BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hukum muzik dan menjual alat muzik

+8
faisall
yat
seijiseimura84
Ad-Dien
abu_aisyah
Nizam
thtl
soni
12 posters

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 12:20 am

Assalamualaikum Wr. Wb

Saya ada soalan tentang muzik, kerana ramai orang kata muzik tu haram dan ada juga yang kata muzik itu mubah, soalan saya:
1. apa hukum muzik yang sebenar?
2. Dan apa hukumnya orang yang buat perniagaan alat muzik? Kerana saya adalah orang yang pernah beli alat muzik.
3. soalan tambahan, benarkah haram menyengaja mendengar nyanyian wanita yang bukan mahram?, walaupun nyanyian tu tak ada unsur zina.

Syukran Jaziilan Smile



soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 6:31 am

wsm,

Jawapan ringkas, jawapan panjang, sila dapatkan naskhah Fiqh Muzik dan Nyanyian oleh Dr Yusof al-Qardhawi

1. Hukum Musik dikembalikan kepada hukum asal, Harus. Nas-nas hadis yg melarang muzik, ia tidak terlepas dari kritikan sanad dan matannya (rantaian perawi dan kritikan ke atas teks akan maksud sebenar). Namun musik pada asalnya ia harus, keharamannya terjadi bila ia disalahgunakan untuk tujuan maksiat dan diambil secara berlebihan.

Cth lain: kereta dan motorsikal. apa hukum kereta?
jawabnya: harus
kereta menjadi haram bila ia digunakan utk mengunjungi pub dan kelab malam.

Maka apakah hukum gitar dan saxophone
jawabnya harus
ia menjadi haram, bila digunakan oleh band heavy metal yang lagunya diiringi oleh penari separuh bogel dan liriknya adalah memuja setan.
gitar dan saxophone secara zatnya sama spt kereta, ia adalah benda dan harus. tapi penggunaan dan penyalahgunaannya itulah yg menjadikan ia haram

Kedua: Banyak mana musik boleh diambil?
jawabnya: ia diambil sebagaimana anda mengambil garam dan bahan2 perasa makanan spt asam dan gula. Tak boleh ambil musik berlebihan kerana ia akan memudharatkan jika diambil berlebihan

ketiga:
DYQ menyenaraikan lima keadaan muzik menjadi haram
1. lirik
2. siapa yg melantunkan nyanyian bersama musik
3. di mana musik dan nyanyian dimainkan
4. apakah ada percampuran lelaki dan wanita
5. cara ia dipersembahkan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 6:41 am

2. hukum Bisnes alat2 musik

Jawabnya: Hukum asal harus
tetapi bila industri musik sudah dikuasai oleh orang fasik dan masyarakat sudah tidak dapat dikawal dgn ledakan musik dan nyanyian, maka kita tidak dapat nak pastikan pemusik yg membeli alat2 musik dari kedai musik akan menggunakan utk kebaikan atau kefasikan. Jika keefasikan dalam dunia musik sudah merata, maka anda tidak boleh lagi menceburi bidang bisnes itu.
Ia bukan maksud haramnya bisnes musik, tapi sebagai langkah "sadd ad-dzra'iy" atau menutup tersebarnya lagi kefasikan.

3. Mendengar nyanyian biduanita wanita yg bukan mahram

Hukum asal: suara wanita adalah bukan aurat. Wanita boleh memperdengarkan suaranya kepada mana-mana lelaki kerana pelbagai urusan dan muamalat. Tapi jika nyanyian, ia dikembalikan kpd 5 unsur:

1. siapa wanita itu?
2. apakah suasana majlis nyanyian
3. apakah dia menutup aurat
4. tahap kemudaan dan kecantikannya
5. apakah tujuan nyanyian tsb
6. apakah kandungan nyanyian/lirik
7. lagu itu utk membangkitkan apa dalam diri kita?

cth: penyanyi masyhur Egypt Ummi Kalsum, dia menyanyi utk membangkitkan pemuda Egypt utk Jihad Palestine...ini adalah yg paling baik

bandingkan lagi CT Nurhaliza, Jerat percintaan

U decide...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 6:43 am

maaf ustadz jawapan kedua dan ketiga saya masih kurang faham Embarassed ,
1. untuk jawapan kedua: maksud soalan saya jadi halalkah kita jual dan beli alat muzik?
2. utk jawapan ketiga: kalau yang melantunkan nyanyian bersama muzik adalah wanita yang bukan mahram bagi kita, halal ke?

Syukran

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 6:49 am

Jawabnya harus, tapi ia hukum yg boleh berubah mengikut variables yg saya senaraikan. yang penting hukum asalnya adalah harus.

Ia sama dengan rokok, u tak boleh nak declare Haram. sebab ini isu sensitif dan masyarakat sukar menerimanya jika kita hanya berbicara soal haram saja.

apa yg saya sampaikan adalah hukum asalnya. Dalam situasi sekarang, kita kena huraikan dengan lebih terperinci.

buat masa ni, u kena jelas dulu hukum asal kepada sesuatu itu adalah harus, kecuali ada nas yg mengharamkannya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 6:53 am

Saya syorkan segera ke kedai buku dan beli Fiqh Muzik Dr Yusof al-Qardhawi dulu sebelum anda ajukan lebih banyak soalan.

Kalau dah baca dah masih keiru, kita diskus lagi...

anda kena ada background study dulu pasal musik dan nyanyian.
jangan baca buku nawi subandi atau al-Albani lagi buat masa ni...hehehe
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by Nizam Sun Jun 10, 2012 6:57 am

Stance saya pada masa ni musik harus bersyarat, dan jika seseorang itu membeli alat muzik sekadar hiburan di rumah yakni untuk menghiburkan diri kaum keluarga anak isteri saya kira tiada masalah. Itu pun perlu diambil kira lirik dan jenis musik.
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 40
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 7:04 am

Terima kasih atas jawapannya Smile , yg saya fahami dari jawapan ke 3, jadi semua rely pada niatnya, misal kita dengar nyanyian Lady Gaga tapi hanya untuk mendengarnya sahaja (cth: bukan untuk membangkitatkan syahwat), tetap halal, benar atau salah ke?

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 7:11 am

masih belum clear tu.

bila yang jelas haram, kita tak boleh menghalalkan.

lady Gaga ni adalah pemuja syaitan. Imejnya adalah imej Dajjal. Inilah contoh orang yang telah merosakkan muzik dan nyanyian.

Maka apa yg DYQ nak ssampaikan ialah anda kena tahu, yang mana halal dan haram dalam musik sebab musik sudah disalahgunakan dengan parah sekali.

Lady Gaga ni mmg sah ia bukan musik yg dikehendaki dalam Islam. Ia sama dgn kes penyalahgunaan dadah. Lady Gaga ni perosak musik.

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 7:24 am

Jadinya Lady Gaga haram ke? maaf Saya tak tau, Tapi kerana sepertinya mayoritas biduanita wanita itu tak menutup aurat, jadi bolehkah kita dengar nyanyiannya? kerana salah satu yang unsur2 yang diseranaikan oleh ustadz adalah aurat.

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 7:32 am

Lady Gaga mmglah sebab musiknya adalah memuja setan.
yg lain, sama juga dgn mencari makanan halal di Indonesia dan Malaysia, kita ak boleh sebarangan masuk mana-mana restoren..kalau di Malaysia, pastikan ada logo Halal jakim dulu

maka gitulah musik, anda kena ada penapis kendiri, yakni mampu menapis sendiri mana yg halal dan haraam sebab musik sudah begitu besar industrinya dan dikepalai pula oleh Hollywood yg memimpin alam musik buat masa ini...hehehe

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 7:41 am

Baiklah saya akan mulai delete lagu2 lady gaga 3 hehehe, tapi Apakah itu bererti kita hanya boleh dengar nyanyian wanita yang benar2 menutup aurat sahaja? :?:

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by abu_aisyah Sun Jun 10, 2012 7:46 am

assalamualaikum,

soalan:

1. saya ada gitar di rumah, saya mainkan nya dan menyanyi lagu2 cinta spt teratai,kamelia oleh sweet charity,atau lagu yuna,hujan,extreme (more tahn words),xpdc,atau siti nurhaliza atau blablablabla,kadang2 jer lagu teman sejati oleh brothers utuk isteri..ini harus kan? Razz Razz

2. saya seorg yg menghafal quran, maka haram bagi saya mendengat musik kerana sadd ad-dzra'iy.betul ka?
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 8:31 am

wsm,

1. harus. sebab ia dalam kawalan kita sendiri, bila benda harus berada di tangan org mukmin, maka dia akan menggunakannya dengan betul dan pada kadarnya sahaja. macam apa jua benda yg harus berada dalam milik org beriman, spt kereta, pisau, pedang, atau pistol sekalipun kalau berada pada org yg beriman, dia tidak akan salah guna..tapi kalau benda2 tu berada pada org tidak beriman, maka dia ada kereta tapi buat street racing atau ke clubbing, dia ada pedang, tapi dia menggunakannya utk perompak,. dia ada pisau, tapi dia menggunakannya utk membunuh..gitulah gitar yg berada di tangan rockers vs gitar yg disimpan oleh orang mukmin...cam ust azhar Idrus pegang gitar vs Jon Bon Jovi yg pegang gitar yg sama..

2. penghafal AQ tidak ada masalah mendengar musik yang indah, malah ia makin menghaluskan lagi jiwanya...cuma time menghafal AQ dan time musik ada situasi dan saat yg berbeda. jangan pulak memetik gitar sambil menghafaz AQ...hehehe

AQ dilebihkan, musik itu saatan saatan atau sekejap sahaja sebagai perencah hidup, ibarat garam dan belacan sahaja, ambil secukup rasa dalam hidup..jangan hari2 makan belacan dan hari2 makan garam, alamat kojol la awak...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by Ad-Dien Sun Jun 10, 2012 9:10 am

Hukum musik ni memang antara topik hangat.. ada yang mengharamkan dan ada juga yang mengharuskan... Bacaan DYQ antara yang baik untuk dibaca, Ibn Qayyim juga ada menulis kitab khas mengenainya

كشف الغطاء عن حكم سماع الغناء

Edisi terjemahan: Menyingkap Hukum Nyanyian {Jahabersa}

Asal sesuatu itu harus melainkan ada nas yang mengharamnya. Namun saya terfikir.. apakah mereka yang berpegang haram itu secara mutlak? Jika haram lighairihi, saya juga bersetuju dengannya. (Haram lighairihi), Jika haram mutlak... saya tak berpegang kepadanya.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 9:39 am

Haram lighairihi ni haramlah dien..

jauh benar tu dari hukum DYQ yg meletakkan harus


cuba dien huraikan camna benda harus naik taraf menjadi Haram lighairihi.

ke lizaatihi


ini dah bawa istilah hadis pulak..bukan apa, takut ada org yg makin pening...istilah hadis tu patutnya utk hadis jelaa...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by Ad-Dien Sun Jun 10, 2012 9:52 am

thtl wrote:Haram lighairihi ni haramlah dien..

jauh benar tu dari hukum DYQ yg meletakkan harus


cuba dien huraikan camna benda harus naik taraf menjadi Haram lighairihi.

ke lizaatihi


ini dah bawa istilah hadis pulak..bukan apa, takut ada org yg makin pening...istilah hadis tu patutnya utk hadis jelaa...

tak.. saya guna istilah usul.. bukan istilah hadith..Dalam usul pun ada lizatihi dan lighairihi dalam bab ahkam al-Khamsah, maaf anda ia menyulitkan.

Saya berpegang ia harus namun jika ada pendapat menyatakan haram lighairihi saya juga sependapat. Bukan lizatihi. Asif.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 9:55 am

hehehe sahih..saja nak test dien je..
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by seijiseimura84 Sun Jun 10, 2012 10:06 am

ada beberapa confirmation nak tanya....
difahamkan alat muzik yg mengunakan tali...atau tiupan adalah haram?? mohon confirmation
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 10:07 am

soni wrote:Baiklah saya akan mulai delete lagu2 lady gaga hehehe, tapi Apakah itu bererti kita hanya boleh dengar nyanyian wanita yang benar2 menutup aurat sahaja? bagaimana bila dia tidahk sepenuhnya menutup aurat namun pakaiannya sopan? :?:

Boleh ada jawab soalan saya yang diatas? Smile

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by Ad-Dien Sun Jun 10, 2012 10:19 am

thtl wrote:hehehe sahih..saja nak test dien je..

Ohh test yek.. tak pe..test lah sebab saya ni masih belajar, kalau saya salah tegur dan betulkan, saya pasti menerimanya. insyaAllah.

Haram Lighairihi ialah haram kerana ada sebab lain atau sebab yang mendatang yang menyebabkan ia haram sedangkan hukum asalnya ialah wajib, sunat atau harus. Namun selepas terdapat faktor tertentu maka ia menyebabkan sesuatu itu menjadi haram lighairihi.

Saya berpegang kepada ini. Hukum asalnya muzik harus namun boleh berubah kepada haram lighairihi. Bukan haram secara lizatihi.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by thtl Sun Jun 10, 2012 10:36 am

doc,

hadis2 yg doc maksudkan tidak terlepas dari kritikan. dalam kitab DYQ tu disyarah akan hadis tsb..malangnya saya tak bawa ke saudi semua kitab2 saya...

soni,

lagu dinikmati kerana banyak faktur...u senaraikanlah apa yg u suka pada lagu tu..kalau penyanyinya sopan, tak usah tengok penyanyi, dengar saja cukupla..hehehe
penyanyi wanita ni mmg banyak masalah dalam industri musik ni
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by seijiseimura84 Sun Jun 10, 2012 10:48 am

lol. kalau dah lama tahu....dah lama gua beli keyboard
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by soni Sun Jun 10, 2012 10:50 am

Saya sempat risau kerana banyak lagu yang saya suka ada biduan wanitanya (bukan Lady Gaga), dan kesemuanya tak pakai jilbab/kerudung. Jadi saya tetap tidak berdosa bila dengar nynyian mereka?

soni
AHLI
AHLI

Posts : 194
Points : 256
Join date : 15/12/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by seijiseimura84 Sun Jun 10, 2012 10:51 am

saya pula suka dengar nyanyian suara amoi jepun....comel.....contoh yuki isoya
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Hukum muzik dan menjual alat muzik Empty Re: Hukum muzik dan menjual alat muzik

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum