Rezeki : Halal dan Haram

View previous topic View next topic Go down

Rezeki : Halal dan Haram

Post by nurhidayah on Sat Sep 15, 2012 7:42 am

Assalammualaikum Ustaz,

Saya bekerja di sektor swasta. Syarikat menyediakan latihan komputer kepada masyarakat atas tajaan kerajaan.
Saya terbabit secara tidak langsung dalam menyediakan pengangkutan kepada peserta. Syarikat dimiliki oleh bukan Islam.

Soalan saya,
1. Jika bayaran kenderaan tersebut ditetapkan oleh syarikat dalam sekian-sekian jumlah, lalu saya berhasil nego / mencari kenderaan pada harga kurang dari tetapan syarikat, adakah jumlah lebihan saya itu dikira riba? Adakah ianya rezeki yang halal? Kerana saya terpaksa menggunakan kemahiran nego juga untuk mendapatkan diskaun dari pemilik bas.

2. Sebagai contoh, katakan saya mendapat tender menyediakan bas terbabit dari syarikat, dan saya berhasil mendapatkan yang lebih murah, adakah wang dapatan saya itu haram?

3. Katakan, saya mendapat tahu syarikat kurang jujur dalam urusan, namun mendiamkannya. Adakah saya dikira bersubahat? Saya cuma bekerja makan gaji sahaja.

4. Kadang-kadang, saya kena deal dengan peserta, cikgu-cikgu dan management. Skill berkomunikasi kena mantap baru dapat deal dengan baik. Contoh, jika peserta bertanyakan sesuatu tentang syarikat, dan saya bercakap tidak benar kerana ingin melindungi reputasi syarikat (seperti tertulis di appointment letter), adakah saya dikira berdosa kerana menipu?

5. Saya ada mendapat offer kerja di sebuah syarikat semi-gov (milik bumpitera Islam). Gaji kurang sedikit dari apa yang saya dapat sekarang. Sebelum ni saya reject offer yang sama, kerana saya melihat potensi untuk saya membantu orang tidak bernasib baik terdapat di syarikat sekarang, dimana kami akan reach out orang tidak berkemampuan untuk mengikuti kursus secara percuma. Offer baru itu hanya kerja admin sahaja. Apa pendapat ustaz? Kawan saya kata, kalau nak bantu orang, dimana-mana pun boleh. Tapi saya cari keredhaan Nya.

6. Ustaz, pekerjaan manakah yang lebih berkat? Ada yang berkata, jika bekerja di syarikat bukan Islam, langsung tiada keberkatan kerana kita tidak tahu hasil nya dari mana. Apa pendapat ustaz?

Ustaz, maaf. Saya memang banyak bertanya. Semoga Ustaz diberkati.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 31
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Rezeki : Halal dan Haram

Post by thtl on Sun Sep 16, 2012 9:55 am

Jawab:

1 &2: ia bukan riba. Riba melibatkan urusan kewangan. apa yg anda lakukan ialah keuntungan.

Cth: kontrak transport ialah RM20K. anda dapat cari transport yg kosnya RM17K. Maka RM3K itu adalah untung anda. Riba,

3. Tidak, sebab apa yg bukan tanggungan anda dan anda tidak mampu merubahnya, maka itulah maksud, Allah tidak membebankan ke atas seseorang sesuai dgn kemampuannya. Cth: Nabi Allah Yusof kerja dgn Fir'aun, baginda tidak dibebankan dgn kemaksiatan dan salah laku Fir'aun.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Rezeki : Halal dan Haram

Post by thtl on Sun Sep 16, 2012 6:41 pm

4. anda kena play smart. tak usah jawab soalan2 mengenai isu2 begitu, jawab aje, nak tahu lebih lanjut kena tanya bpihak pengurusan. tak usah terlibat dalam isu2 dasar syarikat.

5. kerjaya: pilihlah kerjaya yg mmenuhi citarasa anda bukan ganjaran kewangan saja. yang penting anda amat meminati kerjaya tsb...u must luv yer job.

6. idealnya bagus kerja dgn syarikat bumi-Islam, tapi berkat bukan guna formula camgitu. lagi satu kita tak perlu usul sangat punca kewangan syarikat, sbab kita dibayar atas KPI/KRA kita. Kalau nak kira ramai lagi org Islam kerja dgn coca cola, pepsi, samsung, intel, motorola, maxis, digi, astro, semuanya syarikat bukan Islam.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Rezeki : Halal dan Haram

Post by nurhidayah on Wed Sep 19, 2012 3:20 am

Terima Kasih, Ustaz.

Selalu sangat ada orang cakap rezeki saya tak halal, sebab boss saya chinese.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 31
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Re: Rezeki : Halal dan Haram

Post by thtl on Wed Sep 19, 2012 5:07 am

dua faktur utama:

1. busines teras syarikat itu (core business) bukan business yg jelas haram, cth: anda kerja dgn Guiness-Anchor sbg akauntan. itu mmg haam dan x berkat vs anda jadi akauntan dgn ajinomoto Malaysia bhd

2. anda profesional, dedikasi dan kerja dgn beretika

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Rezeki : Halal dan Haram

Post by Sponsored content Today at 6:47 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum