Hukum kahwin bagi penzina
5 posters
Page 1 of 1
Hukum kahwin bagi penzina
Assalamualaikum.
Seorang yang telah melakukan zina tidak boleh mengahwini orang beriman kecuali dgn penzina juga atau orang musyrik. Bagaimana jika penzina itu telah bertaubat?
Dodo Don- AHLI
- Posts : 209
Points : 241
Join date : 26/05/2012
Re: Hukum kahwin bagi penzina
Inilah maksud istilah tangkap basah tu. maksudnya pasangan berzina tu sepatutnya dinikahkan je...itu yg banyak diamalkan.
kalau dah taubat, dan berubah menjadi soleh, maka tak ada masalahlah..tapi kena kasi ruang waktu utk kita lihat taubatnya tu...
kalau dah taubat, dan berubah menjadi soleh, maka tak ada masalahlah..tapi kena kasi ruang waktu utk kita lihat taubatnya tu...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hukum kahwin bagi penzina
Dodo Don wrote:
Assalamualaikum.
Seorang yang telah melakukan zina tidak boleh mengahwini orang beriman kecuali dgn penzina juga atau orang musyrik. Bagaimana jika penzina itu telah bertaubat?
Cuba lihat tafsiran ayat ni:
ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةً۬ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٌ۬ۚ وَحُرِّمَ ذَٲلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٣) وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَہَـٰدَةً أَبَدً۬اۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤) إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥)
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (3) Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (4) Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5)
Kalau ikut maksud ayat 5 tu Allah kecualikan mereka yang bertaubah dari dosa fitnah dan zina dari gejala-gejala hukuman termasuklah dijodohkan dengan penzina kan? Atau saya tersalah faham?
Re: Hukum kahwin bagi penzina
Saya lebih cenderung pada pendapat dibolehkan kahwin dengan penzina dengan syarat:
- bertaubat dengan taubat nasuha
- jika perempuan sesudah tempoh istibra' yakni 3 kali haid dari tempoh dia berzina
Wallahualam
- bertaubat dengan taubat nasuha
- jika perempuan sesudah tempoh istibra' yakni 3 kali haid dari tempoh dia berzina
Wallahualam
Re: Hukum kahwin bagi penzina
Ibnu ‘Abbas pernah berkata mengenai laki-laki yang berzina kemudian hendak menikah dengan wanita yang dizinainya, beliau berkata, “Yang pertama adalah zina dan yang terakhir adalah nikah. Yang pertama adalah haram sedangkan yang terakhir halal.”[Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Adabul Khitbah waz Zifaf]
Boleh takhrij dan tahqiq semula kata-kata Ibn Abbas ni..
Boleh takhrij dan tahqiq semula kata-kata Ibn Abbas ni..
Similar topics
» Hukum mencabut bulu di atas bibir bagi wanita.
» Mimpi kahwin
» Kahwin gantung 7 tahun
» Buku: "Murtad Karena Hukum": Penguasa yg tidak berhukum dengan hukum Allah adalah murtad
» Minta disebarkan video Penjelasan UFB kahwin di Thailand
» Mimpi kahwin
» Kahwin gantung 7 tahun
» Buku: "Murtad Karena Hukum": Penguasa yg tidak berhukum dengan hukum Allah adalah murtad
» Minta disebarkan video Penjelasan UFB kahwin di Thailand
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum