Mimpi suami meninggal dunia

View previous topic View next topic Go down

Mimpi suami meninggal dunia

Post by andrea_rajakanu on Wed Aug 12, 2015 1:49 pm

Assalamualaikum Ustaz,

Semalam saya telah bermimpi suami meninggal dunia. Didalam mimpi saya, suami saya meninggal dunia di atas sebab sebab yang tidak diketahui secara mengejut. Ramai orang mengiringi jenazah beliau hingga ke tanah perkuburan. Dan saya terbangun sebaik saja jenazah tiba ditanah perkuburan.

harap ustaz boleh tolong tafsirkan mimpi saya.

untuk pengetahuan tuan, saya dan suami baru berkahwin pada awal tahun ini (Januari 2015). Saya berumur 30 tahun. Saya sebelum ini adalah seorang ibu tunggal (cerai hidup) yang bekerja di salah sebuah pusat kesihatan, memiliki seorang anak lelaki dari perkahwinan pertama berumur 12 tahun september 2015 ini dan suami (berumur 30 tahun) sebelum ini adalah seorang duda (cerai hidup) dan bekerja di salah sebuah makmal darah sektor swasta, memiliki seorang anak perempuan berumur 10 tahun dari perkahwinan pertama.

Sekian Terima kasih

andrea_rajakanu
AHLI
AHLI

Posts : 7
Points : 15
Join date : 26/01/2013

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum