Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
+7
Abu_Imran
nur
Abi khyra
Ad-Dien
salmonella
thtl
zikrulmaut_sm
11 posters
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
First topic message reminder :
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, saya mendapati adik-adik saya berminat dengan pengajian agama. Satu orang adik saya ni selalu ikut Jemaah Tabligh, sorang lagi pulak peminat style Ustaz Don Danial.
Saya nak tahu, macam mana cara nak memperkenalkan mereka dengan manhaj salaf? Saya rasa penting untuk mereka kenal dengan manhaj ini sebelum ada yang kelentong mereka dengan cerita bukan-bukan.

Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
Ad-Dien wrote:Kalau ikut pengalaman saya... dengan orang dewasa ni kena fikiran pun macam dewasa lah... sekalipun kita muda dari mereka, tapi mereka respect bila perangai atau cara kita berfikir ni macam orang dewasa.. di mall pun, kebanyakkannya saya bergaul dengan orang yang jauh dewasa dari saya....
sepanjang pengalaman enta, macam mana respon orang ramai (selain ahli keluarga) bila diceritakan tentang manhaj salaf? misalnya issue bid'ah, issue dalil, etc.
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
zikrulmaut_sm wrote:Ad-Dien wrote:Kalau ikut pengalaman saya... dengan orang dewasa ni kena fikiran pun macam dewasa lah... sekalipun kita muda dari mereka, tapi mereka respect bila perangai atau cara kita berfikir ni macam orang dewasa.. di mall pun, kebanyakkannya saya bergaul dengan orang yang jauh dewasa dari saya....
sepanjang pengalaman enta, macam mana respon orang ramai (selain ahli keluarga) bila diceritakan tentang manhaj salaf? misalnya issue bid'ah, issue dalil, etc.
Metod saya.. saya tak pernah terus direct cerita tentang salaf, khalaf, bid'ah dan seumpamanya... melainkan kalau mereka memang sudah maklum perkara-perkara sedemikian. Tai kebanyakannya tak tahu pun atau tak biasa dengan aliran-aliran..firaq/ firqah dalam Islam ni... jadi saya tak mention berkaitan dengannya.
Saya biasanya mendengar dulu dan berkenalan dulu dengan mereka.. dan bila dah lama dalam sebulan dua.. saya banyak dengar mereka bercerita (berkaitan agama dan seumpamanya).. dari situ saya dapat tahu yang mereka ni pegangannya apa... tabligh ke..haraki ke.. sufi ke dan sebagainya...
kemudian dari situ baru saya perlahan-lahan berdiskusi.. kalau tabligh dengan cara tabligh.. haraki dengan haraki.. dan sebagainya...
biasanya memang saya hanya mendengar sahaja.. walaupun mereka cerita tentang ilmu makrifat dan hakikat.. saya tak terus "pangkah" sebab ia akan mematikan dakwah serta merta dan silap langkah boleh berbalah pulak... jadi kena ambil masa juga... dan sabar... tak boleh nak harapkan hasil dakwah tu segera...
dar situ baru saya kenalkan manhaj ni perlahan-lahan dan secara majaz sahaja... saya kenalkan ciri dan amalan dalam manhaj ini kebanyakkannya dan tak mention nama, gelara semisal salafi, khalaf, etc...
itu sekadar pengalaman saya... ringkasnya begitulah..
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
Salam
tumpang tanya . Apa itu manhaj salaf ?
tumpang tanya . Apa itu manhaj salaf ?
saifulnd43- AHLI
- Posts : 106
Join date : 11/09/2013
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
Salaf bermaksud orang2 yang terdahulu, baik dari sisi Ilmu, keimanan, keutamaan, atau jasa kebaikan.
Manhaj ni pula jalan yang terang atau mngikut sunnah.
Maksud Manhaj salaf ni Ialah jalan yang terang atau mengikut sunnah, mcm para sahabat r.a.
"Tak kenal maka tak cinta", buleh perbetulkan sya punya statement tu, maybe ade lgi statement yg lebih baik utk memahamkan saudara
Manhaj ni pula jalan yang terang atau mngikut sunnah.
Maksud Manhaj salaf ni Ialah jalan yang terang atau mengikut sunnah, mcm para sahabat r.a.
"Tak kenal maka tak cinta", buleh perbetulkan sya punya statement tu, maybe ade lgi statement yg lebih baik utk memahamkan saudara
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
manhaj=jalan, cara, metod
salaf=orang yg hidup di kurun pertama - ketiga hijrah, tahun terakhir ialah 300 hijrah.
manhaj salaf ialah orang yang berjalan di atas fiqh dalil atau fiqh nusus, yakni mengamalkan agama dengan hujah dan dalil bukan semata-mata ikut (taqlid)
orang kemudian dari tahun 300 hijrah - hingga kini yg mengamalkan cara yg sama di namakan manhaj salafiyah. orang yg menisbahkan dirinya dgn cara para salaf beragama.

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
saifulnd43 wrote:Salam
tumpang tanya . Apa itu manhaj salaf ?
Manhaj Salaf: Jalan/ Method Para Pendahulu (dalam erti kata lain As-Salafussoleh) yang hidup sebelum tahun 300 Hijrah. Salafussoleh terdiri daripada Para Sahabat Nabi, Tabi'in (orang yang bertemu sahabat tapi tak sempat jumpa Nabi) dan para tabi' tabi'in (sempat jumpa tabi'in tak sempat jumpa sahabat).
Dinamakan Salafussoleh berdasarkan hadith khairul qurun (Sebaik-baik zaman/generasi). Maka dari situ, kefahaman mereka dalam beragama menjadi keutamaan untuk dipelajari, difahami dan diamalkan kerana mereka berada pada zaman terbaik dan masih hampir dengan zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.
Para pengikut manhaj salaf digelar Salafi/ Salafiyyah merujuk kepada nisbah pada manhaj salaf. Para Ulama' Salaf telah tiada, tapi manhajnya (methodologi mereka dalam beragama) masih ada. Allahua'lam.
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
org melayu faham salaf ni ialah belajar cara zaman dulu di pesantren dan pondok era kesultanan Pathoni di mana pathoni adalah pusat ilmu nusantara. Berguru dgn ulama2 lama spt Syaikh Daud al Pathoni, kalau di Kelantan dengan Tuan Tabal, Tuk Kenali dan di Terengganu, dgn To' Ku Pulau Manis.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
thtl wrote:org melayu faham salaf ni ialah belajar cara zaman dulu di pesantren dan pondok era kesultanan Pathoni di mana pathoni adalah pusat ilmu nusantara. Berguru dgn ulama2 lama spt Syaikh Daud al Pathoni, kalau di Kelantan dengan Tuan Tabal, Tuk Kenali dan di Terengganu, dgn To' Ku Pulau Manis.
Itu belum cukup lama...
Tak mengapa sama-sama kita jelaskan mana yang mampu. InsyaAllah
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
selain manhaj salaf apa lagi yg ada ustaz? klau kt malaysia ni bnyk yg mana ustaz? bru nk berjinak2 dngn tajuk ni
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
hafiz wrote:selain manhaj salaf apa lagi yg ada ustaz? klau kt malaysia ni bnyk yg mana ustaz? bru nk berjinak2 dngn tajuk ni
hafiz, kalau nak disebut, akan keluar banyak nama. Terkadang memberi nama saja tidak tepat kerana perinciannya terlalu luas. Dan dalam Islam, tidaklah seseorang itu dikira beriman kecuali setelah Allah mengujinya (bukan pengakuan semata-mata).
saya cuba pakai label dalam surah Al-Faatihah. Ada manhaj "Alladziina an'amta 'alaihim", manhaj "Al-Maghdhuubi 'alaihim", dan manhaj "Adh-Dhollin:.
Generasi salafussoleh (Generasi Muslim tiga kurun pertama) adalah generasi Muslim yang dijanjikan Allah berada di atas jalan "Alladziina an'amta 'alaihim".
Cuba cari ciri-ciri "Al-Maghdhuubi 'alaihim" dan ciri-ciri "Adh-Dhollin". Cuba check tafsir surah Al-Faatihah (atau dengarkan syarahannya dalam kuliah/video).
Saya beri point berdasarkan surah Al-Faatihah kerana kalau ikut tafsir surah Al-Faatihah, segala makna-makna wahyu Allah terkumpul dalam surah Al-Faatihah. Maka, adanya nama lain surah Al-Faatihah iaitu "Ummul Kitaab" (induk Al-Kitaab).
Sumber: https://www.facebook.com/notes/muhamad-syazwan-bin-misran/surah-al-fatihah-terlalu-simple/10152026234637356
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
zsm,
"yg dimurkai" maksud asal Yahudi
"yg sesat" maksud asal adalah Nasara.
camna kaitan dgn manhaj umat Islam plok?
"yg dimurkai" maksud asal Yahudi
"yg sesat" maksud asal adalah Nasara.
camna kaitan dgn manhaj umat Islam plok?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
Salam
Saya telah berpesan kpd anak saya supaya tidak menghadirkan diri dlm aktiviti2 seperti marhaban ,berzanji , berqasidah atas alasan ia tidak pernah di laku di zaman Nabi SAW , dan sahabat , and juga tidak terlibat dgn Majlis2 Solawat2 atau menyertai maner2 kegiatan sufi adekah ini satu tindakan yang baik .
tq

Points : 182
Join date : 11/09/2013
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
1. majlis marhaban dan barzanji tu adalah suatu kesalahan kerana membaca matan2 sya'ir abu Jaafar al-barzanji (w.1177H), khatib dan imam mesjid al-Haram dari mazhab Syafi'iy
antara kesalahan kitab berzanji:
Secara umum kandungan kitab Barzanji terbagi menjadi tiga :
1). Cerita tentang perjalanan hidup Nabi saw dengan sastra bahasa tinggi yang terkadang tercemar dengan riwayat-riwayat dha'if.
2). Syair-syair pujian dan sanjungan kepada Nabi saw dengan bahasa yang sangat indah, namun telah tercemar dengan muatan dan sikap ghuluw (berlebihan).
3). Shalawat kepada Nabi, tetapi telah bercampur aduk dengan shalawat bid’ah dan shalawat-shalawat yang tidak berasal dari Rasulullah saw.
2, majlis selawat dan kegiatan sufi itu bukan selawat tapi suatu bentuk aktiviti sayembara sya'ir, deklamasi puisi dan bentuk nasyid atau nyanyian.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
thtl wrote:zsm,
"yg dimurkai" maksud asal Yahudi
"yg sesat" maksud asal adalah Nasara.
camna kaitan dgn manhaj umat Islam plok?
saya ada tanya soalan ni masa kuliah tafsir surah Al-Faatihah. kenapa minta tak jadi Yahudi dan Nasrani sedangkan kita dah beragama Islam.
maksudnya, dijauhkan dari sifat-sifat Yahudi dan Nasrani. Asal Yahudi dan Nasrani adalah agama tauhid namun mereka berpecah kepada banyak firqah, kemudian ummat Islam pun mengikuti mereka sejengkal demi sejengkal, hingga ummat Islam juga menjadi banyak firqah.
kemudian dijelaskan lagi kenapa Yahudi mendapat label "Al-Maghdhuubi 'alahim" dan Nasrani mendapat label "Adh-Dholliin".
Rosaknya agama mereka hingga menjadi firqah-firqah adalah berkaitan dengan label tersebut.
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
dia kena baca secara literal macam ni...
Tunjukkan kami jalan yg lurus..
yakni jalan kaum salafus soleh yg diberi nikmat
bukan jalan org yahudi
dan bukan jalan org kristian
itu maksud asal tafsiran mufassirin tafsir bil makthuur..
adapun jika dikatakan, jalan org Islam yg dimurkai dan jalan orang2 Islam yg sesat, itu hanyalah takwilan, tafsir bil ra'yi
Tunjukkan kami jalan yg lurus..
yakni jalan kaum salafus soleh yg diberi nikmat
bukan jalan org yahudi
dan bukan jalan org kristian
itu maksud asal tafsiran mufassirin tafsir bil makthuur..
adapun jika dikatakan, jalan org Islam yg dimurkai dan jalan orang2 Islam yg sesat, itu hanyalah takwilan, tafsir bil ra'yi
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
thtl wrote:dia kena baca secara literal macam ni...
Tunjukkan kami jalan yg lurus..
yakni jalan kaum salafus soleh yg diberi nikmat
bukan jalan org yahudi
dan bukan jalan org kristian
itu maksud asal tafsiran mufassirin tafsir bil makthuur..
adapun jika dikatakan, jalan org Islam yg dimurkai dan jalan orang2 Islam yg sesat, itu hanyalah takwilan, tafsir bil ra'yi
syaikh, saya tengok ada penjelasan yang extensive pasal hal ni dalam Iqtidha As-Siraat Al-Mustaqiim tulisan Ibnu Taimiyyah. penghuraian jalan Yahudi dan jalan Nasrani yang diekori oleh ummat Islam. saya difahamkan yang Ibnu Taimiyyah adalah ulama' yang menekankan tafsir bil ma'tsur. wallahu a'lam.
Re: Bagaimana hendak memperkenalkan manhaj salaf kepada ahli keluarga?
Kitab Iqtidha' tu dah masuk dalam kategori lain..ia dinamakan Tasyabbuh (atau meniru dan mengekori). Ini tidak dapat dielakkan sept kata Ibn Khaldoon, umat yg kalah dan lemah akan meniru umat yg kuat dan yg menguasai peradaban dunia.
kita sekarang dalam bab Tafsir surah al-Fatihah per se. Bukalah kitab tafsir bil Makthur, depa tak hurai banyak pasal surah al-Fatihah, Ibn Katsir terus petik beberapa hadith ttg siapakah yg dimurkai dan siapakah yg sesat itu. Semuanya kata Yahudi dan Nasara.
Ini kaedah tafsir, kita utamakan dulu apa yg salaf tafsir mengenai kalimah2 utama dalam ayat tu. Adapun selepas tu kita nak baca kitab2 takwil akan makna siapa yg dimurkai dan siapa yg sesat, dalam konteks yg luas dan global, maka tak ada masalah. Ini nak jaga keaslian AQ tu...
kita sekarang dalam bab Tafsir surah al-Fatihah per se. Bukalah kitab tafsir bil Makthur, depa tak hurai banyak pasal surah al-Fatihah, Ibn Katsir terus petik beberapa hadith ttg siapakah yg dimurkai dan siapakah yg sesat itu. Semuanya kata Yahudi dan Nasara.
Ini kaedah tafsir, kita utamakan dulu apa yg salaf tafsir mengenai kalimah2 utama dalam ayat tu. Adapun selepas tu kita nak baca kitab2 takwil akan makna siapa yg dimurkai dan siapa yg sesat, dalam konteks yg luas dan global, maka tak ada masalah. Ini nak jaga keaslian AQ tu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 2 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Bagaimana hendak bertaubat apabila bersalah kepada malaikat?
» Pemikiran aktivis dakwah: Hendak bertaqarrub kepada Allah atau hendak menjadi "pemberi hidayah" ?
» Memperkenalkan pemikiran "literal"/"tekstual" kepada masyarakat
» Ahli Keluarga Dituduh Pembawa Sial
» manhaj salafi

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum