Madzhab |Ahlul Hadith
4 posters
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Madzhab |Ahlul Hadith
Assalamualaikum,
Apakah Imam madzhab yang empat iaitu Ahmad, Hanafi, Malik dan Syafei bermadzhab dengan Madzhab Ahlul Hadith?

Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Ya, pada asalnya.
tapi selepas kewafatan mereka berempat, ia berpecah menjadi tiga aliran yg utama:
ahlul hadis, ahlul ra'yi dan di tengah-tengah.
ahli hadis=ikut tekstual
ahli ra'yi=ikut maqosyid hadis
tengah2= tekstual dan maqosyid
asalnya dari ahlul hadis, tapi cara istinbat (mengeluarkan hukum) dari hadis berbeda

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Jadinya Sheikh, Madzhab feqh yang ada sekarang ni duk dalam kategori yang mana ye? Apakah ke tiga-tiganya sekali atau salah satu daripada tiga tu? Bukan apa, ada seorang kawan bertanya, 'apakah status para fuqaha'? (erm...mungkin maksud beliau selepas ke empat-empat imam ini meninggal)
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
zaman sekarang, ke empat-empat madzhab tsb mmg jelas memiliki metod atau usyul fiqh mereka yg tersendiri berdasarkan cara Imam pendiri madzhab tsb mengeluarkan hukum dari AQ dan Hadis/atsar.
Yang penting, empat metod tsb diterima sebagai dasar ASWJ. tak ada pun salah satu mereka itu terkeluar dari ASWJ atau para salaf, sebab cara mereka berhukum itu semuanya diamalkan pada zaman Nabi lagi...
Yang penting, empat metod tsb diterima sebagai dasar ASWJ. tak ada pun salah satu mereka itu terkeluar dari ASWJ atau para salaf, sebab cara mereka berhukum itu semuanya diamalkan pada zaman Nabi lagi...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Mereka Mazhab Ahlul Hadith... saya berpegang kepada pendapat ini... walaupun ada pendapat yang pelbagai...
ada banyak pendapat.. nak share panjang pulak..

Last edited by Ad-Dien on Fri Jun 08, 2012 12:15 pm; edited 1 time in total
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
perincian tu yg penting dien..dien nak pegang yg mana satu:
1. secara literal (tekstual)
2. amal penduduk Hijaz
3. secara maqosyid (yang tersirat)
4. kombinasi antara literal + maqosyid.
1. secara literal (tekstual)
2. amal penduduk Hijaz
3. secara maqosyid (yang tersirat)
4. kombinasi antara literal + maqosyid.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
thtl wrote:perincian tu yg penting dien..dien nak pegang yg mana satu:
1. secara literal (tekstual)
2. amal penduduk Hijaz
3. secara maqosyid (yang tersirat)
4. kombinasi antara literal + maqosyid.
Ini usul mazhab fuqaha ke mazhab ahlul hadith? Perincian ni macam fuqaha je?
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
cuba dien takrifkan dulu:
1. madzhab fuqaha' tu apa
2, madzhab ahlul hadis tu apa?
sebab imam syafi`iy pun ahlu hadis juga, imam ab hanifah pun sama
lepas jumaat saya komen
1. madzhab fuqaha' tu apa
2, madzhab ahlul hadis tu apa?
sebab imam syafi`iy pun ahlu hadis juga, imam ab hanifah pun sama
lepas jumaat saya komen
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Syeikh, saya sekadar berkongsi pandangan yang saya pegang je ye... perincian istilah kalau syeikh nak jelaskan pada saya silakan.. Sekadar perkongsian..
Para ulamak Mazhab menisbahkan Imam Hadith seperti Bukhari, Muslim dan selepas mereka sebagai pengikut mazhab, Syafieyyah menyatakan mereka (Imam Hadis) bermazhab syafie, Hanabilah menyatakan mereka mazhab Hanbali dan sebagainya.
Saya berpegang pendapat ini:
Berkata Ibn Abi Ya'la dan Al-'Alimi dalam Tabaqat Fuqaha':
Mereka (Imam Hadis) mendapat tingkatan khas yang hampir dengan Fuqaha meskipun mereka berselisih dalam sesetengah perkara dengan para fuqaha. Mereka memiliki pendapat tersendiri dan berupaya melakukan ijtihad iaitu mazhab Ahlul Hadith.
Last edited by Ad-Dien on Fri Jun 08, 2012 1:26 pm; edited 1 time in total
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Dan Adapun Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi, An-Nasai, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan yang seumpama mereka adalah berada dalam mazhab Ahlul Hadith. Mereka tidak mengikut pada salah satu pendapat ulama mazhab secara tetap dan utuh. Dan mereka adalah mujtahid namun begitu tidaklah terdiri daripada imam mujtahid secara mutlak. Mereka cenderung kepada perkataan Fuqaha dari imam Hadis seperti Syafie, Ahmad, Abi Ubaid dan seumpamanya serta mereka cenderung kepada mazhab Ahlu Hijjaz dan sebahagian yang lain cenderung kepada mazhab Ahlul Iraq.
[Taujih an-Nadar ila Usul al-Athar :185,Muqaddimah Kawakib al-Dari:20 ]
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
madzhab ni ler yg kena attack oleh syaikh Muhammad al-Ghazali dan DYQ.
setakat ni kitab madzhab ni belum ada lagi dien...mintak dienlah yg pertama kali yg akan membikinnya. dien keluarkan semua fiqh dari 6 kitab sunan tu, tambah dengan segala kitab hadis yg lain, al-hakim, darimi, tabrani, baihaqi..
inilah madzhab kelima yg dah 10 abad org dok tunggu...hehehe
1. mazhab hanafi
2. mazhab maliki
3. mazhab syafii
4. mazhab hanbali
5. MAZHAB AHLI HADIS.
Hope u r on the right track dear....
setakat ni kitab madzhab ni belum ada lagi dien...mintak dienlah yg pertama kali yg akan membikinnya. dien keluarkan semua fiqh dari 6 kitab sunan tu, tambah dengan segala kitab hadis yg lain, al-hakim, darimi, tabrani, baihaqi..
inilah madzhab kelima yg dah 10 abad org dok tunggu...hehehe
1. mazhab hanafi
2. mazhab maliki
3. mazhab syafii
4. mazhab hanbali
5. MAZHAB AHLI HADIS.
Hope u r on the right track dear....
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Berkata Syeikh Tahir al-Jaza'iri:
Adapaun Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan selain mereka adalah imam dalam fiqh, mereka adalah ahli dalam ijtihad. [Taujih an-Nazar]
Adapaun Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan selain mereka adalah imam dalam fiqh, mereka adalah ahli dalam ijtihad. [Taujih an-Nazar]
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
yealaa..
dien kena himpunkan semua fatwa depa tu ke dalam satu kitab..
satu lagi, madzhab ahlul hadis ni..dien kena rumuskan dulu kaedah usyul nak istinbat dari hadis tu...
dien nak keluarkan secara terus atau dien nak buat camna..sebab hadis dalam bentuk asal masih lagi NAS, dia bukan hukum lagi...dien kena derive the formula dulu...
dien kena himpunkan semua fatwa depa tu ke dalam satu kitab..
satu lagi, madzhab ahlul hadis ni..dien kena rumuskan dulu kaedah usyul nak istinbat dari hadis tu...
dien nak keluarkan secara terus atau dien nak buat camna..sebab hadis dalam bentuk asal masih lagi NAS, dia bukan hukum lagi...dien kena derive the formula dulu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
thtl wrote:madzhab ni ler yg kena attack oleh syaikh Muhammad al-Ghazali dan DYQ.
setakat ni kitab madzhab ni belum ada lagi dien...mintak dienlah yg pertama kali yg akan membikinnya. dien keluarkan semua fiqh dari 6 kitab sunan tu, tambah dengan segala kitab hadis yg lain, al-hakim, darimi, tabrani, baihaqi..
inilah madzhab kelima yg dah 10 abad org dok tunggu...hehehe
1. mazhab hanafi
2. mazhab maliki
3. mazhab syafii
4. mazhab hanbali
5. MAZHAB AHLI HADIS.
Hope u r on the right track dear....
Saya cuma naqalkan pandangan beberapa syeikh je... dan saya rasa sy sependapat dengan mereka... Eh saya ni dah out of track para salaf ke? kang jadi lain plak..
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
bukan,
yg penting, dien kena kemukakan metod istibat dulu, sebab hadis2 dalam kitab sunan tu masih lagi dalam bentuk RAW MATERIAL
dien kena kemukakan apa metod Bukhari, abu Daud dalam mengeluarkan hukum...
4 imam besar fiqh tu, at least, depa dah kemukakan metod depa...apa stand dien kpd ijma', qias, istihsan, uruf..
yg penting, dien kena kemukakan metod istibat dulu, sebab hadis2 dalam kitab sunan tu masih lagi dalam bentuk RAW MATERIAL
dien kena kemukakan apa metod Bukhari, abu Daud dalam mengeluarkan hukum...
4 imam besar fiqh tu, at least, depa dah kemukakan metod depa...apa stand dien kpd ijma', qias, istihsan, uruf..
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
thtl wrote:bukan,

Aik macam tau je... yang tu tengah dok fikir dan kaji sikit-sikit tu... tak sangka dapat menerkanya..
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
kat university, Imam Bukhari, muslim, Abu daud, termidzi ni tak diiktiraf sbg mazhab fiqh...DYQ dah membantahnya..
sapa habaq kat dien, Bukhari ni ada madzhab Bukhariah atau Muslim ada mazhab Muslimah?? atau Daudiah...
sapa habaq kat dien, Bukhari ni ada madzhab Bukhariah atau Muslim ada mazhab Muslimah?? atau Daudiah...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Ad-Dien wrote:
Berkata Ibn Abi Ya'la dan Al-'Alimi dalam Tabaqat Fuqaha':
Mereka (Imam Hadis) mendapat tingkatan khas yang hampir dengan Fuqaha meskipun mereka berselisih dalam sesetengah perkara dengan para fuqaha. Mereka memiliki pendapat tersendiri dan berupaya melakukan ijtihad iaitu mazhab Ahlul Hadith.
Dien, bermakna Fuqaha maqam dia lebih tinggi dari Ahlul hadith ke...?Harap Dien dapat terangkan step by step dan perinci ye.
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
thtl wrote:kat university, Imam Bukhari, muslim, Abu daud, termidzi ni tak diiktiraf sbg mazhab fiqh...DYQ dah membantahnya..
sapa habaq kat dien, Bukhari ni ada madzhab Bukhariah atau Muslim ada mazhab Muslimah?? atau Daudiah...
ohh DYQ dah mention macam tu ye. Dalam karya apa yang dia mention bab ni syeikh? Saya nak dapatkan dan baca.
Saya tak mention pun mereka (Para Ahlul hadith) membina satu mazhab tersendiri seperti Fuqaha yang empat.. saya maksudkan mereka berdiri atas satu mazhab yang hampir setara dengan mazhab fuqaha seperti yang dikatakan oleh Ibn Abi Ya'la dan Al-'Alimi...
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Syaikh Muhammad al-Ghazali yang aku kenali...
buku membela gurunya yang berselisih dgn albani dan ben baz...
juga ada dalam fatawa Mu'asirat, jilid 2 (arabic)
juga dalam kitabnya, kaifa nataamalu maa sunnah an-nabawiyah (bagaimana nak berinteraksi dgn sunnah)...
kalau ada madzhab Bukhari, mazhab Muslim, mazhab abu daud, baguslah, tapi mana dia? saya tak pernah jumpa
buku membela gurunya yang berselisih dgn albani dan ben baz...
juga ada dalam fatawa Mu'asirat, jilid 2 (arabic)
juga dalam kitabnya, kaifa nataamalu maa sunnah an-nabawiyah (bagaimana nak berinteraksi dgn sunnah)...
kalau ada madzhab Bukhari, mazhab Muslim, mazhab abu daud, baguslah, tapi mana dia? saya tak pernah jumpa
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
ummuyaser wrote:Ad-Dien wrote:
Berkata Ibn Abi Ya'la dan Al-'Alimi dalam Tabaqat Fuqaha':
Mereka (Imam Hadis) mendapat tingkatan khas yang hampir dengan Fuqaha meskipun mereka berselisih dalam sesetengah perkara dengan para fuqaha. Mereka memiliki pendapat tersendiri dan berupaya melakukan ijtihad iaitu mazhab Ahlul Hadith.
Dien, bermakna Fuqaha maqam dia lebih tinggi dari Ahlul hadith ke...?Harap Dien dapat terangkan step by step dan perinci ye.
Hehe..maqam-maqam ni macam sufi lah plak.. ehe...
nak terangkan detail sangat saya pun masih belajar.. tapi bab ni berkatian kaedah mereka istinbat hukum kak.. Soalan akak tu kalau menurut Imam Syafie, Ya. memang Fuqaha lebih tinggi taraf dari Ahlul Hadith.
Berkata Imam Syafie:
"Kalian (Ulama Hadith) umpama penjual ubat-ubatan sedangkan kami (fuqaha/ulama fiqh) adalah doktor." [Siyar A'lam an-Nubala]
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
Ad-Dien wrote:ummuyaser wrote:

Ehe..pinjam kejap istilah...
Tapi tanpa ubat doktor pun tak leh buat apa-apa kan? Bererti mereka saling melengkapi lah...
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
silap quote tu dien, cuba cari matan arabic..
"yg betul, ahli hadis adalah laksana farmasis...bukan jual ubat daa..."
bila Imam syafi'iy dah kata lagu tu, abis tu sebab apa dien masih nak gubal madzhab ahlul hadis?
sedangkan depa hanya ahli farmasi??
"yg betul, ahli hadis adalah laksana farmasis...bukan jual ubat daa..."
bila Imam syafi'iy dah kata lagu tu, abis tu sebab apa dien masih nak gubal madzhab ahlul hadis?
sedangkan depa hanya ahli farmasi??
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
thtl wrote:Syaikh Muhammad al-Ghazali yang aku kenali...
buku membela gurunya yang berselisih dgn albani dan ben baz...
juga ada dalam fatawa Mu'asirat, jilid 2 (arabic)
juga dalam kitabnya, kaifa nataamalu maa sunnah an-nabawiyah (bagaimana nak berinteraksi dgn sunnah)...
kalau ada madzhab Bukhari, mazhab Muslim, mazhab abu daud, baguslah, tapi mana dia? saya tak pernah jumpa
Kan dah cakap mereka tak mencipta mazhab atas nama sendiri.. mereka tergolong dalam kalangan berdiri atas mazhab ahlul hadis yang di dalamnya ulama-ulama hadis je... pendapat ni ada dalam kitab ape saya lupa. Nanti saya semak balik..
Alasan terkuat sebab tak jelas mereka mazhab apa kerana semua ulama mazhabiyyah mengaku imam hadith ini pengikut mazhab mereka... kerana itu syeikh ni mengeluarkan mereka dari kelompok mazhabik. Bukan saya yang cakap yek..ni pendapat segelintir ulama wahai syeihna
Re: Madzhab |Ahlul Hadith
dien,
itu ada dalam Usyul asyrin Hasan al-banna.
usyul ke 13
mana-mana orang yg sampai ke peringkat naza, maka dia tidak terikat dgn madzhab.
maka, Imam Bukhari, mmg tak logik terikat dgn mana-mana mazhab sebab dia adalah mujtahid. Maka mujtahid spt DYQ, muhammad al-Ghazali, albani, ben baaz, ben uthaimin, mmg tak ada maddzhab..sebab depa adalah mujtahid...
rasanya tang ni dien keliru...
madzhab ahli hadis adalah madzhab Ahmad, tak ada yg lain dien...
itu ada dalam Usyul asyrin Hasan al-banna.
usyul ke 13
mana-mana orang yg sampai ke peringkat naza, maka dia tidak terikat dgn madzhab.
maka, Imam Bukhari, mmg tak logik terikat dgn mana-mana mazhab sebab dia adalah mujtahid. Maka mujtahid spt DYQ, muhammad al-Ghazali, albani, ben baaz, ben uthaimin, mmg tak ada maddzhab..sebab depa adalah mujtahid...
rasanya tang ni dien keliru...
madzhab ahli hadis adalah madzhab Ahmad, tak ada yg lain dien...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Hadis Ahlul Bait
» Takhrij dan Semakan Semula Hadith Kitab Tahzib Al-Atraf Al-Hadith
» [Takhrij] Hadith Hadith Dua Malaikat Mengunjung Setiap Hari
» Seminar Tawasul Ahlul Hadeeth
» Method Takhrij Hadith

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum