BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

4 posters

Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Tue Nov 04, 2014 8:40 am

Salam

Kerajaan naikkan harga petrol Ron95 sebab subsidi dikurangkan ...
Kemudian harga minyak dunia merudum jatuh....
Pada 31 Oct , Tim.menteri Ahmad ada sebut di Bernama

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Raya Mohamad Noh di Jelutong Laut di sini hari ini.

berapa harga sebenar Ron95 di Malaysia ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by rd73 Tue Nov 04, 2014 8:50 am

sekarang tinggal subsidi rm0.28 jer. harga tanpa subsidi 2.30 + 0.28= rm2.58.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Tue Nov 04, 2014 9:01 am

rd73 wrote:sekarang tinggal subsidi rm0.28 jer. harga tanpa subsidi 2.30 + 0.28=  rm2.58.

1.di mana rakyat boleh tengok ?
2. jika dikenakan cukai jualan untuk petrol bagaimana pulak ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by rd73 Tue Nov 04, 2014 9:18 am

1 & 2 dalam web

www.kpdnkk.gov.my

petrol mana ada kena gst.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Tue Nov 04, 2014 9:20 am

Harga petrol + subsidi ada dipamirkan pada setiap pam di stesyen minyak
2. petrol akan kena GST pada total sale

katakan kita isi petrol RM50 + 6% GST=RM53
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by rd73 Tue Nov 04, 2014 9:33 am

bos,

ron95, diesel dan gas masak lpg tak kena gst.
ada dlm bajet 2015. dulu cukai sst 16% tinggi, sekarang gst 6% ok ler.


bos sekarang duduk saudi lagi best 2x tak kena. hehe

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Tue Nov 04, 2014 11:30 am

TQ bro RD...
yg kena RON 97 ajelaa yek?

saudi, heaven, tax free country...petrol RON 95, 50 sen/liter
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by rd73 Tue Nov 04, 2014 11:53 am

ron97 kena... income rm10 K jer guna, keta 2.0 liter keatas jer guna.

saudi... 50 sen. bertuahlah siapa tinggal kat sana...dengar camry 2.5v series baru hanya usd15k ?

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Tue Nov 04, 2014 11:59 am

rd73 wrote:1 & 2 dalam web

www.kpdnkk.gov.my

petrol mana ada kena gst.

kenyataan dari BERNAMA.

Kerajaan Ada Dua Pilihan Jika Harga Minyak Dunia Terus Turun


PONTIAN, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.

"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Raya Mohamad Noh di Jelutong Laut di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan jika harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Buat masa ini, harga minyak RON95 ialah RM2.30 seliter tanpa cukai.

Sehingga semalam, minyak mentah Brent turun di bawah US$87 setong berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pontian berkata kedua-dua pilihan itu merupakan antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mengkaji struktur skim penstrukturan semula subsidi bahan api baharu pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal pada Rabu depan.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak," katanya.

Mengulas langkah kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo, turut dikenali sebagai Jokowi yang berhasrat mengubah struktur subsidi bahan api, Ahmad berkata secara tidak langsung ia membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami berhubung langkah pengurangan subsidi minyak.

Katanya kedua-dua negara menghadapi masalah sama apabila memberi subsidi yang tinggi untuk menurunkan harga minyak tetapi pada masa sama, golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi paling ramai menerima subsidi itu berbanding mereka yang miskin atau sederhana miskin.

Jokowi dilaporkan merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel kira-kira 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas majlis angkat sumpah jawatan, tindakan yang dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira AS$13 bilion (RM39 bilion) tahun depan.

Sementara itu, katanya jumlah syarikat perniagaan yang mendaftar bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) meningkat apabila hampir 2,500 buah syarikat mendaftar setiap hari.

Setakat ini, katanya 115,289 buah syarikat sudah berbuat demikian.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan kerajaan meningkatkan sasaran awal sebanyak 123,000 kepada 200,000 buah syarikat yang berdaftar sehingga tarikh akhir, 31 Disember ini.

-- BERNAMA

najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Wed Nov 05, 2014 7:49 am

dengan keadaan harga minyak dunia yang semakin jatuh, ada kebarangkalian kerajaan mansuhkan subsidi dengan kekalkan harga semasa ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Wed Nov 05, 2014 9:29 am

Kat USA sejak turun temurun camtu...harga petrol berubah setiap hari macam stok market. dia akan display kat highway harga semasa RON tu...langsung tak ada subsidi melainkan ikut harga minyak di pasaran dunia.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by abu_firdaus Wed Nov 05, 2014 9:41 am

agaknya ada tak org kat negara2 tu yg buat spekulatif market..contoh nya, bila murah dia beli & simpan stok. bila mahal, dia pakai stok dia.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Wed Nov 05, 2014 9:43 am

thtl wrote:Kat USA sejak turun temurun camtu...harga petrol berubah setiap hari macam stok market. dia akan display kat highway harga semasa RON tu...langsung tak ada subsidi melainkan ikut harga minyak di pasaran dunia.

di Malaysia Ron97 yang ikut harga pasaran sepatutnya..tapi tak ikut juga ...
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Wed Nov 05, 2014 10:13 am

cuma kita kena tahu jika harga Brent petrol dunia USD86 setong, berapa harga runcit tanpa subsidi...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Wed Nov 05, 2014 10:16 am

thtl wrote:cuma kita kena tahu jika harga Brent petrol dunia USD86 setong, berapa harga runcit tanpa subsidi...

Ron95 = Brent brp ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Wed Nov 05, 2014 10:24 am

Brent crude oil USD86.00 satu tong.
itu crude oil, kos hantar ke refinery dari port di Dhahran saudi arabia ke port dickson guna super tanker.

tak tahu macam mana costing dia sampai jadi retail RON 95 berharga RM 2.30 + subsidi
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Thu Nov 06, 2014 11:56 am

walaupun harga minyak dunia turun , kerajaan tiada sebab untuk turunkan harga minyak Malaysia ??

Putrajaya masih belum memutuskan untuk menurunkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak mentah dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan itu berkata, pada ketika ini kerajaan masih membayar subsidi sebanyak RM0.12 sen seliter bagi RON95.
"‎Sekiranya harga minyak mentah turun di pasaran hingga Disember 2014, secara relatifnya purata harga minyak mentah 2014 tidak jauh dari anggaran asal tahun ini," katanya ketika penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
"Persoalan untuk menurunkan harga minyak masih belum berbangkit kerana sekarang ini kerajaan masih beri subsidi 12 sen satu liter bagi RON95."
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih lagi mengkaji langkah terbaik sekiranya harga minyak mentah dunia terus mengalami penurunan.
"Langkah terkenal selalu dibuat adalah dengan menurunkan harga. Itu yang memang biasa dibuat, ataupun kita bercadang untuk mengenakan cukai jualan.
"Namun cukai jualan ini tidak lama kalau kalau kita laksanakan iaitu hanya sehingga 1 April 2015 kerana digantikan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana petrol dikecualikan ‎daripada cukai tersebut," katanya. – 6 November, 2014.

Malaysia Insider
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by najib76 Mon Dec 01, 2014 4:33 am

Kerajaan umum harga Ron 95 turun 4 sen kepada RM2.36...
dan Ron 97 turun 9 sen kepada RM2.46...

adakah berbaloi ??
sekadar bertanya ..
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by thtl Mon Dec 01, 2014 8:50 am

Tak, sebab harga runcit tanpa disubsidi di USA ialah RM1.90 sen...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Harga sebenar Ron95 di Malaysia ... Empty Re: Harga sebenar Ron95 di Malaysia ...

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum