semakan:55 sunnah nabi.
+2
thtl
abu_aisyah
6 posters
Page 3 of 4
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
semakan:55 sunnah nabi.
First topic message reminder :
As-salamu 'alaikum,ustaz thtl dan rakan2.apa khabar?
Mihon disemak status/fakta dibawah.
55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.
11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.
15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.
24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Re: semakan:55 sunnah nabi.
Khilaf akan kesahihannya:37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu
و حديث ابن عمر رواه الترمذي في السنن والبيهقي وغيرهما من حديث ابن أبي فديك عن عبدالله بن مسلم عن أبيه عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
"ثلاثة لا ترد اللبن والوسائد والدهن".
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu." ((Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi) -
Mutaqaddimin spt at-Termidzi menyatakan hadith "ghareeb" (petanda dha'if), Ibn Qayyim, kata hadith ma'lul (cacat) dan Ibn Abi Haatim, hadith mungkar (dha'if). syaikh Mahir yg mentahqiq asy-Syama'il Termidzi:
قال الشيخ ماهر بن ياسين الفحل حفظه الله في تعليقه على الشمائل للترمذي الحديث(218) ص 130
hadith dha'if.
Muhaddith spt al-Albani, Ibn Hajar, Imam Nawawi, kata hadith hasan.
Jika ianya sahih/hasan bermaksud, jika kita menjadi tamu, maka jangan tolak tiga perkara, bantal atau sofa stail arab utk bersandar, minuman yg dihidangkan (sekarang ialah jus atau teh) dan minyak wangi.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
Tidak sahih, ini kerana Imam Abu Isa at-Termidzi ada satu bab dlm Syamail Muhammadiah:
34 - باب ما جاء في ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم
bab 34: Perihal ketawa RasuluLlah saw..
ada 9 hadith dalam tu yg menceritakan baginda mmg ketawa dan senyum. bahkan Allah pun ketawa..
dalil:
hadis Bukhari dan Muslim, "Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga....". (Bukhari no: 2671 dan Muslim no: 1890).
Dr Yusof al-Qardhawi berkata, tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak melampau batas dalam ketawa.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
Tidak sahih, bahkan mursal39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
كان أحبُّ الشرابِ إلى رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : الحلوَ الباردَ
الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1895
خلاصة حكم المحدث: الصحيح عن الزهري مرسلا
"Adapun minuman yg paling disukai Nabi saw ialah yang manis dan sejuk" HR Termidzi. kata Imam Abu `Isa, yg sahih dari az-Zuhri, hadith Mursal (dha'if)
Nabi suka apa jua minuman yg ada ditanah arab pada masa itu. baginda dilapurkan menyukai madu, susu, nabiz, dan air sejuk. Ini semua sunnah al-jibliyah atau sunnah yg bersifat peribadi.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
thtl wrote:38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
Tidak sahih, ini kerana Imam Abu Isa at-Termidzi ada satu bab dlm Syamail Muhammadiah:
34 - باب ما جاء في ضحك رسول الله صلى الله عليه وسلم
bab 34: Perihal ketawa RasuluLlah saw..
ada 9 hadith dalam tu yg menceritakan baginda mmg ketawa dan senyum. bahkan Allah pun ketawa..
dalil:
hadis Bukhari dan Muslim, "Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga....". (Bukhari no: 2671 dan Muslim no: 1890).
Dr Yusof al-Qardhawi berkata, tidak benar sama sekali anggapan sesetengah pihak, bahawa Islam adalah agama yg serius dan kering kontang...ada senyum, ketawa dan tangisan...cuma tidak melampau batas dalam ketawa.
1. saya terjumpa ini
Aisyah meriwayatkan, dia berkata,
" Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum."
( HR al-Bukhari no. 8217)
2.bagaiman hadis nabi tidak ketawa (hanya tersenyum nampak gigi;saya tak ingat hadis ini),lalu sahabat bertanya dan kata nabi nabi melihat malaikat memegang sangkakala sedang dlm keadaan bersedia menunggu arahan Allah untuk meniupnya.
Re: semakan:55 sunnah nabi.
1. Hadith Aisyah tu sama dgn kencing. Misalnya Aisyah ra kata, "aku tak perna lihat baginda kencing berdiri" sedangkan sahabat yg ikut baginda smasa kembara dan ekspedisi militeri kata ada. macam tulaa, maka jika Aisyah kata demikian ketika berada di rumah.
Kalau Nabi ketawa pun apa masalahnya sebab baginda adalah diciptakan dari tanah, zuriat Adam & Hawa' juga, bukan dari nur Muhammad pun..maka ciri2 fitrah baginda sama dgn kita, ketawa, menangis dan senyum, bukan suatu yg aib kalau Nabi ketawa. cuma Nabi tidak ketawa terbahak-bahak macam menonton Maharaja Lawak. Baginda ketawa dgn sopan dan tidak lebih2 kerana sifatnya sbg Nabi dan Pemimpin
2. ini susah nak cari kalau anda pun tak berapa nak ingat matannya

Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
Sahih
إِذَا اِسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثاً فَإِنًّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلَى خَيْشُوْمِهِ
Dari Abu Hurayra ra: (sabda Nabi saw): “Apabila seorang di antara kalian bangun tidur, maka beristintsarlah tiga kali, karena sesungguhnya syaitan bermalam di ujung (rongga) hidungnya.” (Muttafaq ‘alaih) ( HR. Al-Bukhari (no. 3295) dan Muslim (no. 238))
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.
Sahih dgn koreksi
ada nas AQ yg banyak, antaranya:
أرأيت الذي يكذب بالدين ، فذلك الذي يدع اليتيم ، ولا يحض على طعام المسكين
AQS al-Maa'uun: 1-3 [“Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin “]
فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنه
AQS adh-Dhuha: 9-10 [“Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah menghardik]
adapun tambahan "Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut"
Tidak ada asalnya kata2 ini dalam kitab2 sunnah
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
thtl wrote:
2. ini susah nak cari kalau anda pun tak berapa nak ingat matannya
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنِ الْعَوْفِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ كَيْفَ أَنْعَمُ وَصَاحِبُ الصُّورِ قَدْ الْتَقَمَ الصُّورَ وَحَنَى جَبْهَتَهُ وَأَصْغَى سَمْعَهُ يَنْتَظِرُ مَتَى يُؤْمَرُ
ustaz, mohon check yang ni.
saya ingat nak buat satu thread pasal ketawa nabi nnt.sbb pemahaman biasa adalah nabi ketawa nabi adalah semyuman nampak gigi shj.nnt ustaz boleh muatkan lah hadis2 berkaitan ya.
Re: semakan:55 sunnah nabi.
HR Ahmad, dari Abu Sa'id bahawa Nabi saw bersabda:" bagaimana aku merasa nyaman (tak kisah) sedangkan yang memegang sangkakala (Malaikat Israfil) telah bersiap siaga meniupnya hanya menunggu perintah sahaja.( disahihkan oleh al-Wad'iy, sahih al-Musnad. 433)
Ini dalil kurangkan ketawa dan banyakkan persiapan utk Hari Akhirat, bukan larangan ketawa secara mutlak, mustahil
Ini dalil kurangkan ketawa dan banyakkan persiapan utk Hari Akhirat, bukan larangan ketawa secara mutlak, mustahil
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
cincin wrote:42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
Sahih
Dari Ali bin Abi Tholib, amirul mukminin, ra berkata :
نَهَانِي رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي أُصْبُعَيَّ هَذِهِ أَوْ هَذِهِ قَال : فأومأ إلى الوسطى والتي تليها
Terj:
"Rasulullah saw melarangku untuk memakai cincin di kedua jariku ini atau ini". Ali mengisyaratkan kepada jari tengah dan yang selanjutnya (yaitu jari telunjuk)." (HR Muslim no 2078)
adapun larangan itu dihukumkan makruh bukan haram. Ia khusus buat lelaki tidak bagi wanita, semua jari boleh (syarah sahih Muslim lil-Nawawi, jld 14)
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
Sahih
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ ثُمَّ قَرَأَ الآيَاتِ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ آلِ عِمْرَانَ حَتَّى خَتَمَ
Dari Abdullah bin Abbas ra, dia berkata: “Kemudian Rasulullah SAW bangun, lalu mengusap (bekas pengaruh) tidur dari wajahnya (kedua mata), lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Ali Imran”. (HR Al Bukhari : 4571 dan Muslim : 763)
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.
sahih dengan koreksi
قال صلى الله عليه وسلم "اجْتَمِعُوا عَلى طَعَامِكُم وَاذْكُروا اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ " رواه أبو داود (3/346)، وابن ماجه (2/1093)، وحسَّنه شيخُنا الألباني في "السلسلة الصحيحة" (664).
'Makanlah beramai-ramai, dan bacalah Bismillah, nescaya makanan itu menjadi berkat.'- direkodkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah, hadith hasan kata al-Albani
Namun sunnah juga makan berdua, yakni dgn isteri..tidak semestinya sunnah makan berjamaah sepanjang masa
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.
Sahih
Ianya dinamakan solat qabliyah Zuhur 4 rakaat, dalil:
أنَّ رسولَ اللَّهِ -صلَّى اللَّهُ عليهِ وعلَى آلِه وسلَّمَ- كانَ يُصلِّي أربعًا بعدَ أن تَزولَ الشَّمسُ قبلَ الظُّهرِ فقالَ : إنَّها ساعةٌ تُفتَحُ فيها أبْوابُ السَّماءِ وأُحبُّ أن يصعدَ لي فيها عملٌ صالحٌ
الراوي: عبدالله بن السائب المحدث: الوادعي - المصدر: الصحيح المسند - الصفحة أو الرقم: 568
خلاصة حكم المحدث: حسن على شرط مسلم
Rasulullah saw sentiasa solat 4 rakaat qabliah zuhur dan bersabda:
"Sesungguhnya ada suatu saat di mana semua pintu langit dibuka maka saya ingin sekali bahawa pada saat itu ada suatu amal kebaikanku yang naik ke sana." HR Ahmad, Termidzi, disahihkan oleh al-Wad'iy katanya hasan (al-Sahih al-Musnad, dorar)
adapun tambahan " tertutup ketika solat zohor " tiada asalnya dan pelik kenapa pintu langit ditutup ketika solat?" Tiada asalnya
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
sahih, dalil hadith:
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
sahih
ما عابَ النبي صلَّى اللهُ عليه وسلَّم طَعامًا قَطُّ، إنِ اشْتَهاه أكله وإلا تَرَكَه
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 3563
Dari ABu Hurairah, " Nabi saw tidak pernah mencela makanan, jika dia suka dia makan, jika dia tak suka, dia biarkan saja." Muttafaq alaih
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.
sahih, dalil hadith:
كان رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إذا أتى بابَ قومٍ لم يستقبلِ البابَ من تلقاءِ وجهِه ، ولكن من ركنِه الأيمنِ أو الأيسرِ ، ويقولُ: السلامُ عليكمُ السلامُ عليكمُ وذلك أن الدورَ لم يكن عليها يومئذٍ ستورٌ.
الراوي: عبدالله بن بسر المحدث: الألباني - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 5186
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Terj:
Dari Abdullah bin Busr, beliau berkata, “Apabila Rasulullah SAW mendatangi kediaman suatu kaum, beliau tidak menghadap ke arah pintu rumah dengan wajahnya, akan tetapi beliau memalingkan wajahnya ke arah kanan atau kiri, dan berkata: “Assalamu ’alaikum, assalaamu ’alaikum”. Hal itu dikarenakan rumah kediaman di saat itu belum memiliki penghalang seperti daun pintu.” (HR. Ahmad dan Abu Daud) disahihkan oleh al-Albani dalam sahih Abu Daud
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
sahih49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
عنِ المُهاجرِ بنِ قُنفذٍ ، أنَّهُ أتى النَّبيَّ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ - وَهوَ يبولُ فسلَّمَ عليهِ ، فلم يرُدَّ عليهِ حتَّى توضَّأَ ، ثمَّ اعتَذرَ إليهِ فقالَ إنِّي كَرِهْتُ أن أذكرَ اللَّهَ تعالى ذكرَه إلَّا علَى طُهْرٍ أو قالَ : على طَهارةٍ .
الراوي: المهاجر بن قنفذ المحدث: الوادعي - المصدر: الصحيح المسند - الصفحة أو الرقم: 1161
خلاصة حكم المحدث: صحيح
terj:
Dan dari al-Muhajir bin Qunfudz, ia pernah datang kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang saat itu beliau sedang buang air kecil. Lalu ia mengucapkan salam kepadanya. Beliau tidak menjawabnya sehingga beliau berwudhu. Lalu Nabi menyampaikan alasannya, beliau bersabda: Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla kecuali dalam keadaan suci. HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Wad'iy, al-sahih al-Musnad
Apakah berdehem atau isyarat suara itu tsabit?
Tidak thabit
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
sahih
Dari Ibnu Abbas ra,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
Nabi saw melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan disahihkan oleh syaikh Syuaib Al-Arnauth).
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.
sahih
أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ؟أُتيَ بلَبَنٍ قد شيبَ بماءٍ، وعن يَمينِهِ أعْرابيٌّ، وعن شِمالِهِ أبو بكرٍ، فشَرِب ثم أعطَى الأعْرابيَّ وقال : ( الأيمَنَ فالأيمَنَ ) .
الراوي: أنس بن مالك المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 5619
terj: Dari Anas ra: Nabi saw pernah diberi susu (kambing) yang dicampur dgn air, terdapat di sisi kanan baginda seorang Arab dusun dan di sisi kiri pula Abu Bakar. baginda lantas meminumnya dan bakinya diberikan kpd Arab Dusun dan bersabda, " passing ke kanan, kanan lagi." Muttafaq alaih
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.
Sahih dgn penjelasan:
نْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : أَوْصَانِي خَلِيلِي صلى الله عليه وسلم بِثَلاثٍ : صِيَامِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ , وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى , وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Terj:
Dari Abu Hurayra ra: Kekasihku saw berwasiat kepadaku agar berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat sunat dhuha, dan solat witir sebelum tidur. Muttafaq alaih, ini HR Bukhari, no 1845
Nota:
1. Khilaf akan wasiat nabi khusus kpd sahabat, apakah ia utk semua atau khusus kpd sahabat. ia khusus buat sahabat kerana Nabi saw melihat kemampuan dan kedudukan seseorang sahabat. sahabat yg lain dia melakukan amal dgn pedang dan yang lain dgn businessnya.
2. Puasa 3 hari setiap bulan boleh bermaksud mana2 tiga hari minima sebulan, atau 13-14-15 hb hijri, dan isnin dan khamis.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
sahih, tapi nasnya Dhaif53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.
مرَّ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ على رجلٍ نائمٍ في المسجدِ مُنبطِحٍ على وجْهِهِ فضربَهُ برجلِهِ وقالَ قُم واقعُد فإنَّها نَومةٌ جَهنَّميَّةٌ
الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 751
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
Terj: Nabi saw pernah melewati seseorang yg tidur (dlm mesjid Nabawi) dengan posisi meniarap, maka Nabi cuit dengan kakinya dan bersabda," bangun, ini posisi tidur penduduk neraka jahannan."
dha'if Ibn Majah.
dibenci Allah adallah sahih:
وقال: ( إنَّ هذه ضِجْعَةٌ لا يُحِبُّها اللهُ )
الراوي: أبو هريرة المحدث: ابن حبان - المصدر: صحيح ابن حبان - الصفحة أو الرقم: 5549
خلاصة حكم المحدث: أخرجه في صحيحه
"sesungguhnya tidur posisi meniarap adalah tidak disukai Allah." HR Nasa'iy dan Ibn Hibban mensahihkannya
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
cadangan saya, klau ustaz dh tentukan kesahihan kesemua hadis ni, klau sesiapa free, blhlh tlng susunkan ke, biar dia jadi compact. lps tu, kita sebarkan ramai2 kat whatsapp ke, fb ke.. insyaAllah, dpt pahala... klau nk lgi best, promote website ni skali kt situ. insyaAllah dpt bantu rmai orng n secara x lngsung, perbuatan2 yg orng kita buat tpi x tau diaorng slh (mcm bidaah dll), mngkin diaorng akan terfikir psl bnde ni klau diaorng terlihat post2 kita
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Re: semakan:55 sunnah nabi.
sapa yg nak volunteer Ok, dapat pahala banyak kerana membetulkan salah amalan sunnah dalam masyarakat kita
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
Tidak sahih
Tidak ada hadith akan kaifiyat atau tatacara memegang kayu sugi, sebab ia pelbagai saiz dan panjang/pendek.
Dr Yusof al-Qardhawi (Fiqh Taharah) membahaskan siwak vs Oral hygiene (penjagaan gigi secara moden)
Menurut beliau, golongan literal (yg amalkan maksud zahir hadith) menetapkan sunnah hanya dgn siwak yakni kayu miswak yg datangnya dari India dan tanah Arab; manakala golongan yg guna fiqh maqosyid (ruh sunnah), oral hygiene juga termasuk dalam konsep siwak. Maksudnya sapa yg guna kayu sugi pun sunnah, yang guna berus gigi nylon bristle pun sunnah, guna ubat gigi, gargle dgn Listerine dan juga mendapat rawatan pergigian stiap 6 bulan pun sunnah oral juga.
Amalan yg selamat, guna berus gigi, dan guna ubat gigi yg mengandungi ekstrak pati miswak.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
Akhir sunnah 55 wrote:55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....
Sahih Nas Hadith
Dari A’isyah ra, bahwa Nabi saw bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Terj:
”Dua rakaat fajar, lebih baik dari pada dunia seisinya.” (HR. Muslim 725, Nasai 1759, Turmudzi 416, dan yang lainnya).
Fiqh:
ia adalah solat sunat qabliyah subuh. Maksud lebih baik dari dunia dan seisinya adalah pahalanya amat besar, bukan maksud kalau solat dua rakaat ni seseorang akan lebih kaya dari Bill Gates atau TS Syed Mukhtar al-Bukhari dari segi kekayaan fizikal. Pahala solat ni akan diclaim di Akhirat nanti. Adapun dii dunia, selepas solat sunat subuh dan solat subuh, dia masih kena pergi opis mencari rezki macam biasa, kena trafik jm dsbnya. cukup bulan terima gaji. hakikat hadith ini iala pahalanya begitu besar kerana degree of difficulty atau tahap kesukarannya amat sukar dilaksanakan oleh kebanyakan umat islam sejak dulu.
Last edited by thtl on Thu Jun 05, 2014 11:20 pm; edited 1 time in total
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
MAKA TAMATLAH TAHQIQ (SEMAKAN SEMULA BERASASKAN KAJIAN DALIL) KE ATAS 55 AMALAN SUNNAH YG FEMES DI FB.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: semakan:55 sunnah nabi.
alhamdulillah
abu_firdaus- AHLI
- Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi
Re: semakan:55 sunnah nabi.
ustaz, hadis hasan ni kira boleh diamalkan ke ustaz?
hafiz- AHLI
- Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Benarkah Syariat Nabi Muhammad s.a.w. Lebih Ringan Berbanding Nabi-Nabi Terdahulu?
» Cerita Kisah Nabi-Nabi
» Tidak boleh bercakap dengan orang mati, tetapi Nabi Muhammad (s.a.w) bercakap dengan nabi lain yg telah wafat
» Takhrij dan Semakan Semula Hadith Kitab Tahzib Al-Atraf Al-Hadith
» 20 Hadith Maqlubah (13) - Tawassul OKU penglihatan dengan Nabi saw 20:13 Perihat Tawassul dengan Diri Nabi saw

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum