Hukum makan landak
4 posters
Page 1 of 1
Hukum makan landak
Assalammualaikum,
Penerangan yang dibuat mengenai permasalahan ini adalah berdasarkan fatwa Syeikh ibn Bazz Rahimahullah. Ulama berselisih pendapat mengenai hukum memakan landak, ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan.
Pun begitu yang lebih rajih adalah pendapat yang mengatakan ia halal dimakan, kerana mengikut kaedah asal sesuatu haiwan itu adalah halal melainkan ada dalil yang mengatakan ia haram. Dan tidak diketemui dalil yang menyokong pengharaman haiwan ini.
Turut dibahaskan di dalam fatwa tersebut adalah hukum memakan al-qunfudz (hedgehog). Ini kerana terdapat satu riwayat bahawa ibn Umar ketika ditanya tentang haiwan ini beliau membaca ayat Al-Quran "Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah."
Seorang orang tua kemudian mengatakan Abu Hurairah pernah meriwayatkan yang Nabi S.A.W. pernah bersabda "sesungguhnya ia (al-Qunfudz) adalah keburukan dari keburukan." Lalu ibn' Umar berkata "Jika Rasulullah S.A.W. berkata sedemikian maka benar lah ia."
Daripada sini jelas ibn' Umar tidak pasti sama Rasulullah S.A.W. ada menyebut mengenai al-Qunfudz. Dan ia juga menunjukkan ibn Umar tidak mempercayai lelaki tersebut. Hadis ini diklasifikasi sebagai Dhaif oleh Al-Bayhaqy. Lantas ia menunjukkan bahawa pendapat yang lebih rajih al-Qunfudz halal dimakan.
http://bicaratajdid.blogspot.com/

Re: Hukum makan landak
best ke daging landak ni??
helper- Helper
- Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011
Re: Hukum makan landak
helper wrote:best ke daging landak ni??
sodap, ada satu kedai kat sabak bernam tak salah, and satu dekat n9 yg hidang makanan eksotik2 cam ni..
soalan tambahan, macam mana pulak dgn guinea pig? buaya? saya tanya ni sebab di amerika latin, guinea pig ni memang jadi makanan (jika depa masuk islam boleh tak lagi makan?), guinea pig memang bukan babi, tapi dia termasuk dalam keluarga rodent (tikus), tapoi ikut scientific tupai pun masuk dalam rodent tapi halal...
mohon pencerahan
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Hukum makan landak
yat,
buaya mmg tak boleh sebab ianya "wild (apex predator) beast'; manakala guinea pig, boleh sebab ia sama dgn arnab. cuma bergantung kpd tekak kitala, boleh telan atau tidak sebab tuk nenek kita tak makan...hehehe

thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Hukum makan landak
thtl wrote:yat,
buaya mmg tak boleh sebab ianya "wild (apex predator) beast'; manakala guinea pig, boleh sebab ia sama dgn arnab. cuma bergantung kpd tekak kitala, boleh telan atau tidak sebab tuk nenek kita tak makan...hehehe
Bos guinea pig kan orang panggil argus masa kecik ana pernah org cakap leh makan
Re: Hukum makan landak
Helper kadang ia bukan isu sedap atau takda menatang lain ka nak makan, in case satu hari dari segi medical ada benefit dari hempedu hedgehog atau landak kita dah tahu fiqh nya. Hehehe
Similar topics
» Hukum makan Buffet
» Buku: "Murtad Karena Hukum": Penguasa yg tidak berhukum dengan hukum Allah adalah murtad
» makan di restoran yg tak halal
» Makan daging Haiwan Korban.
» Makan makanan yg dimasak oleh org yg x solat/kafir

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum