BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Status hadis 1 golongan sahaja daripada 73 golongan umat Muhammad saw yg selamat

2 posters

Go down

Status hadis 1 golongan sahaja daripada 73 golongan umat Muhammad saw yg selamat Empty Status hadis 1 golongan sahaja daripada 73 golongan umat Muhammad saw yg selamat

Post by intan Sat Nov 17, 2012 8:05 pm

Salam alaik,

Boleh saya tahu status hadis ini,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”
Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Jika benar statusnya sahih, apakah ciri-ciri golongan yang selamat itu, dan panduan buat umat di zaman penuh fitnah ini?

Jazakallahu khoiran.

intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Status hadis 1 golongan sahaja daripada 73 golongan umat Muhammad saw yg selamat Empty Re: Status hadis 1 golongan sahaja daripada 73 golongan umat Muhammad saw yg selamat

Post by Ad-Dien Sat Nov 17, 2012 11:26 pm

intan wrote:Salam alaik,

Boleh saya tahu status hadis ini,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya bani Israel telah berpecah-belah menjadi 72 golongan, dan umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan. Mereka semua di Neraka kecuali satu golongan.”
Para sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang selamat) wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya.” [Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Jika benar statusnya sahih, apakah ciri-ciri golongan yang selamat itu, dan panduan buat umat di zaman penuh fitnah ini?

Jazakallahu khoiran.


Daripada Jawapan lama Syaikhana THTL:


حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ حَدَّثَنَا صَفْوَانُ ح و حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ قَالَ حَدَّثَنِي صَفْوَانُ نَحْوَهُ قَالَ حَدَّثَنِي أَزْهَرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَرَازِيُّ عَنْ أَبِي عَامِرٍ الْهَوْزَنِيِّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ
أَنَّهُ قَامَ فِينَا فَقَالَ أَلَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فِينَا فَقَالَ أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ زَادَ ابْنُ يَحْيَى وَعَمْرٌو فِي حَدِيثَيْهِمَا وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ لِصَاحِبِهِ وَقَالَ عَمْرٌو الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَهُ
terj:

(HR Abu Daud, no.3981, lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Yahya keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Al Mughirah berkata, telah menceritakan kepada kami Shafwan. (dalam jalur lain disebutkan) Amru bin Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Baqiyyah ia berkata; telah menceritakan kepadaku Shafwan seperti itu. Ia berkata, "telah menceritakan kepadaku Azhar bin Abdullah Al Harazi dari Abu Amir Al Hauzani dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan Bahwasanya saat sedang besama kami ia berkata, "Ketahuilah, ketika sedang bersama kami Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahlu kitab berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua golongan masuk neraka dan satu golongan masuk surga, yaitu Al Jama'ah." Ibnu Yahya dan Amru menambahkan dalam hadits keduanya, "Sesungguhnya akan keluar dari umatku beberapa kaum yang mengikuti hawa nafsunya seperti anjing mengikuti tuannya." Amru berkata, "Seekor lekat dengan tuannya, yang jika ada tulang bersamanya pasti dia akan mengikutinya."

Tahqiq: Kata syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh:

الراوي:-المحدث:ابن تيمية - المصدر:مجموع الفتاوى- الصفحة أو الرقم:3/345
خلاصة حكم المحدث:صحيح مشهور في السنن والمسانيد

Sahih masyhur dalam kitab2 sunan dan masaanid
Hadith ni dha`if di sisi Ibn Hazm dan Dr Yusof al-Qardhawi (Fiqh Ikhtilaf fil Islam)
Mereka mendha`fkan kerana hadith ni boleh dimaqlubkan atau diselewengkan maksudnya.

Bagaimana hadith ni difahami secara songsang (maqlubah)?

1. Orang mula menghitung jama`ah, kumpulan, tareqat, NGO dan parti di dalam negara masing-masing sampai angka 73 dan menyesatkan 72 kumpulan, dan hanya membenarkan 1 kumpulan sahaja yg masuk syurga. Ini pernah dilakukan oleh KH Sirajuddin Abbas (semuga Allah mengampuninya) dalam kitabnya "I`tiqad ASWJ" telah menghitung 73 puak dan menyesatkan 72 puak tersebut (salah satunya wahabiah)

2. Setiap jama'ah dan kumpulan Islam akan menganggap dan meyakini bahawa merekalah golongan yang selamat itu, thaifah mansyuurah, kumpulan ASWJ, atau tha'ifah najiah, dll.

Tahqiq: Ini adalah fahaman yang maqlubah (songsang), menzalimi hadith Nabi, dan menzalimi kumpulan yang mereka telah sesatkan dan telah divonis (cop) masuk neraka.
Pemahaman yang betul tentang hadith ini jika kita menetapkan ia hadith sahih atau hasan, ialah perpecahan memang benar-benar terjadi ke atas umat Islam, kalau kita tak berpecah, masakan kita menjadi 56 buah negara OIC! Sebab itulah kita lemah, dijajah dan hina di atas pentas politik dunia. Perpecahan ini berlaku bukan dalam jangkawaktu tertentu atau di sesebuah lokaliti sahaja, melainkan perpecahan yang panjang dan merata, bermula dari zaman Nabi saw lagi, mendapat momentum semasa pembunuhan Uthman hinggalah zaman kejatuhan khilafah Uthmaniah, seterusnya era penjajahan dan terus menerus hingga Kiamat.
Perpecahan di zaman Nabi ialah ujudnya golongan munafiq, dan inilah ibu segala perpecahan, seperti virus atau kanser yg menunggu masa untuk strike. Dalil keujudan golongan munafiq ialah:
AQT 2:08 [Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian ," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman]

Dari golongan munafiq inilah mereka muncul di zaman Abu Bakar dengan murtad dari agama, pembunuhan Umar oleh majusi y g juga munafiq, kekacauan di zaman Uthman dan Ali oleh munafiq, Ibn Saba', kemudian Khawarij, Muktazilah, Qadariah, hingga terus menerus ke abad 20 dengan Qadiani dan anti-hadithnya. Dan sekarang muncul pulak gerakan Liberal atau JIL kini. Kisah perpecahan ini hendaklah di lihat dalam kitab2 karya al-Syahrastani, Ibn Hazm dan Khatib al-Baghdadi.
Terkecuali dari hadith perpecahan ini ialah perselisihan dalam masalah furu' akidah, seperti kata DYQ, perselisihan antara golongan salafiyah vs asya'irah dalam masalah sifat Allah, perselisihan dalam masalah furu' fiqih atau madzhab, itu adalah masih dalam kerangka perselisihan yang dibenarkan.

Isu penting dalam hadith ini ialah, ialah siapakah 'al-jama'ah' atau siapa yang mengikuti jalanku dan sahabat2ku? Maka masing-masing di antara kita, mulai sekarang tekunlah menyelidiki siapakah golongan ASWJ, mengenali manhaj yang pertengahan, yg paling hampir dengan kaum salaf. Jangan cepat ingin mendakwa anda benar berada di atas jalan salaf, dan orang lain tidak, tapi pastikan dulu sejauh mana anda telah memahami intipati ajaran kaum salafus-soleh dan telah merasai kemanisan beramal dgn ajaran ASWJ itu. sekian


Allahua'lam
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum