BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Umrah Persendirian Part 2

+14
Ibnu Sarkawi
mohdnasir
nurhikmah99
asha2000
norliha
Andhy Putra
Mohamad hafiz
msaadhamid
syuaib
najib
abu_firdaus
Ad-Dien
thtl
umrah persendirian
18 posters

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Tue Mar 18, 2014 7:56 pm

Saya "UP" mendoakan tuan/puan semua yang membaca tread ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta segera dapat menunaikan UMRAH atau HAJI dengan apa cara yang di halalkan oleh syarak. Mohon juga saudara pembaca kelian mendoakan untuk pembaca yang lain

Salam untuk semua

Saya ingin mencadangkan usul saya tempoh hari untuk di bincangkan:

Saya ingin mencadangkan Bagi Perlaksanaan Umrah Persendirian


  1. Mana-mana pihak menjadi coordinator kepada umrah tanpa pakej atau tanpa melalui TA. Teruma forum ini di bawah kelolaan ustaz THTL menjadi coord itu.
  2. Mengumpul peserta/ jemaah yang membeli tiket persendirian samaada AA/NasAir atau lain-lain untuk di gabungkan di peringkat KSA bagi tarikh yg sama bagi tujuan ground svs pada kadar yg berpatutan. Jangkaan saya bagi bil hari 13H11M untuk ground svs akan melibatkan perbelanjaan tidak melebihi RM1K8, jika tiket pada kadar SAR1999, jumlah keseluruhan RM3553.26 (RM1753.26 + RM1800)
  3. Mana-mana tarikh, tiket boleh di beli oleh jemaah pesendirian dan akan bergabung di peringkat keberangkatan di KUL.
  4. Jika cadangan ini di terima, pohon buka satu ruang forum baharu di bawah satu tajuk khusus umrah persendirian dan ustaz thtl melalui forum ini bertindak sebagai pengumpul peserta. Jika mendapat sambutan, para peserta mohon hebahkan kepada rakan-taulan.


Tujuan mengadakan pakatan umrah cara ini bukan nak menidakan usaha TA, biarkan pakej TA untuk yang lebih mencari keselesaan dan kesenangan tanpa mengurusnya sendiri.

Tiket normal Airasiaatau Nas Air tidak akan dapat di bawah RM2000. Jadi elok kalau kita sedia sahabat yang nak tunaikan umrah dan bersedia beli tiket sendiri apabila ada offer. Cuma saya cadangkan di adakan forum ini untuk di bincangkan terlebih dahulu

  1. permasalahannya serta menghilangkan tahap pemikiran kebanyakan orang kita Malaysia bahawa mengerjakan umrah mesti ikut pakej TA.
  2. Mengurangkan kebimbangan bakal jemaah tentang perkara kurang elok yang sering di ceritakan walhal tiada bukti.
  3. Memperbanyakan orang Malaysia yang masih sihat terutamanya kaum muda  untuk mengerjakan umrah kerana belanja rendah.Budget RM3.5K kebawah bagi 2014 ini. (kebanyakan TA sudah offer 4.5K ke atas. Ada yang offer 7k dgn hotel paling dekat Masjidil hHaram)


Sekian.


Last edited by umrah persendirian on Thu Jun 12, 2014 9:40 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : formating)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Tue Mar 18, 2014 8:50 pm

atas permintaan saudara kita dah buka topik baru
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Ad-Dien Tue Mar 18, 2014 10:31 pm

wah sampai nama forumer pun umrah persendirian? ajibb wallah KohKohKoh
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 12:07 am

dia nak start slogan: "Sekarang, semua org boleh Umrah!" atau "Now, everybody can perform Umra"
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Wed Mar 19, 2014 4:34 am

Assalaimulaikum tuan admin dan pengunjung kalian.

1. Pertama sekali saya ucapan terima kasih kepada tuan admin thtl kerana telah membuka ruangan baru ini. Juga kecepatan admin menyiarkan permintaan ini walaupun ia di hantar malam tadi jam 12 lebih

2. Perkara berkenaan nama saya, juga mohon maaf kepada admin Ad-Dien kerana menggunakan pakai nama seperti di atas sebagai nama forumer, bukan nak cari apa, sudah di letakan masa buka akaun dulu. nama saya sebenar ialah Abdullah Ahmad.

Terima Kasih untuk semua.  

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Wed Mar 19, 2014 9:11 am

TQ wa syukran Abdullah di atas semangat anda nak bantu umat Islam Malaysia menjimatkan kos utk umrah dan ziarah
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Thu Mar 20, 2014 9:14 am

nanti la setahun dua lagi
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Thu Mar 20, 2014 7:07 pm

Assalaimulaikum Tuan ustaz

Pada jan 2014, saya dan keluarga telah menunaikan umrah dengan cara beli tiket AA offer dan ambil KSA ground servis seperti yang saya telah ceritakan di forum umrah lone ranger

Sekembalinya dari Mekkah, timbul keinginan untuk melakukan umrah lagi, sedangkan kemampuan terbatas. Tapi saya tetap memikirkan umrah cara persendirian ini dengan mengumpulkan lebih kurang 10 orang setiap kumpulan bagi tujuan penjimatan kos pengangkutan dan hotel. Juga saya merasakan betapa jimatnya bila menunaikan umrah cara tersebut. Terfikir ramainya orang Malaysia yang kaya-raya berbelanja besar untuk menunaikan umrah, bahkan tidak keterlaluan kalau di katakan ada yang melebihi kos mengerjakan haji kerana tinggal di hotel mewah.

Saya mula memikirkan bagaimana nak beritahu org Malaysia yang kurang mampu seperti saya ini untuk mengerjakan umrah. Bila searching, terjumpa forum ustaz untuk melahirkan hasrat tersebut. Jadi saya mencadangkan dan ustaz dah buka forum baru.

Saya juga mengkaji kenapa harga pakej umrah lebih mahal, antara faktornya ialah:

1. Kos Penerbangan
2. Kos Hotel
3. Tempoh pakej
4. Waktu Puncak/Cuti Sekolah di Malaysia
5. Keuntungan syarikat Pengendali (TA) terutamanya yang sudah ada nama.

kelima-lima perkara ini boleh di atasi jika kita merasakan perlu atau sekurang-kurangnya 3/5 iaitu 1,2 dan 5.
Maafkan saya kerana meletakan keuntungan TA, saya sedikitpun tidak rasa cemburu ke atas keuntungan mereka kerana perniagaan mereka adalah itu.

Akhirnya saya mengajak pembaca terutama orang muda untuk melakukan umrah cara persendirian ini. Kalau saya tanya, berani pergi Indonesia cara sendiri, ataupun Vietnam dan juga China. Jawapan sudah pasti .................

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian Thu Mar 20, 2014 7:27 pm

Umrah Persendirian bukanlah di miliki oleh sesiapa, ia merupakan cadangan diatas landasan berbuat kebajikan melalui permaupakatan. Pendekatan ini diharapkan akan meningkatkan tahap ketakwaan kita melalui program permaupakatan umrah cara persendirian sebagini.

Lantaran itu mereka yang berpengalaman adalah sandaran kumpulan umrah persendirian untuk mengurus UMRAH & ZIARAH kumpulan. Semoga objektif tersebut akan dapat sama-sama kita realisasikan, insyaAllah.

Ini bersesuaian sangat dengan seruan suci...didalam firman Allah S.W.T - surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu sempurnakan haji dan umrah kamu kerana Allah Taala"  dan di dalam ayat berikutnya 197 yang bermaksud "Hendaklah kamu menyediakan bekalan dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa".


MOTO
"DILANDASAN KEBAJIKAN, MENYUBUR KEIMANAN, MENINGKAT KETAKWAAN"


VISI
Menjadi sebuah kumpulan yang berwibawa didalam memberi perkhidmatan secara sukarela  yang berkualiti kepada setiap jemaah yang meyertai, bersesuaian dengan pengharapan mereka yang inginkan kemudahan dan keselesaan ketika melakukan ibadah umrah dengan kos yang sangat manima dan berpatutan.


MISI
Umrah Persendirian berorientasikan:
Menjadikan Umrah Persendirian terbaik kepada semua ahli jemaah.
Mewujudkan kompetitif bersesuaian dengan kehendak, kemampuan serta kemahuan jemaah yang meyertai.
Mutawif / Pemandu umrah di kalangan jemaah yang telah berpengalaman atau khidmat dari pelajar Malaysia dari Univerti Islam Madinah dan Universiti Islam Mekkah.

        إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللهِ أَتقاكُم     
سورة الحجرات: الآية 14  
”Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling TAQWA"
                   (Surah Al-Hujuraat: 14)


KEISTIMEWAAN MENGERJAKAN UMRAH PERSENDIRIAN
       
• Mengerjakan umrah pada kadar harga lebih rendah/manima
• Dapat melakukan ibadah umrah secara bebas. Tidak terikat dengan program.
• Makanan – ala Malaysia pada harga termanpu
• Mencari Penginapan di hotel berhampiran masjid Nabawi dengan tidak lebih 250m
• Hotel dalam linkungan 100m- 500m dari Masjidul Haram pada harga berpatutan
• Kursus Umrah di lakukan oleh peserta yang berpengalaman
• Pembimbing di kalangan jemaah atau pelajar Malaysia sepanjang melakukan umrah
• Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Madinah
• Ziarah ke tempat bersejarah di Mekah termasuk tempat-tempat ibadah Haji
• Ziarah Musium Mekah di Hudaibiah
• Penyampaian seerah Rasulullah s.a.w


UPAH HAJI/AQIQAH/QORBAN
UPAH UMRAH               RM 250 (cadangan)                  
UPAH HAJI                  Bergantung kepada pihak yang akan melakukannya (student)      
AQIQAH / KORBAN DI MAKKAH  RM450 (harga standard)  

Bagi tujuan meringankan perbelanjaan, jamaah boleh mendapatkan dari kenalan/saudara-mara yang berhajat UPAH UMRAH. Ia boleh dilakukan sendiri oleh jemaah setelah menyelesaikan umrah wajidnya.  

Bagi Aqiqah dan Qurban serta upah Haji boleh di serahkan kepada Pelajar kita di Mekah atau Madinah.

            SEMOGA  PAHALA BERLIPAT GANDA UNTUK SEMUA

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Fri Mar 21, 2014 4:12 am

cuma satu je sy nak kepastian dari pakar : apakah hukum "upah umrah"?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Upah Umrah

Post by umrah persendirian Fri Mar 21, 2014 8:41 pm

apakah hukum "upah umrah"?

Soalan cepumas!!!!

Assalaimulaikum Tuan Abu Firdaus.

Soalan yang sangat bagus, saya juga tertanya-tanya soal 'upah umrah' ini walaupun saya yang tulis.

Saya bukan ustaz, bukan ahli dalam bidang ini, apalagi nak bagi hukum perkara yang jarang kita dengar.

MOHON USTAZ THTL, DIEN YANG JAWAB atau SESIAPA ILMUAN DI SINI, perlu jawapan segera sebelum kekeliruan ini berterusan.

Saya juga tertanya-tanya 'hukum upah umrah'. Semasa saya mengerjakan umrah persendirian jan 2014 lalu, ibu telah meminta saya dan 2 orang adik melakukan umrah untuk arwah ayah, sedangkan arwah ayah telah menunaikan haji 3 kali yang sudah pasti telah melakukan umrah semasa haji tersebut.  Atas permintaan ibu itu, saya dan dua adik yang lain lakukan umrah untuk arwah ayah (tiada upah). Semasa ke miqat, ustaz yang bersama tidak pula menegur. Saya juga ada menunaikan umrah untuk 3 orang yang lain tanpa di minta oleh keluarga mereka jadi tidaklah ada upah. Apakah hukumnya?

Sebelum mendapat jawapan dari ustaz atau Dien atau yang lebih ariff pasal hukum ini, saya juga telah melakukan seaching di google walaupun Ustaz Kazim dalam ceramah di TV melarang berguru dengan google, Kena guru yang orang yang ariff sebenarnya.
Bila search "hukum upah umrah" cuma terdapat 8 blog/web saja, dari 8 ini bila di rengkaskan hanya kpunyaan 2 web/blog SAMA. Oleh kerana mereka ada kepentingan terhadap upah umrah, jawapan mereka adalah boleh dengan syarat tertentu. Satu bahagian lain menyatakan 'upah umrah menjadi sia-sia bila simati/sakit tiada harapan sembuh'  jika dia BELUM lagi menunaikan haji.
Pada web TA yang lain pula mereka menyediakan "pakej Upah Haji + Upah Umrah" kepada keluarga si mati yang berkemampuan semasa hidupnya tetapi ada keuzuran.

Sekali lagi saya mohon supaya soalan ini mendapat perhatian dari ilmuan di sini.


Terima Kasih.


Last edited by umrah persendirian on Thu Mar 27, 2014 5:16 am; edited 2 times in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Upah UMRAH

Post by umrah persendirian Sun Mar 23, 2014 6:59 pm

Assalaimulaikum

Apakah hukumnya upah umrah?

Bagi menjawab soalan diatas, saya sendiri ada mengemukan soalan ini kepada seorang ustaz berumur 40an telah menunaikan haji masa di azhar dan juga umrah berkali-kali masa sudah kerja (ustaz sekolah), jawapan yang dia beri adalah boleh. Boleh dalam keadaan berikut:

1. Seseorang yang hendak melakukan haji kepada orang lain (Upah Haji/badal haji). Boleh melakukannya dengan syarat orang yang akan melakukannya hendahlah terlebih dahulu meng'hajikan'kan dirinya. Bermakna upah haji dan haji bagi diri pengambil upah tidak boleh dilakukan pada tahun yang sama. Haram bagi orang yang belum haji menunaikan haji bagi pihak orang lain.
2. Demikian juga dengan upah umrah. Pengambil upah hendaklah menunaikan umrah bagi dirinya dahulu dan tunaikan umrah kepada orang lain samaada di upah ataupun tidak.
3. Boleh bagi keluarga si mati/sakit yg tiada harapan sembuh mengupah orang lain mengerjakan umrah (upah umrah) walaupun upah haji kpd si mati/sakit yg tiada harapan sembuh belum di buat lagi dengan syarat di no 2.

Sebenarnya saya juga terlupa bahawa ustaz yang saya tanya tidak menjawab HUKUM! cuma jawab boleh dalam keadaan di atas. Sebutan BOLEH ini membawa kepada hukum yang mana, adakah harus atau lebih tinggi lagi?

Wallahu a’lam bish-shawabi

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Mon Mar 24, 2014 5:45 am

bagi saya untuk haji yg wajib jelas boleh buat upah haji kerana nak melepaskan tuntutan haji tersebut. cuma umrah sunat ni saya kurang pasti. tambah pula bila kita tgk trend sekarang di mana org buat umrah berulang2 kali dgn pergi ke tanah halal semasa di makkah. ini pun tidak ada asas dlm ugama. 2 minggu lepas saya hanya buat sekali umrah yakni umrah pertama kali masuk makkah. yg diperbanyakkan ialah tawaf sunat. allahu a'lam.

apa pun, kita tunggu tuan sheikh komen berserta dalil  Smile
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Mana Lebih Afdal antara Tawaf dengan Umrah Sunat

Post by umrah persendirian Tue Mar 25, 2014 9:55 pm

Assalaimulaikum,

Terima kasih En Abu Firdaus, sebelum tuan sheikh beri komen, komen tuan telah menggerakan fikiran saya supaya terus mencari. Apa lagi bila saya membaca tuan hanya melakukan sekali umrah saja sepanjang di Tanah Suci Mekah.

Carian saya pertama 'Amalan yang mana lebih utama semasa di Mekkah?'yang di tulis oleh Hj Iqbal dalam web iqbalsafwan. Carian ini mudah di cari kerana saya telah baca terdahulu.
Dalam webnya secara ringkas adalah Tawaf Sunat adalah lebih baik(afdal) dari Umrah Sunat. Apa yang tuan buat adalah bertepatan dengan tulisan Tuan Hj Iqbal ini. lihat
En Abu F menunaikan umrah menggunakan pakej Andulisia seperti yang encik terangkan di dalam umrah lone ranger, saya jangka akan ada 2 hari ziarah semasa di Mekah, setiap kali ziarah biasanya berakhir di miqat. Rugilah kalau en AbuF pergi ziarah tetapi tidak berniat Ihram. Maafkan saya, mungkin juga encik tidak ikut ziarah saya juga tak pasti ada ziarah di buat oleh andulusia.  Saya belum pernah ikut mana-mana pakej umrah Sebelum ini.


Apa yang saya faham dari beberapa sumber di perolehi bahawa UMRAH pertama kali yang di lakukan sesaorang adalah wajib manakala umrah berikutnya adalah sunat. Pemergian semula ke Tanah Suci secara berulangkali adalah melakukan umrah sunat. Saya juga yakin tuan abu bersetuju dgn pendapat saya ini. Pertanyaan saya kenapakah orang sanggup menunaikan Umrah berulang kali. Ada yang dah 7 kali umrah, haji belum dia sebut seperti dlm forum Umrah lone renger. Kalau yang jadi mutawif tak usah kira lagi, memang kerja dia bawa orang umrah.

1. Tuan sheikh kita akan melakukan umrah pada 3 april 14 bersama keluarga dari M'sia.
2. Tuan sheikh kita  juga telah pergi Mekkah 23 March 13.
dah tentu melakukan umrah pada kedua-dua kunjungan itu. Apa pandangan tuan sheikh.

Mohon tuan sheikh segera menjawab persoalan ini jika ada keluangan masa.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Wed Mar 26, 2014 8:24 am

Saya setuju kecuali yg rugi tak berihram semasa ziarah miqat. Sy ikut pergi ziarah ke tempat2 itu atas niat ziarah saja. Itu pun setelah dgr advice tuan sheikh. Rugi adalah bila kita tertinggal sunnah nabi tapi berihram berulang kali bukan sunnah nabi.

Utk pergi umrah sunnat beberapa kali dari malaysia pun tak ada masalah jika ada kelapangan. Kerana ada hadis yg mengatakan antara umrah dan umrah itu menghapus dosa. Tapi hendaklah juga buat persediaan utk haji (daftar n menyimpan)
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Jumlah UMRAH bagi setiap kunjungan ke Haram

Post by umrah persendirian Thu Mar 27, 2014 6:48 pm

Asalaimualaikum.

perbincangan sebegini adalah salahsatu daripada punca percambahan fikiran. Apa lagi soal FIQH seperti ini. Jadi di harapkan usaha ini di samput oleh orang yang lebih arif.

Pertama soal hadis berkaitan umrah yang di sebut saudara Abu Firdaus iaitu:

Umrah Menghapus Dosa , Haji Dibalas Syurga
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:  Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya.

Hadis di atas adalah hadis yang biasa kita dengar bila kita menghadiri ceramah berkaitan umrah, siaran media berkenaan umrah atau apa-apa perkara berhubung umrah termasuklah dalam media maya hari ini asalkan ceritanya berhubung dengan umrah.
Maksud hadis berkaitan umrah di atas adalah sering di dengar sama seperti maksud hadis berkaitan niat di bawah yang juga sering di bacakan/dengar.

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat
Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.

Kedua makna hadis di atas saya copy dari islam.gov.my/e-hadith

Berdasarkan makna hadis pertama diatas,
umrah ke satu umrah yang lain
Fahaman saya antara 2 umrah. Bila seseorang mengerjakann umrah dan umrah semula walaupun pada tahun berlainan atau tahun yang sama hatta pada hari yang sama sekalipun adalah tetap sama, ini bermakna umrah ke umrah membolehkan umrah sunnat boleh di lakukan dalam satu kunjungan ke Baitullah. Saya pertahankan di sini bahawa harus melakukan umrah sunat dalam setiap kunjungan ke Haram. Saya buat rujukan secara terus kepada seorang ustaz tentang umrah sunnat ini selain dari yang sebelum ini.


Tajuk ini sebenarnya telah di bincang dalam forum ini seperti paste di bawah dengan tajuk Tentang Umrah. Walaupun saya sudah baca sebelum ini, saya terlambat pick-up soalan ini. Di bawah adalah  perbincangan tersebut. Saya copy soalannya dan 2 jawapan kepada persoalannya.
Dari jawapan tuan sheikh di bawah, jelasnya di kira mustautin setelah berada di Mekkah 4 malam berturut-turut. Dengan itu bermakna juga boleh melakukan ke Miqat sepertimana penduduk kota Mekkah mengikut pendapat tuan sheikh.

kalepensel on 10/5/2012, 12:02 am
betulke kita hanya boleh buat sekali umrah untuk satu pakej umrah? kalau buat kali yang kedua akan jadi makruh, betulke begini?
thtl on 10/5/2012
ya, itulah sebaiknya mengikut fiqh snnah. sebab kita niat umrah semasa atas kapal terbang ketika melepasi Qarn al-manazil (95KM dr Mekkah), maka sekali ajelaa...takkan kita nak pergi semula ke Qarn Manazil..

selepas itu kita perbanyakkan tawaf.
28/5/2012, 4:48 pm
org pergi Tanaim dan Ji'ranah utk niat umrah tu sebab depa dah bermukim di Mekah, duk 4 malam.

Akhir saya ingin bertanya 3 soalan kepada saudara Abu Firdaus. Sebelum itu saya mohon maaf banyak-banyak atas soalan yang akan di tanya ini.
1. Dalam iklan pakej yang di ikuti dan juga masa kursus yang di anjurkan oleh Andulusia menyatakan berapa kali 'mutawif' akan mengetuai jemaah melakukan ibadat umrah?
2. Semasa Ziarah Luar tentunya dengan [i]bas [i] dan berakhir di Miqat, [b]ada atau tidak jemaah yang tidak mengerjakan umrah, maksudnya tidak berihram terutama kaum lelaki yang senang di lihat dari pakaian ihram. Paling utama mutawif sendiri sekiranya mutawif itu dari Malaysia.
3. Rasullullah SAW tidak melakukan umrah ulangan, setakat ini saya belum lagi bertemu hadis yang berkenaan. Tapi cuba kita lihat kepada amalan (sunnah) dalam mengerjakan solat terawih di bulan puasa, nabi hanya mengerjakan terawih pada 3 malam terawal sahaja, tetapi kenapa umat Islam Malaysia/Mekkah hari ini mengerjakan tarawih sepanjang bulan ramadan?

Wallahu a’lam
[/b]


Last edited by umrah persendirian on Fri Mar 28, 2014 2:58 am; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Fri Mar 28, 2014 2:32 am

Tak perlu minta maaf. Tak buat salah pun hehe
1. Ada 2x umrah tambahan dlm pakej
2. Mmg ramai yg tak berihram..bukan sy dan isteri saja. Guide kami berihram. Guide kami pun cuma bgtau siapa yg nak berihram boleh berihram.
3. Setakat pembacaan saya, rasulullah s.a.w. buat umrah 4x (bermakna 4x dtg ke makkah & berihram di miqat). Cuma ada satu saja kes semasa di Makkah (ketika haji rasulullah) di mana A'isyah minta berihram lalu rasulullah minta adik A'isyah (atau abg?) menemaninya ke Tan'im utk berihram. Jika ianya satu yg baik & digalakkan sudah tentu rasulullah sendiri pergi membawa isterinya & sudah tentu para sahabat juga digalakkan turut serta.

satu lagi isu yg saya nampak..bila ada yg pergi buat umrah tambahan ini.. ada juga yg balik ke hotel setelah kepenatan tawaf/saei lalu meninggalkan solat fardhu berjemaah (solat di bilik saja). Ini dah salah priority dan satu kerugian yg besar.

Berkenaan solat tarawih, rasulullah buat tiap mlm cuma berjemaah beberapa mlm. Rasullullah bimbang solat itu menjadi wajib. Umar al-khatab pula berpendapat kewajipan sudah tidak menjadi isu setelah kewafatan nabi, lalu menyuruh diadakan tarawih berjemaah. Lalu kita pun ikut sampai sekarang. Ini mmg dah ada perbincangan. Boleh buka topik perbincangan lain kot.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon Mar 31, 2014 11:12 am

apa isu yg x settle kat sini, ana dah takleh follow
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Mon Mar 31, 2014 11:16 am

thtl wrote:apa isu yg x settle kat sini, ana dah takleh follow
1. hukum upah umrah
2. hukum buat umrah berkali2 semasa berada di makkah
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Mon Mar 31, 2014 11:20 am

Fatwa saudi arabia:
1. boleh
2. boleh jika mereka datang dari negara yg jauh dan peluang utk datang semula amat tipis
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian Wed Apr 02, 2014 10:09 pm

Maaf lama tak masuk ke bicarathtl

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty umrah

Post by umrah persendirian Wed Apr 02, 2014 10:26 pm

Terima kasih untuk tuan ustaz dah kembali ke forum. Lama rasanya tunggu tuan ustaz buat umrah walhal sebenarnya bukan lama sangat.
 
Bagimana dgn kesihatan ustaz masa umrah tempoh hari dan juga kesihatan selepas kembali ke Jizan?


Last edited by umrah persendirian on Wed Apr 23, 2014 4:14 am; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus Thu Apr 03, 2014 4:02 am

rasanya tuan sheikh baru nak pergi umrah ni
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl Thu Apr 03, 2014 6:35 am

hari ni baru nak pergi InsyaAllah dgn family..flight Khamis jam 5:40 waktu Jizan-Jeddah

Umrah bulan lepas tak jadi (cancel) sebab MPV dah penuh...pergi umrah dgn MPV ikut hiway Jizan-Mekkah (7 jam) dan miqat di mesjid Yalamlam...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by najib Sun Apr 20, 2014 7:02 pm

Salam.. Saya Najib...insyakAllah nak buat Umrah pada 24 Mei ini...dah beli tiket AA KL ke Jeddah 24 Mei dan Balik 7 Jun 2014. Dah beli jugak tiket Saudia dari Jeddah ke Madinah 24Mei dan Madinah ke Jeddah 28 Mei. Hotel d Madinah dan Mekah pun dah book.

Di sini saya nak mohon pencerahan.
1) Berapa lama proses imigresen di Jeddah.
2) Betul ke kena serah passport sebelum boleh keluar airport dan mutawwif atau driver teksi sahaja yang boleh ambil balik passport tersebut.
3) Bagaimana nak dapat teksi dari terminal Haji (AA) ke terminal south (saudia).

najib
AHLI
AHLI

Posts : 1
Points : 1
Join date : 20/04/2014

Back to top Go down

Umrah Persendirian Part 2 Empty Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 11 1, 2, 3 ... 9, 10, 11  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum