BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Amalan Sunat Ketika Datang Haid

+2
Ad-Dien
nurhidayah
6 posters

Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by nurhidayah Thu Sep 13, 2012 3:44 am

Assalammualaikum.

Mohon diberi penerangan apakah jenis-jenis amalan yang boleh dilakukan sepanjang didatangi haid. Terutamanya amalan-amalan (seperti bacaan zikir) yang boleh mendekatkan kita pada Allah sekaligus dapat menenangkan hati yang gelisah.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 38
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by Ad-Dien Thu Sep 13, 2012 6:14 am

nurhidayah wrote:Assalammualaikum.

Mohon diberi penerangan apakah jenis-jenis amalan yang boleh dilakukan sepanjang didatangi haid. Terutamanya amalan-amalan (seperti bacaan zikir) yang boleh mendekatkan kita pada Allah sekaligus dapat menenangkan hati yang gelisah.

Jika ikut pendapat yang rajih, baca al-Quran pun boleh. Ini juga pendapat al-Bukhari dan sebahagian ahlul hadith.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by abu_aisyah Thu Sep 13, 2012 6:18 am

waalaikum salam,

saya cuba jawab dahulu sementara tunggu panel.

perkara2 yg haram dilakukan oleh wanita yg mengalami haidh:
1. solat;

dari abu sa'id, dia berkata, rasulullah bersabda:
"bukankah bila wanita sedang haidh tidak boleh solat dan tidak boleh berpuasa? maka itulah kekurangan agamanya."-hr bukhari, muslim dan lain2.

2. puasa;

dalil yg sama diatas

3. jima' (bersetubuh)

"oleh sbb itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh"-AQ 2:222

rasulullah bersabda: " lakukanlah segala sesuatu, selain jima'"- hr muslim, abu dawud dan lain2.

4. Thawaf

rasulullah bersabda kepada Aisyah:
"lakukanlah segala yg dilakukan oleh org yg berhaji, hanya saja engkau tidak boleh tawaf di ka'bah hingga engkau suci"-hr bukhari

beberepa perkara yang dibolehkan bagi wanita haidh

1/ zikrullah dan membaca Al quran
-menurut pendapat yg rajih, perkara diatas dapat dilakukan oleh wanita haidh. ini adalah pendapat Abu hanifah, serta pendapat yg mashyur daripada mazhab asy-sfafi'i dan ahhmad.

2/sujud ketika mendengar ayat sejadah
-diriwayatkan didalam bukhari, nabi membaca surah an-najm, lalu baginda sujud, dan bersujud pula kaum Muslimin, Musyrikin, jin dan manusia bersama beliau. mustahil dikatakan, mereka semua berwudhu. sbb sujud tilawan tidak dianggap sbgi solat.

3/menyentuh mushaf
-tiada dalil yg tegas melarang wanita menyentuh mushaf

4/sumai membaca Al quran di pangkuan isteri yg sedang haidh
-ni berdasarkan hadist aisyah

5/mengahdiri solat idul fitri dan idul adha
-dianjurkan utk mereka keluar menyaksikan shalat Id tapi tidak solat

6/masuk kedalam masjid

7/suami makan dan minum dengan istrinya yg sedang haid
diriwaytkan dari Aisyah:
" aku minum ketika haidh, lalu aku memberikan minuman itu kepada nabi, lalu beliau meletakkan bibirnya pada tempat dimana aku minum. aku menggigit daging saat aku haidh, kemudian aku memberikannya kepada nabi, lalu beliau meletakkan bibirnya pada tempat dimana aku menggigitnmya."-hr muslim, abu dawud dll

8/wanita yg haidh berkhidmat pada suaminya
-aisyah menyisir rambut nabi saat datanh haidh

9/wanita haidh tidur bersama suaminya didalam satu selimut

*shahih fiqh sunnah dan fikih tahrah (DYQ)

ps:dari soalan yg diberikan oleh puan, maka segala amalan2 yg disyariatkan oleh agama boleh dilakukan oleh puan melainkan perkara2 yg dilarang seperti diatas.bacalah quran, zikir pagi dan petang, bersedeqah,melayan suami, dll ketika itu.
moga puan diberkati Allah.

abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by thtl Thu Sep 13, 2012 6:20 am

cukup dah tu...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by nurhidayah Thu Sep 13, 2012 11:16 am

Ad-Dien wrote:
nurhidayah wrote:Assalammualaikum.

Mohon diberi penerangan apakah jenis-jenis amalan yang boleh dilakukan sepanjang didatangi haid. Terutamanya amalan-amalan (seperti bacaan zikir) yang boleh mendekatkan kita pada Allah sekaligus dapat menenangkan hati yang gelisah.

Jika ikut pendapat yang rajih, baca al-Quran pun boleh. Ini juga pendapat al-Bukhari dan sebahagian ahlul hadith.

Terima kasih atas maklumatnya, saudara.

nurhidayah
AHLI
AHLI

Posts : 53
Points : 71
Join date : 12/09/2012
Age : 38
Location : Kota Kinabalu

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by abu_aisyah Sat Sep 29, 2012 7:01 am

rupenyer soalan ni dalam tafsir mimpi.hoho.minta dipindahkan lah ke ruangan fiqh.
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by kuyie Wed Oct 03, 2012 3:24 pm

ouh, saya pon tercari2 jugak amalan ketika haid...
utk adik2 n mak....

kuyie
AHLI
AHLI

Posts : 18
Points : 26
Join date : 03/10/2012
Age : 35
Location : johor

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by tokbatinasli Wed Feb 04, 2015 6:31 am

Perbincangan di group Telegram Bicara THTL pada 2hb Februari 2015

Abu Addena Zaihasrin Q. :Haramnya membaca Quran bg yg haid dan junub.. Pendapat mane yg lebih rajih. Haram @ tidak?

Abu Attheerah al Jauzi: Golongan yang berpendapat wanita yang didatangi haid boleh membaca dan menyentuh al-Quran berdalilkan antara lain:

1. Umum hadith Aisyah r.a Rasulullah SAW berzikir kepada Allah pada setiap masa. Riwayat muslim

2. Hadith al-Bukhari yang menjelaskan wanita yang didatangi haid boleh melakukan semua amalan haji kecuali tawaf. Hadith ini membuktikan seorang wanita yang didatangi haid dan berjunub boleh membaca al-Quran dan menyentuhnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Rasyid sebagai mengikut pandangan al-Battal.

Faiz Fadzil: Menurut Maulana Asri, Imam Bukhari membolehkan wanita haid baca al Quran
https://youtu.be/HSHhhG5ksTw

Tuan Hasan Tuan Lah (THTL):
salam, apa isu hari ni?

Faiz Fadzil: Membaca quran bagi yang berhaid dan junub, Sheikh THTL.

THTL: boleh je, ini pendapat syaukani, DYQ, imam Bukhari

Nik Rashidah:Boleh ke? Wanita berhaid baca ALQURAN? Apa pendapat ulama majority?

THTL: ni dalil:
ثم حجي واصنعي ما يصنع الحاج غير أن لا تطوفي بالبيت ولا تصلي
“Kemudian berhajilah, dan lakukan apa yang dilakukan oleh orang yang berhaji kecuali thawaf dan shalat.” (HR.Al-Bukhary dan Muslim, dari Jabir bin Abdillah)

fatwa saudi, fatwa albani...semua kata boleh, saya dah jawab 10 kali dah

Nik Rashidah: Mengapa wanita di Malaysia diajar utk tidak boleh mengaji semasa haid?

THTL: sebab tak baca fatwa Imam nawawi, imam nawawi kata boleh

Abu Attheerah al Jauzi:Hahaha...hanya di malaysia...Payah juga ana nak paham kan ebu n zaujah ana mula mula...skang alhamdulillah

THTL: isunya kita tak membaca dan mengaji

Nik Rashidah: Maaf, ustaz THTL, masih blur

Abu Addena Zauhasrim: Rakyat diajar bertaqlid. Sbb klu x, nnt ramai bertanya. Pening asatizah nk menjawab.

tokbatinasli
AHLI
AHLI

Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by tokbatinasli Wed Feb 04, 2015 6:35 am

Abu Atterah al Jauzi: Blur kat mana?

THTL: silabus pondok semua tak boleh
kita sekarang nak migrate dari silabus pondok ke silabus yg baru

mazhab yg kata xboleh org junub baca AQ menggunakan hadith2 yg ditolak oleh Imam Bukhari, Imam Bukhari ada bab dalam sahihnya, perihal membaca AQ jika hadath

maksudnya sesiapa yg menggunakan dalil hadith bahawa wanita haidh di larang baca AQ, hadith2nya tidak sahih

Firdaus R Razi: Mafhum Syeikh Thtl al jazani

Kita kena lalui proses unlearn } buang ilmu lama yg salah atau tak tepat kerana dipaksa bertaqlid dalam agama oleh kaum tua kita dan re-learn } belajar semula dengan input yang sahih dan berdalil

Imam Bukhari tidak kurang atau lebih dari para imam mazhab
beliau juga seorang mujtahid mutlak - MMAY

Nik Rashidah: Sblm ini, apa yg diajar sejak sekolah, wanita berhaid tak boleh pegang Alquran sbb darah kotor, tak boleh baca, boleh dipegang berlapik Jika darurat,
Boleh baca AlQuran dlm hati jika dah Jadi amalan harian, WA
Tak ada pun Ustaz ustazah bg dalil
Rugilah kami....

Abu Muadz@serbankarpet:
yg sy belajo al nawawi bgtau hadith ibn umar dhoif
tp bg mazhab syafie..hadith ibn umar ada mutaba3atnye..wa

THTL:apa yg diajar disekolah tu mmg betul, ikut mazhab, tapi bila kita dah ada kemampuan belajar, maka kita kena belajar pulak fiqh sunnah atau fiqh an-nusus
yakni meneliti kenapa ulama mazhab kata haram, adakah pendapat kedua dan ketiga? kita kena cabar ilmu yg ada
utk amalan peribadi kita dulu, kita kena yakin dan tahu dalilnya

Nik Rashidah: InsyaAllah, ustaz
Tapi bagaimana kita nak maklum pd masyarakat Islam Malaysia?
Kebanyakan akan beri alasan yg sama sbb dah diajar spt itu

THTL: itu taqlid buta namanya
tujuan forum TG ni utk kita masuk fasa Fiqh nusus atau fiqh dalil, kita berfiqh dan tahu apa rasional di sebalik fiqh yg kita amalkan

Imran rem: Tapi kalau tnjuk dalil kat diorg.. Cerita kenapa.. InshaaAllah diorg boleh terima.. Apa2 pn mcm syeikh thtl kata la, kita amal dlu dan kena yakin dan tahu dalilnya

THTL: tak ada satu hadith pun yg suruh kita ikut mazhab tertentu
ikut mazhab ni utk ahli fiqh, dia kena mahir salah satu cara mazhab. utk orang awam, tak perlu pikir mazhab mana
sebab kitab al-Umm tak pernah lihat, kitab majmu' tak pernah lihat
cth sambut maulid, itu mazhab syiah fatimiyah, org melayu ikut je
cth sambut maulid, itu mazhab syiah fatimiyah, org melayu ikut je
cth kenduri selamatan arwah, itu adalah amalan kaum orang asli dan org jawa kuno, juga budha dan hindu.
doa awal-akhir tahun adalah amalan syiah ismailiyah
kacau bubur asyura adalah amalan syiah,
sebab kita taqlid
cukur jambul dan tahnik dgn emas dan perak, garam, ikut Hindu

Khairil Izwan:Menurut ibnu taimiyah, tidak ada nas yg jelas lg sahih yg mlarang wanita haid mmbaca alquran.

THTL:dalam fiqh sunnah syed sabiq, mmg ada nas jumhur, tapi hadith2nya tidak sahih di sisi ahli hadith,spt al-albani
lihat Tamam al-Minnah, nota sisi utk fiqh sunnah

ia pendapat muhaqqiqin, peneliti spt Ibn Taymiyah, syaukani, syun'ani, ibn qayyim, albani, ben baz, ben othaimin, dan DYQ

Ustaz Ahmad Jailani:Nik Rashidah! itu pendapat jumhur/ majority ulama yg kata tak boleh. Tapi sy setuju dgn apa yg thtl sebut tu. Ada pandangan lain yg lebih kuat.

Nik Rashidah: Mereka masih tak dapat terima apa yg saya copy paste dr sini, bersama dalil, kami ada group one day one page AlQuran,, kami usahawan biasa2, sbb tak ada Hafiz atau hafizah

Kami galakkan semua baca Alquran 1 page 1 sehari minima

Tak pasti mcm mana maklum pd mrk lg

tokbatinasli
AHLI
AHLI

Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by tokbatinasli Wed Feb 04, 2015 6:36 am

Sorry perbincangan sebenarnya di bilik Fiqh as Sunnah

tokbatinasli
AHLI
AHLI

Posts : 31
Points : 55
Join date : 13/12/2011

Back to top Go down

Amalan Sunat Ketika Datang Haid Empty Re: Amalan Sunat Ketika Datang Haid

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum