Zakat gharimin
3 posters
BicaraTHTL :: Laman Diskusi Dan Soal Jawab Agama :: Fiqh :: Ibadah :: Zakat
Page 1 of 1
Zakat gharimin
Assalamualaikum,
Bolehkah seseorang menyalurkan wang zakat simpanannya secara “lump sum” kepada seseorang yang berhutang dengannya. Zakat tersebut diserahkan kepada siberhutang tersebut untuk membayar balik hutangnya kerana sudah terrrlalu lama tidak mampu membayar, dek kesempitan hidup.
Jazakallahu khairan kpd yg sudi merespon…

Adl- AHLI
- Posts : 32
Points : 34
Join date : 15/02/2012
Re: Zakat gharimin
agihan zakat dilakukan oleh pemerintah. org yg berhutang tu kena mohon dengan pusat zakat, kena isi borang dan ada pengesahan dari wakil rakyat ke, JKKK ke, ketua amnu cawangan ke..anda sebagai pengeluar zakat, kena keluarkan kpd pemerintah yang kemudian pemerintah yg akan agihkan.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:agihan zakat dilakukan oleh pemerintah. org yg berhutang tu kena mohon dengan pusat zakat, kena isi borang dan ada pengesahan dari wakil rakyat ke, JKKK ke, ketua amnu cawangan ke..anda sebagai pengeluar zakat, kena keluarkan kpd pemerintah yang kemudian pemerintah yg akan agihkan.
kebetulan buka tentang zakat...ana baru khatam bab zakat..jumpa hadith yang tak pernah jumpa..
taksir..ma ma'na taksir? taksir kurma..etc... :study:
Re: Zakat gharimin
kasilah hadis tu..boleh ana semak dgn terjemahan lidwa
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:kasilah hadis tu..boleh ana semak dgn terjemahan lidwa
kata hafaz bulughul maram..hehe...sat..taip arabic sat
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:taksir tu sukatan laa
إذا خرصتم فخذوا ودعوا الثلث ، فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع
Re: Zakat gharimin
terangkan la taksiran zakat tu, dien mendakwa dah khatam bab zakat..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:terangkan la taksiran zakat tu, dien mendakwa dah khatam bab zakat..
waduh kok saya yang disuruh terangkan...saya tak faham tu yang tanya ustaz..khatam baca je...
nak terjemahan ka...?
Re: Zakat gharimin
cuba dien terjemahkan dan takhrij sekali
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:agihan zakat dilakukan oleh pemerintah. org yg berhutang tu kena mohon dengan pusat zakat, kena isi borang dan ada pengesahan dari wakil rakyat ke, JKKK ke, ketua amnu cawangan ke..anda sebagai pengeluar zakat, kena keluarkan kpd pemerintah yang kemudian pemerintah yg akan agihkan.
Barakallahufik atas respon tuan,
mmmm.... Kalau inilah sahaja caranya... Nampaknya org yg berhutang tersebut akan terus berhutanglah nampaknya..... sehingga ke akhir hayatnya atau hayat orang yang dia hutang tu. Untuk makluman Tuan, hutangnya berjumlah 2 puluhan ribu.
Tuan kerja ngan pihak Pusat zakat ke? Maaflah... setakat ni, saya skeptik sikit dengan PPZ ni, walaupun masih menyalurkan zakat saya kepada mereka.
p/s..... Sy pernah mengenali seorang ibu (balu) yg daif, tinggal bersama dua orang anaknya {seorang lelaki (masih bujang) dan seorang perempuan (ibu tunggal satu anak)} di rumah yang disewa kedua-dua anaknya secara berkongsi. Beliau hidup dengan ehsan kedua anaknya yang berpendapatan kecil, sambil membantu menjaga cucu.
Ibu tsb pernah cuba memohon bantuan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS), tetapi pihak PZS tanpa sebarang perbincangan dan pertimbangan lanjut terus mencadangkan untuk menempatkan beliau ke penempatan/rumah kebajikan. Respon dan pendekatan pihak PZS berhubung perkara ini amat saya kesali hingga sanggup nak pisahkannya dengan anak2 dan cucunya.
Ni baru satu contoh je… ada lagi…. Tapi cukuplah , tak mau lebeh2.
Adl- AHLI
- Posts : 32
Points : 34
Join date : 15/02/2012
Re: Zakat gharimin
bro adl,
jika anda yakin pihak berwajib gagal menunaikan amanahnya, maka anda bisa saja menyalurkan zakat anda kepadanya secara rahsia. Lagipun buat masa ni daulah Islam yang sebenarnya pun tidak ada. Tapi penyelesaian jangka panjang tidak dapat anda lakukan kerana sumber zakat itu hanya dari anda saja.
jika anda yakin pihak berwajib gagal menunaikan amanahnya, maka anda bisa saja menyalurkan zakat anda kepadanya secara rahsia. Lagipun buat masa ni daulah Islam yang sebenarnya pun tidak ada. Tapi penyelesaian jangka panjang tidak dapat anda lakukan kerana sumber zakat itu hanya dari anda saja.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
HambaNya wrote:thtl wrote:taksir tu sukatan laaإذا خرصتم فخذوا ودعوا الثلث ، فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع
ترجمة: Jika kamu menaksir, maka pungutlah (zakatnya) dan tinggalkan sepertiganya. Jika kamu tidak tinggalkan sepertiganya, maka tinggalkanlah seperempatnya. (رواه الخمسة)
Re: Zakat gharimin
besarlah topik zakat ni...
utk kita yg bukan petani, memadai tahu zakat simpanan dan zakat gaji ajelaa..
nisab gaji dan simpanan yg mencapai 20 mistqal emas, dan taksirannya ialah 2.5%
zakat kurma, gandum dan barley atau lembu dan kerbau tu, tak payah belajar lagi...unless dien nak jadi petani atau penternak
utk kita yg bukan petani, memadai tahu zakat simpanan dan zakat gaji ajelaa..
nisab gaji dan simpanan yg mencapai 20 mistqal emas, dan taksirannya ialah 2.5%
zakat kurma, gandum dan barley atau lembu dan kerbau tu, tak payah belajar lagi...unless dien nak jadi petani atau penternak
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:besarlah topik zakat ni...
utk kita yg bukan petani, memadai tahu zakat simpanan dan zakat gaji ajelaa..
nisab gaji dan simpanan yg mencapai 20 mistqal emas, dan taksirannya ialah 2.5%
zakat kurma, gandum dan barley atau lembu dan kerbau tu, tak payah belajar lagi...unless dien nak jadi petani atau penternak
hehe...culas yekk..memang lah kita bukan petani..tapi memandangkan ana terjumpa hadith berkaitannya..jadi saya tanya...hehe...
sekarang memang habiskan masa macam ni..
:study: :study: :study:
kemudian baru hehe
Re: Zakat gharimin
dien,
maksud hadis tsb, jika dien bertugas menjadi penaksir zakat datang nak audit zakat petani padi, maka 1/3 atau 1/4 dari harvest atau jumlah hasil padi, direbat kpd petani sebagai kos sara hidupnya.
Cth:
petani A di temerloh menghasilkan 1000 gantang padi.
maka 1/3 dari 1000 gantang (=333 gantang padi) dikecualikan dari kiraan zakat sebagai rebet. Penghasilan padi yang zakatable hanyalah 2/3=666 gantang sahaja.
maksud hadis tsb, jika dien bertugas menjadi penaksir zakat datang nak audit zakat petani padi, maka 1/3 atau 1/4 dari harvest atau jumlah hasil padi, direbat kpd petani sebagai kos sara hidupnya.
Cth:
petani A di temerloh menghasilkan 1000 gantang padi.
maka 1/3 dari 1000 gantang (=333 gantang padi) dikecualikan dari kiraan zakat sebagai rebet. Penghasilan padi yang zakatable hanyalah 2/3=666 gantang sahaja.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:dien,

jadi taksir ni sukatan ye? atau ada istilah yang lebih spesifik?
mungkin boleh bagi detail maksud taksir menurut muhaddithin..sebab ada kena mengena dengan next project, insyaAllah
Re: Zakat gharimin
taksir ni maksudnya pengiraan atau audit.
pegawai zakat datang ke kebun korma dan gandum atau padi utk duduk bersama dengan petani dan membuat taksiran bersama-sama, berapa zakat yang perlu dikeluarkan berdasarkan jumlah harvest atau hasil tuaian.
penaksir di zaman sekarang ialah pegawai yang bertugas di LHDN, kastam diraja, jabatan audit negara, pagawai PPZ...
taksir ni maksudnya accounting atau akauntan.
pegawai zakat datang ke kebun korma dan gandum atau padi utk duduk bersama dengan petani dan membuat taksiran bersama-sama, berapa zakat yang perlu dikeluarkan berdasarkan jumlah harvest atau hasil tuaian.
penaksir di zaman sekarang ialah pegawai yang bertugas di LHDN, kastam diraja, jabatan audit negara, pagawai PPZ...
taksir ni maksudnya accounting atau akauntan.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:taksir ni maksudnya pengiraan atau audit.
pegawai zakat datang ke kebun korma dan gandum atau padi utk duduk bersama dengan petani dan membuat taksiran bersama-sama, berapa zakat yang perlu dikeluarkan berdasarkan jumlah harvest atau hasil tuaian.
penaksir di zaman sekarang ialah pegawai yang bertugas di LHDN, kastam diraja, jabatan audit negara, pagawai PPZ...
taksir ni maksudnya accounting atau akauntan.
jazakallah 'ala ma'lumat
Re: Zakat gharimin
thtl wrote:bro adl,
jika anda yakin pihak berwajib gagal menunaikan amanahnya, maka anda bisa saja menyalurkan zakat anda kepadanya secara rahsia. Lagipun buat masa ni daulah Islam yang sebenarnya pun tidak ada. Tapi penyelesaian jangka panjang tidak dapat anda lakukan kerana sumber zakat itu hanya dari anda saja.
Jazakallahu khairan Tuan thtl,
Izinkan saya kongsikan di sini beberapa petikan yg saya temui, … mungkin boleh dimanfaat bersama atau sebaliknya.. wallahualam
Zakat… Fatwa Kedah**[1]
1.6 Seterusnya penelitian yang dibuat terhadap beberapa himpunan fatwa (yang tidak diwartakan) yang dikeluarkan oleh Jabatan/Pejabat Mufti Negeri pula menunjukkan tiada tegahan untuk mana-mana orang atau syarikat membayar sendiri zakat kepada asnaf yang layak menerimanya. Mufti Kedah ketika ditanya tentang hukum mengeluarkan zakat dengan sendiri atau melantik wakil untuk memberi zakat kepada pihak berkenaan menyatakan seperti berikut ;
“Tiada tegahan pada syarak bagi mana-mana orang Islam mengeluarkan zakat (selain zakat padi) dengan sendirinya atau melantik wakil bagi pihaknya untuk memberi dan membahagikan zakatnya kepada pihak yang berhak menerimanya”.
1.8 Fatwa-fatwa ini secara amnya menguatkan lagi hujah yang membolehkan syarikat atau orang ramai membayar zakat secara terus tanpa melalui PPZ Negeri.
**[1] Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Peningkatan Profesionalisme Penolong Pendaftar Nikah
Daerah Kuala Langat, 22 Ogos 2007, Hotel Concorde Inn, KLIA Sepang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada waktu dan keadaan tertentu, para penyimpan berhak untuk menyalurkannya kepada penerima yang diyakini dan dirasakan lebih dikenali dan lebih utama untuk diberikan. Seperti disalurkan kepada adik beradiknya yang miskin dan memerlukan.
(Isu Zakat Wang Simpanan Tabung Haji- Dr Zaharuddin)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kasus Anda, apabila kerabat anda itu tidak bisa melunasinya karena kesulitan hidup yang dialami maka buat saja akad baru dengan yang bersangkutan bahwa uang yang anda pinjamkan itu berubah statusnya menjadi uang zakat anda padanya (jadi tidak harus dikembalikan). Kerabat Anda itu berhak menerima zakat atas nama gharimin (orang yang berhutang).
(Petikan dari…Soal/Jawab agama dalam satu laman web Indonesia (Linknya … dah lupa)
Sekian… petikan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada soalan asal saya…. Kemusykilan saya ialah, adakah dibolehkan menyalurkan kesemua wang zakat tsb secara “lump sum” kepada hanya satu asnaf sahaja, atau perlu rincian tertentu?.
Pernah terbaca…., ada yg kata perlu diagih kepada sekurang2nya 3 kategori asnaf, ada pula kata hanya 1/3 shj dibolehkan, 2/3 lagi perlu disalur kepada PPZ (yg ni boleh agak dah …qaul siapa kan?).
Ni lah yang musykil sikit ni. dan…. Any comments pada petikan dari laman web indon di atas?
Adl- AHLI
- Posts : 32
Points : 34
Join date : 15/02/2012
Re: Zakat gharimin
bro.
1. jika di Malaysia belum gazet sistem agihan zakat, maka anda mmg bolehlah mengagihkan sendiri spt fatwa kedah tu. lagipun dalam mazhab syafi'iy mmg boleh pengeluar zakat agihkan sendiri.
2. apakah dia kena agihkan kpd 8 asnaf?
ikut madzhab syafi'iy, ya, kepada 7 asnaf sebab amil zakat telah gugur. Minima kita kena agihkan mengikut madzhab syafi'iy ialah kpd 3 golongan sahaja. (majmu' 6:231 dari al-Syirazi)
maka anda tidak boleh lump sum kpd satu orang je.
3. Oleh kerana anda agih sendiri, maka anda tidak layak mendapat Rebet dari income-tax ketika anda mentaksir cukai pendapatan nanti. Itu je disadvantagenya. Ini bermakna kerana nak tolong org miskin, anda akan kena double: income tax dan zakat.

Barakallahufik tuan, atas pencerahan.
Nak kongsi sikit pengalaman peribadi yang tak seberapa… dengan izin.
2 tahun lalu, pernah serahkan sebahagian wang zakat saya kpd sepasang suami isteri lapan anak (6 org masih belajar, 2 masih kecil) di kampung. Sumber pendapatan mereka berdua…, mengambil upah buat kerja2 kampung spt, bersihkan semak/belukar, potong rumput, cat rumah@pagar, jual keropok, akar2 kayu/herba dan apa saja odd jobs yg boleh tambah pendapatan termasuk menggali kubur (jika ada).
Baru2 ini, di satu majlis walimatul urus di kpg, mereka bertemu saya untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi. Menurut mereka dengan sumbangan saya dulu telah dapat menampung perbelanjaan bagi menambahbaik/tukar peralatan2 dan boleh beli peralatan tambahan/baru untuk jualan keropok dan herba, sambil menunjukkan satu henfon baru murah mereka supaya senang dihubungi bagi mendapatkan perkhidmatan dan barang jualan mereka. (semoga satu hari nanti mereka boleh menjadi muzakki, InsyAllah).
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri,….. Cuma nak bagi tahu….,
Dulu masa kerja ngan gomen, semua zakat pendapatan dan simpanan serah bulat2 pada PPZ, lepas tu cuci tangan. Apa jadi lepas tu, tak ambil pusing langsung.
Selepas dah tak kerja gomen, ada pendapatan ciput dan sedikit simpanan. Bersandarkan kpd sedikit pengalaman dengan beberapa org susah disekeliling, seperti yg dinyatakan oleh Dr Zaharuddin, kini saya lebih yakin untuk menyalurkan sendiri kpd mustahiq yg kita rasakan amat berhak.
Tidak menafikan peranan PPZ, saya kira pendekatan saya ini secara tak langsung, sedikit dapat menutup lompang2 yg terlepas pandang oleh pihak PPZ. Di samping, sedikit kepuasan peribadi kerana dapat melihat sendiri perubahan positif sipenerima. Wallahualam.
p/s Sekarang ni… as I said, income ciput jer, jadi income tax pun ciput gak (lepas tolak rebet diri dan isteri). yang lebih tu adalah untuk zakat simpanan. 3 golongan yg saya agihkan adalah kpd asnaf miskin, gharimin dan PPZ.

Similar topics
» Zakat kepada orang yang banyak berhutang (Gharimin)
» zakat wang simpanan
» ADAKAH KAEDAH ZAKAT ANA INI BETUL?
» Guna wang zakat utk tebus tanah rezab
» zakat fitrah dengan duit (selain makanan ruji adalah bidaah/tak sunnah)
» zakat wang simpanan
» ADAKAH KAEDAH ZAKAT ANA INI BETUL?
» Guna wang zakat utk tebus tanah rezab
» zakat fitrah dengan duit (selain makanan ruji adalah bidaah/tak sunnah)
BicaraTHTL :: Laman Diskusi Dan Soal Jawab Agama :: Fiqh :: Ibadah :: Zakat
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum