BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

al-Malibariyyah

2 posters

Go down

al-Malibariyyah Empty al-Malibariyyah

Post by ibnuabbas Thu May 24, 2012 8:42 pm

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah di atas nikmatnya, kita hidup dalam Islam dan Iman, dan menyelusuri jalan dakwah ini, khususnya jalan salaf yang telah ditelusuri oleh salafussoleh sebelum ini.

Pada 26hb Jun lepas, saya menghadiri Wacana Metodologi Ahlu as-Sunnah Wal Jamaah di MEDIU. Pada pendapat saya, Wacana itu sangatlah bagus, cuma ia diisi dengan sedikit celaan terhadap Shaykh Hamzah Abdullah Al-Malibari, yang mana beliau mengutamakan manhaj Mutaqaddimin. Sehinggalah penamaan Al-Malibariyyah. Bagi saya ia tidak lengkap tanpa jawapan atau pandangan dari kedua-dua pihak

Penulis bukan menulis untuk mempertahankan Shaykh Hamzah Abdullah atau pun taksub terhadap beliau, tetapi apabila kita ini berstatus sebagai penuntut ilmu yang ikhlas dan berakhlak, maka kita mesti jadi orang yang adil dalam mengadili tokoh yang dilemparkan cercaan dan tohmahan ke atasnya.

Apabila kita mendengar pandangan dari 2 pihak, ia sedikit pun tidak merugikan kita, bahkan ia akan menjadikan kita lebih memahami, lebih terbuka dan lebih sederhana.

Jawapan Shaykh Hamzah Abdullah al-Malibari.

Tahukah anda bahawa, Shaykh Hamzah Abdullah al-Malibari telah menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Saya akan sertakan kitab yang telah ditulis oleh Shaykh Hamzah sendiri, yang mana penerbitnya ialah Dar Multaqa Ahlul Hadeeth sendiri.

1.Sualat Hadisiyyah Wa Yalihi Mulhaqaani Hiwar Hawla Atsar al-Jarh Wa at-Ta'dil Fi at-Tashih Wa at-Tadh'ief Wa at-Tsani ar-Raddu 'ala Man Ankara At-Tabayun al-Manhajayy Baina al-Mutaqaddimin Wa al-Mutaakhirin Fi at-Tashih Wa at-Ta'lil

سؤالات حديثية ويليه ملحقان حوار حول أثر الجرح والتعديل في التصحيح والتضعيق والثاني الرد على من انكر التباين المنهجي بين المتقدمين والمتأخرين في التصحيح والتعليل

Link kitab(dalam bentuk pdf) : http://waqfeya.net/book.php?bid=2521 (296 m/s )

2. Ma Hakaza Tuuradu Ya Sa'd al-ibil Hiwar Ilmiyy Ma'a Duktur Rabi' Hawla Manhaj al-Muhaddisin An-Nuqqad al-Qudama Fi Naqd al-Ahadits - Sahih Muslim Anumuzijan.

ما هكذا تورد يا سعد الإبل حوار علمي مع الدكتور ربيع حول منهج المحدثين النقاد القدامى في نقد الأحاديث - صحيح مسلم
أنموذجا

Link kitab(dalam bentuk pdf : http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2523


Wahai penuntut ilmu yang ikhlas, sesungguhnya kita telah mengetahui cercaan dan tohmahan ke atas Shaykh Hamzah Abdullah al-Malibari, maka untuk menjadi penuntut yang adil, kita mesti membaca jawapan dan penafian dari Shaykh Hamzah Abdullah al-Malibari.

Ulama-ulama Hadis Lain yang Mengutamakan Manhaj Mutaqaddimin


Sebenarnya terdapat sangat banyak ulama-ulama hadis lain yang mengutamakan qaul Mutaqaddimin dalam tashih dan tadh’if. Bahkan para panel forum Multaqa Ahl Hadith telah mengumpulkan fatwa-fatwa para ulama ini dalam perihal perlunya mengutamakan qaul Mutaqadidmin dalam tashih dan tadh’eif dalam satu buku yang khas bertajuk

“Maqalat wal Muqaddimat hawla Manhaj al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhkhirin Fi Shina'ah al-Hadithiah

(مقالات ومقدمات حول منهج المتقدمين والمتأخرين في الصناعة الحديثية) “ ,

Link buku tersebut (pdf) : http://www.mediafire.com/?72rdz63ag4qn783

Dalam kitab ini dihimpunkan fatwa-fatwa para ulama’ sebanyak lebih dari 15 orang ulama masa kini berkenaan Manhaj Mutaqaddimin dan keutamaan mendahulukan kalam huffaz mutaqaddimin dalam tashih dan tadh’eif,antaranya ialah fatwa daripada Shaykh Khudeir hafizahullah(Ahli Lajnah Haiah Kibar Saudi), Shaykh Syuaib al-Arnouth, Shaykh Basyar Awwadh Ma’ruf, Dr. Mustafa al-Muhammadi, Shaykh Muqbil , Shaykh Dr. Ibrahim al-Laahim, Shaykh Abdulrahman al-Zaid , Shaykh Abdullah al-Sa’d, Shaykh Dr. Hatim Syarif al-Awniy, Shaykh Nasir al-Fahd, Shaykh Dr. Mahir Yasin al-Fahl, Shaykh Abdul Aziz al-Tharifi, Shaykh Abdulrahman al-Faqih (pengasas Multaqa Ahl Hadeeth), Shaykh `Ali al-Sayyah, Shaykh Thariq Iwadullah, Shaykh Abu Muhammad Shihatah al-Alfy, Shaykh Sulaiman al-Ulwan, Shaykh Turkiy al-Ghumir, Shaykh Ibrahim al-Sabihiy, dan lain-lain, bahkan sangat banyak.

Bagaimana Kita Menghadapi Kesalahan Ulama.


Wahai penuntut ilmu, apabila menuntut ilmu, niatkan ia dengan ikhlas supaya kita mendapat manfaat yang banyak apabila menuntut ilmu.

1. Ingat, setiap manusia tidak lari daripada kesilapan dan kesalahan, bahkan ia berlaku kepada ulama-ulama dalam pendapat dan ijtihad mereka

Wahai penuntut ilmu, ingatlah sudah menjadi fitrah/semulajadi bagi seorang manusia di mana dalam hidupnya ada kesalahan dan kesilapan, begitu juga pendapatnya kadangkala boleh jadi salah dan boleh jadi benar, sedangkan perkara ini tidak berlaku pada Nabi SAW yang maksum(terpelihara dari kesalahan).

2. Pandang semua orang alim dengan pandangan yang sama taraf.

Wahai penuntut ilmu, sesungguhnya apabila kamu telah menanamkan kesamarataan tanpa taksub kepada sesuatu golongan atau shaykh yang alim, bahkan kamu meletakkan mereka pada darjat atau makam/ kedudukan yang sama iaitu seseorang yang berpegang dengan syariat, maka bagi kamu keuntungan yang sangat besar dan faedah ilmu yang banyak serta menjadikan kamu lebih matang dan terbuka dalam menangani masalah manusia.

Wahai penuntut ilmu, ingatlah bahawa kita ini sedang hidup dalam zaman fitnah. Fitnah berada di mana-mana dan sangat dahsyat. Dan agama ini sesungguhnya telah sakit, baik kerana fitnah, serangan dari dalam, serangan dari luar dan dari pengaruh-pengaruh pemikiran, hasil dari kerja keras musuh Islam untuk menjauhkan Islam dari penganutnya dan memburukkan nama Islam di mata penganutnya. Ingatlah sahabat-sahabatku, adakah kita belajar agama ini untuk menambahkan kesakitan yang ada? Adakah Islam ini semakin baik dengan dengan adanya kita? Adakah kita menambahkan atau mengurangkan kesakitan pada agama kita?

Bermuhasabahlah dan perbetulkan niat anda, sesungguhnya aku menulis nota ini kerana rasa cintaku terhadap sahabat-sahabatku yang bersamaku dalam menelusuri jalan salaf ini.

Ya Allah, sesungguhnya aku cuba untuk mendekatkan perbezaan di antara 2 pihak yang berbeza pendapat. Satukanlah hati-hati mereka dalam menelusuri jalan ini, dan himpunkan kami di atas perkataan kebenaran, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Apa yang tersembunyi di dalam hati-hati manusia.
ibnuabbas
ibnuabbas
AHLI
AHLI

Posts : 30
Points : 54
Join date : 01/12/2011
Location : Klang

http://www.murabi6.wordpress.com

Back to top Go down

al-Malibariyyah Empty Re: al-Malibariyyah

Post by Ad-Dien Sun Mar 09, 2014 7:45 pm

UP untuk dibaca semula dan dibincangkan. Banyak manfaat tulisan Ustaz Fikir Az-Zahabi kita Smile

Barakallahufik
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum