BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kisah Rasulullah s.a.w rindu dgn golongan Ikhwan.

2 posters

Go down

Kisah Rasulullah s.a.w rindu dgn golongan Ikhwan. Empty Kisah Rasulullah s.a.w rindu dgn golongan Ikhwan.

Post by alDayyan Thu Apr 24, 2014 11:57 am

Salam 

Adakah ini kisah dari hadis sahih?

Wahai Abu Bakar, “aku begitu rindu hendak bertemu dengan Ikhwanku (Saudara-saudaraku),” ujar Rasulullah SAW dalam satu majlis pertemuan bersama para sahabatnya, suasana hening sejenak.
Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. “Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, ” Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Bertuahlah kita semua kerana walaupun tidak berkesempatan menemui Rasulullah SAW, kita sebenarnya amat dirindui oleh baginda kerana kitalah umat akhir zaman.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 563
Points : 772
Join date : 25/05/2012
Age : 54
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Kisah Rasulullah s.a.w rindu dgn golongan Ikhwan. Empty Re: Kisah Rasulullah s.a.w rindu dgn golongan Ikhwan.

Post by thtl Thu Apr 24, 2014 1:26 pm

Hadis riwayat Ibn Asakir 30/137, dan dalam Kanzul Ummal, 14/48. Menurut Ibn Katsir, hadis tersebut dha'if (lemah).
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum