namun ia semakin kukuh dlm kalangan Salafiyyah di benua Eropah, US & Asia Tenggara. Antara ciri utamanya adalah menekankan kesetiaan kpd penguasa negara & mengutamakan dakwah dlm mengukuhkan tauhid sblm terlibat dlm siasah. Ia sering dikritik oleh aliran Salafiyyah lain krn dilihat sbg bersekongkol dgn pemerintah.

So, basically ini pecahan2 aliran Salafiyyah bila berhadapan dgn persoalan siasah & politik dunia. Namun ia dilihat masih minoriti berbanding Salafiyyah konservatif yg mana ulama2nya sering mengkritik & menasihati kumpulan2 ini. Bila satu group minoriti ini buat sesuatu, potensi utk ia dikaitkan kpd keseluruhan Salafiyyah tu akan ade. 

Rasanya kalau kita tgk di Malaysia pun, ade kecenderungan tokoh2 Salafiyyah kita yg pro-Qutbist & anti-Madkhalist vs yg pro-Madkhalist & anti-Qutbist. Itu yg saya perhatikan. 

Sila betulkan mana2 yg dirasakan silap.
aimahmad
aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

isis dan fitnah salafi Empty Re: isis dan fitnah salafi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum