Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
4 posters
Page 1 of 1
Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
Ada 2 jenis doa yg saya faham.....
Doa pertama adalah penuh bersyarat seperti mesti antara asar dan maghrib, perlu diulang2 beberapa kali, seta dikaitkan dgn manfaat yg entah dari mana asal usul, bagi saya ini clear cut bidaah
Dua kedua pula adalah doa di mana setibanya awal tahun dia berdoa, tidak ikut doa yg ditetapkan, sekadar doa, sepertimana doanya apabila mendapat jawatan baru, atau sebelum memulakan tugas, memulakan majlis, apabila berjaya suatu projek, adakah doa jenis ini adalah bidaah?

seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
bid'ah adalah dari kaifiatnya, bukan amalannya.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
Tp Bila saya bicara dgn gemg salafi,mereka kata bidaah dgn alasan tiada hujah hadis dan doa itu khusus pd tempatnya
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
mungkin mereka rujuk bid'ah tu dari segi kaifiatnya la. maknanya ada doa khusus akhir tahun, kena buat 3x, sebelum maghrib, diikuti doa khusus awal tahun 3x selepas maghrib etc.
tapi kalau sekadar berdoa tanpa bacaan khusus, dan tak tetap waktunya maka tak bid'ah.
tapi kalau sekadar berdoa tanpa bacaan khusus, dan tak tetap waktunya maka tak bid'ah.
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
ianya boleh jadi bidaah jika
- dijadikan amalan khusus secara besar2an
- distandardkan dengan kaifiat(tatacara) & kaifiat itu pula ditetapkan
- fadhilat2 yg tiada asal dari Al-Quran & As-Sunnah diada-adakan utk menggalakkan lagi amalan tersebut
- dianggap sebagai satu amalan khusus yg datang dari agama(maka ritual perlu dilakukan kerana ianya adalah ritual agama yg dianggap ada kaifiat & fadhilat yg khusus)

Ibnu Sarkawi- AHLI
- Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
bab amalan khusus ni yg biasanya agak blur2 sikit, mungkin ada org menganggap ia adalah amalan umum, mungkin org lain memandang ia amalan khusus
cuma apa dalil atau keterangan dari ulama tersohor bahawa "amalan yg khusus" bidaah
cuma apa dalil atau keterangan dari ulama tersohor bahawa "amalan yg khusus" bidaah
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
Ok mula2 dalil bahawa amalan khusus yg diada-adakan itu adalah bid'ah
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Muslim no. 1718)
jadi point pentingnya ialah 'bukan berasal dari sunnah' maka tertolak. ok, kita lihat pula penjelasan ulama tertang perkara khusus yang diada-adakan ini.
Berkata Abu Syaamah :
"Imam As-Syafi'i berkata : Aku benci seseorang berpuasa sebulan penuh sebagaimana berpuasa penuh di bulan Ramadhan, demikian juga (Aku benci) ia (mengkhususkan-pent) puasa suatu hari dari hari-hari yang lainnya. Hanyalah aku membencinya agar jangan sampai seseorang yang jahil mengikutinya dan menyangka bahwasanya perbuatan tersebut wajib atau merupakan amalan yang baik" (Al-Baa'its 'alaa inkaar Al-Bida' wa Al-Hawaadits hal 48)
kenapa Imam Syafi'i benci? bukannya umumnya tiada kesalahan pada amalan2 tersebut? ya, beliah rhm membencikan kerana akan ada yg mengkhususkannya jika amalan2 tersebut diharuskan yakni bukan bid'ah.
Contoh yg lain ialah mengkhususkan amalan2 tertentu semasa menguruskan jenazah, walaupun pada pandangan kasar ianya bukanlah ditetapkan dan diwajibkan namun ianya tetap dikritik oleh ulama2 terdahulu. Di dalam kitabnya al-Azkar, al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-Salaf al-Salih radhiallahu 'anhum ialah diam ketika mengiringi jenazah. Maka janganlah diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, yaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang benar. Janganlah engkau terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.
Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad rahimahullah pernah berkata: “Berpegang dengan jalan kebenaran, tidak akan memudorotkanmu sedikitnya orang yang menempuh jalan kebenaran tersebut. Dan jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terperdaya dengan banyaknya golongan yang binasa (yang melakukannya).”
…… Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damaskus, yaitu melanjutkan bacaan al-Quran dengan dipanjang-pangjangkan dan bacaan yang lain ke atas jenazah, serta pembicaraan yang tiada kaitan, maka hukumnya adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan dalam Kitab Adab al-Qurroo' tentang keburukannya, besar keharamannya dan kefasikannya bagi siapa yang mampu mengingkarinya tetapi tidak mengingkarinya" (Al-Adzkaar hal 160)

doa akhir dan awal tahun tu mmg bid'ah. matan doa tu ada dalam kitab bid'ah "Majmu' Syarif"...
habis cerita
habis cerita
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Apakah dalil doa awal tahun itu bidaah
trimas ibnu sakarwi
seijiseimura84- AHLI
- Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011
Similar topics
» Apakah Dalil/Hadis Yg Mengatakan Nabi Seorang Yg Buta Huruf..??
» Dalil-Dalil Al-Quran dan Hadith Berkaitan Tanda Kiamat dan Akhir Zaman
» Bagaimana gambaran rupa Islam yang kaffah? Apa dalil-dalil dari al-Quran dan as-sunnah tentang perlunya Islam yang kaffah?
» Baca tahiyat awal pada rakaat terakhir
» Kahwin gantung 7 tahun

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum