BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

5 posters

Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Mon May 20, 2013 9:10 am

14 Things Successful People Do On Weekends
14 Things You Should Do at the End of Every Work Day Jacquelyn Smith Forbes Magazine, USA
Here are 14 things successful people do (or should be doing) on weekends:
1. Make time for family and friends. This is especially important for those who don’t spend much time with their loved ones during the week.
14 Perkara yang dilakukan oleh Orang yang Berjaya pada Hujung Minggu
14 Perkara yang Anda patut lakukan setiap akhir Hari Bekerja

oleh Jacquelyn Smith, Majalah Forbes, USA
1. Peruntukkan masa untuk Keluarga dan Sahabat-sahabat. Ianya penting khususnya bagi mereka yang tidak membelanjakan banyak masa dengan orang yang tersayang semasa hari kerja.
Ulasan:
Hujung minggu kalau di Saudi Arabia ialah Khamis dan Jumaat. Banyak warga Saudi akan membawa keluarga mereka ke Mesjidil Haram atau Masjid an-Nabawi. Kebanyakan penerbangan petang Rabu di Saudi akan penuh, begitu juga bas ekspress. Manakala di Mesjidi Haram dan Mesjid Nabawi akan sesak pada hujung minggu di Saudi. Manakala di Malaysia, hujung minggu bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah ialah Jumaat dan Sabtu. Menjadi tradisi di Kelantan dan Terengganu ialah membawa keluarga ke majlis ilmu; manakala di negeri-negeri lain ialah Sabtu dan Ahad. Inilah Masa Kualiti (Quality Time) anda bersama keluarga tersayang.
Sayangi keluarga anda
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً
AQS an-Nahl, 16:72 [Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu]

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
AQS al-Furqan, 25:74 [Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.]

Sayangi keluarga dari Sunnah:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِ
ي
Terj: “Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR Termidzi, no 3830, lidwa)
الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث:الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 3895
خلاصة حكم المحدث: صحيح
al-Albani kata sahih.
Nota: Maka menterjemah perlakuan terbaik utk famili anda ialah membelanjakan masa berkualiti bersama keluarga.
Syair Arab:
Yang dikatakan anak yatim itu...
Si anak yang punya ibu, namun tiada peduli
Dan punya ayah, namun sibuk tak henti-henti

Kata UZAR (dari FB):
"Luangkan masa bersama anak-anak ketika mereka kecil, niscaya mereka bersama kita bila kita tua nanti."

Adapun bersahabat:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ وَأَبُو دَاوُدَ قَالَا حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ وَرْدَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir dan Abu Dawud keduanya berkata: Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Muhammad telah menceritakan kepadaku Musa bin Wardan dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Seseorang itu akan mengikuti agama temannya, karenanya hendaklah salah seorang diantara kalian mencermati kepada siapa ia berteman." (HR Termidzi, no.2300, lidwa, Berkata Abu Isa: Hadits ini hasan gharib). Albani kata hasan
(الراوي: أبو هريرة المحدث:الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2378
خلاصة حكم المحدث: حسن )
Hak-hak sahabat:
إذا عاد الرجل أخاه أو زاره قال الله تعالى طبت وطاب ممشاك وتبوأت منزلا في الجنة
الراوي: أبو هريرة المحدث:الألباني - المصدر: صحيح الترغيب - الصفحة أو الرقم: 3474
خلاصة حكم المحدث: حسن لغيره
Terj: Dari Abu Hurairah, dia berkata; Bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Bersabda: "Jika seorang muslim menjenguk atau menziarahi saudaranya sesama muslim, maka Allah Ta’ala berfirman: 'Engkau telah beruntung, dan beruntung, engkau telah menyiapkan rumah di syurga." (HR Ahmad dan Ibn Majah, al-Albani kata hasan lighairihii.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Tue May 21, 2013 10:02 am

2. Exercise. Everyone needs to do it, and if you can’t work out 4 to 5 days during the workweek, you need to be active on weekends to make up for some of that time, Vanderkam* says. It’s the perfect opportunity to clear you mind and create fresh ideas.
Cohen** suggests spin classes and outdoor cycling in the warmer months. “Both are energizing and can be organized among people with shared interests. For example, it is not uncommon for hedge fund folks and Wall Street professionals to ride together on weekends. It is a great way to establish and cultivate relationships based on membership in this elite professional community.”
2. Bersenam.
Menurut Vanderkam*: Setiap orang perlu melakukannya, dan jika anda tidak sempat melakukannya dalam 4 atau 5 hari semasa hari bekerja, anda perlu aktif pada hujung minggu untuk menebus kehilangan tsb. Ianya adalah peluang terbaik utk menjernihkan minda anda dan mencipta idea-idea yang segar.

Menurut Cohen** pula mencadangkan aktiviti dalaman (Jika musim hujan atau musim sejuk spt threadmill, basikal statik, atau menyertai fitness club) dan berbasikal luar semasa cuaca yang baik atau musim panas. Katanya,” keduanya adalah menambah kecergasan dan boleh diuruskan sesama orang-orang yang dalam minat yang sama. Contohnya, ianya biasa bagi warga korporat Wall Street (pusat kewangan paling sibuk di dunia, New York) berbasikal bersama-sama pada hujung minggu. Ianya satu cara yang bagus untuk memupuk hubungan berdasarkan keahlian dalam komuniti profesional se elit itu.
Syarah: Begitulah saranan dua pakar mengenai bersenam dalam sebuah masyarakat yang paling sibuk spt di Wall Street USA. Walaupun mereka bekerja keras dalam 5 hari, tapi hari minggu mereka luangkan masa untuk bersenam. Jika cuaca tidak mengizinkan kerana kawasa kotaraya metropolitan atau gangguan cuaca, pilihan ialah bersenam dalaman (indoor) dan jika luaran (outdoor), ialah menubuhkan kelab berbasikal hujung minggu spt komuniti Wall Street lakukan di New York yang masih mengekalkan kawasan hijau yg luas di Manhattan.
Kesihatan dari Sunnah:
فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Terj: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari, no 1839, lidwa)

وسلوا الله المعافاة ؛ فإنه لم يؤت بعد اليقين خير من المعافاة
الراوي: أوسط بن إسماعيل بن أوسط البجلي المحدث:الألباني - المصدر:صحيح الأدب المفرد- الصفحة أو الرقم:557
خلاصة حكم المحدث:صحيح
Terj: "Mintalah kepada Allah kesihatan (kesejahteraan) kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman). (HR al-Bukhari, Adab al-Mufrad, dinilai sahih oleh al-Albani
-----------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
**Cohen (Steve Cohen, CEO SAC Capital, Stamford, Connecticut, USA)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Thu May 23, 2013 9:30 am

3. Pursue a passion. “There’s a creative director of a greeting card company who went back to school to pursue an MFA because of her love of art,” Kurow* says. “Pursuing this passion turned into a love of poetry that she now writes on weekends.”
“Successful people make time for what is important or fun,” Egan** adds. “They make space for activities that add to their life balance.”
3. Memburu suatu Keghairahan. Terdapat seorang pengarah kreatif bagi sebuah syarikat kad ucapan yang kembali ke IPT untuk memburu segulung MFA (Masters in Fine Art/Sarjana Seni Halus) kerana kecintaan beliau terhadap seni. Kurow* berkata, “ memburu keghairahan ini telah merubah (dirinya) kepada kecintaan kepada sastra yg mana dia sekarang menulis (buku) pada hujung minggu.”
Menurut Egan **,” manusia yang berjaya meluangkan masa utk sesuatu yang penting dan menarik”, katanya lagi,” itu semua akan mengisi ruang utk aktiviti yg dapat menambah keseimbangan kehidupan.”
Ulasan:
Itqan adalah budaya Islam, yakni melakukan dgn passion atau keghairahan yg kuat.
إن الله يحبُ إذا عملَ أحدكُم عملا أن يتقنهُ
الراوي: عائشة أم المؤمنين المحدث:الألباني - المصدر:السلسلة الصحيحة- الصفحة أو الرقم:1113
خلاصة حكم المحدث:ذكر له شواهد
Terj:al-hadis: "Sesungguhnya Allah menyintai seseorang jika ia melakukan sesuatu pekerjaan, ia lakukan dgn keghairahan (passion)” HRTabrani (al-Awsath), Baihaqi (Syu’ab) dan Musnad Abu Ya’la, di nilai hasan kerana ada syawahid (penguat), silsilah al-sahihah, no 1113. Mutaqaddimin spt Imam Bukhari kata dha’if.
Syahid/penguat:
وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون

AQS at-Tawbah, 09:109 [Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu]
حديث شداد بن أوس الذي رواه مسلم " إن الله كتب الإحسان على كل شيء

Terj: Hadis Syaddad bin Aus yg dikeluarkan (Imam) Muslim,” Sesungguhnya Allah menyuruh kecemerlangan dalam segala sesuatu” (HR Muslim no 3615, kod Lidwa)
Kalau kita lihat umat Islam di zaman dulu, mereka melakukan segalanya dgn “passion”, lihat spt Imam al-Syuyuthi yg dapat menghasilkan 500 karya. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dapat menguasai segala bidang ilmu dan menghasilkan ratusan karya. Maka jika anda lakukan juga dgn “ghairah”, maka anda juga dapat lakukan spt menyambung pelajaran pada hujung minggu, mempelajari bahasa arab dan penulisan di hujung minggu anda.
-----------------------------
* Kurow ( Cynthia Kurow, Illinois, USA, penulis)
** Egan (Jeniffer Egan, Brooklyn New York, USA, Novelis)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by Azamtekad Thu May 23, 2013 9:34 am

Assalamu'alaikum tuan, boleh cek pm. Tq

Azamtekad
AHLI
AHLI

Posts : 159
Points : 188
Join date : 25/11/2011
Location : Klang

http://kambinghalal.blogspot.com

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Thu May 23, 2013 11:48 am

tak ado apa2 pon
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by Azamtekad Thu May 23, 2013 12:05 pm

thtl wrote:tak ado apa2 pon
Ado, maaf tuan. Hehe. Dah hantar semula

Azamtekad
AHLI
AHLI

Posts : 159
Points : 188
Join date : 25/11/2011
Location : Klang

http://kambinghalal.blogspot.com

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Sat May 25, 2013 8:42 am

4. Vacation. Getting away for the weekend provides a great respite from the grind of an intense week at work, Cohen says.
4. Percutian. Pergi keluar pada hujung minggu memberi kelegaan selepas bertungkus lumus dari hari-hari kerja yg padat, demikian kata Cohen*.
Al-Qur’an juga menyarankan percutian dan perjalanan.
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا
AQS al-Mulk, 67:15 [Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya]
Tafsir Ilmi: Bumi di zaman kita semakin dipermudahkan dgn adanya “perjalanan udara” dan adanya syarikat penerbangan tambang murah. Jika anda membuat tempahan online maka anda akan dapat menjimatkan kos.

هُوَ الَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ

AQS Nuh, 10:22 [Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan lautan]
Tafsir: Perjalanan darat kita begitu mudah dan lancar dgn kemudahan highway dan juga cruise dengan kapal-kapal laut yg berkuasa tinggi.

Salah satu tujuan berjalan-jalan ialah melihat kesan-kesan peninggalan kaum yang terdahulu.
أَفَلَمْ يَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَيَنظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ

AQS Yusof, 12:109 [Maka tidakkah mereka bepergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka?]
Juga melihat ciptaan alam:
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
AQS al-Ankabut, 29:20 [Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.]

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ
AQS al-Balad, 90:4 [Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.]
Tafsir: Manusia Allah ciptakan sentiasa dalam kesibukan dan kesusahan, maka mereka perlu juga merihatkan minda dan badan mereka.

Bercuti dari sunnah:
قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ لِكُلِّ عَابِدٍ شِرَّةً وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةً
Terj: " setiap hamba itu mempunyai rasa semangat, dan setiap rasa semangat itu pasti ada masa kebosanan” HR Ahmad, no.6188, lidwa dari Abdullah bin Amru
الراوي: عبدالله بن عمرو المحدث:أحمد شاكر - المصدر: مسند أحمد - الصفحة أو الرقم: 11/159
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح
Kata ahmad syakir, sahih isnadnya
Salah satu sacara menghindari kebosanan ialah keluar berjalan di hujung minggu.

Dari tradisi orang arab: Keluar ke wadi, pasang khemah dah memutuskan diri dari dunia luar buat seketika (Dr Aidh al-Qarni dalam La Tahzan). Kita dapat juga lakukan demikian, membawa keluarga kita berkhemah di kawasan perkelahan yang dikelilingi alam hijau.
---------------------
*Cohen ialah (Steve Cohen, CEO SAC Capital, Stamford, Connecticut, USA)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by Nizam Mon May 27, 2013 2:15 am

thtl wrote:
2. Exercise. Everyone needs to do it, and if you can’t work out 4 to 5 days during the workweek, you need to be active on weekends to make up for some of that time, Vanderkam* says. It’s the perfect opportunity to clear you mind and create fresh ideas.
Cohen** suggests spin classes and outdoor cycling in the warmer months. “Both are energizing and can be organized among people with shared interests. For example, it is not uncommon for hedge fund folks and Wall Street professionals to ride together on weekends. It is a great way to establish and cultivate relationships based on membership in this elite professional community.”
2. Bersenam.
Menurut Vanderkam*: Setiap orang perlu melakukannya, dan jika anda tidak sempat melakukannya dalam 4 atau 5 hari semasa hari bekerja, anda perlu aktif pada hujung minggu untuk menebus kehilangan tsb. Ianya adalah peluang terbaik utk menjernihkan minda anda dan mencipta idea-idea yang segar.

Menurut Cohen** pula mencadangkan aktiviti dalaman (Jika musim hujan atau musim sejuk spt threadmill, basikal statik, atau menyertai fitness club) dan berbasikal luar semasa cuaca yang baik atau musim panas. Katanya,” keduanya adalah menambah kecergasan dan boleh diuruskan sesama orang-orang yang dalam minat yang sama. Contohnya, ianya biasa bagi warga korporat Wall Street (pusat kewangan paling sibuk di dunia, New York) berbasikal bersama-sama pada hujung minggu. Ianya satu cara yang bagus untuk memupuk hubungan berdasarkan keahlian dalam komuniti profesional se elit itu.
Syarah: Begitulah saranan dua pakar mengenai bersenam dalam sebuah masyarakat yang paling sibuk spt di Wall Street USA. Walaupun mereka bekerja keras dalam 5 hari, tapi hari minggu mereka luangkan masa untuk bersenam. Jika cuaca tidak mengizinkan kerana kawasa kotaraya metropolitan atau gangguan cuaca, pilihan ialah bersenam dalaman (indoor) dan jika luaran (outdoor), ialah menubuhkan kelab berbasikal hujung minggu spt komuniti Wall Street lakukan di New York yang masih mengekalkan kawasan hijau yg luas di Manhattan.
Kesihatan dari Sunnah:
فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا
Terj: "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari, no 1839, lidwa)

وسلوا الله المعافاة ؛ فإنه لم يؤت بعد اليقين خير من المعافاة
الراوي: أوسط بن إسماعيل بن أوسط البجلي المحدث:الألباني - المصدر:صحيح الأدب المفرد- الصفحة أو الرقم:557
خلاصة حكم المحدث:صحيح
Terj: "Mintalah kepada Allah kesihatan (kesejahteraan) kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman). (HR al-Bukhari, Adab al-Mufrad, dinilai sahih oleh al-Albani
-----------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
**Cohen (Steve Cohen, CEO SAC Capital, Stamford, Connecticut, USA)

ana ada bercadang sabtu ahad ana nak jalan kaki ala merentas desa kohkohkoh

nak dapatkan berat badan ideal dan menjaga kesihatan.
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Mon May 27, 2013 9:15 am

kalau dpat lakukan, ia petanda org yg berjaya
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Mon May 27, 2013 9:36 am

5. Disconnect. The most successful people avoid e-mail for a period of time, Vanderkam says. “I’m not saying the whole weekend, but even just a walk without the phone can feel liberating. I advocate taking a ‘tech Sabbath.’ If you don’t have a specific religious obligation of no-work time, taking Saturday night to mid-day Sunday off is a nice, ecumenical time that works for many people.”

5. Memutuskan. Orang yang paling berjaya mengelakkan dari (membuka) e-mail utk beberapa ketika, menurut Vanderkam*, “saya tidak katakan sepanjang minggu, namun di waktu yg sama, bersantai tanpa alat komunikasi mudah alih akan dapat merasakan suatu kebebasan. Saya menyokong mengambil “cuti Tech” (off semua gadget: smartphone, netbook, tablet), mungkin bermula dari malam Sabtu hingga tengahari Ahad (bagi yg cuti hujung minggu ialah Sabtu-Ahad). Ianya bagus sekali dan membuahkan manfaat kepada banyak orang.
Ulasan:

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu 62221302-shoppers-mall
Dalam Islam ia dikenali dgn “uzlah”
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
AQS al-Muzzamil, 73:08 [Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.]
Salah satu maksud beribadah dgn tabtil mnurut Ibn Abbas ialah selepas selesai dari kesibukan dunia dan kerja harian, maka luangkan masa utk melakukan konsentrasi dgn menumpukan ibadah kepada Allah. Putuskan hubungan dgn dunia buat seketika, fokus komunikasi wireless dgn Allah pulak.

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَى أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاء رَبِّي شَقِيًّا
AQS Maryam 19:48 [Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdo'a kepada Tuhanku,mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdo'a kepada Tuhanku".]
I'tikaf juga adalah stau jenis 'disconnect':
Disyariatkan juga beri’tikaf, terutama di bulan Ramadhan

وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
AQ al-Baqara, 2:187 janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf
Disconnect dalam Sunnah:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ خَيْرُ مَالِ الرَّجُلِ الْمُسْلِمِ الْغَنَمُ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنْ الْفِتَنِ

Terj: Dari Abu Sa'id Al Khudzri bahwasanya ia mendengarnya mengatakan, kudengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Akan datang suatu Zaman bagi manusia, yang ketika itu sebaik-baik harta seorang muslim adalah kambing yang ia gembalakan di puncak-puncak gunung dan tempat-tempat turunnya hujan, ia lari menyelamatkan agamanya dari fitnah (krisis agama)." (HR Bukhari, no 6014,lidwa)

Nabi saw pernah beruzlah selama lima tahun sebelum di angkat menjadi Rasul di Gua Hira’, memutuskan dirinya dari kesibukan kota Mekah buat seketika bertujuan menguatkan jiwanya sebelum memikul tugas Nubuwwah.
-----------------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Wed May 29, 2013 9:31 am

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Donation-box-green_~k4054482

6. Volunteer. “I know a commercial real estate broker who volunteers to help with cook-off events whose proceeds are donated to the Food Bank,” Kurow says. “The volunteer work provides a balance to the heavy analytical work she does all week and fulfills her need to be creative — she designs the promotional material for the non-profit.”
Cohen says a lot of successful people participate in fundraising events. “This is a great way to network and to meet others with similar interests,” he says. “The visibility also helps in branding a successful person as philanthropic.”
6. Bersukarela. “Saya kenal seorang broker hartanah yang bersukarela membantu hari pertandingan memasak yang mana perolehannya didermakan kpd Bank Makanan (utk orang miskin),” demikian kata Kurow*. “Kerja2 sukarela memberi keseimbangan kepada kerja berat yang diharungi sepanjang minggu dan memenuhi keperluan beliau utk berkarya – beliau membuat rekabentuk bahan2 promosi untuk amal.
Kata Cohen** pula, banyak orang yg berjaya melibatkan diri dalam program mengutip derma. “Ianya suatu cara yang hebat untuk membuat jaringan dan bertemu dengan orang yg mempunyai minat yg sama.” “Kehadiran mereka akan membantu kearah penjenamaan orang yg berjaya adalah juga seorang yg dermawan.
Seruan dari al-Qur’an:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
AQS al-Maaidah, 5:02 [Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran]

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
AQS at-Tawbah, 9:71 [Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar]

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
AQS al-Baqara, 2:261 [Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.]

Anjuran dari sunnah
فى صحيح مسلم من حديث أبى رقية تميم الدارى ان النبى قال الدين النصيحة.قلنا لمن؟قال:لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
Terj: Dalam Sahih Muslim, dari Abi Ruqayyah Tamim ad-Dari, bahawa Nabi saw bersabda,” Agama itu perihatin” Kami bertanya.’ Kepada siapa?” Kata baginda menyambung,”kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya (Sunnah), pemimpin umat Islam dan kaum muslimin seluruhnya.” (HR Muslim, kitab al-Iman, no.55, Matn Arba’in, no 07)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Sun Jun 02, 2013 9:26 am

7. Avoid chores. Every weekend has a few have-to-dos, but you want these to take the minimum amount of time possible, Vanderkam explains. Create a small window for chores and errands, and then banish them from your mind the rest of the time.
7. Elakkan Kerja-kerja Rumah. Setiap hari minggu akan ada beberapa perkara yang perlu dibereskan, tapi pastikan anda tidak habiskan banyak masa untuk melakukannya, jelas Vanderkam*. Buat sebuah jendela kecil untuk kerja2 rumah dan urusan remeh-temeh dan kemudian hapuskan ia dari minda anda untuk masa yang masih berbaki.
Ulasan:
Ini suatu ilmu yg baru, kerana kebanyakan kita pada hujung minggulah masa untuk pergi pasar, membasuh kereta, menyiram pokok, membersihkan rumah, tandas dan sekitar kawasan luar rumah. Namun dalam artikel ini, antara perkara yang tidak dilakukan oleh orang berjaya ialah mereka tidak banyak melakukan kerja2 remeh temeh di rumah pada hujung minggu. Kalau mereka perlu melakukannya, mereka melakukan dengan pantas kerana tidak mahu perkara2 rutin ini mengambil masa yang lama. Saya memang amalkan hal ini, di mana saya tidak membuat ‘grocery’ atau membeli barang keperluan di hypermarket pada hujung minggu kerana parking amat susah dan kena beratur panjang ketika pembayaran. Apa yg saya amalkan ialah pergi hypermarket pada hari bekerja sebelah malam, selepas isyak dan dalam satu jam saja sudah siap kerana tidak ramai orang. Jika saya terpaksa pergi pada hujung minggu, saya pergi ketika ia baru saja dibuka, sekitar jam 9:30 pagi (Mydin Hyper). Begitu juga kerja2 rumah, saya outsource kepada pembantu rumah Indonesia yg membuat part-time. Begitu juga kalau nak kasi isteri rehat, makan juga kita boleh makan di luar. Salah satu lagi cara ialah amalkan budaya orang Jepun yang melakukan kerja2 rumah secara konsisten, disiplin dan libatkan semua ahli keluarga menjaga kawasan dan bilik masing-masing secara harian.
Rumusan: Oleh kerana hujung minggu hanya 48 jam saja, maka kita minimakan waktu tsb utk kerja2 yg manusia selalu sibuk, spt membuat grocery dan kerja2 dalam rumah, maka akhirnya hujung minggu akan berakhir begitu sahaja.
Inilah yg diungkapkan oleh Abu Bakar as-Siddiq ra:

لَمَّا اسْتُخْلِفَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ قَالَ لَقَدْ عَلِمَ قَوْمِي أَنَّ حِرْفَتِي لَمْ تَكُنْ تَعْجِزُ عَنْ مَئُونَةِ أَهْلِي وَشُغِلْتُ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ

Terj:
Aisyah, ummul mukminin menceritakan, ketika Abu Bakar Sh-Shiddiq diangkat menjadi khalifah ia berkata: "Kaumku telah mengetahui bahwa pekerjaanku mencari nafkah tidak akan melemahkan urusanku terhadap keluargaku, sementara aku juga disibukkan dengan urusan kaum muslimin." (HR Bukhari, no.1928, lidwa)
Maksudnya kita kena cari jalan utk optimakan masa kualiti bersama keluarga walaupun kita sibuk seperti seorang khalifah sekalipun.
-------------------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Thu Jun 06, 2013 9:34 am

8. Plan. “Planning makes people more effective, and doing it before the week starts means you can hit Monday ready to go, and means you’ll give clear directions to the people who work for you, so they will be ready to go, too,” Vanderkam says.
Trunk agrees. She says successful people plan their month and year because “if you get stuck on short-term lists you don’t get anything big accomplished.”
8. Rancang.
“Perancangan membuatkan manusia lebih berkesan, dan melakukan (perancangan) sebelum minggu bermula lagi, maksudnya anda akan menempuh hari Isnin (jika hari kerja pertama adalah Isnin) dengan siap sedia, dan juga dapat memberi halatuju yang jelas kepada orang yg bekerja untuk anda, supaya mereka juga dapat bersiap sedia untuk bekerja,” demikian menurut Vanderkam*.
Trunk** juga bersetuju. Kata beliau, manusia yang berjaya merancang jadual mingguan dan tahunan mereka kerana jika anda terkucil pada senarai jangka-pendek, anda tidak dapat mencapai apa yang besar.”
Perancangan dari AQ:
وَأَكِيدُ كَيْدًا
AQS ath-Thoriq, 86: 16 [Dan Akupun membuat perancangan dengan sebenar-benarnya.]

وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

AQS an-Naml, 27:50 [Dan merekapun merancang rencana dengan sungguh-sungguh dan Kami merancang rencana (juga), sedang mereka tidak menyadari.]

إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ

AQS al-Qalam, 68: 45[Sesungguhnya pelan-Ku amat canggih.]

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ

AQS Yusof, 12: 47 [Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.] Tafsir: Yusof AS mngajar Fir'aun perancangan stratek utk 7 tahun

Perancang dari sunnah:
Nabi saw mengajar ilmu planning ialah ketika hijrah, kemudian apaila tiba di Madinah, bagaimana baginda membuat planning terhadap dominasi Yahudi, mempersaudarakan Ansar dan Muhajirin, ketika menghadapi perang yg besar: Badar, Uhud, Khandak dan perancangan bijak baginda dalam perjanjian Hudhaibiyah.
If u fail to plan, you plan to fail=Jika ada gagal merancang, anda merancang utk gagal
--------------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
**Trunk ialah Penelope Trunk, Wisconsin, penulis USA

thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by Ad-Dien Fri Jun 07, 2013 2:39 am


Bagus posting ni, nanti boleh kumpul buat manuskrip dan cetak sama ada atas kertas atau pdf insyaAllah

Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by ukhti Mon Feb 10, 2014 6:23 am

Jzkk.. Baru 8 atau sy missed?

ukhti
AHLI
AHLI

Posts : 44
Points : 50
Join date : 09/02/2014

https://plus.google.com/u/0/110867361506267565577

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by thtl Mon Feb 10, 2014 9:43 am

syukran, di sambung semula

14 Perkara wrote:9. Socialize. “Humans are social creatures, and studies of people’s experienced happiness through the day finds that socializing ranks right up there, not too far down below sex,” Vanderkam says.
Go out with friends and family, or get involved in the local community.
“It has been demonstrated that successful people find great satisfaction in giving back,” Cohen says. “Board membership, for example, also offers access to other successful folks.”
9. Bersosial. “Manusia adalah makhluk social, dan kajian ttg kebahagian manusia sepanjang masa mendapati bahawa bersosial berada di tempat atas sana, bawah sedikit dari (keperluan) seks.” Vanderkam* berkata, “ Keluarlah bersama kawan2 dan keluarga, atau melibatkan diri dengan masyarakat sekeliling.” Cohen** pulak berkata,” ianya sudah terbukti bahawa manusia berjaya akan mendapat kepuasan yang hebat bila memberi. Keahlian Lembaga contohnya, juga menawarkan laluan kepada anggota masyarakat lain yang berjaya.”
Bersosial dari pandangan Islam:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
AQS al-Hujurat, 49:13 [Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal].
Caranya kita bersosial dgn adab: lemah lembut, tidak menunjukkan sikap yang keras dan kasar.
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ
AQS Ali Imraan, 3:159 [Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu]

وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُورًا
AQS an-Nisaa’, 4:36 [Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,]
Hadith:
خيرُ الناسَ أنفعُهُمْ لِلناسِ
الراوي: جابر بن عبدالله المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 3289
خلاصة حكم المحدث: حسن
Dari sanad Jabir: "Yang terbaik dikalangan manusia ialah yang paling bermanfaat utk manusia" (sahihul Jaami')
لا تحقرَنَّ من المعروفِ شيئًا ، ولو أن تلقَى أخاك بوجهٍ طلِقٍ
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2626
خلاصة حكم المحدث: صحيح
Dari sanad Abu Dzar:"Jangan meremehkan kebaikan apa jua, walaupu kamu berjumpa saudara kamu dgn wajah yg manis." (HR Muslim)

-------------------
*Vanderkam (Laura Vanderkam, Penulis, Philadelphia, USA)
**Cohen (Steve Cohen, CEO SAC Capital, Stamford, Connecticut, USA)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu Empty Re: 14 Perkara yang dilakukan oleh orang Berjaya di Hujung Minggu

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum