Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
2 posters
Page 1 of 1
Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
Assalamualaikum..
Benarkah Imam Abu Hanifah berpendapat boleh baca Al-Fatihah dalam bahasa Parsi?
Kalau betul, teringin juga nak tau apa hujah beliau...
Kalau ada orang yang pendapat macam tu zaman sekarang, mesti kena kata sesat...

Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
Ini jawapan saya yg lama di AFN.
Pembacaan alFatihah dalam Bahasa Farsi (dalam solat) pernah difatwakan oleh Imam Abu Hanifah. Tapi segera dikoreksi oleh dua tonggak madzhab itu: Imam Abu Yusof dan Muhammad alHasan al Syaibani dan ia tidak pernah diamalkan oleh madzhab ini walaupun berlaku seketika di zaman Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah segera menarik balik fatwa beliau dan bersetuju dgn kedua muridnya.
(Kamal al Deen, Ibn alHumam, syarh Fath alQadeer, Beirut; Daar
alFikr 1/284 tt
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
apa hujah Imam Abu Hanifah?
dia berhujah dgn dua ayat:
dia berhujah dgn dua ayat:
danAQ5:48 wrote:
Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
Juga Salman al-Farisi yang menghantar surah al-Fatihah dalam bahasa Farsi kpd negara asalnya dan penduduk Iran solat dgn membaca Fatihah dalam bahasa Farsi (al-Sarakhsi, al-Mabsut, 1:37, an-Nawawi, al-Majmu', 3:380AQ 26:196 wrote:
Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar (tersebut) dalam Kitab-kitab orang yang dahulu.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
Alhamdulilllah... terima kasih Ustaz... Sangat memberi pencerahan..
Mohd. Ikram- AHLI SETIA
- Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011
Re: Pendapat Abu Hanifah baca Al-Fatihah dalam Bahasa Parsi
Di USA, solat dalam bahasa Inggeris dah ada, gerakan Dr Amina Wadood di Virginia, kat youtube pun ada rasanya. Dr Ameena wadood yg mncetuskan kontroversi, bahawa wanita boleh jadi Imam solat berjamaah bagi lelaki dan perempuan
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Similar topics
» Pendapat pelik: Allah berfirman/Nabi bersabda dalam bahasa Melayu?
» pendapat menggalakkan baca quran di kuburan
» Penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Melayu
» Bagaimana 'aqidah kita berkenaan Bahasa Arab yang digunakan dalam al-Quran?
» Ada tak link Kitab al-Bidayah wan nihayah (masa Khulafa' Arrasyidin) dalam bahasa Arab?

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum